Ikuti Blog ini

Mukhriz "Terlopong" Dengan "Bidasan" MB Kedah...


Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.
Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Tengku Razaleigh meramalkan PRU 13 UMNO akan menerima kekalahan lagi.


Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li
Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li

KUALA LUMPUR- Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. -Hrkh

Hassan datang minta maaf, TG Nik Aziz buat kenduri kesyukuran


Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hasan."

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pertemuan ini dianjurkan oleh PAS pusat.

"Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia," tambahnya.

Menurut Nik Aziz, beliau juga telah membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di kediaman rasminya semalam sebagai tanda kesyukuran penyelesaian kes tersebut.

"Saya berharap PAS pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Amy Search & Karl Cromok - Petanda Terbaik..

Lirik yang terbaik ..
Ada makna tu..
 

Gerakan Mahasiswi Turut Kecam Tindakan LPF Mahu Lepas Tangan

LPF mahu lepas tangan

KUALA LUMPUR: Sinergi Gerakan Mahasiswi (Sigma) menyifatkan keputusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan.

Gambar: Pengerusi & Timbalan Pengerusi SIGMA

Melalui satu kenyataan media hari ini, pengerusi Sigma Rohayu Rusli mendesak agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh LPF.

“Apatah lagi beliau (Mahmood Adam) juga menyebut bahawa segala urusan perfileman adalah di bawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuk masalah-masalah yang berbangkit di kemudian hari.

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh di peringkat Kementerian berhubung perkara ini dan mahasiswa sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina,” tegas beliau.

Festa filem hantu, lucah

Menurut Rohayu, dalam tahun 2011 ini sahaja Malaysia seolah-olah meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun.”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia,” katanya.

Beliau menerangkan bahawa LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan untuk menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daripada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui LPF ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.”

“Sigma juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan anggota masyarakat terutama golongan muda.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Sigma, Nur Syazwani Aziz berkata, beliau mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional, Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM, Helan Adam.

“Keputusan LPF ini menimbulkan banyak kerisauan dan kami berharap LPF mengambil sikap bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan,” katanya. -FMT

Ekslusif, Kondo mewah keluarga Shahrizat di Singapura




Oleh Milo Suam

LANTARAN pendedahan saudara Rafizi Ramli sebelum ini, berhubung pembelian kondominium
mewah di Singapura oleh keluarga Shahrizat Jalil, ReJaM© bersama kumpulan aktivis Jingga 13 telah melakukan lawatan ke kondominium tersebut.

Kami berjaya menemukan kondominium yang dimaksudkan di alamat, 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore seperti yang dilaporkan di dalam dokumen pendedahan tempoh hari.

Gambar di atas ini diambil di pintu masuk ke kondo mewah tersebut (dalam gambar, saudara Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13). Pada mulanya kami dihalang untuk masuk ke kawasan kondominium oleh pihak keselamatan.

Kami terpaksa melakukan beberapa muslihat supaya dibenarkan masuk. Namun kami dihalang untuk mengambil gambar dengan alasan ini merupakan kawasan persendirian. Hanya kamera Hp yang berjaya diseludup masuk.

Difahamkan, Orchad Scotts merupakan kondominium antara yang paling selesa dan luas di Singapura. Kawasan ini juga merupakan kawasan kediaman golongan elit di kota yang pernah dikenali sebagai Pulau Temasik itu.




Di bawah ini beberapa keping gambar yang berjaya diambil secara "curi-curi" di dalam kawasan kondominium Orchard Scotts. Mujur pihak pengawal tak nampak, kalau nampak mampos!


Salah sebuah unit kondo mewah di Orchard Scotts ini didaftarkan pembeliannya menggunakan nama suami Shahrizat dan dua orang anaknya secara milikan bersama. Duit rakyat RM250 juta untuk bela lembu diguna untuk kumpul kekayaan.



ReJaM© "Selepas ini kita dedahkan pula Restoran Makanan Mewah family Shahrizat di Singapura..!"

Apa helah Umno/BN dengan perubahan diumumkan SPR?

Rakyat wajib curiga dan merasa syak wasangka dengan tindak-tanduk Suruhanjaya Pilihanrayan Malaysia (SPR) selagi mana ia tidak diletakkan dibawah parlimen.

Dan selagi mana SPR dibawah kekuasaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) selagi itu SPR tdak boleh diakui dan dipercayai sebagai badan yang bebas.

Sebagai sebuah badan penggendali pilihanraya, SPR bukan sahaja perlu bebas dari campurtangan mana-mana parti politik atau pemerintah, tetapi perlu juga dilihat bebas dari pengaruh mana-mana pihak.

Apakah alasan kita tidak boleh membebaskan SPR, sedangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dulunya dkenal sebagai Badan Pencegah Rasuah sudah boleh bebas dari cengkaman Jabatan Perdana Menteri

Semua rakyat tahu dan sedar, walaupun berkali-kali dinafikan, SPR mash menjadi kuda tunggangan pemerintah Umno dan Barisan Nasonal.

Apabila ia diletakkan dbawah Jabatan Perdana Menteri, maka ia tertakluk kepada arahan dan peraturan yang dtetap dan dikeluarkan oleh 'tuannya', iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi SPR yang dilaporkan beberapa akhbar haran pada 20 Dsember lalu, beberapa perubahan akan dilakukan oleh SPR pada pilihanraya umum ke-13 seperti dibawah;

1. Menghapuskan masa bantahan selama sejam pada har penamaan calon.
2. Calon yang dinamakan tidak dibenarkan tarik diri
3. Membenarkan pengundi Orang Kelainan Upaya (OKU) dibantu oleh orang lain untuk mengundi
4. Mempamerkan daftar pemilih selama 14 hari.
5. Membersihkan daftar pemilih setiap hari
6. Mengubah tempat duduk wakil calon untuk memantau proses buang undi


Saya mengalu alukan perubahan yang akan dibuat oleh SPR didalam pilihan raya umum ke 13 akan datang. Cuma terdapat beberapa perkara yang masih boleh dipertikaikan.

1. Isu hapus masa bantahan.
Pegawai pengurus diberi kuasa sepenuhnya didalam menentukan calon calon yang mengisi borang diterima untuk bertanding. Macamana kalau pegawai Pengurus yang dilantik memang aktivis parti UMNO seperti yang berlaku di dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu Datuk Bandar Kuala Terengganu (ketika tu) Datuk Mat Razali Kassim telah dibuktikan berpihak kepada Umno/BN apabila mengugut kakitangan di bawahnya di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi memberi sokongan kepada calon BN. Setelah diber tekanan, akhirnya beliau menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 14 Januari 2009.
Perubahan yang dilakukan oleh SPR ini tentulah memberikan kelebihan kepada calon BN. Petisyen pilihanraya bukanlah yang terbaik untuk menegakkan kebenaran kerana selalunya didalam kes kes petisyen pilihanraya pembangkang jarang sekali menang.

2. Calon tak dibenarkan tarik diri
Apabila SPR tidak lagi membenarkan calon yang bertanding menarik diri mengurangkan risiko calon yang bertanding hanya untuk menerima habuan dan menarik diri apabila selesai menerima habuan.

3. Pengundi OKU dibenarkan membawa orang lain selain dari saudara.
Dalam isu ini saya bimbang apabila pengundi yang uzur seperti orang buta dibenarkan orang lain membawanya atau mengundi bagi pihaknya yang bukan saudaranya akan berlaku penipuan. Ini kerana pembantu tersebut orang kuat BN tentulah adnya kempen sebelum mengundi atau yan lebih parahnya lagi apabila KTM membenarkan beliau mengundi bagi pihak OKU tersebut. Walaupun mungkin tugas membawa pengund ini diambil alih oleh petugas SPR yanga memakai warga serba kekuningan, adakah SPR dapat pastikan bahawa petugas tersebut bukan aktivis tegar BN.

4. Pameran daftar pemilih selama 14 hari.
Ini sememangnya tuntutan Pakatan Rakyat. Ini memberi peluang kepada Pengundi melalui PPS lantikan SPR membuat semakan tuntutan dan bantahan kepada senarai pemilih.

5. Bersih daftar pemilih setiap hari.

Saya mengharapkan pihak SPR mengambil kira senarai yang sudah berada dalam DPI -Daftar pemilih induk. Masih banyak terdapat pengundi yang diragukan didalam daftar pemilih selain pemotongan yang dicadangkan oleh SPR sebanyak 40 ribu orang.

6. Ubah tempat duduk wakil calon.

Perubahan tempat duduk polling agen yang mewakili calon dan wakil calon tidak memberi manafaat yang banyak. Walau bagaimanapun sekiranya perubahan ini bertujuan memudahkan poling agen mengenal pengundi sebenar yang mengundi da bukan pengundi hantu makawajardisokong. Tetapi sekiranya perubahan ini lebih menakutkan pengundi dan bersifat mengugut maka ia tidaksama sekali.

***Ulasan diatas adalah dtulis oleh Arffin Deraman, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu. Tulsan beliau boleh dcapa melalui laman blog ariffinderaman.blogspot.com

BN kalah jika Ahmad Said kekal MB - Idris

KUALA TERENGGANU, 27 Dis: Ketika yakin Terengganu akan kekal di bawah BN namun bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh bimbang BN akan kalah jika Datuk Seri Ahmad Said terus kekal sebagai Menteri Besar.

