TG Nik Aziz tanding PRU-13KOTA BARU – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.
“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.
Menurut laporan Bernama Online, Nik Aziz enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.
Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.
Bagaimanapun, katanya, jika ada pihak yang menuduh penceramah itu sebagai kufur kerana menyamakan beliau sebagai nabi, umat Islam yang menolak agama Islam juga sebenarnya kufur.
“Cuma satu saya nak jawab kalau orang samakan saya sebagai nabi itu adalah kufur,” kata beliau. -TMI
‘Umno tidak berhak desak Nik Aziz berundur’
PETALING JAYA: Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan Umno tidak berhak untuk mendesak Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk meletakkan jawatan.
“Umno tiada hak mendesak kecuali jika Nik Aziz melakukan kesalahan besar seperti pemimpin Umno.”
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan wakil Umno Kelantan Mohd Afandi Yusoff yang mahu Nik Aziz meletakkan jawatan atas dasar usia beliau yang telah lanjut.
Desakan tersebut dibuat Afandi ketika sesi debat perhimpunan agung Umno ke-62 pada hari ini.
Faktor kesihatan
Nik Aziz yang juga ialah Mursyidul Am PAS sekarang berumur 80 tahun. Beliau memimpin negeri Serambi Mekah sejak 22 tahun lalu.
Gesaan agar Nik Aziz melepaskan jawatan bukanlah perkara baru dan telah dibuat acap kali.
“Nik Aziz tak melakukan kesalahan rasuah,” tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Mat Sabu menjelaskan keputusan sama ada untuk kekal berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan bergantung sepenuhnya dengan Nik Aziz sekiranya beliau tidak sihat. -FMT
Sebenarnya, UMNO mati kutu apabila TGNA meneruskan hasrat untuk terus bertanding. Kerana UMNO tahu bahawa selagi TGNA berada di dalam saf perjuangan PAS, tak mungkin UMNO berjaya merampas Kelantan daripada PAS.
Perlbagai cara, pelbagai sekatan dan perlbagai serangan dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sehinggakan wang royalti milik Kelantan pun dinafikan oleh kerajaan Pusat lantaran hasad dengkinya terhadap TGNA dan PAS.
Dan sepertimana GB telah nyatakan sebelum ini, keraqjaan Pusat yang diterajui UMNO yang bakal tumbang. Kerana penyakit hasad dengki dan kkezaliman yang ada di dalam UMNO itu sebenarnya akan merosakkan diri mereka sendiri. Tanda-tanda keruntuhan itu sudah nyata dan hampir.
Sekalipun TGNA sudah agak berumur, namun di dalam Islam tiada istilah pencen di dalam perjuangan. Pemimpin-pemimpin Islam sepertinya tidak mungkin tunduk kepada tekanan dan serangan.
Kalau Najib ingin belajar mengenai wasatiyyah, maka dipersilakanlah menghadap TGNA di rumahnya yang merupakan sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya. Berbanding dengan kediaman Najib yang menelan belanja RM49 juta setahun untuk membiayai kos penyelenggarannya. -GB






Turut menjadi sasaran bidasan mereka yang berang itu adalah rakan parti komponen BN - Umno kerana didakwa tidak mengawal tingkah laku biadap rakannya itu.
Setiausaha Agung ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dalam satu kenyataan media berkata kenyataan Chua berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.
"PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi.
"PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, Umno seharusnya membentang hudud yang sebenar dan PAS akan pasti meyokongnya.
SHAH ALAM, 5 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Umno sebagai 'kereta tiada brek' kerana tidak mempedulikan suruhan dan larangan Allah SWT.


HULU TERENGGANU - PAS mengingatkan rakyat terutama kepada para pengundi agar tidak menyerahkan negara kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) hingga menjadi bankrap
SHAH ALAM, 4 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.
Dengan dibarisi pemimpin kanan Pakatan, ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil gelanggang dengan ikrar bahawa Pakatan tidak akan hanya mempertahankan Selangor, tetapi juga akan menawan negeri-negeri lain.
"Mereka (Umno) menuduh DAP anti-Islam, adakah ini betul?" soal Lim kepada hadirin dan disambut gemuruh dengan jawapan: "Tidak!".
"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.
Selain ucapan yang menangkis serangan bertali arus Umno, Pakatan juga menyenaraikan kejayaan-kejayaan di negeri-negeri yang ditadbirnya.
"Mukallaf ini Umno tak peduli. Kerana apa? Kerana Umno ini dasarnya kebangsaan. Agama kemudian. Jadi mana mukallaf?
"Sebab itu Allah suruh bertakwa. Melayu ke kamu, Cina ke, India ke, Orang Asli ke, kena bertakwa. Ini brek. Brek ini ialah bila ada rasa sayang kepada Allah.



Sumpah taat setia yang dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno semalam adalah berbeza dengan bai'ah yang dilakukan oleh PAS.





