







“Ketika seluruh dunia mengadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman yang dilakukan Israel, polis pula mahu menghalangnya.
“Ini menunjukkan mereka tidak mengikuti perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
“Lagipun ini juga adalah perhimpunan rakyat yang sama-sama membantah kekejaman yang dilakukan Israel,”mengulas amaran Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman bahawa polis tidak menerima sebarang pemohonan untuk mengadakan perhimpunan dan menyifatkannya sebagai perhimpunan haram.
“Perhimpunan ini juga dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan mendatangkan unsur keganasan,” katanya.
Nasharudin berkata perhimpunan itu akan tetap diteruskan kerana berpendapat ia hanya perhimpunan aman dan tidak akan mengundang bahaya.
“Kita akan tetap teruskan perhimpunan ini kerana ini adalah perhimpunan rakyat jadi tidak ada apa yang akan membahayakan.
“Saya sendiri hairan bagaimana beliau (Muhammad Sabtu) boleh berpendapat sedemikian,” katanya lagi.
Pergerakan Pemuda Umno dijangka mengadakan perhimpunan bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel itu di Masjid Negara selepas solat Jumaat manakala Pakatan Rakyat akan mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman pada pukul 11 pagi dan kemudian akan bergerak dari Masjid Jamek Kampung Baru ke arah Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat.
“Tindakan Israel menyerang konvoi yang membawa misi kemanusian ini amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Justeru rakyat sama ada yang beragama Islam ataupun tidak perlu membantah kerakusan yang dilakukan Israel.
“Kekejaman yang dilakukan Israel ini menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa terpaksa menerima penderitaan,” katanya.
Wakil ABIM, Zawawi Ahmad Mughni berkata, tindakan segera harus diambil ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel.
“Kita perlu menyatakan sikap dan membantah kekejaman yang dilakukan Israel ini, disebabkan mereka ramai yang menderita.
“Selain itu, rakyat di negara ini perlu memboikot produk-produk daripada Israel.
“Setiap barangan Israel yang ada perlu dibuang dan digantikan dengan barangan tempatan kerana sudah tiba masanya untuk kita bertindak dan ini merupakan langkah pertama kita,” katanya.
Wakil MAPIM, Azmi Mohd Hamid pula berkata, tindakan yang diambil oleh setiap rakyat kali ini perlu konsisten dengan menetapkan pendirian membantah kekejaman yang dilakukan Israel.
“Kali ini kita semua perlu menetapkan pendirian kita dengan membantah kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.
“Kita perlu perlu menuntut supaya Israel mengaku bahawa mereka telah melakukan satu jenayah yang serius.
“Malah kita juga perlu menuntut supaya seluruh dunia memutuskan sebarang hubungan dengan Israel,” katanya.
Program tersebut turut diselangi dengan laungan takbir “Allahuakhbar”, “Hidup-hidup” “Hidup Islam” dan “Bangkit-bangkit” “Bangkit Islam”.
Program tersebut turut dihadiri oleh seorang rakyat Palestin, Sheikh Ahmad Husin Mohamad yang mengatakan bahawa rakyat di Malaysia telah memberikan sumbangan dan sokongan yang banyak kepada Palestin.
“Sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui demontrasi dan ceramah lebih bernilai daripada wang ringgit yang disalurkan kepada rakyat Palestin.
“Melalui sokongan dan sumbangan yang diberikan ini menyebabkan rakyat Palestin menganggap bahawa Malaysia adalah sebahagian daripada kami di Palestin,” katanya.
Sementara itu, Hasan berkata tindakan kejam yang dilakukan Israel itu telah menyebabkan rakyat seluruh dunia bersatu padu membantah tindakan mereka.
“Hari ini kita lihat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia mengecam tindakan kejam yang dilakukan Israel tempoh hari.
KUALA TERENGGANU, 3 Jun: Seramai 600 pelajar, kakitangan serta guru Maahad Tahfiz wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), Kampung Tok Jiring mengadakan demonstrasi aman sebagai menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim zionis Israel.
Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Pelajar MTT, Ustaz Awang Ibrahim berkata, tindakan tentera rejim Yahudi yang membunuh sekurang-kurangnya 19 orang sukarelawan konvoi bantuan antarabangsa Gaza pagi Isnin lalu amat dikesali dan sewajarnya dikecam.
“Setiap orang Islam yang ada iman wajib membantah, marah dan tidak bersetuju dengan tindakan kejam rejim Israel itu dalam apa bentuk yang dibolehkan,” ujarnya.
Seorang guru, Ustaz Saiful Ambia Darusa berkata, umat Islam wajar didedahkan dengan isu-isu kezaliman zionis Yahudi Israel terhadap umat Islam terutama di Palestin.
“Kita (guru) mahu para pelajar di sini (MTT) yang 100 peratus Islam tahu tentang kezaliman tentera Israel dan zionis Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.
“Kami bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia menyokong bantahan terhadap kezaliman dan keganasan rejim Yahudi Israel itu,” tegasnya.
Bagi pelajar, Nur Syazwana Abirerah, 15, zionis Israel adalah penjenayah dan perlu ditentang oleh dunia sejagat.
Katanya, umat Islam tidak boleh sama sekali menerima tindakan ganas dan kejam Yahudi Israel kepada sukarelawan yang tidak bersenjata yang mahu membantu umat Islam di Palestin.
Tambahnya, selemah-lemah iman bagi orang Islam adalah membenci di dalam hati terhadap apa juga bentuk kezaliman. -Hrkh
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan Kabinet sebagai langkah yang sudah terlewat sekiranya ia semata-mata untuk memancing undi pada pilihan raya Sarawak tidak lama lagi.

Asalamualaikum dan salam sejahtera.
Kekejaman regime yahudi, laknatullah, keatas kapal pengaman Frotilla di laut antarabangsa , mengakibatkan ramai kematian dan cedera parah, apabila diserang dgn ganas oleh tentera yahudi. Perbuatan zolim tentera yahudi ini mesti dikecam sehebat2nya. Saya sendiri mengecam kuat setiap kali dipentas ceramah, tazkirah dan solat hajat bersama rakyat. Berbagai pihak termasuk UMNO juga mangutuk dan berdemo tanda marah dan mengutuk tindakan regim israel tersebut.
Tapi mesti juga diingat bahawa apabila pada sessi Parlimen bulan March-April 2010 yg lepas, setelah didedahkan siapa dia APCO WORLDWIDE, ASIASOFT, APCO INTERNATIONAL yang mempunyai hubungan kait terus dgn regim yahudi serta berpengkalan di Tel Aviv, oleh ketua pembangkang, DSAI, namun kesemua ahli Parlimen UMNO telah berkata "setuju" utk kerajaan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide sebagai bayaran khidmat perunding untuk mempromosikan 1Malaysia serta menguruskan pertemuan Presiden BN/UMNO dgn Obama dan kos pengiklanan RM, istri 1Malaysia di akhbar The New York Times pd 16 April 2010.
Perbahasan isu ini makan masa 2 hari bagi meyakinkan ahli Parlimen supaya menolak APCO. Kesemua ahli Parlimen PR mengecam hebat APCO dan regim yahudi di Parlimen supaya kerajaan tidak membayar dan membatalkan khidmat APCO. Kami berkata "tidak". Namun oleh kerana suara "setuju" lebih kuat dari "tidak' maka lulus pembayaran RM77juta kpd firma yahudi, APCO WORLWIDE oleh semua ahli Parlimen UMNO/BN.
Persoalanya, kenapa sikap UMNO yg bermuka2 dan membohongi rakyat khususnya orang melayu yg sentiasa diberitahu bahawa UMNO menentang yahudi dan membela rakyat Palestin
di luar Parlimen, tetapi pada hakikatnya UMNOlah yg melantik firma yahudi dan membayar RM77juta kepada APCO Worldwide. Tidakah pimpinan UMNO serta ahli Parlimen UMNO berasa bersalah ? Harap rakyat khusunya masyarakat melayu dapat menilai hakikat sebenar pimpinan UMNO yg bermuka2.
Dalam bab meluluskan lesen judi sukan, bola sepak dunia, UMNO tidak melayan tuntutan ahli UMNO yg mahukan Najib dan kerajaan membatalkan lesen judi sukan ini yg di beri kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports S/B .Seluruh rakyat merayu supaya Najib batalkan perbuatan "Rijsun min amali Syaithan", namun Najib langsung tidak mendahulukan rakyat. Yang akan menjadi mangsa bukan banyak sangat yg telah asyik berjudi, tetapi anak2 muda melayu kerana mereka suka bola. Lesen ini akan membuka ruang utk mereka bertarung dan bertaruh.
Mahukah kita benarkan Najib dan kerajaan memberi dan menghantar bara kepada rakyat Malaysia? Inilah kesempatan dan peluang keemasan agar orang dan ahli2 UMNO meninggalkan parti UMNO yg terbukti jelas sesat dan menyesatkan serta melawan perintah Allah seperti termaktub dalam ALQuran, Surah 5: ayat 90, 91 dan 92. Fikir2kanlah serta bertindak pantas dan bijak tinggalkan UMNO sekarang supaya terlepas dari laknat dan kemurkaan Allah.
Allahu 'alam.
CUEPACS: 41 peratus penjawat awam terlibat rasuah tahun lepas
KUALA NERUS – Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) malam ini menganjurkan upacara membakar bendera Israel dan Amerika, dihadapan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh, tahun lalu.
Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. – Foto BERNAMA
PETALING JAYA: “Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsulkamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu.”
Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin.
Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.
“Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.
“Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara
“Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu,” katanya.
“Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat… kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah… ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan,” tambah beliau.
Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.
“Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu,” tambahnya.
Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.
Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.
“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami,” katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.
Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.
Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.
Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air. -Mstar

Rumah YB Ramlan yang sedang dibina. Kereta Toyota Harrier 2.4G adalah salah satu dari kereta miliknya
ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.