Ikuti Blog ini

Bapak kafir: Ulamak Kelantan minta fatwa

(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Pada masa yang sama, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood, turut menyokong demontrasi di hadapan pejabat NST petang ini berhubung kenytaan ‘bapa kafir’ kepada Tuan Guru.

“Kita meminta Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti-mufti seluruh negara berasa sensitif tentang penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan yang memerintah hari ini.

“Banyak perkara yang tidak sehat dilakukan oleh pemerintah, namun pihak majlis fatwa berdiam diri, namun boleh pula mengeluarkan fatwa khas khusus untuk Pakatan Rakyat walaupun tidak bercanggah dengan Islam,”ujarnya.

Sambungnya, majlis fatwa tidak hanya perlu memandang sudut agama sahaja, sebaliknya pelenyelewengan kuasa, ekonomi, yang berlaku di hadapan mereka kena beri perhatian.

Beliau juga turut mencadangkan majlis fatwa menegur isu penyelewengan yang membabitkan NFC, saham syarikat MAS dan lain-lain lagi.

Sementara itu ketuanya, Datuk Mohammad Daud, mengakui pihaknya menggunakan kaedah yang lebih lunak dalam berdakwah, khususnya kepada orang bukan Islam.

Sambungnya, Dewan Ulamak PAS Kelantan, seboleh mungkin tidak akan menggunakan bahasa yang kesat apa lagi menyinggung perasaan mereka.

“Sebab itu ketika kita berucap, berkempen, berdakwah kita tidak kata mereka sebagai orang kafir, sebaliknya ‘bukan Islam’, sebab perkataan kafir itu begitu kasar, walaupun mereka bukan beragama Islam,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru merasmikan laman web rasmi dewan berkenaan. Untuk melayari serta mendapat sebarang maklumat http://dupnk.org.my.

Haramjadah Untuk Najib? Tanpa Kami, K'jaan Tak Munkin Berusaha Memajukan Nasib Rakyat



Pakai baju PR ambil cek

CHENOR - “Terima kasih atas pemberian durian runtuh ini tetapi kerajaan seharusnya berterima kasih juga kepada pembangkang kerana tanpa kami, kerajaan tidak mungkin berusaha memajukan nasib rakyat.”

Gambar: Peneroka tegar pembangkang ini bersembang dengan Ismail (kiri) ketika hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju mempunyai logo PR pada majlis itu.

Demikian kata seorang peneroka Felda Kampung Awah yang hadir menerima durian runtuh dengan memakai baju korporat putih mempunyai logo PKR, DAP dan Pas pada satu majlis, di sini.

Walaupun bersikap prejudis terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, peneroka berusia 50-an itu tidak sama sekali menyangkal bahawa Najib adalah seorang pemimpin yang prihatin dengan nasib rakyat memandangkan semua ahli keluarga menerima pembahagian durian runtuh itu.

Katanya, Perdana Menteri sendiri memberitahu bahawa durian runtuh itu adalah hak peneroka maka setiap peneroka perlu menerimanya.

“Saya mengambil durian runtuh ini tetapi tidak bermakna saya menyokong kerajaan. Saya tidak sekali–kali akan menukar parti pilihan (Pakatan Rakyat) memandangkan apa yang diperjuangkan pembangkang adalah sesuatu yang benar dan adil.

“Pemberian durian runtuh Felda ini saya anggap rezeki yang tidak boleh ditolak,” katanya ketika ditemui menerima cek durian runtuh fasa pertama bagi ketua keluarga bernilai RM5,000 bersama 466 peneroka lain dari Felda Kampung Awah dan Sungai Nerek, di sini.

Majlis disempurnakan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib. -SH

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Diharamkan?

 

KOEKSI foto Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus di Masjid As-Salam Puchong Perdana Selangor...Walapun diharamkan memberikan kuliah di Putrajaya namun umat Islam terutamanya anak-anak muda tetap membajiri Masjid As-Salam ,,,

Lihatlah dengan mata kepala sendiri....Ulama yang dibenci oleh UMNO namun disanjung dan dijulang oleh umat Islam dinegara ini terutamanya anak-anak muda.. Mereka tidak terpukau dan tersilau dengan program-program yang dihidangkan di Hari Himpunan Jutaan Belia.

Lagi UMNO tekan Ulama lagi anak-anak muda memberikan sokongan.

UMNO PUNAHKAN ANAK MUDA....INI BUKTINYA

Inilah cara Umno/BN mendidik anak-anak muda kita. Gambar-gambar ini adalah sebahagian dari gambar program Himpunan Sejuta Anak Muda anjuran Kerajaan BN.

Jelas sekali program ini bukannya hendak mendidik anak muda malah merosakkan lagi anak-anak muda kita. Ditambah lagi dengan konsert-konsert artis yang langsung tidak dapat mendidik anak-anak muda. Mereka hanya dihidangkan dengan keseronokan dan budaya hedonisme.

Di saat gejala sosial, maksiat, zina dan sebagainya begitu membarah sekarang kerajaan menambahkan lagi perisa bagi merancakkan lagi program maksiat dan lagho. Apa yang penting bagi mereka biar anak-anak muda seronok dan lupa kepada agama. Yang jahil sudah tentu akan menyokong mereka .............



 Lebih malang ada Blogger pencacai Umno mengeluarkan kenyataan di bawah :

 "Apa yang pasti persembahan sebegini (artis Korea dan Jepun) akan menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang. Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka...Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif bagaimana negara maju seperti Korea dapat menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia yang meminati muzik & seni." - Blogger tegar Umno
Sumber : FB ABU

TG Nik Aziz sebak pelajar Yik solat berlantai tanah



MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.

Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.

Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.

Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.

Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.

Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.

Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.

“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.

“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.

Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.

Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi. -Hrkh

[VIDEO] Serangan Samseng UMNO Lembah Pantai: Rakaman Video Bukti Terbaik



Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.

"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.

"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.

Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.

"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.

Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Nurul Izzah berkata, tindakan Umno Lembah Pantai yang tidak menafikan insiden itu dan hanya menuding jari kepada Anwar merupakan "pengakuan" mereka memang terlibat.

Katanya, Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin juga tidak tampil menafikannya.

"Jadi saya anggap itu merupakan satu pengakuan," kata Izzah lagi.

Beliau membuat kenyataan itu selepas menemani mangsa yang terkena balingan objek keras di kepala pada malam ceramah, Raja Ismail Raja Din, 60, membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai dekat ibu negara.

Ahli PKR Petaling Jaya Selatan itu mendakwa beliau terasa dilastik berulang-kali dengan objek dipercayai besi gegalas (bearing) pada malam kejadian.

Turut menemani Raja Ismail membuat laporan tengah hari tadi ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha.








Menurut Ketua Pemuda Umno bahagian Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Tetapi jangan lupa: sebelum dari itu pun sudah ada provokasi dimana hampir 100 Pemuda Umno Lembah Pantai menghalang jalan utama menghala ke ceramah KeADILan dan membawa sepanduk bertulis "Anwar punca keganasan di negara ini" dan pelbagai kata nista lain terhadap Anwar sebelum Anwar tiba lagi ke tempat ceramah:


Jadi siapa sebenarnya yang memprovokasi? -GB

Weyh .. Wassatiyah Nya Perhimpunan Belia - Penuh Dengan Pengisian Rohani


Haramjadah apa ni. Mesej pengisian rohani dengan konsert 500 artis ? Bangang apakah yang melanda seluruh Kerajaan Malaysia? 

Mana jawatankuasa fatwa ?
Mana Imam Muda ?
Mana Mohd Razi Othman ?
Mana Jamil Khir ?
Mana Zul Kulim?
Mana Hassan Akidah ?

Apa yang dah masuk dalam kepala lu orang ni weyh ? Apsal bangsat sangat ? Sampai ke tahap jijik gini pon, lu orang pilih untuk berdiam diri. Celaru sungguh la autoriti agama yang ada kat tanah melayu. Me'layu' sungguh.


Ni .. terselak tersiat sampai nampak seluar kecik.. pengisian rohani kepala hotak luorang. Nganga la sampai mati weyh.. ampulah sampai ke kubur.. jual lah agama sekehendak luorang .. TAPI INGAT ~!! Allah Maha Mengetahui.

Last but not least .. wa attach video Ustaz Nazmi Karim. 


Nota: Rosak belia negara kerana pemimpin haramjadah.

GERAM 1.0 - Tuntut MB Perlis Mat Isa Sabu letak jawatan ]Video]


JUMUD TIADA DALAM KAMUS PAS

http://4.bp.blogspot.com/-0L2z0r31XLY/T8B0zrmG5UI/AAAAAAAAGtY/jqUrF70zT-c/s1600/zzzulama.jpg

Slogan "Islam For All' bukan slogan retorik seperti slogan '1 Malysia' yang dilaungkan PM Najib. Dua orang wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kelihatan turut hadir di dalam majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan. Saudara Richard Wong, AJK DHPP Pusat (dua dari kanan) dan Cikgu Lau Chin Chua, bekas setiausaha Parti GERAKAN Kelantan (empat dari kanan). Semakin non-muslim memahami Islam semakin mereka faham keadilan dalam Islam dan semakin mereka faham keadilan dalam Islam semakin mereka menyokong PAS dan menolak UMNO.......

AKRABNYA TOK GURU DAN TOK SAMI BUDDHA


























Lihat bagaimana seorang pemimpin yang amat disayangi oleh semua lapisan masyarakat termasuk Sami Buddha. Gambar menunjukkan Tok Guru sedang berbual dengan seorang Tok Sami pada satu program bersama masyarakat Siam di Tumpat hari ini.

Kepulangan Salehuddin Ayub Disambut Meriah Oleh Masyarakat Cina Johor



Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub

GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.

Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"

"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.

Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan YB Teng Cheng Kim. -nusajaya

Terhot. Siapa sebenarnya Taiko Samseng ??!!!

Pemecah Berita Terhot... Siapa Taiko Budaya samseng ? sendiri mau tau..
Samseng Pro BN ditangkap ketika ganggu ulang Tahun Pakatan rakyat Selangor.
Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau
Lagi ceramah Pakatan jadi sasaran batu dan telur
100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga
Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ulasan isu, budaya PR bukan nak cari gadoh..kita mahukan keamanan, tetapi mereka ini telah dirasuk oleh seseorang mereka supaya menggangu serta mengugut serta menakutkan. inilah dinamakan budaya gangster..siapa taikonya...sendiri mau tau !!!!!!! Sedutan dari Malsikini yang lepas dan blogger... tersohor."

Berjuang untuk perubahan memang susah kerana dugaan bertimpa-timpa

Memperjuangkan yang benar itu amat susah dan tidak ada jalan yang senang dan mudah. Sebaik sahaja manusia itu ingin perubahan untuk kebaikan ia akan tetap mendapat reaksi serta merta. Bak kata seorang ulamak yang muktabar, ‘jalan ke syurga itu berduri-duri dan beronak, jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju’. Pejuang yang berniat untuk kebaikan itu selalunya akan merasakan kepedihan.
 
Itulah sebabnya setengah orang merasa hairan kenapa seseorang itu terus menerus berjuang sehinggakan menghadapi kepayahan dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya yang paling penting ialah kepuasan dalaman dan jika kita pautkan usaha kita itu dengan beriktikad untuk ke addin dan agama itu ia amat menyejukkan jiwa seseorang itu. 
 
Nabi Noh Alaihissalam dicerca dan dihina oleh masyarakat sekelilingnya. Dalam menegakkan kebenaran apa sahaja yang dilakukan oleh Noh dipersendakan dan dikasari oleh masyarakat dan kaumnya sendiri. Apabila Noh membina bahtera yang besar ditengah-tengah padang pasir dan berbukit itu masyarakat sekeliling Noh telah mengatakan yang Noh itu gila dan berbagai-kata nesta. Anak dan isterinya sendiri tidak mahu mengikut jejak langkah nya. 
 
Noh tetap cekal dan akhirnya semua rakyat sekelilingnya telah mendapat bala yang besar dan hanya sebilangan kecil yang disebut oleh setengah ulamak hanya berjumlah 81 orang sahaja. Setengah ulamak berpendapat jumlah pengikutnya hanyalah 83 orang. Akhirnya seluruh masyarakat zaman itu telah dilemaskan oleh bah besar yang diturunkan Allah dan mereka yang selamat hanyalah mereka yang mengikuti seruan Noh untuk taat kepada Allah swt.
 
Di negara kita pun berlaku perkara yang sama. Kita selalu membaca semangat berkobar-kobar Melayu untuk mencapai kemerdekaan dari British dan itulah isu yang terbesar untuk menyatukan rakyat Malaya semasa itu untuk bersatu menuju kepada kemerdekaan itu. Tetapi kepada yang tua-tua usia mereka masih teringat yang tentangan untuk mencapai kemerdekaan itu ada dan jelas. 
 
Tentangan itu datangnya dari Melayu yang telah selesa hidupnya dan kebanyakkannya adalah dari kumpulan yang bekerja dengan kerajaan penjajahan kerana mereka takut untuk berubah. Saya masih ingat lagi setelah kita mencapai kemerdekaan itu masih ramai orang Melayu yang tidak berkeyakinan dengan kemerdekaan yang kita capai. 
 
Ramai yang bercakap yang kita tidak akan pergi kemana-mana sebabnya orang Melayu nak buat jarum pun tak pandai macam mana hendak menjaga negara apabila mendapat kemerdekaan itu. Kita dengar dimerata tempat kata-kata itu. Namun apabila telah terbukti yang orang Melayu dan rakyat mampu untuk melakukan perubahan itu, orang-orang yang mengkritik dan menentang kemerdekaan ini jugalah yang mendapat laba dan nikmat dari penat lelah dan jerih pejuang-pejuang kemerdekaan itu.
 
Kumpulan yang tidak senang dengan pencapaian kemerdekaan ini jugalah yang menjadi pembesar-pembesar negara seperi menjadi Dato Bandar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan selepas negara mencapai kemerdekaan. Tetapi itu tidak mengapa kerana itulah namanya demokrasi. Pimpinanan yang demokratik mesti mempunyai sifat ‘magnanimous’ dan tidak mempunyai sifat dendam mendendam.
 
Dalam politik tanahair kini, keadaan yang sama sedang berlaku. Setiap usaha yang dilakukan oleh pihak alternatif itu sedang mendapat tentangan yang hebat juga. Usaha ini mendapat reaksi yang amat kotor dengan wujudnya kumpulan-kumpulan gangster dan penyangak upahan untuk mengganggu program serta kegiatan pihak alternatif setiap masa dan waktu.
 
Usaha rakyat untuk bersatu diluar BN menjadi isu yang besar dan pihak yang berkuasa menggunakan isu perkauman yang menebal untuk menyatukan orang-orang Melayu dibawah kuasa mereka. Apa yang mereka lupa ialah mereka hendak meninggalkan kebathilan yang dilakukan oleh pemerintah yang telah mengambil kelembutan rakyat terutamanya orang Melayu sebagai kelemahan dan mahu mengelirukan mereka sepanjang masa untuk mengekalkan kuasa.
 
Tetapi kepada sesiapa yang memahami keadaan tidak akan gentar menghadapi situasi kotor ini. Mereka yang sedar ini tahu yang kerajaan yang merelakan kerja kotor ini berlaku itu merupakan tanda yang amat jelas yang usia kuasa yang ada kepada mereka pasti akan tamat. Tidak ada dalam sejarah dunia ini yang membuktikan yang zalim itu akan berjaya terus menerus. Yang tertekan akan akhirnya berjaya asalkan isu berdasarkan kepada niat dan motif yang baik.
 
Itulah sebabnya saya tidak putus-putus dihubungi oleh mereka dalam parti pemerintah dan duduk berbincang dan bertukar-tukar pandangan dalam isu yang baru kita sebut ini. Saya menjangkakan mereka dari UMNO yang selalu bersama saya ini akan mengubah haluan dan kecenderungan mereka untuk berubah ini semakin hari semakin jelas dan tidak memeranjatkan yang mereka akan bersama-sama untuk membuat perhitungan dalam peti undi semasa pilihanraya nanti.
 
Beberapa ketua-ketua cawangan yang mengenali saya melalui blog ini pun datang ke Kuala Lumpur untuk membuat perbincangan dengan saya dan yang terakhir ialah kumpulan dari beberapa bahagian di Selangor. Saya menerima tawaran mereka untuk berjumpa, tetapi jika berjumpa saya tempatnya hanyalah dikedai-kedai minuman mamak sahaja. 
 
Saya tidak mampu untuk berbincang di restoren-restoren besar kerana saya tidak biasa ditempat-tempat hebat itu. Saya bukan dari gulungan yang berada seperti rakan-rakan saya di dalam UMNO itu. Sesiapa yang hendak berjumpa saya  terpaksa bersabar dengan satu dua mug teh tarik dan diselangi dengan air suam sahaja. Kalau nasib baik bolehlah makan roti canai sekali.
 
Saya menyebut perkara ini kerana didalam sesuatu perjuangan, yang paling susah ialah untuk memecahkan ruyungnya. Nah, sekarang ruyungnya sudah pun pecah, hanya menunggu masa dan waktu untuk menikmati kejayaan itu.
 
Sebelum mencapai kejayaan semua pihak yang inginkan perubahan itu akan melalui waktu dan masa yang amat gelap. Tetapi apabila kita melalui kegelapan yang amat sangat itu, ia menunjukkan yang kejayaan sudah hampir sampai.
 
Ada perbilangan berkata, ‘The darkest part of the night is just before dawn’. Maksudnya bahagian malam yang paling gelap ialah semasa betul-betul sebelum siang, iaitu sebelum subuh. Tidak beberapa ketika selepas itu kita akan menikmati terang dan siang yang terang benderang.
 
Buat sementara ini kita mesti bersabar dan berdoa terus menerus. Walaupun kita sedang melalui kegelapan yang seketika ini, insyaallah kita akan melihat jelmaan siang yang terang benderang. Kita jangan memberikan reaksi kasar terhadap gangster UMNO itu kerana kita tidak mesti jauhi diri kita dari bersikap seperti mereka. Kita mesti menunjukkan berbezaan diantara kita dengan mereka.
 
Apabila siang nanti kita akan akhirnya tahu dan nampak siapa yang melakukan kejahatan semasa dalam keadaan gelap tadi. Mereka tidak akan dapat menyorok lagi.
Aspan Alias

PAS Bersedia Untuk ‘Lawan’ Pilihanraya Bukan Masanya Bermuzakarah Dengan Umno

MARANG – Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu berkata isu muzakarah adalah helah parti Umno yang semakin tedesak untuk menjarakkan sokongan bukan melayu daripada PAS bagi menghadapi pilihanraya umum yang semakin hampir.

Beliau berkata PAS telah mengajak Umno untuk bermuzakarah sejak dari peristiwa Memali pada tahun 1985.

Namun sejak itu, katanya, muzakarah antara PAS dan Umno tersebut tidak pernah menjadi kenyataan.

Sehubunngan itu beliau menegaskan, sekarang bukan masanya bagi PAS bermuzakarah dengan Umno kerana PAS telah bersiap sedia untuk ‘berlawan’ dengan Umno dalam pilihanraya.

“Muzakarah tak ada kali ini, dekat pilihanraya dah, tidak ada muzakarah, sejak dari (peristiwa) Memali isu ini timbul (tapi muzakarah) tidak pernah jadi,

“kenapa (pihak media) suka sangat isu muzakarah ni, ini nak buat untung Umno lah ni, Umno nak buat Cina dan India lari dari kami (PAS dengan isu muzakarah) itu saja,”jelasnya.

Mohamad berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas beliau menyampaikan ceramah di kampong Padang Kabar, dekat sini pada Khamis malam 24 Mei.

Sehubungn itu, beliau meminta pihak media meminta penjelasan dan bertanya sendiri kepada, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya tentang pendirian  Mursyidul Am PAS itu yang masih mahu meneruskan muzakarah dengan Umno pada saat ini.

“itu kena tanya dia, kena tanya sendiri kepada Tok Guru (Nik Aziz) saya tak boleh komen bagi pihak Mursyidul Am saya,”tegasnya.

Pada 21 Mei lalu, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi dalam satu sidang media di pejabat Agong PAS menegaskan tidak ada muzakarah dengan Umno pada waktu ini.

Namun sehari kemudiannnya, sebagaiman dilaporkan akhbar, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata beliau mahu muzakarah dengan Umno diteruskan. -BO


[KAJIAN] 92% Mahu Daftar Pemilih Dibersihkan Segera, 49% Ragui Proses Pilihanraya



Shah Alam - Majoriti pengundi di Semenanjung mahu daftar pemilih yang bersih sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.

"Seramai 92 peratus mahu daftar pemilih dibersihkan," kata kenyataan media Merdeka Center berhubung hasil kajian kendaliannya.

Merdeka Center juga berkata, penemuan itu juga menunjukkan hanya 44 peratus responden melahirkan keyakinan bahawa proses pilihan raya di Malaysia bebas daripada unsur-unsur kelemahan dan kepincangan manakala 49 peratus responden tidak yakin sama sekali.


Merdeka Center berkata, kajian pihaknya juga menunjukkan 48 peratus responden bersetuju bahawa senarai daftar pemilih tidak tepat dan terdiri daripada pengundi-pengundi diragui, antaranya warga asing, yang dipindahkan tanpa pengetahuan mereka atau mereka yang mempunyai pelbagai identiti.


"Hanya 39 peratus responden tidak setuju dengan kenyataan ini, percaya bahawa daftar pemilih adalah bersih," kata kenyataan Merdeka Center lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center ini dijalankan antara 14 dan 26 April lalu.

Kajian itu selesai dijalankan dua hari sebelum perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Dari segi pecahan kaum, 57 peratus pengundi Melayu yakin dengan proses pilihan raya negara ini, disusuli dengan 19 peratus responden kalangan pengundi Cina dan 39 peratus (India) manakala mereka yang tidak yakin pula 39 peratus adalah kalangan pengundi Melayu, 68 peratus (Cina) dan 50 peratus (India).


Dari segi umur, lebih ramai pengundi berusia 40 tahun ke bawah tidak yakin dengan proses pilihan raya berbanding responden berusia 41 tahun dan ke atas.

Masing-masing 57 peratus pengundi berusia 21 hingga 30 dan 53 peratus pengundi berusia 31 hingga 40 tidak yakin dengan proses pilihan raya. Seramai 44 peratus pengundi berusia 41 hingga 50 tahun (44 peratus), 51 hingga 60 (46 peratus) dan lebih 60 tahun (44 peratus) tidak yakin.

Sebaliknya, 49 peratus pengundi berusia lebih 60 tahun yakin dengan proses pilihan raya, 51 hingga 60 tahun (45 peratus), 41 hingga 50 (45 tahun), 31 hingga 40 tahun (38) dan 21 hingga 30 (39 peratus).


Undian Pos: Kajian juga menunjukkan 51% responden tidak mempercayai pengundian pos yang dilaksanakan SPR. Mereka bersetuju bahawa sistem undian pos dilaksanakan kurang ketelusan dan tidak bebas dari campurtangan politik.


Jawatankuasa Khas Parlimen: Sebanyak 43% responden tidak mempercayai Jawatankuasa Khas Parlimen yang dibentuk kerajaan untuk pembaikan sistem pilihanraya kerana ia dianggap hanya untuk menutup kelemahan dan mengalihkan isu sebenar daripada perhatian rakyat. Hanya 34% yang bersetuju dengannya.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .