KUALA LUMPUR, 5 Okt: Belanjawan alternatif yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat merupakan langkah cemerlang ke arah sistem timbang tara yang matang dan berkesan.
Sehubungan itu, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengucapkan tahniah di atas pembentangan belanjawan itu oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, persoalan gaji minimum di dalam Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebanyak RM1,100 bukannya RM1,500 akan dijelaskan malam ini.
Penjelasan itu akan dibuat pada Forum Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012, di Quality Hotel, Shah Alam bermula jam 8.00 malam.
Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Rafizi Ramli.
Belanjawan Pakatan Rakyat yang dibentangkan Anwar Ibrahim semalam juga meletakkan persoalan gaji yang diterima oleh rakyat.
Persoalan gaji yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada dibangkitkan agar ia lebih bermaruah dan bertepatan dengan keperuan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa.
Anwar menjelaskan rakyat bukannya menuntut keistimewaan mahupun kemewahan tetapi ia adalah merupakan satu konsep hak asasi menusia yang diterima pakai di seluruh dunia.
"Setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
"Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.
"Memenuhi kehendak rakyat gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, PR akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada dan gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan," jelasnya.
Anwar memberitahu pengenalan gaji minima ini dapat dimanafaatkan oleh tiga ratus ribu orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100 sebulan.
Dalam pada itu tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing.
"Selain gaji minima, PR juga akan melaksanakan pembayaran elaun pendidikan sebanyak lima ratus ringgit sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga.
"Sebanyak RM5.9 bilion diperuntukan bagi melaksanakan penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan gaji minima dan juga janji Buku Jingga," katanya lagi.
Jelas Anwar lagi, PR akan menghentikan serta-merta kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh serta kedudukan awam dalam proses kerajaan.
Peruntukan tambahan RM1.3 bilion diberikan untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
"Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri.
"PR juga akan melaksanakan skim 'Bina dan Jual' secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai," jelas beliau lagi.
Tambahnya, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintahan yang sedia ada bajet PR juga akan menganugerahkan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon.
"PR akan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi," tambahnya. -Hrkh
Jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.
PETALING JAYA: Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala ‘gangster’ oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah.
“Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian.
Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan.
“Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut.
Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak ‘atasan’.
“Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa.
“Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata.
Ujar CheguBard, “Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu.
Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau.
BUKAN sahaja Umno Selangor, malah seluruh pemimpin Umno yang berhimpun bersempena dengan program pemukiman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Umno di Selangor pening dengan kelibat Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman.
Rancangan Umno hendak menggula-gulakan rakyat Selangor terbantut, apabila majlis yang dianjurkan khusus untuk Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dihadiri Abdul Rani yang juga Adun Meru dan berpuluh-puluh orang pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah, Pakatan Rakyat Selangor bertindak bijak dengan menaikkan poster dan pemidang bagi mengalu-alukan kedatangan Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri, walaupun umum mengetahui harta awam akan digunakan untuk kepentingan Umno.
Ini terbukti pada 23 September lepas apabila seluruh Adun Umno berhimpun di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru untuk meraikan program 1Malaysia bersama TPM, yang seperti biasa seolah-olah menjadi 'Santa Claus' yang menjanjikan pelbagai dana untuk rakyat.
"Semasa saya tiba di sekolah tersebut, tiada rakyat Meru pun, semua orang luar. Yang ada cuma guru-guru dan murid-murid. Guru-guru pun terpaksa menunggu kerana dijanjikan pelbagai bantuan kerajaan (Umno)," ujar Rani.
Turut memasuki sama ruang sekolah tersebut dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Melihat kemasukan Abdul Rani beserta penyokong beliau di perkarangan sekolah, pemimpin-pemimpin Umno-BN terpinga-pingga sehingga ada yang bertanya sesama sendiri, adakah Pesuruhjaya PAS itu dijemput hadir ke majlis bersama Muhyiddin.
Akibat malu alah dengan keterbukaan Abdul Rani, pemimpin Umno Selangor 'terpaksa' menjemput beliau untuk berdiri bersama-sama TPM pada majlis mengibarkan bendera Malaysia sambil menyanyikan lagu 1Malaysia.
KUALA NERANG - Jika sebelum ini 50 penduduk, belia di Kampung Tandop Besar mendakwa penyokong Pas menyertai Umno kerana kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang didakwa menyokong komunis, namun 161 belia dari lapan kampung menyertai Pas kerana kagum dengan semangat pemimpin itu.
Simbolik penyerahan di Markas Pas Kampung Tandop Besar diadakan sempena penjelasan isu-isu semasa di sekitar Parlimen Padang Terap oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sebelum ia diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Noor.
Difahamkan belia terbabit berasal dari Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Utara, Kampung Pong Manis, Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Kubang Bemban, Kampung Lubok Perong, Kampung Masjid dan Kampung Padang Kerasak.
Ahli baru Pas, Mohd Azham Yahya, 25, yang sebelum ini mendakwa sebagai pengundi atas pagar mengambil keputusan menyertai Pas selepas kagum dengan pendirian pemimpin parti itu yang terus kukuh pendirian walaupun terus dikecam.
Menurutnya, momokan media massa arus perdana membuatkan mereka membandingkan setiap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin setiap hari.
“Rakyat pada hari ini terutamanya generasi belia sudah mempunyai pelbagai cabang media alternatif termasuk blog dan kami tahu untuk menilai isu-isu semasa,” katanya.
Bagi Megat Mohd Zuraimi Zakaria, 28, pula, isu yang mendakwa Mat Sabu menjadi dalang sebagai punca kepada penyokong Pas di Kampung Tandop Besar berpatah arang dengan Pas telah memperkenalkan individu itu kepadanya.
Menurutnya, dia mula mengagumi kredibiliti Mat Sabu dan pendirian yang dibawa olehnya.
“Mengenai isu 50 yang didakwa sebagai penyokong Pas baru-baru ini yang menyerahkan borang keahlian Umno baru-baru ini, saya tidak tahu bagaimana ia boleh tercetus, sedangkan saya pun berada di situ sewaktu kejadian,” dakwanya.
Mohd Hafizzullah Mad Lim, 26 pula mendakwa, golongan belia mahu bangkit dan membuktikan bahawa mereka turut mengambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku di seluruh negara.[SinarHarian]
ALOR SETAR – Jadikan medan alam siber sebagai alat menyebarkan maklumat membina, bernas, berkongsi-kongsi pandangan dan bukannya sebagai alat untuk mempromosikan perpecahan.
Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Perjumpaan Rakan Maya Menteri Besar di Dewan Seri Mentaloon di sini.
“Media baru seperti Face Book, twitter dan blog-blog ini merupakan satu medan alternatif yang digunakan oleh rakyat untuk mengetahui atau menyampaikan sesuatu maklumat yang setengahnya tidak disebarkan oleh media arus perdana.
“Kerajaan negeri sendiri memerlukan medan alternatif seperti ini dan bantuan dari rakan-rakan maya untuk bersama-sama menyampaikan maklumat terutama mengenai perkembangan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,” jelasnya.
Kata beliau lagi, peranan rakan-rakan maya ini sangat penting dan bermakna terutama melahirkan kesedaran rakyat kepada kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang. Mereka bekerja tanpa diberi upah dan menjadi agen menangkis fitnah atau serangan-serangan liar yang tidak berasas serta mengambil peranan memberi maklumat yang betul.
“Bagi saya, apa sahaja fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana saya yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri serta mampu membezakan pentadbiran dulu dengan sekarang.
Di samping itu, beliau turut menasihati agar setiap komen yang diutarakan mestilah beretika, menggunakan bahasa yang baik, tidak menggunakan kata-kata kesat dan sebagainya.
“Orang akan menilai setiap apa yang kita utarakan. Kalau kita menulis dengan cara berakhlak, orang lain boleh menilai diri kita. Jangan kita samakan diri kita dengan orang yang tidak matang terutama di media massa milik kerajaan pusat, beritanya berat sebelah dan tidak demokrasi,” terangnya.
Beliau juga mengingatkan agar budaya ‘syok sendiri’ dikikis. Setiap pandangan yang diutarakan mestilah mengambil kira kesan untuk jangka masa pendek dan panjang.
“Kita rasa puas bila tulis bagi orang lain sakit hati tapi kita lupa ianya secara tidak langsung mendatangkan kesan terhadap kita balik. Seharusnya kita perlu ada kelainan agar setiap komen kita bermutu dan bernilai.
“Guna konsep advertisement (pengiklanan), cerita yang baik sahaja sebab rakyat sekarang tidak suka kepada kerajaan serta pemimpin yang tidak bermutu dan tiada nilai,” tambahnya beliau lagi.
Beliau mengharapkan kejayaan kerajaan negeri disebarkan memandangnya berita-berita seumpama itu tidak disebarkan di media massa milik kerajaan pusat. Antara kejayaan kerajaan negeri seperti di bidang pertanian dan pendidikan perlu disebarkan agar rakyat tahu apa peranan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.
“Sebarkan fakta bukan fitnah. Tidak perlu puji saya. Bila saya dilantik menjadi Menteri Besar, saya milik semua rakyat Kedah dan saya akan berusaha menjadi pemimpin yang benar-benar boleh melindungi rakyat negerinya,” tegasnya.
Dikesempatan itu, beliau memaklumkan masih ramai lagi rakan maya yang belum mendapat pengesahan dari beliau, ini kerana beliau masih baru di bidang tersebut.
“Cuma saya rasa hairan bila mendapat tahu ada sms nakal dari orang yang tidak bertanggungjawab, yang kononnya saya sekarang ‘stroke’. Walhalnya saya sihat. Bukan sekadar boleh berdiri dan berucap di hadapan ini malah kalau hendak ajak saya bermain sepak raga pun saya boleh,” katanya berseloroh sambil disambut dengan tepukan oleh hadirin.
Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam itu dihadiri kira-kira 300 rakan-rakan maya beliau. [wartakedah]
SERONOK rasanya bila mendengar khabar bahawa kemungkinan besar Berahim Al-kataki akan bertanding di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Dengar ceritanya bos PERKOSA ini akan menggunakan lambang `dacing Baghdad' di dalam pilihanraya itu nanti.
Aku tidak peduli samada dia guna lambang apa sekali pun asalkan bukan lambang mata, bulan atau roket. Dia mahu guna lambang katak puru pun tiada masalah, asalkan dia ada `telor' untuk bertanding di situ. Dan, calon paling menarik dan syok untuk kita lihat memijak `raja katak' ini sehingga `mati katak' tidak lain tidak bukan, Mat Sabu Perwira yang memperjuangkan pencen untuk waris-waris polis yang bekerja dengan British di Bukit Kepong puluhan tahun yang lalu. Tiada masalah, jika Komunis yang `bersara' pun boleh dapat tanah, takkan Polis yang bekerja dengan penjajah tidak layak dapat pencen. Tahniah, Mat Sabu.
Berbalik semula kepada kisah katak Pasir Mas ini. Dia pernah cakap, jika dia menjadi Menteri Dalam Negeri, dia akan cabut bulu-bulu Mat Sabu dari kepala sampai hujung kaki. Wah, bukan main hebat si puru PERKOSA ini. Memang beliau hebat, bukankah sewaktu Perhimpunan BERSIH baru-baru ini beliau berada di hadapan sekali? Aku nampak dia bersilat sambil menghunus keris telanjang tanpa sarung seperti logo parti Umporno itu.
Aku harap Umporno kasi peluang pada katak puru Pasir Mas ini bertanding. Kita mahu saksikan bagaimana seksanya katak untuk `mati katak'. /wfauzdin.blogspot.com
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Yatim dibidas kerana mendakwa hanya bahasa Cina dan Inggeris digunakan di sebuah majlis rasmi yang dihadirinya.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya.
Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu.
“Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu.
“Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan media.
Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP.
Main sentimen perkauman
Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris.
"Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama.
Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar.
Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya.
Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya.
“Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang?
“Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta,” katanya.
Menurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu.
Tidak bermaruah
“Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut.
“Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut,” kata Lim.
Bagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut.
“Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan,” katanya.
Pemimpin miliki PR Australia?
Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat.
Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam.
“Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara.
“Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash.
“Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia?
“Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?” akhiri Lim.
Pelabur dari Thailand mengintai
peluang di Kelantan
Sebelum ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menuduh dan menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan ketika membuat kenyataannya bahawa pelaburan di negeri tempat kelahirannya itu terlalu lembab. Beliau menyenaraikan perkara berikut sebagai faktor yang membantutkan kedatangan pelabur asing:
Faktor geografi
Faktor infrastruktur
Faktor Kurang kerjasama daripada kerajaan negeri.
Katanya lagi, walaupun kementeriannya sering ke luar negara untuk menarik para pelabur ke Kelantan namun atas semua faktor yang disebutkan diatas membuatkan mereka enggan pergi ke negeri Kelantan.
Sebenarnya semua faktor yang disebutkannya di atas hanyalah membuka pekong kelemahan Kerajaan Pusat dalam memastikan kekayaan negara ditabur sama rata ke seluruh pelusuk negara.
Faktor georafi akan mudah sahaja diselesaikan jika perhubungan antara negeri-negeri lain seperti KL, Selangor dan juga Pulau Pinang dipertingkatkan melalui pembinaan jalanraya serta lain-lain kemudahan perhubungan. Tugas tersebut merupakan tugas kerajaan pusat yang perlu mengkoordinasikan perancangan dan pembangunannya tanpa mengira samada negeri tersebut adalah negeri pembangkang atau tidak.
Faktor infrastruktur juga merupakan sebahagian daripada tugasan kementeriannya untuk memastikan wang disalurkan kepada kerajaan negeri. Beliau juga tentu maklum bagaimana hak rakyat Kelantan terhadap wang royalti minyak dinafikan mentah-mentah oleh Kerajaan Pusat yang bersikap busuk perut dan tidak berperi kemanusiaan.
Semua juga tentu faham kenapa kerajaan pusat menyekat hak rakyat Kelantan tersebut Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membiarkan kerajaan negeri tidak ada cukup wang untuk membina dan membangunkan negeri mereka.
Kalau kerajaan negeri mendapat segala kemudahan serta akses kewangan itu sudah tentu tidak ada lagi tohmahan yang boleh digunakan untuk merendah-rendahkan kerajaan negeri Kelantan. Ini hanya akan memadamkan angan-angan mereka untuk merampas kembali negeri Kelantan daripada Pas.
Bagi alasan tiadanya kerjasama dengan Kerajaan negeri pula nampaknya Mustapa tidak bercakap lurus. Apa yang dia mahu maksudkan adalah bahawa kerajaan pusatlah yang sebenarnya yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri.
Takkanlah kerajaan negeri yang kegiatan ekonominya diterajui oleh Dato Husam Musa begitu bodoh mahu menolak kerjasama atau pertolongan kerajaan Pusat untuk memajukan negerinya. Tetapi sebaliknya apa yang terpaksa dibuat oleh Husam adalah terpaksa menentang kerajaan pusat yang enggan bekerjasama menyalurkan hak wang minyak rakyat Kelantan. Siapa sebenarnya tidak bekerjasama?.
Walau bagaimanapun kerajaan Kelantan sebenarnya tidak pernah berputus asa membangunkan ekonomi negerinya dan masih ada ramai pelabur luar negara yang memang berminat untuk mengintai peluang dan berniaga di Kelantan. Lihat gambar delegasi pelabut dari China dan juga Thailand yang membuat lawatan ke Kelantan di sini.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pada Selasa menyatakan rasa kecewa terhadap pelantikan wakil Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili selaku ketua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
Beliau berkata kedudukan Ongkili sebagai menteri Kabinet akan mewujudkan konflik berkepentingan dan menyukarkan beliau untuk menyuarakan permasalahan rakyat di Sabah.
"Senarai ahli jawatankuasa yang dilantik selain seorang dari Sarawak, adalah dari Semenanjung Malaysia yang kurang pengalaman dengan keadaan sebenar di Sabah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Selasa.
Eric yang juga ditemani Datuk Chua Soon (Bebas-Tawau) mewakili Parti Maju Sabah (SAPP)
Kedua-duanya turut mendakwa timbul beberapa masalah melibatkan warga asing yang diberi kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
"Masih ramai pengundi yang telah meninggal dunia disenaraikan sebagai pengundi malah nama mereka turut disalahgunakan segelintir pihak untuk mengundi," kata Soon Bui.
Sehubungan itu, mereka mencadangkan agar seorang lagi anggota jawatankuasa tersebut dilantik di kalangan wakil rakyat Sabah.
Jelas Eric, mereka telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengenai cadangan itu sebaik sahaja penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Perdana Menteri.-Mstar
Kenapalah ada juga manusia caca marba macam dia ni dalam dunia ni. Apakah beliau ni dah keliru dengan identitinya sendiri sebagai orang Islam sehingga tanpa segan silu meminta parti yang didominasi bukan Islam (DAP) untuk memberi pendirian samada sokong atau tidak terhadap hukum Islam (Hudud), padahal diri sendiri yang mengaku beragama Islam tidak pula sibuk untuk menyatakan pendirian beliau dan partinya terhadap hukum Allah itu.
Bukan setakat buat bodoh je terhadap pendirian mereka, malahan pernah mencaci dan menyekat hukum Islam berkenaan untuk dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan sebelum ini.
Kelmarin dilaporkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) meminta DAP dan PKR menyatakan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud memandangkan PAS sudah bertekad untuk meneruskan undang-undang itu di Kelantan dan seterusnya di negara ini, jika pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
“Yang penting sekarang bukan soal pendirian Barisan Nasional (BN) tetapi pendirian parti lain dalam PKR itu sendiri. Sebelum ini mereka telah menyatakan tidak setuju pelaksanaan hukum hudud, tetapi PAS masih bertekad untuk teruskan.
“Ini memberi kesan kepada rakyat yang perlu fikir dan membuat pilihan pada PRU nanti,” kata Muhyiddin dipetik dari The Malaysian Insider.
Pendirian itu perlu, kata Muhyiddin kerana beliau tidak mahu rakyat keliru dan meletakkan mereka dalam keadaan tidak menentu.
Sibuknya Muhyiddin, rakyat tahu nak buat pilihan dalam PRU nanti, usah ngada-ngada la. Kamu harus jaga Umno dulu, rakyat beragama Islam masih pening nak pilih Umno sebab kamu ngaku Islam tapi halang hukum Allah.
Woi, engkau dah ada kuasa, mengaku Islam lagi tu, rakyat bukan setakat mahukan pendirian kamu, bahkan mahu kamu melaksanakannya atau membenarkan PAS untuk laksananya. Rakyat bukan lagi keliru dengan identiti kamu sebagai orang yang mengaku Islam, bahkan merasa pelik, kamu mengaku Islam tapi tentang hukum Allah.
Bukan Islam menolak tidak menjadi perkara pelik sebab itu hak mereka, tapi engkau orang Islam, berhak ke engkau menentang hukum Allah?
Usahlah sibuk dengan pendirian orang bukan Islam terhadap hukum Hudud, kamu sendiri sebagai orang Islam sepatutnya lagi berhak untuk menyata pendirian.
Seolah-olah kamu memang ada niat untuk mengadu-domba dan menakut-nakutkan tentang pelaksanaan Hudud terhadap bukan Islam dan memberi satu tekanan kepada mereka.
Menjadi tanggungjawab kamu wahai Muhyiddin, untuk sediakan platform kepada badan-badan dakwah di Malaysia ini untuk melakukan sesi penerangan kepada bukan Islam tentang kebaikan Hudud, dan bukannya cuba menakut-bakutkan mereka. Kamu kan orang Islam.
Jangan bagi orang nampak kamu ni bodoh sangat! - WarkahDaily
Ketika rakyat menanggung kos perbelanjaan hidup yang tinggi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterusan membazirkan wang rakyat.
Terbaru kos penyewaan sebuah pesawat yang digunakannya didedahkan sebanyak RM9.1 juta, sepertimana diberitahu di Dewan rakyat hari ini.
Pesawat negara itu digunakan Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada hari Kemerdekaan, 31 Ogos yang lalu.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Nazri juga mendedahkan pesawat itu disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) bermula 3 Ogos 2007 untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Nurul melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.
Pendedahan terbaru ini menimbulkan persoalan samada Najib perlu bercuti dengan menggunakan dana kerajaan dan kapal terbang milik negara.
Sebelum ini, Dewan Rakyat tahun lalu juga dimaklumkan bahawa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membelanjakan RM21.4 juta wang rakyat bagi pelbagai lawatan di luar negara sejak 2008.
Najib juga membelanjakan lebih RM49 juta setahun bagi menyelenggara kediaman rasmi beliau dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Seri Perdana dan Seri Satria, Putrajaya.
Lu fikirlah sendiri....
Naib presiden PAS, Salehuddin Ayub hari ini menyatakan PAS memandang serius tindakan pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad melantik dirinya sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam satu mesyuarat lembaga penghujung Ramadhan lalu.
Perlantikan ini bertentangan dengan akta kecil koperasi Malaysia kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga, ujarnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Apa yang memalukan ialah Isa bukannya ahli koperasi tersebut, bahkan juga tidak layak untuk menjadi ahlinya kerana dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda, kata Salehuddin.
Lebih tragis lagi apabila Isa melantik dirinya sebagai pengerusi ketika pengerusi yang ada Datuk Dzulkifli Wahab tidak ada iaitu sedang menunaikan umrah di Makkah.
KPF sebagai sebuah koperasi cemerlang di negara ini di bawah kepimpinan Datuk Dzul tidak wajar di rampas oleh Isa atas sekeping surat dari Perdana Menteri itu.
Salehuddin bercadang untuk membawa isu ini ke dalam sessi Parlimen ini demi kepentingan peneroka dan kakitangan Felda seluruh negara kerana kita bimbang Isa dan Najib mempunyai agenda tersendiri dalam KPF ini.
Peneroka juga bantah Isa rampas KPF
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka.
Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda.
Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman.
Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru.
Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF.
Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad.
Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.
Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri.
Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.
Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa.
Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya.
"Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan.
"Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak.
"Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily.
KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.
Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.
"Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.
"Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang).
"Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.
"Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi.
Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka.
"Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi. -Hrkh
Walau pihak polis mempertahankan dakwaan mereka sebelum ini bahawa mereka bertindak dengan penuh profesional ketika menangani Bersih 2.0 lalu, namun hasil siasatan membuktikan sebaliknya.
Para pegawai polis yang telah dikenal pasti akan dihadapkan ke muka pengadilan serta akan dikenakan tindakan disiplin setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Begitulah keputusan daripada laporan siasatan yang dijalankan.
Sekadar tindakan disiplin pada pegawai yang melakukan aksi ganas dan tidak menghormati kawasan orang sakit adalah sesuatu yang lansung tidak mencukupi memandangkan pihak polis termasuk para pegawai tertungginya menafikan tuduhan orang ramai sebelum ini.
Mereka yang sepatutnya dikenakan tindakan disiplin mestilah termasuk:
Anggota polis yang terlibat.
Pegawai yang memerintah pada lokasi ketika itu.
Pegawai yang memerintah pada operasi Bersih 2.0 pada hari itu.
Ketua Polis KL,
Ketua Polis Negara,
Menteri Dalam Negeri.
Takkan lah mereka semua nak lepas tangan dan mengambil seekor kambing hitam sahaja untuk disembelihkan. Takkan lah pegawai-pegawai tertinggi nak cuci tangan dan duduk sambil tertawa terbahak-bahak melihat betapa setia membuta tulinya para pegawai FRU bengis mereka yang bertungkus lumus menurut perintah.
1. Terima kasih dan tahniah kepada pasukan belanjawan Pakatan Rakyat yang berjaya menghasilkan sebuah dokumen yang lengkap dan menyeluruh, walaupun mereka tidak dibantu oleh perunding dan firma media antarabangsa yang mahal.
2. Keupayaan Pakatan Rakyat menghasilkan sebuah belanjawan menyeluruh yang berlandaskan semangat reformasi rakyat adalah satu mercu tanda kematangan dan kesediaan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan persekutuan yang baru. Belanjawan yang bertemakan “Kesejahteraan Untuk Semua” ini lengkap mencerakinkan dengan terperinci unjuran pendapatan, perbelanjaan dan peruntukan untuk program-program nasional yang meniupkan roh kebajikan seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
3. Belanjawan ini akan menjadi penanda aras dan penimbal balik kepada belajawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 7 Oktober ini. Saya yakin rakyat yang serba matang dan mahir menilai akan membandingkan kedua-dua dokumen dan Insya Allah menguatkan lagi iltizam rakyat menuntut perubahan di negara yang kita cintai.
BAB 1: MAQASSID BELANJAWAN MENGANGKAT KEPERLUAN RAKYAT
4. Proses pembentangan dan meluluskan belanjawan setiap tahun hanya dijadikan rutin oleh Barisan Nasional hingga mengenepikan matlamat sebenar sebuah kerajaan merangka dan membentangkan belanjawan kepada rakyat.
5. Apakah wajar belanjawan hanya dilihat sebagai satu senarai gula-gula yang hendak ditawarkan kepada rakyat beberapa bulan sebelum pilihanraya umum, sedangkan bertahun-tahun sebelum itu rakyat ditindas? Di mana kewarasan sebuah kerajaan apabila fokus setiap belanjawan hanyalah kepada perkara-perkara yang penting kepada golongan kecil niagawan kaya dan kroni-kroni mereka, sedangkan kebajikan rakyat diketepikan?
6. Sebab itu Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang sangat berbeza. Sementara kita memberi perhatian kepada perkara-perkara makro ekonomi (baik persoalan defisit, pelaburan swasta, angka-angka pertumbuhan, keberdayasaingan ekonomi negara), kita jangan sekali-kali alpa bahawa maqassid perancangan belanjawan adalah untuk mengangkat keperluan rakyat mengatasi yang lain.
7. Makanya, prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:
a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;
b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;
c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;
d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat; dan
e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
8. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK. Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini.
9. Keseluruhan RM220 bilion ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.
10. Defisit tahun 2011 yang diunjurkan mencecah 6% dari KDNK membayangkan kegagalan Barisan Nasional menghentikan langkauan defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut akibat ketirisan, rasuah dan penyelewengan. Oleh itu, fokus untuk mengurangkan defisit kepada angka 4.4% telah menjadi satu keperluan mutakhir demi kelangsungan kewangan negara di masa akan datang.
BAB 2: KESEJAHTERAAN UNTUK SEMUA MELALUI PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK
11. Merujuk kepada angka-angka pendapat isi rumah yang terkini, seharusnya kita menginsafi ingatan Allah SWT yang cukup jelas di dalam Surah Al-Hasyr ayat 7 yang bermaksud: “Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”
12. Realitinya di Malaysia sudah jauh menyimpang dari ketetapan ini. Walaupun ada pihak yang mendakwa satu Malaysia ini serupa, hakikatnya negara kita adalah negara yang majmuk kelas ekonominya.
13. Golongan mahakaya (super rich) membolot kekayaan negara dan dipisahkan dari golongan pesara tua dan warga emas yang dihimpit kenaikan harga walhal pencen dan pendapatan mereka semakin mengecil. Anak-anak muda yang memasuki alam pekerjaan terpaksa bertungkus lumus berkongsi rumah dan mengikat perut, sedang anak-anak golongan mahakaya ini seronok melancong dan berbeli belah beg-beg tangan mahal dan cincin permata.
14. Golongan pekerja masih memperjuangkan hak untuk dibayar upah yang bersesuaian dengan kos sara hidup kini dan masih ramai yang upahnya lebih kecil dari garis kemiskinan yang ditetapkan. 35% dari rakyat kita bekerja dalam sektor tidak formal seperti menjaja dan berniaga kecil-kecilan yang tidak mempunyai perlindungan kerja dan imbuhan sosial yang memadai.
15. Statistik-statistik rasmi dari Kerajaan sendiri jelas menunjukkan satu Malaysia yang caca merba dan tidak sekata agihan kekayaannya.
16. 40% dari rakyat Malaysia datang dari isi rumah yang pendapatannya kurang dari RM1,500 sebulan. ¾ dari golongan ini adalah Melayu/Bumiputra yang kononnya dibela oleh pemerintah. Lebih mendukacitakan, golongan 20% terkaya di dalam negara (termasuklah golongan mahakaya dan kaum kerabat mereka) membolot 50% kekayaan negara, sedang 40% golongan terbawah hanya menikmati 15% dari kekayaan negara.
17. Semua ini melambangkan kegagalan sebuah pentadbiran yang memusatkan kekayaan kepada segelintir kecil kroni dan kaum kerabat mereka, bertentangan dengan peringatan Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr tadi.
18. Kegilaan itu semakin menjadi-jadi. Terkini kita disajikan dengan berita-berita pengambilan aset-aset syarikat awam oleh entiti yang dikawal oleh beberapa kerat mahakaya dan kaum kerabat mereka, seolah-olah kekayaan sedia ada masih belum mencukupi. Jangan kita lupa bahawa senarai orang-orang terkaya di Malaysia dihiasi dengan kaum-kerabat pemerintah, baik anak-anak mantan mahupun adik kepada Perdana Menteri sedia ada.
19. Kalau anak mantan Perdana Menteri memiliki syarikat perkhidmatan petroleum yang kelima terbesar di dunia selepas penggabungan Kenchana Petroleum dan SapuraCrest yang melibatkan RM12 billion , apakah tiada anak Malaysia yang cemerlang di dalam bidang-bidang ini selain dari anak mantan Perdana Menteri?
20. Tidak cukup seorang anak mantan Perdana Menteri itu menguasai industri huluan petroleum, anaknya yang seorang lagi pula mahu menguasai industri hilirian petroleum melalui konglomerat San Miguel yang membina kekayaan hasil dari perniagaan arak .
21. Kebejatan ekonomi sebeginilah yang menyebabkan RM52 bilion saham yang diberikan kepada golongan-golongan atasan Melayu akhirnya hilang begitu sahaja. Sedang mereka bergembira dengan kekayaan mereka, rakyat di bawah merempat mencari sesuap rezeki.
22. Tatkala kadar inflasi terus kekal pada kadar sekitar 3% seperti sekarang, rakyat akan terus terbeban dengan harga barang yang menjadi jenama paling unggul Barisan Nasional.
23. Angka-angka ekonomi negara semuanya rendah-rendah belaka, kecualilah angka-angka kenaikan harga barang. Perbandingan harga barang di antara tahun 2008 dan 2011 menunjukkan bahawa harga gula telah melonjak sebanyak 66%, diikuti dengan harga 1 kilogram ayam bersih yang melonjak 37%, seterusnya harga susu bayi 1.8 kilogram mencecah kenaikan 26%, teh tarik mengalami kenaikan harga 25% dan sebungkus roti putih naik harganya sebanyak 20%.
24. Unjuran angka inflasi membayangkan sekiranya keadaan ini berterusan sehingga tahun 2015 akibat kegagalan Barisan Nasional mengawal harga barang, rakyat Malaysia akan menanggung kos barangan harian yang telah melonjak naik 50% lebih mahal dalam tahun 2015 berbanding tahun 2005, sedangkan purata kenaikan gaji dalam masa satu dekad hanyalah 2.6% .
25. Makanya, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat:
a. Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012.
b.Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambahbaik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh BERNAS, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.
c. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.
e. Bayaran tambahan (top up payment) kepada isi rumah di dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550. Ini difikirkan wajar sebagai langkah segera membantu golongan terbawah di dalam ekonomi negara.
f. Pada masa yang sama, mengambil kira faktor semasa dan kenaikan harga mutakhir, bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.
BAB 3: MENGEMBALIKAN MARTABAT RAKYAT
26. Pemerintah sedia ada sering berkelakuan angkuh apabila berhadapan dengan kesusahan rakyat. Apabila harga minyak naik mendadak, Perdana Menteri meminta rakyat mengubah gaya hidup sedangkan beliau dan keluarga menghabiskan lebih banyak masa di luar negara atas pelbagai urusan .
27. Barisan Nasional juga menyalahkan segala-galanya kepada rakyat. Hutang negara yang mencecah kadar tertinggi dalam sejarah pun dek kerana rakyat, ekonomi yang tidak dapat dipulihkan pun kerana rakyat yang kononnya mahu bertongkat. Malah, pengangguran anak-anak kita sekali pun ditohmahkan kepada sikap anak-anak muda yang kononnya terlalu memilih, sedangkan ramai pula yang tidak malu melakukan kerja-kerja bawahan walaupun berijazah.
28. Hubungan rakyat dengan pemerintah sedia ada umpama khadam dengan tuan. Kalau tidak kerana puluhan ribu rakyat turun membanjiri Kuala Lumpur bersama-sama BERSIH2.0, warna kuning sekali pun hendak diharamkan; apatah lagi menerima dengan terbuka tuntutan agar reformasi pilihanraya dijalankan.
29. Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup umpama melukut di tepi gantang. Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34% daripada tenaga kerja masih dibayar di bawah kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan.
30. Persoalan gaji juga menjadi isu yang mahu dipadamkan oleh pemerintah sedia ada. Gaji yang bermaruah dan bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh rakyat. Ia adalah satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia; bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan.
31. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi pemerintah yang memandang rendah kepada rakyat, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah. Kuasa untuk menentukan gaji minima terus dipusatkan di tangan Menteri, justeru Akta Majlis Rundingan Gaji Kebangsaan yang dibentangkan baru-baru ini tidak lebih dari helah untuk menutup keengganan Barisan Nasional melaksanakan gaji minima.
32. Tabiat merendah-rendahkan martabat rakyat ini semakin berleluasa sehingga mengenepikan kakitangan perkhidmatan awam. Umum mengetahui bahawa pentadbiran Perdana Menteri lebih gemar menggunakan khidmat perunding luar atau mereka yang dibawa masuk dan dibayar gaji besar daripada tenaga pakar sedia ada di dalam perkhidmatan awam. Kerajaan mengeluh apabila berhadapan dengan masalah gaji perkhidmatan awam, tetapi kontrak ratusan juta kepada perunding asing diluluskan dengan sewenang-wenangnya.
33. Beberapa dasar pemerintah sekarang juga tidak membantu memperkasakan rakyat meningkatkan keupayaan ekonomi mereka. Kegagalan membina sistem latihan teknikal dan vokasional yang baik dan ketiadaan universiti-universiti berorientasikan teknikal yang menekankan kepada skim perintis dengan industri menyebabkan wujudnya jurang di antara kehendak industri dan kemahiran tenaga kerja.
34. Mengambil kira perkara-perkara ini, untuk mengembalikan martabat rakyat dan menghentikan pendekatan yang meremeh temehkan rakyat seperti yang diamalkan pemerintah sedia ada, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memperuntukkan perkara-perkara berikut:
a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;
b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;
c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;
d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;
e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;
f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;
g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;
h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;
i. Pelaksanaan skim “Bina dan Jual” secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; dan
j.Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.
BAB 4: MENJAMIN KELANGSUNGAN KEWANGAN NEGARA
35. Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah mencecah RM437 bilion. Jika unjuran KDNK bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5%, maka kadar keberhutangan negara telah mencecah 53% dari KDNK negara. Pada tahun 2007, kadar ini hanyalah 42% dari KDNK negara.
36. Kadar keberhutangan rakyat Malaysia juga merunsingkan. Jumlah hutang oleh isi rumah Malaysia telah mencecah RM577 bilion pada akhir 2010, iaitu 77% dari KDNK sedangkan pada tahun 1997, ia hanyalah 33% dari KDNK. Maknanya, di bawah pentadbiran Menteri-menteri Kewangan yang kebetulannya semuanya Perdana Menteri sejak tahun 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih sehingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun sahaja.
37. Keadaan diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. Defisit negara diunjurkan mencecah 6% bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2% seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh.
38. Malaysia tidak memerlukan perunding ekonomi antarabangsa yang mahal-mahal untuk memahami ancaman defisit dan hutang kepada kelangsungan kewangan dan kestabilan negara.
39. Rentetan krisis kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat secara jelas mengajar kita bahawa negara-negara yang tata kelolanya lemah, berbelanja berlebihan melalui hutang dan disalahtadbir ekonominya adalah negara-negara yang paling terkesan apabila berlaku kejutan ekonomi dunia.
40. Malangnya, apabila ini berlaku, rakyatlah yang menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban pelbagai tindakan susulan yang diambil.
41. Oleh yang demikian, tumpuan untuk mengekang defisit sewajarnya menjadi tumpuan utama agar kita berjaya menghentikan kitaran memusnahkan akibat tabiat berhutang yang diamalkan Barisan Nasional selama ini.
42. Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan defisit bukanlah persoalan melebarkan jaringan percukaian agar lebih ramai rakyat membayar cukai. Usaha mengekang defisit perlu ditumpukan kepada usaha mengawal perbelanjaan dan mewujudkan tata kelola kewangan terlebih dahulu; berbanding sikap Barisan Nasional yang cepat melatah untuk mengenakan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Jualan (GST).
43. Mengambil kira keperluan untuk memulihkan asas kewangan negara dan menjamin kelangsungan kewangan negara, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut:
a. Memotong belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan ini kepada kementerian-kementerian yang berkenaan dan mengurangkan kecenderongan berbelanja berlebihan oleh Perdana Menteri;
b. Sasaran mengekang defisit yang drastik iaitu pada kadar 4.4% bagi tahun 2012, berbanding sasaran-sasaran yang menyimpang sebelum ini;
c. Dividen dari PETRONAS diunjurkan pada kadar RM26 bilion sahaja, iaitu RM4 bilion lebih rendah dari amalan semasa Barisan Nasional walaupun keuntungan PETRONAS dijangka melonjak naik dalam tahun 2012 akibat harga minyak mentah yang tinggi. Ini bertujuan memastikan PETRONAS mempunyai sumber yang mencukupi untuk berkembang dan menjamin masa depan negara;
d. Penjualan lesen import (AP) akan dibuat melalui proses lelongan yang dijangka akan menambah pendapatan negara sebanyak RM1.2 bilion;
e. Pendekatan perolehan kerajaan akan dipinda untuk mengamalkan tender terbuka dengan jaminan skim-skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan golongan-golongan yang memerlukan diperkenalkan bagi melatih usahawan-usahawan baru berteraskan kebolehan dan merit;
f. Menyemak kembali kontrak-kontrak pembelian senjata oleh Kementerian Pertahanan untuk memastikan nilai tambah kepada strategi dan keperluan pertahanan negara;
g. Tumpuan kepada memaksimakan pendapatan negara dengan mengutip hutang-hutang, tunggakan dan penyelewengan membabitkan dana dan aset negara; dan
h. Mengembalikan cukai-cukai eksais dan duti yang dibatalkan oleh Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah seperti beg tangan, seluar dalam berjenama dan lain-lain atas pertimbangan kategori barangan ini hanya digunakan oleh golongan mewah. Maka sewajarnya cukai yang berpatutan disumbangkan untuk memperkemaskan kewangan negara.
BAB 5: MEMBINA KEANJALAN DAN DAYA SAING EKONOMI
44. Ekonomi negara perlu beralih kepada sektor bernilai tinggi untuk menambah pendapatan rakyat dan negara. Model ekonomi kos rendah yang banyak menggunapakai tenaga asing yang murah sebenarnya merompak rakyat Malaysia dari segi peluang ekonomi. Saban tahun, pekerja-pekerja asing juga menghantar puluhan bilion wang ringgit keluar dari Malaysia.
45. Niagawan-niagawan yang terlalu mempertahankan model ekonomi seperti ini sebenarnya mengambil subsidi dari rakyat Malaysia kerana keuntungan mereka adalah hasil dari menidakkan rakyat Malaysia dari peluang pekerjaan pada gaji yang munasabah.
46. Daya saing ekonomi negara juga memerlukan penglibatan lebih tinggi golongan wanita untuk merealisasikan potensi ekonomi mereka. Pakatan Rakyat mensasarkan penglibatan wanita dalam tenaga kerja mencecah 55% menjelang 2015, berbanding kadar 43% sekarang.
47. Kita juga perlu merubah struktur ekonomi yang mempertahankan dan mengkayakan beberapa kerat mahakaya melalui konsesi-konsesi yang meningkatkan kos operasi dan perniagaan. Pertembungan di antara sektor swasta dan syarikat milik kerajaan juga perlu dikurangkan untuk mengembalikan kerancakan pelaburan swasta dalam ekonomi negara.
48. Oleh yang demikian, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat mencadangkan perkara-perkara berikut:
a. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;
b. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;
c. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; dan
d. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.
BAB 6: KESEJAHTERAAN SEKATA DAN SEADILNYA
49. Pemusatan sumber dan kawalan kewangan yang keterlaluan kepada Kerajaan Pusat menindas kerajaan-kerajaan negeri sehingga mewujudkan jurang ekonomi yang luas di antara wilayah-wilayah, terutamanya di antara Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di Pantai Barat.
50. Oleh yang demikian, tumpuan yang jelas perlu diberikan untuk mempercepatkan pembangunan di wilayah-wilayah ini terutamanya pembinaan infrastruktur termasuklah jaringan lebuhraya-lebuhraya yang menghubungi seluruh Sabah dan Sarawak.
51. Konsep perkongsian sumber dan tanggungjawab kerajaan persekutuan dan negeri-negeri juga perlu dikaji semula untuk memastikan kebertanggungjawaban dan kepakaran pentadbiran dipadankan dengan sumber kewangan yang bertepatan.
52. Mengambil kira perkara-perkara ini, Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;
b. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; dan
c. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.
BAB 7: MENGUKUHKAN ARUS REFORMASI RAKYAT
53. Semua perancangan ekonomi yang dibuat hanyalah kekal menjadi diskusi akademik kecuali disertakan dengan iltizam untuk melaksanakan reformasi politik dan pentadbiran.
54. Suasana yang kondusif akan diwujudkan yang secara langsung membolehkan perubahan-perubahan ekonomi berlaku bila mana sistem pentadbiran dan dokongan adalah telus, amanah, bertanggungjawab dan berasaskan kerangka tata kelola yang baik.
55. Akhirnya, perbezaan ketara di antara Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat yang mengangkat Kesejahteraan Untuk Semua, dengan belanjawan yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri adalah dari segi siapa yang boleh melaksanakan reformasi-reformasi ekonomi ini dengan berkesan.
56. Sebab itu kita tidak boleh lari dari pengajaran Kitab al-Muqaddimah oleh Ibn Khaldun, yang antara lain menggambarkan kemusnahan apabila pimpinan kerajaan bergelumang dengan “salah laku, buruk akhlak, ketidakikhlasan dan tipu daya untuk mengaut kekayaan. Hati mereka memikirkan dan mencari jalan untuk menggunakan semua helah bagi tujuan itu. Akibatnya rakyat pun turut terheret dengan penipuan, perjudian, kecurian dan riba”.
57. Rakyat berhak mempersoalkan keikhlasan dan komitmen Barisan Nasional untuk menjalankan reformasi – baik reformasi politik, ekonomi atau sosial kerana rekod caca merba dan tipu daya mereka yang bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan mereka bahawa rakyat mudah lupa. Sebab itu Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri tetapi kemudiannya menyebut pula akta gantian – maknanya perkara yang sama, Cuma sanggul dan cincin yang berbeza sebagai hiasan.
58. Dalam kehangatan menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, rakyat juga tidak boleh alpa dengan pelbagai laporan dan bukti yang mempersoalkan ketulusan dan integriti daftar pemilih. Kalau selama ini kita percaya pelbagai helah digunakan untuk membenarkan pengundi hantu merosakkan amalan demokrasi di negara ini, pengesahan terbaru mengenai pemberian hak mengundi kepada warga negara Bangladesh mengukuhkan lagi persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah tidak telus.
59. Oleh yang demikian, seluruh rancangan ekonomi perlu dijalankan seiringan dengan proses reformasi politik dan pentadbiran. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan perkara-perkara berikut untuk mengukuhkan lagi arus reformasi rakyat:
a. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;
b. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;
c. Melaksanakan serta-merta semua tuntutan BERSIH2.0;
d. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;
e. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; dan
f. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.
PENUTUP
60. Malaysia adalah sebuah negara yang dirahmati dan diberkati. Rakyatnya telah membuktikan bahawa semua cabaran yang getir boleh diatasi bersama melalui muafakat, persefahaman dan hormat-menghormati.
61. Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat melihat rakyat sebagai aset pertama negara dan sewajarnya diangkat martabat rakyat untuk sama-sama menyumbang kepada kesejahteraan semua. Rakyat adalah tuan punya negara ini, rakyat bukannya khadam atau pekerja yang membanting tulang menagih ehsan pemerintah atau golongan mahakaya.
62. Belanjawan 2012 ini juga memberi gambaran sebuah negara yang berbeza di bawah Pakatan Rakyat. Berbeza ekonominya, rancak proses demokrasinya dan telus pentadbirannya.
63. Saya memohon doa supaya Belanjawan 2012 ini memberi peluang untuk semua pihak memainkan peranan bersama-ama membawa Malaysia ke tempat yang lebih sejahtera, lebih aman dan lebih adil.
Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.
Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.
Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.
Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.
“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.
“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.
Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.
Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.
“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.
Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar,
sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.
“Dia benci Anwar,” kata Najwan.
Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. -kd