Perkara ini dinyatakan beliau kepada teman-teman rapat beliau dalam Umno.

"Kita masih dahului PAS tetapi kalau hok j**g**g tu masih jadi MB, kita kalah," kata Idris kepada teman-temannya dalam Umno.

Kenyataan ini diceritakan semula rakan-rakan Idris kepada pemimpin PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa menceritakan hal ini dalam majlis makan malam PAS Dun Ladang baru-baru ini.

Kenyataan Idris membayangkan beliau masih menjadi faktor penting dalam politik Umno Terengganu.

Namun begitu, sikap beliau telah menyebabkannya terketepi dari arus utama politik Terengganu kerana tidak disenangi oleh pihak istana.

Walaupun dibawa ke pusat, ia juga tidak menyelesaikan masalah Idris. Beliau sekadar dilantik menjadi Pengerusi MARA sahaja.

Ahmad Said dilantik sebagai MB selepas pilihan raya umum 2008 lalu. Namun perpecahan dalam Umno Terengganu terus ketara.

Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu dipimpin oleh Ahmad Said manakala satu lagi masih yakin dengan kepimpinan Idris.

Salah seorang penyokong Idris adalah Adun Alor Limbat, Alias Mohamad. Sejak sekian lama Alias tidak bergerak selaku Adun kerana pertentangannya dengan kumpulan Ahmad Said.

Kini, menurut sumber, Alias tidak tersenarai sebagai calon Umno dalam pilihan raya akan datang.

Beliau akan digantikan oleh Saiful Bahri Baharudin (gambar), Ketua Pemuda Umno Terengganu.
Namun ramai yakin pemilihan Saiful akan memudahkan laluan PAS untuk merampas kembali Dun ini.

Ini kerana Saiful lebih berminat untuk mendapat keuntungan dari projek pembangunan dari politik.
Pemilihan beliau sebagai Ketua Pemuda pula dibuat oleh Khairy Jamaludin bukannya akar umbi Umno Terengganu.

Hasilnya, nama bekas Adun Umno di situ, Yusof Musa naik kembali. Alias sedar mengenai hal ini dan mula bergerak.

Namun beliau juga mula sedar, Idris Jusoh sudah tidak ada tempat dalam politik Terengganu.

"Orang-orang Idris kini mula mendekati Ahmad Said kerana sedar idris tidak akan naik semula di Terengganu," kata satu sumber dalam tinjauan Harakahdaily.

Sebelum ini, Harakahdaily pernah melaporkan Umno akan memilih Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Chek sebagai MB Terengganu selepas pilihan raya umum akan datang.

Beliau dilaporkan dipilih bagi mengimbangi pertembungan politik antara Idris dan Ahmad Said. Namun hubungan istimewa beliau dengan PAS dan Tengku Razaleigh Hamzah menyebabkan sesetengah pihak dalam Umno sangat bimbang dengan pendekatan ini.

"Pendek kata, politik Umno Terengganu belum jauh dari stabil dan PAS mempunyai mempunyai peluang yang ceraha untuk merampas kembali Terengganu," kata seorang pemimpin PAS.
Kenyataan beliau disokong oleh seorang bekas pemimpin PKR Terengganu.

"Bagi saya ciri-ciri untuk menang di Terengganu ada tetapi PAS dan Pakatan Rakyat perlukan 'bom' untuk menyedarkan rakyat tentang semua ini," kata beliau. -Hrkh

Inilah Suasana Yang "MEROYAN"kan Muhyiddin Dan Umno Johor.!!




Suasana yang menakutkan Muhyiddin dan uMnO Johor semasa kehadiran Ustaz Azhar
Idrus ke Johor baru-baru ini..Apa pulak tindakan jahiliah Umno Johor dan Polis
Pencacai Umno untuk sekat seruan kebenaran agama Allah ini daripada
masuk ke hati orang islam di Johor.

JuRaGan : Realiti beb...Di kawasan hidup dan berkembangnya majlis ilmu disitulah Umno kurus kering dan akhirnya mampuss, sebab penduduk disitu makanannya islam...dan di mana tiada majlis ilmu dan masjidnya nazak di situlah Umno hidup sihat dan berkembang, kerana penduduknya makan dari makanan sekular dan jahilliah.

Macam syaitanlah bro...sebut nama allah jadi kurus, takda sebut nama Allah jadi sihat dan gemuk. Lu orang sendiri boleh pikir beb!!segalonyo udah jolasss jang oii..Rakyat Bangangggg UMno Monang, Pemimpin Sonang Lenang!!!!

Mahasiswa seperti Adam Adli disanjung, bukan seperti Saiful Bukhari.

Tahniah kepada Mahasiswa alaf baru yang berani dan tidak mudah menjadi lembu dicucuk hidung. Kita tidak mahu Mahasiswa menjadi seperti seorang bekas Mahasiswa yang gagal di dalam pembelajaran, lantas menjadi lembu dicucuk hidung sehingga sanggup melakukan fitnah demi duit.

Paling memalukan, bekas Mahasiswa itu sanggup tidak mencuci duburnya selama dua hari demi untuk mencari makan dan melaksanakan kehendak rejim diktator yang mengupahnya.

Alaf baru memerlukan Mahasiswa yang bukan sahaja rajin belajar dan pintar tetapi mempunyai nilai diri yang tinggi. Kita tidak mahu suatu ketika nanti Mahasiswa ini akan menjadi pemimpin yang korup dan tiada nilai diri sehingga sanggup `mengusung kek `tahi' ke Pejabat KM P.Pinang dan memakannya sendiri.

Mahasiswa seperti Adam Adli ini jauh lebih bermoral dari tokeh Utusan Malaysia yang kaki fitnah yang menyebarkan berita kononnya bendera Najib dipijak-pijak, sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian. Adam Adli juga jauh lebih bijak dari Reezal Naina Merican yang saya tidak pasti berbangsa Melayu atau Malbari itu yang begitu mudah di`kencing' oleh Utusan Malaysia dengan laporan fitnah sedemikian.

Untuk adam Adli, jangan gentar rakyat yang bijak tetap bersama kamu melainkan mereka yang masih beriman dengan akhbar dan media lidah syaitan. w/fauzdin

Lucah Jadi Talian Hayat UMNO, Giliran Datuk Saifuddin Jadi Mangsa


Risalah lucah hina Saifuddin di UiTM Shah Alam

SHAH ALAM, 27 Dis: Kumpulan Aktivis Mahasiswa (Kami) mendakwa wujud pihak tertentu menyebarkan risalah lucah di sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam sejak Khamis lalu.

Risalah tersebut memaparkan karikatur dua individu yang masing-masing dilabel sebagai Anwar dan Saifuddin dalam keadaan tidak senonoh.

Selain karikatur yang menjijikkan itu, terdapat juga tulisan berbunyi "Sibuk sangat nak baik dengan Pro M yang hina PM tu!".

Menurut Setiausaha Agungnya Khairul Naim, risalah itu dipercayai diedar pada Khamis dan Jumaat lalu oleh beberapa pihak tertentu yang kurang senang pihak yang memberi sokongan kepada Pro–Mahasiswa terhadap isu kebebasan akademik yang hangat diperkatakan sekarang.

"Kami tidak menuduh mana-mana pihak, tetapi tindakan menyebarkan risalah dan gambar ini adalah sesuatu yang melampau," katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan aman Pro-Aspirasi di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini bagi mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan kerana memihak kepada Pro–Mahasiswa dalam penganjuran Perhimpunan Kebebasan Akademik di Kuala Lumpur.

"Kami berharap supaya Bahagian Hal Ehwal Pelajar dapat menyiasat kes ini sedalam-dalamnya kerana dilaporkan tiada sebarang tindakan terhadap kes yang berlaku ini.

"Dulu apabila Mahasiswa mengadakan speaker’s corner, kecoh satu kampus kerana Mahasiswa dikatakan menghuru-harakan kampus sehingga beberapa Mahasiswa ditahan oleh Polis Bantuan UiTM, tetapi mengapa apabila timbul kes ini pihak pentadbir mengambil pendirian berdiam diri?" katanya.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya akan terus pertahankan Saifuddin walau apapun terjadi kerana yakin dengan perjuangannya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Pro–Aspirasi yang berdemo sebagai “meludah ke langit” kerana suatu ketika dulu mereka mengatakan bahawa Mahasiswa berdemonstrasi adalah tidak intelektual. -Hrkh

Gambar, video dan karikatur lucah menjadi bahan modal golongan UMNO untuk memburukkan pihak yang tidak disenangi oleh mereka.

Ia bukan sekadar dilakukan oleh pihak bawahan malah ia mendapat restu dari pimpinan tertinggi UMNO sendiri. (Ingat, Ahmad Maslan pernah mempertontonkan video lucah kepada ahli-ahli UMNO).

Fitnah ke atas KM Pulau Pinang kononnya anak beliau meraba payudara pelajar perempuan sekalipun telah dibuktikan ia adalah palsu, fitnah itu terus dijaja oleh golongan UMNO.

Kini Datuk Saifuddin Abdullah pula menjadi mangsa. GB pernah menyatakan:


Tetapi biasanya pemimpin sebegini hayatnya di dalam UMNO tidak lama. Dia nanti akan dicemburui oleh pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang ramai itu. Qabil cukup-cukup cemburu dengan sifat baik Habil. Lalu dibunuhnya Habil. Itu kisah dari Al-Quran.

Umno-BN (1956 ke 2011): Kerajaan perompak


Umno-BN (1956 ke 2011): Kerajaan perompak
Sejak 54 tahun UMNO / BN telah mengeksploitasikan sumber-sumber semula jadi dan buatan manusia.

Air

Kami menikmati air hujan sepanjang tahun dan air sungai juga. Namun, kita masih mengalami kekurangan air dan banyak kampung-kampung masih tidak disalurkan air dan bagi mereka yang telah disalurkan air, kualitinya rendah kerana ia dicemari dengan sebatian ferik tinggi dan kotoran kehitam-hitaman yang sangat halus. Adakah ia sesuatu mustahil untuk menyediakan seratus peratus bekalan air bersih bagi ke seluruh negara kerana selepas 54 tahun kemerdekaan kita mampu untuk menghantar angkasawan (pelancong angkasa) ke pangkalan angkasa lepas antarabangsa? Bukankah Malaysia bagi UMNO BN segalanya “Boleh”?

Kerajaan UMNO BN telah beberapa kali mengingatkan kita bahawa krisis air mungkin akan berlaku dan jumlah wang yang sangat besar diperlukan bagi penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Melaka juga mendapat bekalan air mentahnya dari Sungai Muar di Johor and Sungai Linggi di Negeri Sembilan. Tetapi, benarkah kita perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk memindahkan air dari satu negeri ke negeri yang lain? Apakah ini bermakna UMNO / kerajaan BN telah mengakui kegagalan mereka biarpun selepas menswastakan sistem bekalan dan rawatan air, kita tetap akan menghadapi krisis air?

Satu-satunya sebab munasabah kenapa kerajaan UMNO BN telah gagal dalam tugasnya menyediakan air bersih dan murah, jika tidak percuma, bagi keseluruhan Negara adalah kerana projek-projek pemindahan air hanya skim-skim untuk mendatangkan keuntungan ber;ipat ganda bagi pemimpin korup dan kroni-kroni mereka.

Kerajaan UMNO BN hanya lebih berminat menjana wang melalui skim-skim ini untuk merompak wang. Jika mereka betul-betul komited untuk menyediakan bekalan asas yang penting ini, Malaysia sudah lama berada dalam tangga teratas dalam sistem bekalan air berteknologi tinggi.

Kepakaran kita juga mungkin boleh membantu negara-negara yang berada dalam kawasan iklim panas. Namun, Singapura yang kekurangan sumber air semula jadi telah terlibat dengan aktif melalui syarikat perunding Public Utility Boardnya PUB Consultants Private Limited (PUBC), subsidiari kepunyaan syarikat induk PUB sebagai perunding air untuk beberapa Negara di Timur Tengah seperti Qatar, Saudi Arabia and Abu Dhabi. PUBC juga terlibat dalam pengurusan air di China, India, Australia dan Brunei.

Beras

Kita juga pernah memiliki sebahagian besar kawasan sawah di negeri Kedah yang merupakan “jelapang padi” tetapi kawasan ini telah banyak dikurangkan sehinggakan terdapat satu keperluan untuk mengadakan satu lagi kawasan yang amat besar di Sarawak untuk penanaman beras. Beras adalah makanan ruji kita dan ia merupakan wawasan Kementerian Pertanian untuk menjadi mampu menyara makanan ruji ini untuk negara.

Skandal NFC adalah sebahagian daripada wawasan ini. Tetapi benarkah kita perlu memusnahkan sawah-sawah padi untuk yang pada mulanya? Mengapa ini tidak dielakkan? Tiadakah tanah lain dan bukit-bukit kecil yang boleh digunakan untuk tujuan ini?

Bila Thailand dilanda banjir yang merosakkan sawah-sawahnya, kita gusar akan nasib yang bakal menimpa iaitu kekurangan beras bagi bekalan dunia, tetapi kerajaan UMNO BN di bawah Perdana Menteri Najib Razak tidak membuat apa-apa setakat ini untuk memastikan bahawa kami mempunyai cukup bekalan yang cukup dari pengeluar tempatan kami. Kita perlu mempunyai kami “jelapang padi ” dan kita perlukannya segera.

erajaan UMNO BN juga buat memastikan bekalan makanan kita cukup, tetapi apa yang telah terjadi ialah akibat perbuatan ahli-ahli politik yang jahat, tidak berperasaan dan tamak yang membenarkan kawasan-kawasan sawah bertukar menjadi tanah komersial dan kediaman. Kita mempunyai kawasan yang sangat luas namun, oleh kerana kehalobaan projek-projek dan skim-skim UMNO dan BN, tanah-tanah ini menjadi semak samun dipenuhi rumpai yang menjalar. Mengapa berpura-pura untuk mengadakan “jelapang padi” apabila usaha melaksanakan projek itu dengan betul dan dengan jayanya tiada?

Balak

Kayu balak yang memerlukan ribuan tahun untuk matang telah pupus dari hutan dara hanya dalam satu generasi. Penebangan balak tanpa berfikir mendatangkan bencana pada masa depan dan memusnahkan cara kawasan orang-orang pribumi! Namun sebahagian besar kawasan negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak dan Pahang masih mundur. Di mana perginay semua wang hasil balak ini? Siapakah yang mendapat habuannya?

Malangnya biarpun selepas mengetahui yang balak kita telah pupus, kerajaan UMNO BN tidak melakukan penanaman semula untuk menambah bekalan. Walau apa pun usaha-usaha yang telah dilakukan, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat. Ini hanya satu lagi skim mendatangkan keuntungan untuk membekalkan anak-anak benih. Kita begitu terdesak untuk mendapatkan kayu hinggakan pokok-pokok getah juga sudah kekurangan bekalan - bukan untuk lateksnya tetapi kayunya!

Petroleum

Pada tahun 1994, jumlah itu aset tunai milik Petronas, sumber utama pendapatan kita adalah lebih kurang RM20 bilion, tidak termasuk aset-aset dan modal untuk pelaburan. Namun, pada hari ini, Petronas langsung tidak boleh mencari modal yang cukup untuk meneroka lebih banyak medan minyak. Walaupun begitu , Dr Mahathir masih lagi penasihatnya sedangkan Hassan Merican dibuang dan Tun Salleh Abbas, yang cuba untuk menghalang mengaliran keluar dana Petronas, telah disingkirkan dai jawatan Hakim Besar.

Daripada memberi faedah negara, dana Petronas telah sebaliknya digunakan untuk membiayai kos bahan api bagi IPP yang juag berkaitan dengan UMNO. Pada masa yang sama TNB, syarikat berkaitan kerajaan yang sepatutnya kukuh dari segi kewangan telah menerima nasib yang sama seperti Malaysia Airline System (MAS).

KWSP, Tabung Haji dan FELDA

KWSP dan Tabung Haji juga menanggung risiko. Peneroka-peneroka FELDA juga ditipu. Hanya kerana kebanyakan daripada mereka telah berjaya mencapai kehidupan lebih baik dan sekarang mempunyai sedikit wang, ia juga adalah satu skim yang mendatangkan keuntungan untuk UMNO daripada peneroka-peneroka itu sendiri. Ia juga sama saja untuk semua skim-skim penswastaan yang lain.

Fasiliti dan infrastruktur sedia ada

Infrastruktur mahal seperti stadium ditinggalkan mereput sahaja,malah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga menerima nasib yang sama. Selepas mencurahkan wang yang banyak untuk projek-projek mega ini, subkontraktor ditinggal dengan “sisa-sisa” maka mereka perlu mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan semua kerja.

Tidak hairanlah apabila kemudahan-kemudahan ini dibina tanpa kualiti. Stadium Nasional and Kompleks Sukan mereput akibat tiada penyelenggaraan, bumbung Stadium Terengganu sudah roboh, rekahan di lebuh raya MRR2, kebocoran atap Bangunan Parlimen, kos yang tinggi bagi pembinaa Istana Negara yang baru dan banyak lagi.

Pusat PengangkutanLembah Klang (KVMRT) yang merupakan lubuk emas bagi mereka telah pun berada dalam keadaan nazak. Sudah pasti projek itu akan memerlukan wang lagi. Kos keseluruhan sekarang adalah RM60 bilion dan akan berganda apabila siap pada tahun 2017 menjadi 120 bilion iaitu separuh daripada bajet 2012 sekarang!

Bayaran untuk Independent Check Engineer (ICE) HSS Integrated juga dikatan menelan belanja kira-kira RM720 juta walaupun mereka sebenarnya tidak terlibat dalam kerja merekabentuk, tetapi lebih kepada penyemakan dan memberi konsultasi. Sebenarnya, dalam pasaran, skop tugas ini tidak harus menelan belanja lebih daripada RM20 juta untuk kontrak tiga tahun.

Tenaga professional

Terlalu banyak wang telah dibelanjakan bagi pendidikan walaupun kita cuma menghasilkan graduan-graduan sederhana berbakat, sementara mereka yang mempunyai kebolehan sebenar memilih untuk pergi ke luar negara. Ini adalah suatu pembaziran walaupun kerajaan UMNO BN tidak risau. Kita juga tidak lupa akan kegagalan besar makmal komputer sekolah dengan pembinaan tidak lengkap, bumbung-bumbung jatuh, kekurangan kemudahan dan komputer-komputer yang rosak selepas membelanjakan RM550 juta dan satu selanjutnya RM300 juta bagi membetulkan kerosakan-kerosakan tanpa sesiapa betul-betul melaksanakannya!

Yang bijak pandai meninggalkan negara dan mengakibatkan dalam penghijrahan cendekiawan. Namun kita memerlukan mereka bagi membantu memajukan negara. Kita tidak boleh mampu menjadi seperti AS di mana mereka mempunyai wang untuk memperolehi bakalan perkerja ini. Wang yang dilaburkan Malaysia untuk belianya selama lima belas tahun, menyediakan pendidikan mereka sejak sekolah rendah, telah memanfaatkan orang lain, bukan kita sendiri.

Tetapi, demi politik, ini tidak diakui. Bekas perdana menteri Mahathir Mohamad telah berkata pada satu masa dahulu, pintu itu terbuka, kami tidak akan menghentikan sesiapa daripada meninggalkan negara. Yang tinggal di Malaysia ialah orang seperti Ibrahim Ali dan geng jahat Perkasanya. Apakah masa depan yang boleh mereka tawarkan untuk anak-anak kita kecuali melancarkan kempen-kempen 'meludah' dan semangat kejadian 13 May-tak-takutkan-kami?

Laporan GFI

Laporan Global Financial Integrity yang terbaru (GFI) memberitahu kita bahawa RM1 trilion wang telah dibawa keluar negara secara haram.

Ini menjelaskan bagaimana korupnya negara kita, dengan meningkatnya, ketamakkan para pemimpin UMNO terhadap sumber utama yang menyebabkan ini berlaku. Kesetiaan dan minat mereka tidak ada sangkut-pautnya kepada rakyat atau orang Melayu sendiri yang membentuk 60% jumlah keseluruhan penduduk. Apabila semua orang menderita, lebih ramai daripadanya adalah orang Melayu kerana lebih ramai orang Melayu daripada orang lain dalam Negara kita. Benda yang paling menakutkan adalah majoriti orang miskin juga orang Melayu, yang sekali lagi membuktikan bahawa UMNO telah menjaga berminat menjaga kepentingan skim-skim yang mendatangkan keuntungan baginya dan bukan mengagihkan kekayaan bagi manfaat semua – sama ada Melayu atau sebaliknya.

Bilakah semua kekarutan ini akan berhenti? Ini adalah persoalan yang rakyat Malaysia harus pandang serius. Sejak 54 tahun yang lalu, kita bandingkan diri dengan orang lain di rantau ini dan dunia , supaya ia lebih jelas bagi kita. Masanya telah tiba untuk mengakhirkan pemerintahan UMNO dan BN dan bukankan lebih baik untuk berbuat begitu pabila datangnya PRU ke-13 nanti, yang dijangka akan berlangsung awal tahun depan.

Malaysia Chronicle

Umno Besut kibar bendera negeri separuh tiang?

BESUT, 26 Dis: PAS Besut melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Umno bahagian yang mengibarkan bendera negeri separuh tiang sejak lebih seminggu lalu.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata, tindakan mengibarkan bendera negeri Terengganu separuh tiang di pejabat Umno bahagian Besut itu tidak wajar.
Ini kerana, katanya di saat seluruh rakyat jelata gembira dengan keberangkatan pulang Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin kembali memerintah negeri tindakan tersebut amat dikesali.

“Ini tidak harus berlaku di saat seluruh rakyat negeri ini bergembira dengan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk kembali memerintah Terengganu, setelah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selama sepenggal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13,” katanya.

Menurutnya, Umno BN bersikap hiporkrit apabila melenting marah ketika seorang mahasiswa yang berdemonstrasi bertindak menurunkan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi membisu berhubung bendera Terengganu dinaikkan separuh tiang itu.

“Saya tidak fikir Ketua Umno Bahagian Besut tidak nampak bendera Terengganu berkibar di separuh tiang di hadapan pejabatnya di tengah-tengah bandar Jerteh dalam tempoh waktu yang agak lama.

“Saya juga tidak terfikir bekas Menteri Besar Terengganu (Idris Jusoh) itu tidak dimaklumkan tentang kepulangan Tuanku Sultan Mizan yang telah kembali memerintah Terengganu,” ujarnya.

Katanya, PAS Besut menasihati kepimpinan Umno bahagian agar segera mengembalikan semula bendera negeri Terengganu pada kedudukan asal dengan baik. -Hrkh

NFC : Lebih ramai 'perompak' duit rakyat akan didedahkan.!!

"Bukan aku seorang, orang lain pun sama malah lebih teruk" mungkin itu kata hati Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita dan Ketua Wanita Umno.

Shahrizat tanpa segan dan silu menyatakan bahawa 'siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah', seperti mendedahkan ramai pemimpin Umno terbabit dengan skandal salah guna kuasa.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Kenyataan Shahrizat ini menambahkan lagi bukti bahawa amat sukar untuk kita mencari pemimpin Umno yang bersih dari sebarang skandal. Tidak mustahil jika Shahrizat dikenakan tindakan beliau akan mendedahkan nama-nama pemimpin yang terbabit dengan penyelewengan khususnya yang ada kena mengena dengan NFC.

"Seorang penyamun kena tangkap sudah tentu dia akan memberitahu siapa penyamun-penyamun lain itu ibarat yang boleh kita ungkapkan berkaitan dengan 'samun duit rakyat RM250juta NFC.

Bak kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor bahawa ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

"Dalam keadaan demikian, tidak hairanlah Indeks Persepsi Rasuah negara merudum buat tahun ketiga berturut-turut.

"Justeru, tidak ada apa lagi yang boleh diharapkan oleh rakyat dalam negara ini, melainkan perubahan mesti dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13," katanya.

Khir Toyo Dakwa Dia Jadi Kambinghitam Untuk UMNO Rampas Selangor

Khir mangsa sembelihan 'drama politik' Umno

KUALA LUMPUR, 25 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hanya 'drama politik' Umno BN.

Katanya, dengan pelbagai isu rasuah yang terpalit kepada ramai pemimpin parti itu, maka Umno BN terpaksa 'menempisnya' dengan bertindak ke atas Khir, itu pun selepas Khir tidak mempunyai kuasa lagi.

Lagi, tindakan 'memangsakan' Khir itu kononnya bagi memberi gambaran kepada Masyarakat bahawa kerajaan Umno BN secara keseluruhanya tidak berkompromi dengan rasuah.

"Selepas Umno tak mampu nak bersih najis rasuah yang (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kata 'sudah busuk sampai ke usus', maka Khir jadi mangsa sembelihan untuk bersihkan semua kes rasuah dalam Umno," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin yang memutuskan Khir bersalah atas tuduhan rasuah dan dihukum penjara setahun.

Bagi Mahfuz, apa yang cuba ditonjolkan oleh Umno BN dengan bertindak ke atas Khir itu hanya mengulangi skrip lama yang pernah dibuat ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam isu PKFZ.

Bagaimanapun tindakan mendakwa Ling itu selepas beliau bersara dari kerajaan
.

"Saya harap Khir sabar banyak-banyak sebab dia seorang sahaja yang kena untuk dijadikan mangsa korban partinya.

"Saya yakin kalau dia masih ada kuasa, dia tak akan diambil tindakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. -Hrkh


Khir says made a scapegoat


SHAH ALAM, Dec 23 — Dr Mohamed Khir Toyo said today he was being made a political fall guy, following his conviction for abusing his influence to buy a luxury home and land at a discount of up to RM3 million.


The former Selangor mentri besar has maintained his innocence, insisting that the RM3.5 million deal was at market value and on a “willing buyer, willing seller” basis.


“Right from the start,” he said when asked by reporters after the guilty verdict if he was being made a political scapegoat.


After judge Datuk Mohtarudin Baki ordered the seizure of the property and sentenced the Sungai Panjang assemblyman to 12 months jail, Dr Khir told reporters that “this is not the final judgment and I will continue to fight to clear my name.”


“On the question of politics, I will answer after January 9,” he added in an apparent reference to the date of Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy verdict.


Dr Khir appeared to be referring to speculation that he would be given a hefty sentence to avoid allegations of injustice should PKR de facto leader Anwar be found guilty.


Earlier, Mohtarudin had ruled that the conviction under Section 165 of the Penal Code also invoked Section 36 of the Prevention of Corruption Act, which mandates that the court seize property that is the subject of a graft offence.


However, he granted Dr Khir a stay of execution pending an appeal that defence lawyer M. Athimulan said would be filed this afternoon.


Although Dr Khir remains Sungai Panjang assemblyman, the 12-month sentence means he will be unable to contest in elections unless the Court of Appeal reduces it to under six months.


Athimulan also told reporters that the defence was “baffled” by the heavy punishment.


“Market value is not important anymore and it will just be based on the seller’s price,” he said, before his smiling client left the court complex here.


Dr Khir was charged with illegally obtaining for himself and his wife two lots of land and a house at No. 8 and 10, Jalan Suasa 7/1L here from Ditamas Sdn Bhd through its director Datuk Shamsuddin Hayroni.


The property was purchased at RM3.5 million although Ditamas had bought it for RM6.5 million on December 23, 2004.


Dr Khir was alleged to have committed the offence at the official residence of the Selangor mentri besar at Jalan Permata 7/1, Section 7 here on May 29, 2007. -TMI
12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.


Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.


13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.


14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.


15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.


16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.


17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?


18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain. -petikan dari blog khirtoyo
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .