Ikuti Blog ini

Pakatan Harapan Rakyat jadi tema PR

(Gambar konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memilih tema "Pakatan Harapan Rakyat" bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke 13 ini.

Tema ini akan mula digunakan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat ke 4 yang akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam Isnin 25 Februari ini.

Sempena dengan konvensyen ini, manisfesto Pakatan Rakyat akan dibentangkan dengan menggunakan tema tersebut.

Ia dijangka akan disertai oleh hampir seribu peserta yang terdiri dari pemimpin PAS, PKR dan DAP.

Konvensyen ini dijangka akan menjadi kemuncak kempen dan persefahaman antara pemimpin PAS, PKR dan DAP dalam menuju pilihan raya umum yang dijangka akan diadakan dalam kadar segera.

Berikut adalah jadual penuh konvensyen ini. -Hrkh


MASA
AKTIVITI
9.00 – 10.00 pagi
Pendaftaran peserta dan minum pagi
10.00 – 10.30 pagi
Peserta dan VIP mengambil tempat
10.30 – 10.45 pagi
Aluan pengerusi & nyanyian Negaraku
10.45 – 10.50 pagi
Bacaan doa
10.50 – 11.20 pagi
Amanat Ketua Jentera Pilihanraya
11.20 – 11.50 pagi
Pembentangan Manifesto Pakatan Rakyat PRU-13
11.50 – 11.55 pagi
Persembahan akustik
11.55 – 12.15 petang
Ucaptama Pimpinan DAP
12.15 – 12.35 petang
Ucaptama Pimpinan PAS
12.35 – 12.40 petang
Persembahan gimik
12.40 – 1.00 petang
Ucaptama Pimpinan PKR
1.00 – 1.05 petang
Bacaan ikrar
1.05 – 1.10 petang
Nyanyian Negaraku
1.10 – 1.15 petang
Bacaan doa

Akhirnya Nurul Izzah Berpidato Juga Di UM



Universiti Malaya dalam Sejarah.

Anak kepada Mantan Aktivis Mahasiswa Universiti Malaya (Anwar Ibrahim) Nurul Izzah telah berceramah di dalam Universiti Malaya sewaktu seminar Politik dan PRU 13 siang tadi.

Tahniah dan syabas buat Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman ,Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial atas anjuran " SEMINAR POLITIK DAN PILIHAN RAYA MENJELANG PRU KE-13"

Sempat beliau beritahu hadirin:

"Saya diminta untuk membatalkan seminar ini oleh Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pengajian Tinggi, tapi saya tetap bertegas untuk melaksanakannya. Saya kata siapa anda untuk mengarah saya?" Bagi saya mahasiswa sudah matang dan kalau saya seorang 'bapa' dan sering menghalang anak-anak untuk melakukan itu dan ini maka mereka akan jadi bodoh ! Saya hanya memantau dan takkan menghalang. Satu lagi takkan saya nak buat pertandingan Boria pula? Kita sudah hampir nak PRU. Pendidikan dan kefahaman politik itu penting.

Ucapkan terima kasih juga kepada VC kita, Tan Sri Gauth Jasmon. Beliaulah satu-satunya VC yang lain dari yang lain.

Tidak termakan dengan tekanan pihak Kerajaan. -kachipemas

PRU13: Tee Keat tiada dalam senarai calon MC


NONEMCA tidak mencalonkan bekas presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat  untuk bertanding di kerusi Parlimen Pandan, walaupun beliau dianggap berpeluang mempertahankan kerusi tersebut.Sebaliknya,

Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberitahu pemberita malam tadi bahawa MCA Bahagian Pandan telah mencalonkan muka baru Gary Lim, seorang peguam berusia 39 tahun.

Menurutnya, jawatankuasa pusat parti itu bergantung kepada pandangan bahagian dalam pemilihan calon, walaupun kata putusnya adalah di tangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Beliau tidak disokong oleh bahagian (MCA Pandan). Mungkin kerana beliau tidak bekerja dengan baik dengan (mereka). Mungkin mereka merasakan bahawa selepas sekian lama, perlu ada pertukaran.

"Ini pun yang anda cakap. Malaysiakini kata PM harus membariskan muka-muka baru. Itulah apa yang pembangkang kata, tetapi pembangkang mencalonkan mereka yang berusia 81, 71 (dan 73)," kata Chua, merujuk kepada beberapa pemimpin tertinggi pembangkang.

Chua berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina MCA Bahagian Pandanmalam tadi.

Ong tidak kelihatan di majlis tersebut.

'Calon mampu menang'

Ditanya sama ada peluang MCA akan terjejas sekiranya Ong bertanding sebagai calon bebas, Chua menjawab ia akan menguntungkan BN kerana undi pembangkang akan berpecah.

Katanya, 'calon mampu menang' adalah seseorang yang mendapat sokongan MCA, parti-parti komponen BN serta NGO.

Ong telah meiwakili Pandan selama lima penggal dan  adalah antara 15 ahli Parlimen MCA yang terselamat dalam tsunami politik pada tahun 2008 yang menyaksikan wakil rakyat MCA di Parlimen hanya tinggal separuh.

Beliau juga merupakan calon MCA tunggal yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor.

Ong dilihat sebagai salah seorang pemimpin BN yang lebih berwibawa, dan diingati kerana memulakan siasatan terhadap skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang dan dijangka mampu mengekalkan kerusi tersebut.

Selepas pilihan raya umum 2008, beliau dipilih sebagai presiden MCA, tetapi tewas kepada Chua 16 bulan kemudiannya ekoran persengketaan sengit dalam parti itu.

Sejak itu, Ong beroperasi kebanyakannya di luar rangka kerja MCA dan BN. Lamanwebnya juga tidak memaparkan logo MCA mahupun BN. -M'kini

Bubar DUN - Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor Hari Ini

SHAH ALAM - Teka teki pembubaran Dewan Undangan Negero (Dun) Selangor bakal terjawab apabila Menteri Besar, Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan perkenan berhubung perkara itu.

Perkara ini disahkan beberapa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) Selangor dan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berhubung pertemuan antara Menteri Besar dan Sultan hari ini mengenai pembubaran Dun Selangor.

Desas desus ini disahkan, Timbalan Speaker Selangor merangkap Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
“Memang setiap Rabu, Menteri Besar akan menghadap Sultan sebelum mesyuarat exco. Tetapi mungkin pertemuan esok (hari ini) bakal menjawab segala ‘ribut spekulasi’ yang melanda Selangor belakangan ini.

“Petang ini (semalam) Menteri Besar mengadakan mesyuarat dengan barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR), ini memang mesyuarat berkala tetapi mungkin agendanya bakal menjawab teka-teki pembubaran Dun Selangor,” katanya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman turut memaklumkan perkara sama.

“Betul, betul, Tan Sri Abdul Khalid akan menghadap Sultan esok,” katanya.

Ribut spekulasi ini turut mendapat reaksi positif daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani, mengiakan perkara tersebut walau bagaimanapun beliau enggan mengulas tujuan pertemuan tersebut.

“Setiap Rabu, memang Menteri Besar akan menghadap Sultan pada jam 8.30 pagi tapi saya tidak pasti tujuan pertemuan esok (hari ini),” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid memaklumkan pembubaran Dun akan dilakukan selepas sambutan Cap Goh Meh, yang jatuh Ahad ini, dan dijangkakan perkara ini akan disahkan Menteri Besar sendiri pada mesyuarat Exco hari ini.

Semalam, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri hanya mengumumkan pembubaran Dun selanjutnya adalah tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk merancang dan melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pengkaji UM: Pembangkang sedia hadapi p'raya

NONEBN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, kata pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Mohamad Redzuan Othman.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Palimen selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga telah lenyap kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangguhkan PRU ke-13 terlalu lama.

"Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu PRU diadakan pada 29 November 1999. KEADILAN (sekarang PKR) hanya berusia enam bulan (ketika itu)," katanya pada satu forum di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini.
"Ia juga merupakan musim tengkujuh pada masa itu, dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak berjaya mewartakan banyak nama pemilih baru (kerana pilihan raya mengejut).

"Namun kali ini, ia bukan lagi isu kerana pembangkang sudah bersedia," katanya. -M'kini

Menifesto Rakyat : PR Lancar Perang Terhadap Umno-BN



Pakatan Rakyat (PR) akan melancarkan menifesto kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekaligus mendahului Umno-BN yang sehingga kini masih gagal mengumumkan tarikh pilihan raya.

Dengan tema ‘Pakatan Harapan Rakyat’, menifesto ini dinamakan ‘Menifesto Rakyat’ menunjukkan PR sudah bersiap sedia melancarkan ‘perang’ terhadap Umno-BN dalam usaha merubah tampuk pemerintahan negara ke arah yang lebih baik.

Menifesto ini diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat merupakan menifesto bersama ketiga-tiga parti yang mengandungi empat teras utama iaitu rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media berkata Menifesto Rakyat ini menggabungkan kesemua dasar yang berlandaskan Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga dan program-program khusus yang diumumkan melalui Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 dan 2013.

“Jawatankuasa Dasar dan Menifesto PR yang dipertanggungjawabkan membangunkan Menifesto Rakyat juga meniliti dan mengambil pandangan dari memorandum dan cadangan yang disampaikan terus kepada pimpinan Pakatan Rakyat untuk digarab di dalam menifesto.

“Selain itu pelbagai rundingan diadakan dengan banyak pihak untuk memastikan kepentingan dan kebajikan setiap rakyat dititikberatkan di dalam Menifesto Rakyat.

“Pelancaran awal menifesto ini membuktikan komitmen PR untuk memastikan kempen PRU-13 bertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa Umno-BN,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat PKR.

Pelancaran ini akan dibuat pada Isnin, 25 Februari bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) bermula jam 9 pagi.

Jelas Rafizi lagi, proses rundingan dan kajian berlangsung selama 18 bulan bermula September 2011 dan dibentangkan sebanyak dua kali di peringkat tertinggi Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Turut hadir sama dalam sidang media ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad selaku wakil PAS dan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang mewakili DAP.

Sebelum itu, PKR melancarkan ‘Institut Rakyat’ yang bakal bertindak selaku kumpulan pemikir kajian dasar yang bebas – secara kewangan dan pengurusan – yang akan melengkap dan memyediakan sudut pandang yang seimbang kepada sayap pengurusan parti.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjelaskan, institut ini akan menawarkan nasihat bebas dan saranan dasar kepada parti, seiring wawasan Malaysia yang makmur dibawah perkembangan ekonomi yang mapan dan pembangunan yang selaras dengan keharmonian sosial, alam sekitar, etnik dan keagamaan.

Pelancaran kumpulan pemikir akan diadakan Khamis, 21 Februari ini, pada jam 3 petang di Hotel Empire Subang Jaya.

Bertemakan ‘Menuju Malaysia Baru’, pelancaran ini akan menampilkan ucapan dasar dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta akan membentangkan kertas kerja pertamanya berjudul ‘Mengangkat Pendapatan Boleh Guna’ pada hari tersebut.

Isu gondol bukit hanya sensasi menjelang PRU13




KOTA BHARU: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata pihak tertentu memainkan isu penggondolan bukit di Tanah Tinggi Lojing untuk disensasikan khususnya dalam media kerana kepentingan politik.

Menurutnya, menjelang PRU13 pelbagai fitnah ‘menjerut’ Kelantan mainan pihak lawan untuk kepentingan politik mereka, termasuk mencipta isu penggondolan bukit sama ada di Lojing atau di tempat penempatan Orang Asli.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas berhubung perkara itu sejak beberapa hari ini dalam media.

Beliau turut menjelaskan projek perhutanan di Lojing telah lama dibekukan.

“Malah lesen untuk membenarkan pengeluaran kayu di kawasan itu juga telah lama tidak dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Yang digambarkan oleh media hanyalah lereng bukit untuk projek pertanian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan dengan masyarakat Orang Asli dari tiga daerah di JKR 10 yang diketuai Lui Siam, semalam. (Gambar atas)

Ahmad seterusnya berkata, walaupun ia isu lama yang telah selesai, namun pihak tidak bertanggungjawab menghidupkan semula isu itu menjelang PRU13.

Terdahulu ketika berucap pada pertemuan itu, beliau berkata kerajaan negeri menyediakan tanah seluas 24,000 ekar tanah milik kerajaan untuk dirizabkan kepada Orang Asli di beberapa tempat khususnya dalam kawasan Parlimen Gua Musang.

Jelasnya, 606 ekar daripadanya telah berjaya dilaksanakan sejak tahun lalu di Pos Jedip.

“Seterusnya ia akan diteruskan di pos lain seperti Kuala Betis dan kita anggarkan di sini seluas 4,626 ekar,” ujarnya. -Hrkh

Tradisi Mengeratkan Silaturahim Anwar



Tuan Hj Salleh sedang memberi tazkirah.
Majlis ilmu dan tautan ukhwah yang menjadi satu daripada tradisi dan budaya hidup Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan terus dilakukan walaupun dalam keadaan beliau sibuk dan terkejar-kejar dengan masa untuk menghadapi pilihan raya yang kian hampir.

Tidak ramai ahli politik termasuk pemimpin negara yang mengamalkan tradisi sebegitu secara konsisten. Kalau ada pun sesetengahnya lebih untuk mempamirkan yang mereka minat dengan majlis sebegitu kerana mengharapkan imej demi politik.

Sebahagian para hadirin.
Malam tadi lebih 200 terdiri dari kalangan sahabat rapat yang masih setia dengannya hadir di kediamannya di Segambut untuk mengadakan solat hajat dan berdoa agar Allah memberi keselamatan dan kerahmatan apa-apa kerja dilakukannya khasnya berhubung menghadapi pilihan raya.

Walaupun beliau telah dijadualkan berucap di satu majlis di Shah Alam namun beliau tetap menyempatkan diri melayan dan meraikan 'saing sobat'nya yang hadir.

Solat hajat dan doa malam tadi dipimpin oleh Tuan Guru Haji Salleh Sik Kedah. Haji Salleh datang khas dari Kedah untuk memimpin majlis berkenaan. 

Kemesraan dan keakraban semula jadi Anwar.
Ikut serta ialah kumpulan pengajian dari pusat pengajian kerohanian di Hulu Langat Selangor. Kehadiran atau pun hubungan Anwar dengan kumpulan pengajian agama serta hubungan silaturahim dengan guru-guru agama adalah amalan beliau sejak di zaman ABIM lagi.

Majlis seperti itu kata salah seorang sahabat awalnya Idris Jahuzy merupakan kemestian buat Anwar.

Ikut sama hadir malam tadi juga wakil dari sebuah NGO Islam daripada Selatan Thailand. Kehadiran mereka sebagai kunjungan hormat ke atas Anwar Ibrahim. Juga kelihatan bekas pelakon Azmil Mustapa yang lebih dikenali dengan Ali Setan.
Tetamu sedang menikmati jamuan.

Dalam tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Haji Salleh beliau menekan bahawa konsep Islam suku agama suku adalah salah kerana apa-apa juga aktiviti yang bersangkut paut dengan kehidupan mestilah atas sendi Islam. Politik itu juga berkaitan dengan Islam atau agama yang tidak boleh dipisahasingkan.

Beliau mengingatkan agar manusia tidak melupai tiga perkara bagi menjamin keselamatan dalam kehidupan, iaitu jangan melupai Allah dan Nabi dan buatlah sesuatu yang baik dan tinggal yang tidak baik.

Dalam hubungan mencari pemimpin menjelang pilihan raya carilah atau pilih pemimpin yang kita kenali dan mengetahui akan latar belakang mereka. -Mso

Gambar Sedih menyayat hati Akibat 'No For BN' - silupa mau langis lorrr!!!!




Memang kejam orang Penang. Dah dihidangkan dengan hiburan bertaraf dunia bernilai RM2 juta pun diorang tak mengenang budi. Apa lah sangat sekadar menyebut 'yes' untuk mengambil hati orang yang membayar RM2 juta untuk menghiburkan orang Penang. Tengok apa kesan daripada perkataan 'NO' yang mereka nyatakan sebagai membalas pertanyaan Perdana Menteri. Semua pemimpin berasa Sambutan Tahun Baru Cina tahun 2013 sebagai menyedihkan. Semuanya gara-gara orang Penang... 
adios

Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb

KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan.

Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan menerusi blog http://www.utusankini.com.


Ulasan seterusnya seperti di bawah.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.


Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.


Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk  membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.


"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi."


Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.


Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.

Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. -Hrkh

Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb

KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan.

Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya?

Demikian pertanyaan yang dilontarkan menerusi blog http://www.utusankini.com.


Ulasan seterusnya seperti di bawah.

Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.


Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya.


Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk  membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia.


"Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi."


Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya.


Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia.

Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013.

Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. -Hrkh

Sambutan TerHebat Ustaz Azhar Idrus Di Singapura

Sambutan Hebat UAI Di SingaPura..sampai tak ada ruang di dalam dan luar Masjid


 Jemaah di dalam masjid

Dikhbarkan ..Kuliah UAI Paling ramai  orang  Jemaah menghadiri ..di Masjid Sultan 


Seperti biasa..para jemaah begitu teruja..untuk mengambil gambar bersama UAI.
Nukilan Abu Luqman

Gambar Terbaik Ceramah Anjuran Umno.. Saksikanlah!!



Oleh kerana ceramah UMNO banyak kerusi dari orang menyebabkan UMNO semakin terdesak untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO/BN masih dipercayai dan disokong ramai rakyat, ini telah menjadikan macai-macai UMNO semakin kreatif.

Jika dulu hadiah cabutan bertuah biasanya diadakan di majlis makan malam tetapi kini untuk meramaikan hadirin UMNO terpaksa mengadakan cabutan bertuah dalam ceramah anjurannya.

Cuba anda lihat gambar yang ditunjukkan ini,Berbagai hadiah disediakan dalam ceramah isu semasa yang menampilkan Zulkifli Noordin.

Agaknya orang yang hadir itu sudah pasti bukan untuk dengar ceramah tetapi menunggu hadiah cabutan....persoalan nya duit sape yang yang digunakan untuk membeli semua hadiah itu???

Apa komen anda???



~FB Mazlan Aliman

Kenyataan "PM Secara Rasminya Meletak Jawatan" Kerja Orang Dalam?



Sumber : FB

Kredibiliti Datuk Seri Najib Razak yang selama ini dipermainkan rakyat, turut diperolok-olok kakitangan kerajaan apabila laporan berhubung perletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia disiarkan di laman Jabatan Penerangan pagi ini.

Terkesan dengan penyebaran maklumat itu di beberapa laman sosial, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dilapor menafikan laporan itu dan berkata, sistem penerbitan dalam taliannya menyiarkan ‘kenyataan palsu’.

Katanya, penyiaran kenyataan itu mungkin digodam, sebelum ia dipadam daripada sistem e-akhbar dan sistem e-press oleh Jabatan Penerangan, selepas dikesan tersebar.



Kenyataan itu bertajuk ‘Memo permohonan rakyat Malaysia’ dan ‘Perdana Menteri secara rasminya meletak jawatan’.

Turut dimuatkan, alasan Najib meletakkan jawatan ekoran desakan rakyat.

Najib juga menyatakan permohonan maaf kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti lawan yang difitnahnya.

Mengulas isu ini, Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata, penyebaran berita itu menerusi saluran kerajaan bukti kepimpinan Najib ditolak kakitangan kerajaan.

“Kita tahu Najib tidak berupaya lagi dapat sokongan rakyat. Orang kerajaan sendiri sudah pandai permainkan Najib.

“Walaupun mereka kata itu semua palsu dan laman itu diserang, namun tidak terfikirkah kita bagaimana laman web kerajaan boleh digodam. Seperti ada yang tidak kena dengan penyerang itu. Adakah mereka daripada kalangan orang Najib,”
katanya ketika dihubungi.

“Ini semua berlaku kerana Najib tiada tokoh kepimpinan. Orang bawahnya sendiri meluat dengan sikapnya hingga menjadikan Najib bahan jenaka mereka. Saya yakin pentadbiran Najib pasti berakhir pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon.

GAMBAR BANJIR KILAT DI IOI MALL PUCHONG


PUCHONG 18/2/13: Hujan lebat sejak jam 4 petang tadi menyebabkan banjir kilat di sekitar Puchong mengakibatkan kenderaan terperangkap di Lebuhraya Damansara Puchong berhadapan pusat membeli belah, IOI Mall.

Menurut peniaga di pusat membeli-belah terbabit, hujan lebat menyebabkan paras air naik hingga memasuki bahagian bawah IOI Mall.

“Air naik sekitar satu inci didalam Mall, tetapi keadaan kini semakin pulih dan pekerja sedang membersihkan lantai,” katanya ketika dihubungi ABN news.

Foto yang dirakam beberapa pengunjung di pusat membeli-belah terbabit turut menunjukkan air naik di kawasan parkir menyebabkan beberapa kenderaan tenggelam.

Selain itu, beberapa kenderaan turut dirakam tenggelam di LDP.

Banjir kilat menyebabkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway serta Subang Jaya dan Puchong Perdana.

                                                                           









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .