Ikuti Blog ini

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS



Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid.

Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah.

"Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah.

"Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan.

"Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS,"
kata beliau ketika ditemui selepas itu.

Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu.

Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib.

Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib.

Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz.

"Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan.

"Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya.

Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam.

Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. -Hrkh

Allahuakbar..Dr.Morsi Menang Pilihanraya Presiden Mesir




Baru ahaja tamat sidang media yang disampaikan oleh Dr Mohd Morsi. Antara isi ucapan beliau adalah;

- Terima kasih kepada semua rakyat Mesir atas sokongan yang diberikan dan kita akan sama-sama membina masa depan yang lebih gemilang
- Siapa yang menyokong aku dan tidak menyokong, mereka semua adalah rakyat Mesir yang aku cintai

- Ucapan khas kepada para pemuda Mesir demi masa hadapa yang cemerlang
- Ucapan khas kepada keluarga syuhada, di atas bahu aku untuk menunaikan hak mereka
- Kita semua berada dalam satu barisan yang sama. Dan aku menjadi jurukhidmat kepada semua rakyat Mesir
- Kita semua adalah anak watan yang satu
- Kita akan berusaha ke arah Negara Mesir Madani Demokratik berpelembagaan yang baru
- Tiada dendam untuk dilangsaikan kita semua adalah satu watan. -fb

Muslim Brotherhood isytihar Mohammed Mursi menang pilihan raya Presiden Mesir


KAHERAH: Muslim Brotherhood sebentar tadi mengisytiharkan calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Kumpulan itu dalam laman web mereka berkata, Morsi adalah `rakyat awam pertama dipilih sebagai Presiden Mesir'.

Pengumuman itu adalah berdasarkan laporan daripada 95 peratus daripada 13,000 pusat mengundi seluruh negara berkenaan.

Berdasarkan laporan berkenaan, Morsi menguasai 52 peratus undi, lawan beliau yang juga bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq meraih 48 undi.
- AFP


Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir Oleh Dr. Syed Azman Syed Ahmad,


KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.

Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF.

Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.

Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka.

Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin peru diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat an lelah telah menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi...




Kutuk Dan Cabar - Zul Kulim Lari Terkencing Diserbu Penduduk


Gajah Malaysia vs Panda China...

Gajah liar

Tiga pengembara ingin berkhemah berhampiran air terjun. Mereka memilih satu kawasan air terjun yang terdapat di sebuah hutan dara.

Dalam perjalanan menuju ke kawasan air terjun, mereka telah sesat. Hari sudah hampir senja. Tiba di suatu kawasan, mereka ternampak papan tanda yang ditulis oleh pihak Perhilitan : "Awas, kawasan gajah liar!"

Dua pengembara amat cemas, namun seorang pengembara hanya tersenyum.

Tiba-tiba, mereka ternampak seekor gajah liar 500 meter di depan mereka sedang memakan pisang hutan. Lalu pengembara yang tersenyum tadi memberi arahan, "Kamu berdua jangan panik. Atok aku pesan, jikalau terserempak dengan gajah liar, kita mesti jangan bergerak, pura-pura sebatang pokok kayu."

Lalu, mereka semua berdiri dan menegapkan badan. Gajah liar tersebut berjalan ke arah pengembara.

Pengembara yang berada dalam ketakutan bertanyakan pengembara yang tersenyum tadi,"Atuk engkau di mana sekarang?".

Pengembara yang tersenyum tadi menjawab,"Atuk aku dah meninggal dunia tahun lalu, kena pijak gajah liar!"

Nasi tambah...
La ni gajah2 pun marah...
Pasai Panda China dapat RM 20 juta...
Tapi depa dok ternganga saja...sumber

Kempen R: ADUN BN hina OKU


KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan  adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri  yang mendakwa  Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.

Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi  simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.
Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.

"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangannya pengundi yang berhormat.

“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.

Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang  sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam Malaysia, Mohammad Che Yusoff, menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Royalti untuk menuntut bayaran royalti pada kerajaan Kelantan.

Katanya, sebagai penggerak kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012, beliau menyifatkan penafian pembayaran royalti kepada kerajaan negeri satu penghinaan jelas terhadap rakyat yang selama ini akur kepada sistem demokrasi berparlimen.

“Katanya, pembayaran royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan bukan sekadar memenuhi kontrak yang telah ditandatangani pada 1974 yang lalu.

“Namun ianya  suatu tindakan yang perlu disempurnakan sebagai memenuhi tanggungjawab oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dalam amalan federalism yang Malaysia amalkan selama ini," tegas beliau.

Apatah lagi dalam usaha membangunkan OKU, tuntutan mengembalikan pembayaran royalti tersebut tentunya akan menambah keupayaan kerajaan negeri dalam membangunkan golongan OKU di negeri ini ke arah yang lebih sempurna.

“Sebagai mewakili kumpulan OKU, saya amat kesal dengan sikap dangkalpihak-pihak tertentu yang saya difahamkan telah memberi tanggapan salah kepada penggunaan simbul (R) dalam kempen menuntut royalti,”ujarnya.

Tambahnya, mereka seolah-olah tidak cakna kepada OKU apabila mempertikaikan penggunaan isyarat itu yang dikaitkan sebagai lambang agama lain.

“Justeru, saya menyeru untuk seluruh rakyat Kelantan terus sama-sama menyokong dan berpadu suara dalam menuntut hak rakyat Kelantan dalam isu pembayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan rakyat di Kelantan,”ujarnya. -Hrkh

YB Gobala Dari Penceramah Jadi Pendengar Kerana Majlis Lengang




Biar gambar-gambar berbicara.... baik punya kisah... disebabkan tiada sambutan lansung.. YB Gobala dari penceramah jadi pendengar

Ceramah yang dianjurkan oleh UMNO/BN Kota Raja menjadi bahan lawak apabila penceramah undangan istimewa, Sdr YB Gobalakhrisnan,dari penceramah akhirnya terpaksa menjadi pendengar bagi meramaikan penonton.

Ini berlaku disuatu ceramah di Taman Sri Muda., Kota Raja Klang, malam tadi 17hb Jun 2012.

Lihat gambar-gambar sebagai bahan bukti.

Diluar dewan lengang dalam dewan kosong. Bilangan kerusi dipenuhi oleh makhluk bunian dan yang seangkatan dengannya. -omakkau




Dia mungkin sudah tak heran untuk jadi YB lagi... sudah dapat rembat RM2 juta (angka standard untuk katak-katak menurut pendedahan baru-baru ini) -GB

Gambar No. Plat Kereta Sultan Kelantan, Apa Bezanya Dengan Sultan Johor?


Alhamdulillah Sultan aku tak beli no plat mahal!Kisah nombor plat kereta sejak dua menjak ini sangat hebat diperkatakan sehingga berlaku himpunan menyatakan taat setia dan kasih mereka pada rakyat.

Itu kisah di negeri orang lain.Di negeri aku juga punya cerita pasal no plat kereta. Jika di Johor popular dengan no plat WWW1, Sultan kami Sultan Muhammad ke-5 juga punyai nombor yang glamer.

Tuanku kami menggunakan no plat jawi MUHAMMAD 5 dan nombor plat hanyalah percuma. Seseorang Raja tidak punya masalah untuk menguna apa pun nombor plat kereta dan menurut seorang kawan, di Johor ada juga nombor plat TMJ kepunyaan kerabat Johor.

Ini menunjukkan Sultan boleh menggunakan nombor plat secara percuma (betul atau tidak aku tidak pasti) Namun begitu, aku merasa kagum dengan Sultan aku, Sultan Muhammad ke-5 bila sanggup menggunaka nombor plat tulisan jawi yang hampir sekian lama tidak diguna kecuali di billboard kelantan yang masih mewajibkan penggunaan tulisan jawi.

Allahamdullillah kami punya Sultan yang sealiran dengan Kerajaan Negeri kami yang dicintai Negeri Kelantan. ~jkkkfanclub

'WWW 1' : Sokongan terhadap Nizar tempelak buat Umno

 Oleh: Mohd Rashidi

Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000.

Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor.

Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor.

“Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan  kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan.

“Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini.

“Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan,” katanya

Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana.

Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah.

Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali.

Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu.

Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia.

Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.

Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain.

Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi.

Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT.

Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan.

Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam.

Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah.

Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat.

Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT?

Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat.

Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka.

Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja.

Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993.

Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja.

Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan.

Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial".

Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan kita masih ingat bagaimana PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu,

Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja.

Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja.

Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII):

Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta.


-Aspirasi

PAS yakin menang lebih banyak kerusi di Johor

vote for pasPerang bendera Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata "tidak mustahil" Pakatan Rakyat akan memenangi lebih banyak kerusi di negeri Johor dalam pilihan raya akan datang.

Keyakinannya itu diperkuat lagi dengan ketegasannya bahawa beliau tidak pulang untuk bertanding di negeri itu untuk "membunuh diri."

"Tiada kerajaan yang kekal selamanya di muka bumi. Ia adalah urusan Allah. Kita yakin dan percaya untuk berdepan dengan mereka (BN).

"Kita tengok nanti, siapa yang terbunuh dan siapa yang dibunuh. Saya mahu mencipta sejarah baru di negeri Johor," kata MP Kubang Kerian itu lagi dalam ceramah dihadiri 1,000 orang di Ledang pada malam tadi.
Ceramah berkenaan merupakan antara program utama selama dua minggu yang diatur PAS di Johor sempena program Himpunan Hijau peringkat negeri.
Perang bendera

Dua lagi program yang berlangsung semalam ialah majlis jamuan rakat di Tongkang Pechah di Batu Pahat dan di kawasan DUN Jorak di Pagoh.
perang bendera sungai terap johor 170612Kawasan itu merupakan antara 28 hingga 31 kerusi DUN yang dijangka menjadi rebutan PAS di Johor, selain lapan kerusi parlimen.

Kemuncak bagi acara ini ialah perhimpunan besar-besaran yang dijangka berlangsung di sebuah stadium di Johor Baharu pada 29 Jun.
Tarikan utama yang disebut-sebut ialah pengisytiharan rasmi oleh dua orang tokoh yang dikatakan rapat dengan menteri besar Johor untuk menyertai PAS dalam perhimpunan berkenaan.
Keghairahan pemimpin PAS itu dapat difahami apabila meninjau keadaan sekitar kawasan yang didampinginya kali ini.
Perang bendera antara BN dan PAS di sepanjang jalan menuju ke kawasan ceramah di Parit 2 di Sagil dan juga lokasi jamuan menggambarkan seolah-olah kempen pilihan raya sudahpun berjalan.
Tawaran Pakatan Rakyat
 
Dalam ucapannya di ceramah tersebut, Salahuddin membandingkan pengurusan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat.
PAS crowd in batu pahat johor 1Ia sebagai menjawab tohmahan pemimpin BN yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir negara sekiranya menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Amalan di negeri tersebut turut dipadankan dengan tawaran Pakatan dalam manifesto mereka untuk negeri Johor, antaranya bekalan air percuma 20 meter padu seluruh rakyat dan mempercepatkan proses pemberian hak milik tanah.

Selain itu, Pakatan turut menawarkan hadiah RM1,000 kepada golongan yang diterima memasuki universiti dan pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada waris untuk menguruskan warga emas yang meninggal dunia.
Tambah kerusi

"Kita akui sejak merdeka Umno menjadi pemerintah dan mereka ada pengalaman. Kita tidak ada pengalaman, (tetapi) kita (juga) tidak ada pengalaman rasuah dan penyalahgunaan rasuah," kata Salahuddin lagi dengan mengemukakan contoh dalam Laporan Audit Negara.

perang bendera sungai terap johor 170612Beliau berkata pertambahan kerusi Pakatan tidak mustahil berlaku memandangkan kini Pakatan Rakyat menguasai enam kerusi DUN - dua daripadanya dikuasai PAS iaitu Sungai Abong dan Maharani.
Di Pagoh, parti itu merancang untuk mendekati masyarakat Tiong Hua dan kini berjaya meraih 80 peratus sokongan daripada golongan itu, menurut ahli jawatankuasa PAS kawasan, Azmi Nor.
Pada pilihan raya umum lalu, BN menang di kerusi tersebut dengan majoriti lebih 4,000 undi di mana komposisi pengundi Melayu sebanyak 58 peratus, Cina (36 peratus) dan India 6 peratus.


perang bendera sungai terap johor 170612Begitu juga pandangan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamad yang menegaskan PAS negeri berpeluang menguasai beberapa kerusi khususnya di DUN Jorak dalam parlimen yang diwakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dengan sokongan kaum Tiong Hua dan kawasan ini tiada talian hayat iaitu Felda dan Felcra, maka jentera perlu bekerja keras turun padang.

"Kalau Muslimat boleh menang di tempat Umno, di tempat lain, insya-Allah akan menang juga," katanya sewaktu menyampaikan ucapan ringkas dalam satu majlis jamuan. -M'kini

Abby Abadi harap temu jodoh dengan ustaz


TEMERLOH: Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah ‘berhijrah’.


Beliau menyatakan demikian pada program Talk Show di Dataran Kerdau malam ini yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari.

Turut menjadi ahli panel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Abby menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu.

“Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama,” ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS.

Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu.

Justeru, Abby yang mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz.

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.

Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya.

“Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya.

“Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua,” katanya. -Hrkh


2,000 jentera hadiri Pra Himpunan Hijau Selangor


SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 jentera PAS Selangor hari ini memenuhi Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini sempena Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri.

Himpunan yang bersifat taklimat dalaman parti  ini disertai jentera dan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sebagai persiapan menghadapi Himpunan Hijau Fasa 2, 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

Program di sebelah pagi diisi dengan dua pembentangan kertas kerja selain perasmian oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Kertas kerja pertama iaitu 'Menuju Putrajaya' dibentangkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar manakala kertas kerja kedua 'Adab-adab Pilihan Raya dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin At-Takiri.

Satu lagi kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya akan dibentangkan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli pada petang ini.

Pada pagi tadi juga, Mohamad melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor selepas ucapan perasmian.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan jentera agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Beliau turut mengingatkan jentera agar menguatkan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siasi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui berkata, himpunan ini menunjukkan sambutan yang paling baik di semua peringkat di Selangor.

"Siapa kata PAS tak kuat? Himpunan hari ini
membuktikan komitmen jentera di semua peringkat.

"Biasa kita libatkan jentera negeri dan kawasan sahaja tapi hari ini jentera cawangan pun turut serta," katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam empat petang ini. -Hrkh

Lagi gambar2 di FB

Mufti Perlis: Mengundi Pada Pilihanraya Itu Wajib Untuk Beri Kekuatan Kepada Umat Islam



Haji-PRU: Usah Wujudkan Fitnah, Keliru

Shah Alam – Mengadakan pilihanraya umum dalam musim ibadat haji adalah tidak wajar kerana ia boleh mendatangkan fitnah kepada umat Islam.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, mengundi pada pilihan raya wajib dan perlu diutamakan untuk beri kekuatan kepada umat Islam.

Menurutnya, umat Islam akan terus lemah politiknya jika kerajaan mengambil tindakan tidak adil secara menyeluruh kepada mereka.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang-orang politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut beliau, semua pihak perlu menunggu bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumumkan dahulu sebelum mempersoalkan mengenai hukum menangguhkan haji jika waktu PRU13.

“Jika benar ia diumumkan dalam musim haji nanti, baru kita menyatakan hukum kerana bercakap mengenai hukum terhadap perkara yang belum berlaku agak kurang cerdik dan boleh mendatangkan huruhara,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid kelmarin bahawa membatalkan niat menunaikan fardu haji kali pertama adalah haram.

Sebelum ini, Mohd Tamyes berkata, jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi, sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah.

Mohd Tamyes berkata demikian susulan kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu ahlinya (Pas) menangguhkan niat menunaikan haji pada tahun ini bagi memfokuskan kepada PRU13.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin, menegaskan haji bukan ibadat yang perlu disegerakan dan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan jaminan tidak akan mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana ibadat itu sangat penting bagi umat Islam. -SH

Nik Aziz setuju penyokong PAS tangguh haji


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti PAS membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian, kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di Kota Baharu, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal propembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu.
- Bernama

Apa nak jadi dengan orang Johor nie...!!!

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA... BUKTI JOHOR BUKAN LAGI KUBU PALING KUAT UMNO DALAM DUNIA...SEKITAR CERAMAH PAS DI SAGIL, MUAR, JOHOR SEBAGAI BUKTINYA.




Istilah UMNO kubu paling kuat dalam dunia dan deposit tetap untuk setiap pilihanraya boleh dipertikaikan kini.


Lihat saja gambar-gambar sebagai paparan mencuit minda.


Ceramah Perdana PAS di Sagil,  Muar, Johor malam tadi 16hb Jun 2012.


Gelaran pemimpin kudis terhadap YB Ir Nizar Jamaluddin langsung tidak menguncupkan sokongan rakyat kepada PAS/PR.


Rakyat sudah bertekad..maukan perubahan menyeluruh.

Insya'Allah negeri Johor bakal memiliki Menteri Besar yang baru.

http://omakkau.blogspot.com/

Kenyataan Media Presiden PAS : Haji dan Politik

Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihanraya secara sepintas lalu menjadi polimik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan diantara wajib mudoyyak dan wajib muwassa yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media UMNO yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka UMNO tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana UMNO tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subki Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi ketua penerangan PAS.

Media jurubicara UMNO mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada dikalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama UMNO. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

PAS tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam, walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa ramadhan dan sembahyang diakhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya diawal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassaa.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan ditahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji. Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Kepada PAS, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Passport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

PAS tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan(politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir". Maka banyak hukum-hakam Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih. Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong UMNO di Johor, sila cari buku fatwa ini.

PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

[HOT] Belum Pernah Ada PM Yang Takut Dengan Pilihanraya Selain Najib



Dr M pun tidak mampu selamatkan diri, apa lagi kamu, Najib: PRU masih tertunda!

Bagaimana boleh jadi begini? Bagaimana UMNO yang mempunyai 3 juta ahli, menjadi pemerintah selama 5 dekad, dengan kejayaan demi kejayaan seperti yang diakui para pemimpinnya, masih tidak pasti jika pilihanraya ke 13 patut diadakan atau tidak.

Tidak hairanlah jika akar umbi parti dan panglima UMNO menunding jari pada perdana menteri Najib Razak yang juga merupakan presiden UMNO. Ada dikalangan pemimpin yang akan mempertahankannya. Ia terpulang padanya, dialah boss, ia adalah keputusannya. Namun, yang lebih ktitis terhadapnya akan menyalahkannya - ini semua salah Najib kerana tidak mempunyai keyakinan pada dirinya sendiri dan rakyat untuk memberi Umno-BN mandat untuk memerintah selama 5 tahun lagi.

Biarpun mereka menyokong atau menentang Najib, pilihanraya umum ke-13 yang lambat tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun. Ekonomi global sedang mengecut dan pasaran saham Asia sedang merundum. Menambahkan ketidaktentuan politik akan memburukkan lagi keadaan ini. Paling menyedihkan, rakyat Malaysia yang masih menyokong kepimpinan lemah yang tidak mampu berubah kerana perbalahan dalaman partinya sendiri iaitu UMNO dan ini sememangnya akan menuju kehancuran.

Belum pernah ada PM yang takut akan pilihanraya

Jadi, mengapakah Najib begitu gerun akan pilihanraya umum ke-13? Jika pemerhati Umno betul, BN masih boleh mendapatkan kemenangan walaupun dengan majoriti kecil. Ia mungkin tidak akan sehebat yang dimahukan oleh Najib namun ia tetap kemenangan. Dengan perasaan lega, Najib sepatutnya berterima kasih kerana setakat lulus dan tidak mengimpikan untuk cemerlang seperti memenangi dua pertiga daripada 222 kerusi parlimen.

Pungutuan suara dalaman UMNO juga menunjukkan bahawa Parti Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim bakal menang 107 ke 109 kerusi dan ini mungkin menyebabkan Parlimen yang tergantung memberi peluang untuk ramai melompat ke Pakatan, yang bakal menyaksikan perubahan rejim pemerintah sejak Malaysia mendapatkan kemerdekaan dari British pada tahun 1957.

“UMNO tidak patut menyangka bahawa duit boleh membeli segalanya. Ada ramai pemimpin BN yang menunggu untuk menyertai kami, namun masa akan menentukan segalanya. Mereka tidak akan melakukannya sehingga mereka boleh menentukannya dengan konstituensi mereka,” MP Batu dari PKR, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Pada Pilihanraya Umum ke-12 2008 pun Pakatan telah memenangi lebih dari separuh undi popular namun kalah dari segi jumlah kerusi akibat penyelewengan sempadan undi kerajaan BN yang dahulu pimpinan Mahathir Mohamad.

Sekarang, setelah 5 tahun berlalu, Pakatan telah membuktikan bahawa mereka boleh melaksanakan tugas dengan baik sebagai pemerintah dan ini dibuktikan melalui pentadbiran di Selangor dan Pulau Pinang. Semakin ramai yang inginkan perubahan kerajaan daripada terus bersama kerajaan lama kerana takut atau mahu mengekalkan keadaan yang sedia ada.

‘Zaman selesa’ BN sudah tamat: Sila berhenti bermimpi sekarang Najib!

Pilihanraya Umum ke 13 hangat diperkatakan akan berlangsung pada Jun tahun ini, kemudian Julai dan September pula dan akhirnya tinggal cakap-cakap sahaja. Tiada yang berani untuk mengadakan pilihanraya pada bulan Julai. Najib sendiri telah membuktikan bahawa PRU ke-13 tidak akan diadakan pada bulan September apabila menyatakan bahawa Bajet 2013 akan diawalkan pada 28 September.

Spekulasi hangat menyatakan bahawa Najib sedang cuba untuk mendapakan kelebihan dengan mengadakan pilihanraya pada musim haji pada bulan Oktober namun ini tidak akan menjadi malah akan menaikkan kemarahan pengundi beragama Islam sepertimana amaran Abdullah Badawi walaupun telah ditujukan buat pembangkang.

“Adakah perdana menteri akan adakan pilihanraya pada masa itu? Dia juga seorang Islam,” kata Abdullah pada pemberita pada hujung minggu.

Ya, amaran Abdullah, walaupun tidak secara langsung- namun ia jelas. Najib, dimana undi popularitinya turun dari 69% ke 65% selepas memerintahkan polis menyerang penyokong Bersih 3.0 pada 28 April untuk pilihanraya yang bersih dan adil, juga nampaknya seperti keliru dan perlukan petunjuk daripada orang lama.

Najib sedang menggigit jari, berharap akan masa yang paling sesuai untuk mengadakan PRU ke-13. Tetapi, nampaknya, dia sedang bermimpi kerana masa itu tidak akan ada, sekurang-kurangnya sehingga bulan Mac 2013 apabila mandat BN akan berakhir dan Parlimen secara otomatiknya dibubarkan.

“Isu sebenarnya ialah untuk membersihkan daftar undi tapi Umno tak mahu buat. Najib sedang mencari kesempatan untuk memastikan kemenangan miliknya, ini termasuk mengadakan pilihanraya pada musim haji. Najib tahu bahawa penyokong PAS , ramai di antara mereka akan berada di tanah suci pada masa itu,” kata Presiden PAS, Hadi Awang pada hujung minggu lalu.

Disokong Dr M: Perbalahan dalam memecahkan parti

Tiada apa yang dilakukan oleh Najib telah berjaya; dari polisi ekonomi dan program sosial- semuanya telah kecundang. Semuanya tidak menjadi dan dia sedang berpaut pada kuasa dengan pertolongan bekas PM Mahathir Mohamad

Pada usia 86 tahun, dia merupakan panglima dan pembroker kuasa yang paling kuat didalam parti- dengan keupayaan untuk mempengaruhi siapa yang layak menjadi presiden Umno yang seterusnya, pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada akhir tahun ini.

Menurut pengkritik BN, rakyat Malaysia boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan lebih baik tanpa campurtangan atau input dari UMNO. Atau untuk lebih tepat lagi, untuk mengakhiri politik samseng yang hanya memperjuangkan kepentingan segelintir elit pemerintah dengan mengorbankan rakyat biasa.

UMNO tidak baik untuk Negara dan ia telah terbukti dengan rasuah yang berleluasa dan penyelewengan kekayaan negara dimana pemimpin UMNO cuba sedaya upaya untuk lindungi dari pengetahuan awam. Apabila seorang pembroker kuasa mempunyai kelebihan, dia akan memerintah mengikut citarasanya sendiri kerana baginya, Malaysia adalah miliknya dan keluarganya,” kata seorang ahli akademik yang mengajar sains politik di sebuah universiti awam. Dia meminta untuk tidak dinamakan.

“UMNO juga akan menjadi tidak baik untuk Malaysia apabila tiada panglimanya yang cukup berkuasa untuk mengawal parti, yang akan mendedahkannya kepada polisi cacamarba dan campurtangan kerana puak-puak dalam UMNO akan berebut kuasa dan peluang dalam parti mereka sendiri.

Pentingkan diri sendiri dan sekatan keatas bakat baru dalam UMNO

Bagaimana ini boleh berlaku? Mementingkan diri sendiri mungkin juga jawapannya, mengikut kata pemerhati.

Kata mereka, sikap mementingkan diri pemimpin tertinggi seperti Mahathir dan Najib telah menjauhkan orang baru dan ini menjadikan situasi dimana walaupun UMNO mempunyai 3 juta ahli, realitinya, UMNO hanyalah sebuah kelab orang lama yang tertutup.

Umno sememangnya adalah sekumpulan pemimpin yang menjadi terkenal pada tahun 1960-an dan 70-an dan masih lagi berpegang pada itu. Mereka nampaknya cuba sedaya upaya untuk mewariskan kuasa dan autoriti dalam parti kepada anak-anak serta keluarga.

Namun masa sudah berubah, dan sumber dalaman UMNO telah mengesahkan bahawa Najib telah tersilap dalam urus tadbir parti dan Malaysia dengan begitu teruk sekali sehingga ia tidak boleh lagi disembunyikan. Dia gagal memahami bahawa masalah yang sedang membuak didalam UMNO telah menjadikan ia berada di tahap dimana tiada siapa boleh menyelamatkannya lagi, sekalipun orang itu adalah Mahathir.

Betul, Mahathir pun tidak akan mampu untuk menyelamatkan Najib. UMNO sudah muak dengan Mahathir dan bagi kebanyakkan puak-puak dalam UMNO, mereka telah sampai kepada tahap ia sama ada kami atau mereka- dengan mereka merujuk kepada Najib dan Mahathir. Parti sudah berpecah- mereka yang menyokong Mahathir dan dengan tidak langsung Najib dan mereka yang menyalahkan mereka berdua kerana menenggelamkan UMNO.

Jadi, apabila pemimpin parti pembangkang, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat masih menjadi ancaman bagi mereka, Najib dan Mahathir mungkin akan dapat hidangan ‘pemanis mulut’ yang tidak dijangka dari ahli dalam parti dan bukan dari musuh di luar.

Situasi UMNO tidak boleh diselamatkan lagi

Walaupun begitu, Najib masih berdegil dan terus berpegang kepada agendanya dengan sokongan Mahathir.

Najib terus mengabaikan apa yang sedang berlaku dalam UMNO dan cuba memberi tumpuan pada PRU ke-13. Walaupun menerima amaran yang tegas dari perhimpunan Bersih 3.0, dia tetap berdegil dengan mempergunakan lebih banyak jentera kerajaan untuk memenangi undi walaupun mendapat kritikan hebat, dia juga mengedarkan gula-gula pilihan raya seperti pemberian wang tunai kepada rakyat untuk membeli undi secara terang-terangan

serta memanipulasi undi.

Namun rakyat Malaysia telah berubah dengan peredaran masa dan Najib mungkin tidak akan berjaya walaupun semua cubaan untuk menjamin kemenangan dengan apa jua cara untuk PRU ke-13 nanti. Dia boleh memperolehi keputusan yang dimahukannya tetapi adakah rakyat akan menerima kesudahannya jika ia jelas bertentangan dengan kehendak mereka dan yang diperolehi itu adalah dengan cara menipu.

Melihat ribuan rakyat Malaysia yang datang untuk menyokong Bersih untuk membersihkan daftar undi, Najib dan Mahathir lebih baik sahaja lupakan idea mereka untuk merampas mandat rakyat dengan cara yang licik.

Mahathir juga nampaknya telah kehabisan idea-idea baru tentang bagaimana untuk memperbaiki keadaan di dalam UMNO kecuali menyalahkan Badawi untuk semua masalah parti. Mahathir tidak mampu untuk menjadikan UMNO kuat dan bersatu. Di dalam hatinya, Dr Mahathir tahu bahawa dialah yang telah merosakkan kedua-dua UMNO dan Malaysia. Dia juga mengakui ini sudah beberapa kali. Dukacita untuk dikatakan, ia sudah terlambat dan keadaan di dalam UMNO tidak boleh diperbetulkan lagi.

Mod kemusnahan

Senarai ‘calon boleh menang’ Najib untuk PRU ke-13 masih belum dimuktamadkan. Khabar-khabar angin dari BN menyatakan bagi satu kerusi akan ada sekurang-kurangnya dua calon boleh menang dan Najib - yang seperti biasanya, sentiasa berada dalam keraguan - tidak berani untuk membuat keputusan muktamad lagi kerana takut kehilangan sokongan dari pihak sendiri.

Tetapi tiada satu pun dalam senarai sanggup berkorban untuk UMNO atau BN. Suka atau tidak, Najib akan menjadi ‘orang jahat' dalam membuat keputusan. Sebagai contoh, siapakah yang boleh menjadi Menteri Besar Selangor jika UMNO benar-benar berjaya mendapatkan kembali trofi berharga ini?

Tidak juga terdapat kepastian bahawa UMNO-BN boleh memenangi semula lima negeri walaupun sudah banyak fitnah dan serangan terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat disebarkan. Sebaliknya, Pakatan Rakyat nampaknya sangat berpeluang untuk memenangi Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak.

Muhyiddin Yassin timbalan Najib juga mula bimbang kerana bencana yang bakal berlaku kepada UMNO BN begitu jelas untuk dilihat oleh semua kecuali Najib dan kumpulan penasihat teras, yang sebenarnya telah gagal menangani setiap isu utama negara. Beberapa bekas kakitangan awam dan personaliti terkemuka juga telah menyertai Pakatan Rakyat. Kita boleh yakin bahawa Pakatan Rakyat tidak lama lagi akan mendedahkan 'rahsia gelap' pemimpin-pemimpin UMNO-BN sebagaimana mereka memerangi mereka dengan habis-habisan untuk memerintah kerajaan persekutuan.

Anak Mahathir, Mukhriz telah secara terbuka ditolak oleh UMNO Kedah sebagai Menteri Besar yang seterusnya. Ini merupakan tamparan hebat dan amaran sebenar untuk si ayah, yang berkelakuan seperti Perdana menteri de-facto, dan untuk Najib yang mengharapkan Mahathir untuk memihak kepadanya apabila memberikan Mukhriz negeri Kedah. Sudah tentu, ini akan berlaku jika UMNO boleh merampas kembali Kedah dari Pakatan Rakyat terlebih dahulu.

Tanda-tanda besar bagi masalah ini termasuk beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang mengumumkan akan bertanding di kerusi selain daripada di kawasan kubu kuat tradisi mereka. Apakah mesej yang mahu mereka sampaikan untuk Najib?

UMNO juga dibelenggu masalah dalam bentuk skandal yang melibatkan pemimpin teratas mereka. Diisytiharkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai 'tidak bersalah', ini tidak akan mengembalikan kredibiliti Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang telah hilang. Skandal rasuah RM250 juta NFC masih melekat dalam sanubari dan sudah pasti, sayap wanita akan menunjukkan kemarahan mereka ke atas sikap "double standard" Najib dalam perkara ini. Atas sebab-sebab yang diketahui hanya Najib sendiri, dia telah bertegas untuk menyebelahi Shahrizat apabila skandal itu melanda keluarganya.

Ia kelihatan seperti UMNO adalah akan menjadi sejarah sahaja dengan parti komponen BN lain juga dalam keadaan kucar-kacir, penganalisis politik berkata rakyat Malaysia harus bijak sekarang. Mungkin ada kestabilan yang lebih baik jika perubahan rejim berlaku daripada terus dengan keadaan seperti sedia ada yang sudah bertukar kepada mod kemusnahan ! -MC
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .