Ikuti Blog ini

Bertindak segera, Islam Rohingya di ambang maut


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.


“Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.

“Kami  sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.

“Apakah Malaysia sebagai anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku dirantau ini?” katanya

Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar.

Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar jauh lebih besar jumlahnya.

Sebenarnya, kata beliau dunia sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke atas kaum Bosnia pada 1995.

Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.

“Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang dibantu oleh tentera dan polis Myanmar,” ujarnya.

Justeru, katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar tidak boleh diterima sama sekali.

Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang sedang berterusan sekarang. -Hrkh

[BONGKAR] Penipuan SPR Terdedah Lagi, Kes Kejanggalan Tarikh Permohonan Pemilih



Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:


Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Gara-Gara Hampir Bangkrap - Utusan Salahkan GLC

GLC gagal bantu akhbar Melayu


KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap kegagalan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) membantu masyarakat bumiputera mempunyai asas kukuh sebagaimana yang dapat dilihat kepada pendapatan iklan industri media cetak berbahasa Melayu yang masih rendah.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff (gambar) berkata, walaupun mengaut keuntungan berlipat kali ganda, GLC masih gagal menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam menyumbang iklan kepada industri media cetak berbahasa Melayu.


"Belanja iklan untuk media cetak tahun lalu secara keseluruhannya mencecah RM3.2 bilion, tetapi bahagian yang diperoleh untuk media cetak berbahasa Melayu adalah sekitar RM400 juta sahaja.

"Angka tersebut itu menyedihkan kerana GLC berbelanja sebanyak RM1.5 bilion untuk promosi dan iklan tahun lalu, tetapi berapa banyak yang pergi kepada media cetak berbahasa Melayu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir membidas GLC kerana gagal membantu meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu dan tidak lagi berperanan sebagai pemegang amanah bagi kaum tersebut seperti mana di peringkat awal penubuhannya.

Menurut Mohamad, masalah yang dihadapi industri iklan tempatan itu turut disumbangkan oleh kecenderungan GLC untuk menggunakan agensi pengiklanan antarabangsa serta perancang media antarabangsa.

"GLC sepatutnya mempunyai semangat nasionalisme untuk menggunakan agensi tempatan, ramai orang-orang kita yang berbakat telah keluar dari agensi asing untuk membuka syarikat sendiri tetapi tidak dapat hidup kerana tidak dibantu GLC," katanya.

Beliau menambah, untuk melindungi pendapatan pengeluar iklan bahasa Melayu khususnya dalam industri media cetak, kerajaan wajar menggubal Dasar Pengiklanan Negara (DPN) bagi menjamin perkara itu.

"Industri pengiklanan adalah bukti yang menunjukkan agihan dan sumbangan GLC begitu kecil kepada golongan bumiputera, walaupun belanja iklan mereka berjuta-juta ringgit, tetapi langsung tidak seimbang kepada pengusaha bumiputera," katanya.

DBKL Kejam!!


KUALA LUMPUR 27 Oktober: Kira-kira 100 peniaga bersama orang ramai berhimpun di Jalan Tun Sambanthan bagi menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merampas khemah dan jualan bazar Deepavali di Brickfields.Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi tadi, 40 penguatkuasa DBKL gagal merampas kira-kira 30 khemah yang dipasang di sepanjang kaki lima kedai di Jalan Tun Sambanthan.Peniaga dan orang ramai yang marah tindakan itu melaungkan ‘DBKL balik’, ‘Kami bayar cukai’ dan ’1Malaysia? apa ini!?

Kekecohan hampir tercetus, namun kehadiran kira-kira 20 anggota Polis beruniform dan preman berjaya mengawal keadaan.Peniaga kemudiannya hanya diberi jaminan lisan oleh DBKL bahawa khemah bazar mereka tidak akan dirampas sehingga Isnin depan.Seorang peniaga yang ditemui, Nel, 40, berkata, permohonan untuk bazar Deepavali di Jalan Tun Sambanthan bagi tahun ini dibuat kepada DBKL sejak 24 Ogos lalu.

“DBKL tak beri respon. Kemudian kami terpaksa adu pada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah (Persekutuan & Kesejahteraan Bandar) Raja Nong Chik, dan timbalannya, M Saravanan.“Malangnya semua tak layan aduan kami. Sedangkan kami dah ikut semua prosedur. Tolonglah.. Raya Deepavali tinggal dua minggu sahaja lagi,” katanya.

Peniaga turut memaklumkan, rampasan dibuat hanya berdasarkan arahan khidmat pesanan ringkas (sms), tanpa sebarang notis.Seorang pengunjung, Leonard Nathan, 42, berkata tindakan DBKL merampas khemah dan barang jualan pada awal pagi, kurang dua minggu sebelum sambutan Deepavali adalah ‘kejam’.“Ini kejam.

Bazar ini dah ada sejak tahun 2004. Kenapa tahun ini tak boleh berniaga? Mereka ini semua peniaga kecil. Jangan aniaya mereka.“Kalau kerajaan kata rakyat didahulukan, janji ditepati, adakah ini tindakan kerajaan? Kerajaan kena ingat. Pilihan raya tak lama lagi,” kata Leonard.Timbalan Pengarah Penguatkuasa DBKL, Mohd Irwan Abdullah, ketika ditemui Keadilandaily enggan mengulas lanjut.“Saya tak boleh beritahu. Tak boleh tunjuk dokumen,” kata Irwan. ~kd

Gambar : Sultan Kelantan Sembelih Lembu Qurban








KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan berangkat mencemar Duli ke Majlis Qurban Aiduladha 1433H/2012M bersamaan dengan 11 Zulhijjah di Padang Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Panji,Kota Bharu.
Turut hadir sama pada majlis ini YAB. Tuan Guru Menteri Besar Kelantan,YB. Dato' Nassuruddin Hj Daud Speaker Undangan Negeri Kelantan,YB. Hj Che Abdullah bin Mat Nawi Exco Pertanian serta pembesar-pembesar Negeri Kelantan.KDYMM Sultan Muhammad V menyembelih sendiri 2 ekor lembu Qurban.
Lagi gambar DISINI

[VIDEO] Subhanallah! Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives



CCahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil ‘bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO

Saksikan video di bawah 


Program Ttemu Mata Gganu Kite di Klang esok

KUALA LUMPUR: Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program tradisi ibadah korban di kalangan ahli-ahlinya yang berkemampuan sempena Iduladha 1433H.

Bagi merapatkan ukhuwah di kalangan warga Perantau, ‘Program Ttemu Mata Gganu Kite’ akan diadakan pada 28 Oktober (esok) mulai jam 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang di Maahad Tahfiz Al Quran, Wal Imamah, Bukit Kerayong, Kapar, Klang.

“Sekretariat Perantau menjemput mana-mana anak-anak Terengganu di Perantauan  terutamanya yang tinggal di sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan yang tidak balik ke kampung halaman dapat hadir bersama untuk memeriahkan sambutan program ini,” kata Setiausaha Kerja Sekretariat Perantau, Ustaz Zulhilmi Abd Rahman Attakiri. 

Menurut beliau lagi, program akan bermula dari sebelah pagi lagi.

Katanya, mana-mana warga Perantau yang tinggal di sekitar Klang, Shah Alam dan lain-lain tempat yang berdekatan  bersama-sama bergotong royong melakukan aktiviti melapah lembu-lembu korban dan memasak bersama-sama di tempat program.

Maklumat lanjut berhubung dengan program ini boleh hubungi beliau di talian 012-9283560 atau Khairul Azli 0123266340.

Bekalan haiwan korban tidak mencukupi bukti NFC hanya menghabiskan wang rakyat

HARI ini Utusan Malaysia melaporkan bahawa bekalan haiwan korban untuk perayaan Aidil Adha tahun ini tidak mencukupi.

Pembekal ternakan ruminan tempatan mengalami kesukaran membekalkan haiwan ternakan untuk ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini, ekoran kekurangan bekalan antaranya disebabkan peraturan ketat dasar eksport Australia lapor akhbar itu.

Apabila disebut haiwan korban dan dikaitkan dengan Aidil Adha, tentu sekali ia sangat sinonim dengan lembu. Apabila disebut lembu maka kita tidak akan lupa dengan skandal NFC milik keluarga Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.

NFC telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek impak tinggi iaitu membekalkan lembu untuk negara ini. Sebanyak RM250 juta wang rakyat dipinjamkan kepada keluarga Shahrizat Jalil dengan harapan, dapat membekalkan lembu dengan banyak, sekaligus menurunkan harga haiwan itu di pasaran tempatan.

Namun duit rakyat yang diamanahkan untuk membela lembu digunakan untuk membeli kondominium mewah di Orchad Scott, Singapura, kondominium mewah One Menerung di Bangsar, membeli tanah di putrajaya, beli kereta Mercedes, dan lain-lain.

Hasilnya bekalan lembu tidak cukup, harga daging lembu semakin meningkat. Projek yang kononnya disebut sebagai berimpak tinggi bertukar menjadi projek kontroversi. Duit rakyat RM250 sudah habis dijoli.

Inilah hasilnya bila duit rakyat, diberikan kepada orang yang tidak amanah. Lapor kepada SPRM, mereka kata tiada bidang kuasa yang membolehkan pihaknya mendakwa keluarga Shahrizat kerana menyeleweng wang rakyat.

ReJaM sendiri ada bertanya kepada pegawai komunikasi korporat SPRM yang muncul setiap kali kami Jingga 13 membuat laporan di bangunan SPRM di Putrajaya. Wanita lingkungan 30 an itu setuju keluarga Shahrizat Jalil menyelewengkan dana rakyat, namun pihaknya tidak ada kuasa untuk mendakwa.

Tambahnya lagi, tiada unsur rasuah dalam projek NFC meskipun penyelewengan diakui berlaku. Apa pun alasannya, wang rakyat RM250 juta sudah lebur di tangan keluarga Ketua Wanita parti yang mengaku memperjuangkan nasib bangsa Melayu.

Siang malam pagi petang menjerit ketuanan Melayu, Hidup Melayu. Keluarganya dapat RM250 juta, tapi rakyat bangsa Melayu yang percaya dengan slogan dibawanya hanya mampu menggigit jari, jangan kata daging lembu tahi lembu pun tak dapat.

RM250 duit rakyat jahanam, harga lembu makin meningkat, bekalan lembu pun tak mencukupi. Jadi apa tujuan beri pinjaman mudah RM250 juta dengan kadar faedah hanya 2 peratus kepada keluarga Ketua Wanita Umno? -milosuam

MP TAJUDDIN ABDUL RAHMAN BAKAL TERSUNGKUR DI PASIR SALAK ?

 
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajudin Rahman bakal tersungkur?

Dengor cerita tersungkurnya dia bukan kerana kalah dalam PRU13.
Tapi namanya telah tersenarai sebagai third winnable candidate di Pasir Salak. Calon utama yang akan mencantas kerusi Pasir Salak dari Tajudin ialah Presiden PAFA Zainol Fadzi !.

 Sebab Tajudin tidak dicalonkan takde kena mengena dengan paras rupa Tajuddin yang nampak garang berbanding dengan Zainol Fadzi yang gambornya suka senyum.

Tapi kabornya ramai di kalangan UMNO tak tahan dengan mulut jeghabei si Tajuddin. Zainol Fadzi tersenarai sebagai calon DUN Sungai Manik dan Parlimen Pasir Salak. Wah! Hebat mamat nih! Tau tau sajalah perangei orang umno.

Bila tak terpilih, mulalah demer akan sabotaj parti. Harap perkara ini akan terjadi. Huhuhu! Penat Tajuddin mengampu Rosmah. Tapi nama tersingkir jua akhirnya.

Nampaknya UMNO kawasan Parlimen Pasir Salak udah pecah. Yang muda sokong Zainol Fadzi. Yang warga emas sokong Tajuddin!. Hmmm…Lantok komer! Yong Suka Kuning. -Sumber

15 Kerusi Sabah, 16 Sarawak Bakal Milik Pakatan Rakyat

Oleh: Tukang Lawan

Bekas Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu Datuk Lajim Ukin berkata Sabah bukan lagi simpanan tetap untuk BN dan Pakatan Rakyat mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas timbalan menteri dan ahli majlis tertinggi Umno itu menyuarakan keyakinan itu dalam satu ceramah politik di Setapak .

"Kepada saudara-saudara di Semenanjung, saya sampaikan kepada saudara-saudara semua Sabah akan beri 15 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang ini," katanya.

Menurutnya lagi, bacaan politik beliau juga menjangkakan perkara yang hampir sama akan berlaku di Sarawak.

"Saya tak perlu sebut Sarawak, Sarawak juga (BN) akan kalah sekurang-kurangnya 12 hingga 16 kerusi tetapi saya sahkan Sabah akan beri untuk Pakatan Rakyat sekurang-kurangnya 15 kerusi," katanya penuh bersemangat.

Lembu Korban Kena Curi


Panas dan heboh satu Pekan Kamunting Taiping seekor lembu sumbangan YB Zahir Khalid Adun Kamunting untuk Masjid Kg Expo hilang dan disyaki dicuri.

Pada malam kelmarin ada ditambat oleh AJK Masjid Expo, datang untuk Solat Subuh pagi tadi ,ahli jemaah melihat seekor lembu ,sumbangan YB Dato' Zahir, Exco Kerajaan Perak itu telah dicuri orang.

Ahli Jemaah Masjid Expo, berasa sesuatu tak kena, jika hendak curi lembu kenapa seekor lembu sumbangan YB UMNO tu hilang sedangkan seekor lagi elok ditambat.

Berikutan kehilangan lembu itu, didakwa Timbalan Pegerusi Masjid Expo telah membuat laporan polis.

Jika mereka yang mencuri itu tidak pulang balik lembu itu,pihak Masjid akan buat solat hajat dan baca yassin untuk keselamatan.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, yang memberitahu penulis, lembu YB Dato Zahir ,Adun Umno itu telah dicuri oleh orang UMNO juga.

Pencuri yang didakwa Ahli UMNO itu tidak suka YB Umno memberi sumbangan lembu kepada Masjid Expo ,kerana Masjid Expo,Kamunting dikatakan pro-PAS. -Sisibukit

KANTOI! Pemimpin MIC Sendiri Luluskan Projek Kondo Batu Caves!


Adehh, kalau banyak ni saja yang datang, mau bungkus lagi MIC.

Demonstrasi yang dikepalai bekas Presiden parti itu, Samy Vellu yang kunun membantah cadangan projek pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves, Selangor cuma 300 saja yang turun!

Walaupun disebar melalui SMS dan laman sosial beberapa pemimpin parti itu, ia nyata gagal menarik perhatian masyarakat India terutamanya di sekitar kuil tersebut.

Mengapa boleh jadi begitu?

Kaum India rata-rata sudah mengetahui projek berkenaan diluluskan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pada 2007 dan paling memedihkan, empat pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri sudah mempersetujui pembinaan tersebut.

Inilah yang menyebabkan demo MIC ditolak dan yang hadir kebanyakkannya penyokong parti itu yang datang dari Kuala Selangor dan Kapar yang tidak mengetahui kisah sebenarnya.

Samy dalam ucapannya membidas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar kerana terus membenarkan pembinaan walaupun sudah dibantah penduduk setempat sejak lebih lima tahun lalu.

Xavier pula membidas kenyataan pengerusi kuil R Nadarajan yang memutar belit fakta kununnya kerajaan negeri tidak menghalang pembinaan dari diteruskan.

Maka berlakulah sesi tuduh-menuduh yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan pemimpin BN yang tidak mengendahkan bantahan yang dibuat.

Khalid pula sudah mengarahkan pembinaan dihentikan sementara menunggu hasil siasatan penilaian alam sekitar (EIA) yang diluluskan pada tahun yang sama.

Timbalan menteri luar, A Kohilan Pillay yang pernah menjadi ahli majlis MPS turut tumpang semangkuk menyalahkan kerajaan negeri padahal dia adalah antara pemimpin MIC yang meluluskan projek itu.

Jika beginilah tindakan MIC menyalahkan kerajaan negeri semata-mata tanpa mengaku merekalah yang bertanggungjawab mengabaikan kebajikan kaum mereka sendiri, jangan terkejut sekiranya parti itu sudah tidak relevan lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

JALAN PULANG

Anthony Loke Terharu Terima Surat Penghargaan Dari TG Nik Aziz


Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!


Klik untuk lebh jelas

Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru


Assalamualaikum wbt..

Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..

Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.

Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.

Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.

Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya. Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".

Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.

Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.

Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.

Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.

Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Kebetulan Atau Sabotaj? Cuba Tengok & Baca Betul-betul ....


SSungguh nakal org yg buat banner ini...mengapa di sama besarkn perkataan Lembu dgn dato seri sharizat jalil..disusun sebaris dan warna yg sama... bukankah ini bakal menimbulkan fitnah...hihi..... -dppsa

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .