KUALA LUMPUR, 13 Jun: "Kalau
hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan,"
kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad
Zawawi Salleh (gambar).
Beliau berkata demikian
sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam
demonstrasi jalanan.
Mashitah dilaporkan menafikan bahawa
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan
demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.
Sebaliknya
beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai
nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang
bersidang awal bulan lepas.
"Kalau sekadar nak beri nasihat,
tidak perlulah melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. PAS sangat dukacita
dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu," kata beliau kepada
Harakahdaily hari ini.
Justeru beliau menasihati Mashitah agar lebih konsisten dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya melibatkan soal agama.
"Mashitah sepatutnya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.
"Atau
mungkin dalam hati kecil beliau sendiri mengakui tuntutan Bersih tapi
tak boleh nyatakan pendirian sebab berada dalam Umno," katanya.
Nik
Zawawi juga berkata, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyebut
secara khusus berhubung himpunan Bersih 3.0, namun kenyataan itu
dikeluarkan tidak lama selepas Bersih 3.0 diadakan.
"Walaupun kenyataan itu umum, tak sebut Bersih, tapi dalam waktu dan suasana ketika itu, nampak ia dituju kepada Bersih.
"Sepatutnya
sebelum fatwa dikeluarkan, kena jelaskan punca fatwa dikeluarkan. Kena
jelaskan bila demonstrasi jadi haram, bila harus, bila jadi wajib,"
tegasnya.
Tambah beliau lagi, kenyataan majlis fatwa itu seolah-olah sebagai cara untuk Umno melepaskan diri.
"Majlis fatwa keluarkan kenyataan mengenai demonstarasi jalanan ketika itu mesti ada kepentingan politik.
"Seolah-olah diperalat Umno supaya mereka boleh lepaskan diri," katanya. -Hrkh
Mantan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap media kawalan UMNO, TV3 dan
Utusan Malaysia, kerana memutarbelitkan kenyataan tweet beliau berkaitan
bidaan plat kereta WWW1.
Nizar yang juga
Ahli Parlimen Bukit gantang berkata, pandangan peribadinya melalui
tweeter tidak ditujukan kepada sesiapa pun tetapi merupakan pandangan
seorang warga marhaen.
“Ramai yang salah anggap mengenai
kenyataan tweeter saya dan saya akan menyaman TV3 dan Utusan kerana
menimbulkan persepsi buruk ke atas saya,” katanya kepada pemberita di
lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau juga bersedia untuk
menghadap Sultan Johor bagi memohon ampun atas kekeliruan yang
ditimbulkan TV3 dan Utusan, serta ingin menjelaskan apa sebenarnya yang
berlaku.
Sementara itu, Dr Raja Ahmad Iskandar yang mewakili
Dewan Pemuda PAS Perak mendedahkan bahawa sebenarnya isu mempersoalkan
bidaan RM520,000 ini telah dimulakan oleh akhbar KOSMO yang dimiliki
oleh Utusan Malaysia.
“Pada 8 April 2012, KOSMO mengeluarkan kenyataan di muka depan ‘Sanggupkah anda bayar RM520,000 untuk plat ini’.
“Pada
25 Mei pula, KOSMO sekali lagi mengeluarkan laporan yang memberitahu
bahawa plat WWW1 sudah dibida dan membandingkan dengan empat perkara
yang rakyat boleh diperoleh dengan sejumlah RM520,000 tersebut,”
katanya.
Menurutnya lagi, pada 28 Mei 2012, KOSMO telah menyiarkan sebuah kartun yang dikaitkan dengan harga plat WWW1.
Dengan
menunjukkan kepada pemberita semua keratan dari akhbar KOSMO tersebut,
beliau menunjukkan bahawa pada hari berikutnya 30 Mei, akhbar tersebut
telah mengesahkan bahawa tuanku sultan Johor merupakan pemilik WWW1
manakala pada 31 Mei, berita mengenai anakanda Sultan Johor
mempertahankan ayahandanya dikeluarkan.
“Laporan mengenai
dakwaaan Datuk Seri Nizar mengkritik Sultan Johor pula telah dikeluarkan
pada 31 Mei 2012 sedangkan beliau tidak pun mengkritik Tuanku Sultan,”
jelas beliau.
Dr Raja Ahmad yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat
mempersoalkan mengapa polis tidak mengambil tindakan terhadap KOSMO
sedangkan satu laporan polis telah pun dibuat oleh Pemuda PAS Perak pada
4 Jun 2012.
“Apa agenda sebenar KOSMO memainkan isu ini dan kita
merasakan ada agenda tersembunyi untuk mengaibkan Sultan Johor,” soal
beliau.
Raja Ahmad Iskandar juga berkata bahawa Pemuda UMNO Johor
telah berbohong rakyat Johor dan Tuanku Sultan sehingga isu ini terus
dimainkan dan menimbulkan persepsi buruk di kalangan rakyat.
“Kita juga sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO Johor,” ujarnya. – Roketkini
Semua orang kenal dan tahu peranan Utusan di dalam memainkan isu ini.
Sama
kesnya dengan isu Bukit Kepong dahulu dimana kumpulan akhbar Utusan
memainkan peranannya untuk memburukkan Mat Sabu dan pada ketika itu 942
laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Mat Sabu.
Kini episod WWW1 melibatkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin.
Kumpulan akhbar yang sama memainkan peranan untuk memburukkan pimpinan PAS.
Digendangkan
secukup-cukupnya untuk menghasut rakyat Johor supaya membuat laporan
polis dan hasilnya terdapat 49 laporan polis dibuat. Diberitakan 30,000
berhimpun (itu angka BERNAMA, GB kata dulu jika perhimpunan itu
melibatkan UMNO, ia perlu dibahagikan 10, iaitu 3,000) di istana Johor
untuk menunjukkan kesetiaaan kepada Sultan Johor.
Demikian
jeleknya kewartawanan longkang amalan kumpulan akhbar Utusan. Mencari
makan dengan menulis berita berunsur fitnah, bergambar lucah dan
seumpamanya sudah menjadi resam mereka.
Dari pemerhatian GB, hukum kebenaran dan keadilan akan menghantar Utusan ke tong najis akhirnya.
Kita akan sentiasa berdoa agar Allah memberikan pengajaran kepada kumpulan akhbar ini.
Ya
Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai
kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya
(memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan
kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral.
Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon.
"Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor).
Lim
yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan
tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan
kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral.
"Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah.
"Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya.
Nazri
dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah
percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.
Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah.
"BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah. -Hrkh
Awan
pelik iaitu Awan Arcus terbentuk pada pagi 12 Jun..Ketika gambar
diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan... Namun begitu, menjelang
tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai
Barat Sabah.
Share dan kongsikan gambar fenomena luar biasa ini!
Bekas
Pengurus Petronas Dagangan yang juga bekas pemain bolasepak negara,
Haji Abdullah Ali dan Bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Haji
Abdul Rahman Taib adalah anak jati kelahiran Terengganu yang telah lama
merantau di negeri orang.
Kedua-dua mereka kini mengubah haluan politik, menyertai Parti
Islam SeMalaysia (PAS) kerana berkongsi keputusan yang sama, parti Umno
tidak boleh dipercayai lagi.
Abdullah yang juga bekas Pengurus
Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku
dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN.
Oleh itu, anak kelahiran Kampung Bukit Payong itu berkata, tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya
yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar
perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya,
“membuatkan
saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya selepas
menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk
Nik Aziz Nik Mat pada 14 Februari lalu
Ketika menceritakan
mengapa pula beliau menyertai PAS, Abdul Rahman Taib berkata, kerana
jawatan kanannya dalam LPP, beliau kerap diundang untuk bersama pemimpin
Umno dalam siri-siri ceramah.
Beliau yang berasal dari Kampung
Manir berkata, dalam ceramah-ceramah tersebut, apa yang dikatakan oleh
pemimpin Umno tidak sama dengan apa yang dilakukan
mereka.
Rawatan Secara ‘Panadol’
Sebagai
contohnya, kata Abdul Rahman, pemimpin Umno sebenarnya bukanlah mahu
menyelesaikan masalah rakyat tetapi hanya memberi rakyat kesenangan
sementara.
“sebagai contoh, mereka ini(pemimpin Umno) mengatakan
kalau kita nak selesaikan satu-satu masalah, buat macam ‘panadol’ tak
payah selesai secara serius satu-satu isu itu,
“contoh kalau ada
banjir, kalau ada bantuan beri supaya rakyat seronok sahaja, seronok
seminggu dua minggu pun cukup, tak payah bagi mereka (rakyat) kekal
senang selama-lamanya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selamat Tinggal Umno di Chukai pada 26 Mei lalu.
Justeru,
beliau menyedari perkara tersebut dan ‘berubah’ dari menjadi ahli Umno
kepada menjadi ahli PAS dan bersedia memberikan khidmatnya supaya PAS
dapat menggantikan Umno di negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13
akan datang.
“sebagai makhluk Allah semuanya tidak kekal semua
berubah, saya dan rakan-rakan semua berubah, dulu daripada Umno telah
masuk PAS,
“makhluk mesti berubah, cuma Umno sahaja dengan
slogannya dulu, kini dan selamanya, seolah-olah tidak berubah, menentang
fitrah Allah SWT,”tambahnya.
Umno Sudah Terlalu Rosak
“Umno
sudah terlalu rosak. Arwah ayah saya adalah salah seorang pengasas Umno
Cawangan Kerandang, Jabi. Puluhan tahun dia berjuang dalam Umno.
“Diakhir
usianya, dia ada pesan kepada kami anak-anak, bo bo lah
(cukuplah)dengan Umno (cukuplah dengan Umno). Punoh (rosak) dari kepala
sapa (sampai) ke ekor. Kita hidup ni nak mati. Mampukah Umno yang
memisahkan antara politik dan agama menyelamatkan kita dalam kubur?”
Itulah antara luahan seorang bekas penyokong tegar Umno, Marzuki Mohamad, yang dikenali sebagai Zuki sahaja.
Beliau berkata demikian dalam pertemuan Mahabbah bersama pimpinan Majlis Tindakan Dun (MTD) Jabi pada 4 Jun baru-baru ini.
Pertemuan
tersebut diaturkan di sebuah lokasi di Lata Belatan, dihadiri 15 bekas
penyokong tegar Umno dari beberapa cawangan antaranya, Gong Pasir,
Kerandang, Anak Ikan dan Tok Dor dalam.
Menurut Pengerusi MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim, mereka hadir atas kesedaran sendiri tanpa apa-apa janji ganjaran dan pemberian.
Katanya,
Zuki dan rakan-rakannya hadir dalam majlis yang cukup ceria dan
kesempatan yang terbaik untuk berkenalan dengan lebih dekat serta
bertukar-tukar pendangan.
Diakhir pertemuan tersebut, Zuki dan
rakan-rakannya berjanji setia untuk bersama menyertai PAS kerana menurut
mereka, Umno sudah tiada tempat lagi di sudut hati mereka.
Pada
Jumaat 8hb Jun, seramai 54 orang ahli Umno dalam kawasan Dewan Undangan
(DUN) Jertih, Besut, telah keluar dari parti itu dan menyertai PAS
secara rasminya.
Salah seorang dari mereka, Mohd Rahimi Mat
Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS
setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.
Menurutnya, jika
mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan
dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.
Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.
“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.
“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.
“Sebab
itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan
PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional,
Insya’Allah,” jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Umum
“Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih. -BO
KUALA LUMPUR:
Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0
difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan
Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah
nasihat.
Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.
Beliau
berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh
Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut
membawa kekeliruan kepada rakyat.
Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.
Beliau
juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az
Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.
Pada
6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang
bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang
menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram.
Pengerusinya,
Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu
juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara
yang sah dari segi undang-undang. -Hrkh
“Plz
convey my four letter words to the moderator…” Tweet ini ditujukan
kepada Dr Maszlee Malik selepas beliau mencadangkan Datuk Seri Najib
Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.
Seruan debat
itu dibuat dalam satu debat di antara Ketua Pemuda UMNO Khairy
Jamaluddin dan Pengarah Straetgik PKR Rafizi Ramli pada akhir bulan
lalu.
Soal sama ada Najib berani berdebat dengan Anwar, itu
perkara kedua. Yang penting, seluruh Malaysia telah menyaksikan cabaran
oleh seorang ahli akademik – bukan musuh atau lawan politik Najib mahu
pun Anwar – yang ingin melihat budaya politik sihat berkembang di negara
ini.
Dr Maszlee, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia yang juga anak kelahiran Johor, bukan orang baru dalam dunia
diskusi politik. Malah, kepakaran akademik beliau adalah dalam bidang
politik moden dunia Islam. Sayangnya masih ada kalangan pecacai UMNO
yang rendah akal budi serta kurang cerdik minda mereka.
Cadang debat dikatakan biadap?
Tak
hairanlah kalau Dr. Maszlee dihentam keromo blogger pro-UMNO sebagai
“biadap”, yakni biadap kerana berani mencadangkan pemimpin nombor wahid
mereka, Najib, untuk berdebat dengan Anwar sekalu pemimpin Pakatan
Rakyat.
Tetapi tidak pula biadap bagi pecacai UMNO untuk
membaling batu dan telur kepada para pemimpin Pakatan serta memecahkan
kereta wakil-wakil rakyat oposisi. Tidak kurang ajar bagi mereka untuk
mengganggu-gugat rumah keluarga Pengerusi Bersama BERSIH Datuk Ambiga
Sreenevasan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dengan
itu, tidak biadap untuk para pecacai UMNO mengancam Dr Maszlee yang
terpaksa menerima reaksi negatif (bukan kritikan membina tetapi ugutan
biadap) sama ada dalam tweeter dan facebook. Budaya takut debat semakin
tebal di kalangan para pemimpin UMNO yang selama ini menyangka kuasa
menghalalkan apa saja tindakan mereka tanpa boleh dipertikaikan oleh
rakyat jelata.
“Macam jin keluar dari botol…”
Bagi
Dr Maszlee sendiri, debat yang dikendalikannya di antara Khairy dan
Rafizi adalah satu lagi perkembangan sihat dalam budaya berwacana dan
dialog di negara ini.
“Khairy telah melakukan jasa besar dan
beliau harus diberi pujian. Dia telah meletakkan satu standard yang
Pemuda UMNO kena ikut, pemimpin UMNO lain kena ikut dan untuk masa
depan, ahli politik UMNO kena ikut.
“Dalam kes ni, kena tabik
(Khairy) kerana dia berani. Dan apa yang dilakukan tu membentuk sejarah.
Bila itu sudah menjadi budaya dia akan jadi ibarat ‘jin terkeluar dari
botol…dia tak boleh masuk balik’…”
“Mendidik masyarakat-non-partisan”
Apabila saya bertanya mengenai pendirian politik beliau, Dr Maszlee dengan jelas berkata bahawa beliau mahu mendidik masyarakat.
“Sebagai
orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat
bagi mencapai ke arah politik idea. Kalau saya sudah mengambil sikap
berpartisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya
lakukan.”
Beliau juga menekankan bahawa dalam usaha mendidik
masyarakat, sebagai seorang akademik yang non-partisan perlulah ‘vokal’
dalam mengenengahkan idea-idea baru bagi membentuk sebuah masyarakat
yang berfikiran kritis dan segar.
“Dalam mendidik masyarakat kita
perlu ‘vokal’, jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan
pembangkang- itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap ‘vokal’
perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua,
begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam
UMNO sendiri,” katanya.
Walau pun demikian, sedikit sebanyak
penglibatan beliau dalam mendidik masyarakat meraikan politik baru
dipandang serong seolah-olah berpihak kepada oposisi.
Dr. Maszlee
merujuk masalah ini sebagai masalah persepsi yang sememangnya wujud
dalam masyrakat, khususnya dalam keadaan di mana media massa dan sumber
maklumat dikuasai sepenuhnya oleh pemerintah. Malah, persepsi itu tidak
terikat kepada UMNO dan Barisan Nasional sahaja, malah sedikit-sebanyak
mempunyai kesan dalam minda segelintir pemimpin Pakatan.
Beliau
hanya berharap supaya masyarakat, terutamanya pemimpin politik bersikap
lebih terbuka dan toleran serta tidak menganggap rakyat bodoh jika mahu
kerjaya serta wadah politik mereka terus relevan dan dipercayai rakyat -
Hafiz Zainuddin
KUALA LUMPUR:
Dakwaan bahawa BN akan menggunakan 'taktik bom' menabur wang kepada
rakyat agar mengundi parti itu mungkin benar apabila semalam perdana
menteri meluluskan pemberian RM1.5 juta kepada setiap parlimen BN.
Difahamkan
dalam pertemuan pre-coucil dengan ahli-ahli parlimen BN semalam, Datuk
Seri Najib Razak juga membenarkan mereka membelanjakan RM1,000 hingga
RM5,000 secara tunai kepada pengundi.
Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan
tersebut menunjukkan sikap terdesak dan cemas BN.
"Menampakkan
sikap yang agak terdesak yang membenarkan ahli parlimen boleh belanja
wang tunai RM1,000 hingga RM5,000 kepada pengundi.
"Ini mengikut kefahaman saya dalam peraturan kewangan, sangat tidak wajar," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat hari ini.
Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Difahamkan juga, sejumlah RM300,000 awal akan diberikan kepada setiap parlimen BN pada Khamis ini.
"Dia
(Najib) beritahu minta disegerakan dan tumpu kepada pemuda dan wanita,
kalau perlu RM1,000 bagi RM5,000 bagi, kerajaan akan pertahankan
tindakan itu.
"Langkah paling baik adalah bantahan rakyat dan pilihan raya," katanya.
Sebelum
ini, bekas menteri kabinet yang isytihar keluar Umno, Tan Sri Abdul
Kadir Sheikh Fadzir mendedahkan, BN sedang menggunakan 'taktik bom'
iaitu menabur wang untuk membeli undi di kampung-kampung. -Hrkh
Dokumen
mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar
Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.
Dokumen
mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, dia
menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta) dan
memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Menurut The New York Post hari
ini, dokumen mahkamah itu menyebut, Daniyar memalsukan dokumen untuk
memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di
Kazakhstan.
Bagaimanapun, sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.
Rekod Columbia masih menunjukkan Daniyar masih dalam senarai bekas pelajar dan bergraduasi pada 2010.
The New York Post melaporkan jurucakap Columbia sudah dihubungi tetapi enggan mengulasnya. -mk
Pemuda PAS Johor menyifatkan Dr Puad Zarkashi menyindir Umno Johor
apabila berkata PAS Johor rugi besar kerana perpecahan dalam DAP.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, perpecahan Umno Johor terlalu ketara
dan Puad perlu fikir kembali dan sewajarnya meninggalkan parti itu dan
menyertai semula PAS yang pernah disertainya sebelum ini.
"PAS Johor tidak menjadi pilihan rakyat Johor semasa Dr Puad Zarkashi
berada dalam PAS dahulu. Sekarang PAS Johor sudah jauh berubah.
"Saya kira sudah sampai masanya Dr Puad Zarkashi bersama pimpinan PAS
Johor dan PR menubuhkan kerajaan yang jauh lebih bersih dan berkemampuan
memerintah Johor selepas pilihanraya ke-13," kata Suhaizan dalam satu
kenyataan medianya hari ini.
Puad, ahli Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini mendakwa PAS Johor rugi kerana DAP sedang berpecah di negeri itu.
Bagi Suhaizan, ia hanya kenyataan sindiran kepada Umno yang rata-rata berpecah di negeri itu.
Pemuda PAS Johor berpandangan bahawa Dr Puad Zarkashi sedang memukul anak untuk sindir menantu, kata Suhaizan.
Perpecahan yang serius bukan berlaku dalam parti-parti dalam Pakatan
Rakyat sebaliknya berlaku dalam kepimpinan UMNO di Johor sendiri.
Dr Puad Zarkashi kononnya memukul PAS dan DAP tetapi hakikat sebenarnya sedang memukul UMNO Johor, dakwa beliau.
Menurut Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS itu, pepecahan dalam UMNO Johor
berlaku di semua peringkat daripada sayap-sayap, cawangan, bahagian dan
negeri.
Pemuda UMNO Johor kelihatan tidak bermaya untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13, katanya.
Ketua Pemuda UMNO Johor Baharu dan Tebrau lebih menonjol jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda UMNO Johor.
Perkara ini berlaku akibat daripada masalah dalaman Pemuda UMNO Johor sendiri.
UMNO Johor sudah 6 tahun tidak mengadakan konvensyennya, tambah beliau.
Kali terakhir konvensyen di adakan adalah pada 5 November 2006.
Pada kovensyen tersebut Dr Puad Zarkashi dengan lantang membantah
Pembelajaran dan Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI).
Mengikut sumber dalaman, UMNO Johor tidak lagi membuat konvenysen adalah
kerana Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Othman (gambar) tidak dapat
menjawab pelbagai masalah yang berlaku di Negeri Johor khusunya yang
berlaku diperingkat bahagian-bahagian UMNO Johor.
Perpecahan UMNO di peringkat bahagian tertentu sangat serius sehingga
sukar untuk kepimpinan UMNO meletakkan calon dalam pilihanraya umum akan
datang, tambah beliau.
Sebagai contoh pertembungan klasik, yang semua orang UMNO mengetahuinya,
berlaku dalam UMNO Bahagian Pulai di antara Ketua Bahagian UMNO Pulai,
Nur Jazlan Mohamed dan Adun Kempas, Osman Sapian.
"Pertembungan ini sangat serius sehingga menyukarkan UMNO meletakkan calon Parlimen Pulai dan DUN Kempas," dakwa Suhaizan.
Menurutnya, calon Menteri Besar Johor daripada Barisan Nasional (BN) juga menghadapi masalah.
Ghani besar kemungkinan tidak akan menjadi Menteri Besar Johor selepas pilihanraya umum akan datang.
Ini kerana UMNO Johor perlukan penyegaran dengan kepimpinan yang baru.
Kekosongan ini telah menyebabkan berlakunya lobi melobi antara bakal calon-calon Menteri Besar Johor.
Proses lobi melobi ini telah menyebabkan perpecahan UMNO Johor.
"Berita ini kebanyakkan rakyat Johor memahaminya," dakwa beliau.
Kesan kepada perpecahan UMNO Johor ini, dakwa beliau, telah menyebabkan
Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Abdul Ghani terpaksa membuat lawatan
di setiap bahagian UMNO di Johor lebih daripada sekali untuk membuat
persiapan pilihanraya umum akan datang.
Presiden UMNO dan Timbalannya kerap membuat lawatan ke Johor sehingga lebih tiga kali dalam tempoh satu bulan.
Lawatan-lawatan politik seumpama ini tidak pernah berlaku pada pilihanraya umum sebelum ini di negeri Johor.
"Salah satu punca kenapa Najib Altantuya masih belum membubarkan
parlimen adalah berpunca daripada ketidakyakinan Presiden UMNO
mengekalkan kemenangan di Johor seperti sebelum ini," katanya.
Terdapat sembilan kerusi parlimen BN yang panas di Johor.
Semakin hari semakin banyak bilangan parlimen yang panas kepada BN di Johor.
Walaubagaimana pun, kata Suhaizan, keperihatinan Dr Puad Zarkashi
terhadap PAS yang mahu menubuhkan kerajaan bersama PR di Johor adalah
sesuatu yang membanggakan.
Ini memberi gambaran bahawa dalam hati Dr Puad Zarkashi sudah ada sinar
cahaya PAS, sebuah parti yang pernah dianggotainya suatu masa dahulu.
Projek lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai di negeri Kelantan telah
diluluskan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 (1986-1990) dan sekali lagi
diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke
hari ini masih belum dilaksanakan.
Terbukti, Umno/BN hanya pandai berjanji tetapi gagal ditunaikan. Ini
menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa melaksanakan sendiri projek
tersebut. Kelantan melancarkan projek tersebut sebagai projek wakaf
rakyat.
Kesungguhan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha tersebut mendapat
sokongan padu dan kerjasama rakyatnya.Rakyat Kelantan sumbang derma
hampir RM1.5 juta di Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Rakyat Machang –
Kuala Krai (fasa 1).
Inilah yang menggusarkan Umno/BN Kelantan kerana tidak menjangka sama
sekali projek tersebut akan dapat berjalan dengan adanya sokongan padu
dari rakyat.
Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri
mempersendakan usaha tersebut dan berharap ianya tidak akan
berjaya.Kerajaan Negeri tidak mampu bina lebuh raya, katanya.
Yang peliknya, kenapa UMNO perlu gusar apabila projek ini mendapat
sokongan rakyat sehingga mereka sanggup kutuk dan cuba menggagalkannya.
Mereka membawa kereta sorong buruk untuk menghina dan
memperkecil-kecilkan usaha menjayakan projek tersebut.
Sepatutnya mereka ini berasa malu kepada rakyat Kelantan yang sanggup
menderma dengan ikhlas hingga ada yang sanggup menderma sebesar RM1juta.
Kalau sekadar kereta sorong dua tiga buah itu, lebih baik bagi sahaja
kepada Shahrizat untuk mengangkut najis lembunya. Itu adalah lebih baik.
Inilah kerja Umno/BN yang hanya pandai menyonglap wang rakyat.
Kuala Lupur: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir.
Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'.
Perkara
itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin
Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah
Fong Po Kuan.
Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu
kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat
daripada penganjuran perhimpunan itu.
Fong Po Kuan dalam soalan
lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas
pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan
pada hari tersebut.
Sementara itu, Hishammuddin memandang serius
sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan
dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah.
"Sekiranya
terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP
yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil
terhadap anggota berkenaan," katanya. -HD
Hampir seribu kanister gas pemedih mata dilepas... Bukankah nak membunuh namanya itu?
Kita tiada pilihan lain selain berdoa ke hadhrat Ilahi...
Ya
Allah Ya Tuhan kami, kami berikanlah pengajaranMu yang keras terhadap
pihak yang menghuru-harakan dan yang menimbulkan provokasi (jika ada)
pada perhimpunan aman BERSIH yang berlansung sedikit masa lalu.
Ya
Allah Ya Tuhan kami, Kau gagalkanlah setiap rancangan dan rencana jahat
pihak yang cuba melakukan tipu daya terhadap sistem pilihanraya di
dalam negara kami. Kamu balikkanlah tipudaya dan rencana jahat mereka
kepada mereka semula.
Ya Allah ya Tuhan kami, Kau tunjukkanlah
yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan
untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu
sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya
(menghapuskannya).
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan
memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta
maaf supaya kontroversi isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang
berlaku dapat dihentikan.
Beliau akan menghantar surat memohon mengadap Sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.
"Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.
Ketika
ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri
mempertahankan kenyataan 'tweetnya' langsung tidak menggambarkan
penghinaan kepada Sultan Johor, beliau berkata inilah sifatnya sebagai
seorang rakyat.
Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.
Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat di dalam 'tweet'
Beliau
tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail
menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu
dibuat secara umum.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat
biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup
dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya. -Hrkh
Saksi
pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu)
mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen
di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya
bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu.
Pesara
polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat
Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan
hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama.
Nathan
juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca
laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada
sangkaan dan andaian.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis
mengambil tindakan," beliau dipetik sebagai berkata di hadapan Hakim
Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.
Nathan
mengaku telah membuat fitnah itu selepas diberikan dua laporan iaitu
keratan akhbar berkenaan dan teks ceramah Mat Sabu yang tidak
mengandungi perkataan komunis.
Mat
Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis
dan keluarga mereka di Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor
Ogos tahun lepas.
Mahkamah menetapkan 13, 16 dan 17 Julai untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya.
Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily:
Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan: Ya, setuju.
Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
Ya. Setuju.
Cuba
kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu,
setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa
yang Mat Sabu kata?
Ya, setuju.
Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
Betul.
Kamu
setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang
katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak
betul?
Ya, setuju.
Jadi
laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang
memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam
laporan polis kamu?
Ya, saya setuju. Saya mahu minta
apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada
Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
Dalam
laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang
Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan?
Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
Kamu
kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada
kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada
masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan
Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang
belum ada?
Saya tidak boleh jawab soalan itu.
Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
Setuju.
Harakahdaily juga melaporkan saksi
mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh
Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa
lantas menyampuk:"Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi
tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi
keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama,
lapor lidah rasmi PAS itu lagi.
Selepas selesai memberikan
keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat
Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. -mk
Demikianlah. Episod yang mendedahkan kebenaran.
Hukum
kebenaran dan keadilan nampaknya semakin hari semakin terserlah.
Semakin ramai yang hati-hatinya kini sudah pun akur dengan hukum
kebenaran dan keadilan dan akhirnya terbongkar segala rahsia dan segala
fitnah yang nyata.
Berulangkali GB meminta rakyat bermohon kepada
Allah agar kebenaran dan keadilan tertegak dan akhirnya Allah swt
memperkenankan doa kita.
Tunggu hari pembongkaran dan pendedahan
segala penyelewengan dan penipuan yang akan dilakukan oleh Allah swt
sendiri. Allah akan tetap bersama mereka yang memperjuangan kebenaran
dan keadilan.
Nak lawan, pergilah lawan denganNya, bukan dengan kami.
Kami akan tetap berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah
Ya
Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan
kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan
tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami
kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Demikianlah juga dengan segala penipuan-penipuan UMNO/ BN, SPR, PDRM, JPN dan lain-lain.
Marilah
kita sama-sama berdoa agar Allah menurunkan pengajaranNya yang
sekeras-kerasnya kepada UMNO serta sekalian pihak yang bersekongkol
dengannya semata-mata untuk mempertahankan kuasanya, Amin Ya Allah Amin
Ya Rabbil 'Alamin. -GB
Perghh .. retro habis. Luorang tahu ke
gerangan mereka mereka yang ada dalam gambar ni? Ini lah manusia
manusia yang berjuang dengan keringat dan air mata demi sebuah
kemerdekaan untuk negara kita yang tercinta. Ingat tu sampai bila bila
..
Gambar ini di ambil di tepi belukar di sebuah kampung, di Sitiawan dalam negeri Perak dalam tahun 1946.
Duduk dari kiri:
Ahmad Boestamam
Ishak Hj. Muhammad
Mahmud Abdul Samad
Ayus Nurdin
Berdiri dari kiri:
Abdullah Ayub
Khalid Wazir
Rahman Rahim
Baharuddin Latif
Dom Madzi Ibrahim
Sumber: Buku Ahmad Boestamam, 'Merintis Jalan ke Punchak' Penerbitan Pustaka Kejora 1972