Ikuti Blog ini
Kerajaan BN Perak tetap haram walau pun ada enam Exco baru , at 11.2.09,

Orang ramai yang tidak berpuas hati boleh mencabar di mahkamah. Pelantikan sebagai Menteri Besar atau anggota Exconya masih lagi tidak sah kerana Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin belum lagi melepaskan jawatannya - Husam
Kerajaan BN Perak haram, segala dasar baru boleh dicabar - Husa.
KOTA BHARU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak tetap haram walau pun telah mempunyai enam anggota Exco baru, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa.
Katanya, apabila kerajaan yang memerintah sebuah negeri itu haram maka akan timbul pebagai masalah khususnya dari aspek pembayaran gaji, perbelanjaan dan dasar-dasar lain.
“Orang ramai yang tidak berpuas hati boleh mencabar di mahkamah. Pelantikan sebagai Menteri Besar atau anggota Exconya masih lagi tidak sah kerana Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin belum lagi melepaskan jawatannya.
“Lagi pun masih belum ada undi tidak percaya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. Dalam kes ini, Tengku Razaleigh Hamzah juga mempertikaikan pelantikan Menteri Besar baru di Perak,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Sedangkan kata beliau semua orang tahu Ku Li juga pernah terlibat menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan pada tahun 1978.
“Pada masa itu dibawa usul undi tidak percaya, di mana Speaker Dun telah mengizinkannya dan akhirnya kerajaan PAS Kelantan tumbang,” ujarnya.
Kata beliau Menteri Besar Perak tidak melepas jawatannya dan bagaimana Menteri Besar baru pula dilantik.
“Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai perlembagaan dan undang-undang, bukan seperti Somalia,” katanya.
Beliau juga tidak menolak krisis di Perak akan terus berpanjangan kerana kerajaan baru di tidak sah dari segi perlembagaan.
Beliau juga berkata, kerajaan Kelantan tetap akan mengadakan rundingan dan pertemuan dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah Nizar memandangkan beliau merupakan menteri besar yang sah.
“Sekarang terpulang kepada Umno untuk mengesahkan jawatan tersebut, namun bagi kita kerajaan Barisan Nasional yang baru ditubuh di Perak adalah haram,” ujarnya.
Sementara itu dalam perkembangan lain Husam berkata, PAS akan mencalon pemimpin yang berpotensi untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tidak lama lagi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.
Beliau berkata, Dewan Harian PAS Pusat yang akan bermesyuarat malam ini di Kuala Lumpur dijangka memutus perkara tersebut.
“Nama calon hanya diumumkan pada saat-saat akhir, itu sebagai satu strategi. Tindakan tersebut tidak sama dengan tempat lain,” katanya.
K’jaan Pakatan Perak berjaya selesai isu-isu tertunggak - Bar Council , at 11.2.09,
KUALA LUMPUR, 11 Feb - Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga dalam kenyataannya hari ini berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bawah Menteri Besarnya, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya menyelesaikan isu-isu tertunggak kerajaan BN-Umno sebelum ini. Menurut beliau, sepanjang 10 bulan mentadbir Perak, kerajaan negeri telah dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat, isu-isu yang sudah lama tertunggak.
Katanya, antara isu-isu yang dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak ialah ialah: - Sebagai menteri besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin membatalkan kesemua aktiviti membalak dan perladangan di kawasan Orang Asli di sekitar Gopeng yang menjejaskan lebih 2,000 penduduk Orang Asli.
- YB Sivanesan mengumumkan pemulangan kira-kira 400 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat tersebut, yang telah diperuntukan untuk aktiviti pembalakan oleh kerajaan sebelumnya di Mukim Teja dekat Gopeng.
- Kerajaan negeri telah mengumumkan pemulangan kira-kira 500 ekar tanah nenek moyang Orang Asli kepada masyarakat Orang Asli Kampung Chang Sungai Gepai di Bidor, yang telah diperuntukkan sebagai tapak Taman Botani, oleh kerajaan sebelumnya.
- Sebuah pasukan khas mengenai hak tanah Orang Asli ditubuhkan untuk mengiktiraf secara rasmi semua tanah adat Orang Asli di Perak. Pasukan itu mempunyai dua peringkat. Peringkat kedua dikendalikan secara eksklusif oleh masyarakat Orang Asli sendiri dan dewan mesyuarat di bangunan SUK disediakan untuk kegunaan Orang Asli.
- Kerajaan negeri telah melantik seorang pegawai khas Orang Asli bagi negeri Perak yang ditugas untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi Orang Asli di negeri tersebut.
- Mengadakan siri perbincangan dengan rakyat dan NGO mengenai aktiviti pembangunan di Ipoh. Sebagai contohnya, pandangan awam diminta berhubung cadangan pembangunan Pasar Yau Tet Shin.
- Penduduk Melayu dan Cina di kampung baru dan kampung tersusun diberi hakmilik kekal secara berperingkat.
Menurut beliau lagi, Majlis Peguam gembira melihat hasil-hasil yang positif yang dicapai dalam tempoh masa yang singkat untuk menangani isu-isu terbabit.
"Kita berharap kepentingan yang sama akan diberikan terhadap perkara-perkara berkenaan dan terus dilaksanakan tanpa sebarang kelewatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Malah, kita menggesa kerajaan negeri supaya bersikap pro-aktif berhubung isu-isu yang membabitkan Orang Asli, masyarakat yang terpinggir dan kurang bernasib baik," katanya lagi.
Semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin bersama Exco Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dihalang untuk masuk ke pejabatnya jam 11.05 pagi, akur dengan arahan tersebut.
Dalam sidang medianya di pintu masuk bangunan tersebut Nizar menjelaskan hari tersebut adalah hari bertemu pelanggan dan beliau datang untuk memenuhi temu janji namun telah dihalang.
“Masa Untuk Mengganyang Najib”, AMK Terengganu Siap Siaga Untuk PRK Dua ‘Bukit’ , at 11.2.09,

Kuala Terengganu - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Terengganu sudah bersiap siaga untuk menghantar skuad AMK menyertai pilihanraya kecil (PRK) parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.
“Skuad AMK Terengganu akan bergabung dengan AMK Malaysia dalam menggerakkan gerak kerja kempen kedua-dua PRK ‘Bukit’ tersebut pada bila-bila masa diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),”kata Ketua AMK Terengganu Fariz Musa.
Menurutnya bagi memantapkan lagi persiapan fizikal dan mental ahli-ali AMK Terengganu, program ‘Rapat Anak Muda’ akan diadakan di pejabat Perhubungan PKR Terengganu pada 14 Februari depan.
Beliau berkata program tersebut akan menggabungkan kepimpinana AMK dan skuad AMK Terengganu dalam sesi latihan dan percambahan pemikiran sebagai langkah proaktif siap siaga.
“AMK Malaysia akan turut memanggil latihan khusus persiapan kerja-kerja kmpen pilihanraya dalam masa terdekat, bagi mecapai sasaran gerak kerja tersusun sistematik dan efektif,”kata beliau yang juga Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia.
Katanya insiden yang sedang berlaku di negeri Perak telah menaikkan semangat AMK menjadi semakin kental untuk memastikan kemenangan kedua-dua PRK tersebut memihak kepada Pakatan Rakyat.
“Kita (AMK) akan memberikan fokus kepada isu-isu setempat yang signifikan kepada pengundi di kedua-dua PRK tersebut,
“kita juga sudah menyiapkan bahan-bahan penerangan bagi menangkis fitnah dan tohmahan yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkaitan ‘rampasan kuasa’ yang telah dilakukan secara rakus di negeri Perak,”katanya semalam.
Beliau percaya pengundi di kedua-dua kawasan pilihanraya tersebut lebih matang untuk menilai situasi dan realiti krisis politik yang belaku.
Oleh itu, beliau yakin pengundi kedua-dua kawasan tersebut akan menyokong calon Pakatan Rakyat dan memastikan penerusan kemenangan selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
“Keutamaan AMK, sebagaimana di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu adalah kepada pengundi muda,
“kecemerlangan AMK dalam kedua-dua pilihanraya kecil sebelum ini akan diteruskan dengan penggembilangan usaha dan gerakan turun berkempen secara habis-habisan,
“inilah medannya untuk membuktikan penolakan rakyat terhadap ‘pengkhianat’ tersebut,”tegas Fariz.
Beliau turut menyarankan supaya Osman meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bagi mengembalikan maruah dirinya yang telah tercemar, sebelum terlambat.
Katanya ia adalah amat penting dan bermakna kepada rakyat khususnya di DUN Changkat Jering, sekiranya benar-benar beliau tidak menerima apa-apa habuan dari UMNO/BN.
Justeru itu, beliau menyeru kepada semua pihak supaya menyokong Pakatan Rakyat dan turun beramai-ramai bagi membantu memenangkan kedua-dua PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
“Inilah masanya untuk mengganyang Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak dan BN yang telah merentap keharmonian dan mengkhianati mandat rakyat Perak serta menzalimi Menteri Besar pilihan rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin,”tambahnya
Arumugam(Bukit Selambau) lebih bermaruah dari Osman Jailu dan Jamaaludin Radzi. , at 11.2.09,

Secara peribadi, saya rasa bangga kerana dizaman pelbagai fitnah ini, masih ada manusia yang mementingkan prinsip keadilan sosial yang tinggi.Saya merujuk pada bekas YB Bukit Selambau, V Arumugam yang sanggup meletakkan jawatan dari melompat ke parti lain disebabkan pelbagai ugutan dan gangguan fizikal terhadap keselamatan beliau dan keluarga.Beliau jauh lebih bermauah dari 2 ADUN lompat dari PKR yang menjadi ADUN bebas kini iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi.
Sebaik meletak jawatan, Arumugam diangkat sebagai wira kerana mendahulukan rakyat dari kepentingan peribadi. Manakala dua ADUN lompat itu, bukan saja di kutuk oleh pengundi tempatan dan rakyat jelata yang cintakan kejujuran serta keadilan, malahan mereka berdua juga tidak mendapat kepercayaan untuk menyandang apa-apa gelaran exco dalam kabinet baru kerajaan Kudeta pimpinan bekas tahanan ISA, Zambry Abd Kadir.
Mungkinkah masa depan yang lebih buruk menanti dua ADUN lompat itu???
MB DS. Nizar tonton bola di Stadium Ipoh malam ini. ,Selasa, Februari 10, 2009 at 10.2.09,
IPOH, 10 Feb :- Malam ini YAB Menteri Besar Perak yang juga Presiden PAFA, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin berada di Stadium Ipoh untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak dengan kelantan.Sebelum itu beliau sempat melayan tamu yang datang dari kemaman Terengganu dan berangkat ke Stadium pada jam 8.15 malam tadi.
Sempat melayani sepupu dan tamu dari Kemaman sebelum ke Stadium.
Kehadiran beliau dijangka menarik ramai pihak termasuk kalangan wartawan dalam suasana kudeta yang masih belum selesai di Perak.Pegangannya keras, fahamannya jelas, tidak sekali-kali letak jawatan Menteri Besar Perak! , at 10.2.09,
"Banyak perkara mesti didedahkan media tentang kemelut di Perak ini," ujar Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin kepada Ahmad Lutfi Othman, Tarmizi Mohd Jam dan Johari Jaafar di kediaman rasmi MB baru-baru ini
Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin di kediaman rasmi Menteri Besar setelah mereka diusir dari Bangunan SUK 6 Februari laluORANG ramai terus menonton vcd melalui projektor berskrin besar kisah pengusiran Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim dan polis pada 6 Februari dari pejabatnya di Bangunan SUK.
Beratus-ratus penyokong Pakatan Rakyat berkampung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak itu sejak diberitakan tiga Adun Pakatan Rakayat melompat parti. Sementara menunggu Nizar pulang dari aktiviti luar, beberapa vcd diputarkan, bagi memberikan gambaran tentang isu yang sedang berlaku.
Kediaman rasmi itu dikawal sepenuh masa oleh anggota Unit Amal Malaysia. Anak-anak muda ini datangnya dari pelbagai negeri, seluruh Malaysia bertugas mempastikan keselamatan dan kententeraman wujud di perkarangan rumah Menteri Besar itu.
Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta wartawan, Johari Jaafar meninjau pandangan orang ramai yang berkumpul sejak petang di bawah khemah yang disediakan. Jurugambar, Munizam Zamri terus mencuri aksi-aksi menarik sekitar lokasi.
Semuanya berasa sedih, hiba dan sebak apabila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN melalui gerak saraf Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri.
Rata-rata mahukan pilihan raya diadakan semula bagi mengembalikan hak rakyat dalam menentukan kerajaan. Mereka mahu Tuanku Sultan membubarkan Dun dan langkah itu dilihat lebih tepat dalam mengaplikasikan keadilan untuk semua rakyat.
Sehari sebelum itu, 6 Februari puluhan ribu memenuhi padang kediaman rasmi ini untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat. Esoknya, angkat sumpah Menteri Besar BN yang baru, Dato' Dr. Zamry Abdul Kader disimbah dengan "api kebangkitan rakyat" yang tidak diduga sesiapapun termasuk pihak istana.
"Saya tetap dengan pendirian bersama. Tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak," tegas Nizar ketika memberikan ceramah ringkas kepada hadirin yang menunggu di kediaman itu. Laungan takbir, memecah kesunyian malam diselang-seli dengan tepukan gemuruh rakan-rakan bukan Melayu berbangsa Cina dan India.
"Saya boleh meletakkan jawatan melalui tiga cara. Satu secara sukarela. Dua dengan diadakan sidang Dun dan diusulkan undi tidak percaya kepada MB. Dan ketiga melalui pembubaran Dun dan diadakan pilihan raya semula," tegas beliau. Inilah jalan keluar yang ada dan disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Gaya ceramah Nizar cukup menarik. Mudah difahami dan jelas maksud kata-katanya. Sebelum muncul ke khemah untuk berceramah, beliau baru saja pulang dari menziarahi kematian anak pemandu peribadinya yang lemas. Tiba kira-kira jam 10.45 malam dan terus menyapa hadirin, lalu memberikan sedikit motivasi kepada penyokong yang hiba dan begitu sedih.
Tiada yang berganjak. Bait kata-katanya diperhalusi. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ini, cukup menerujakan. Sekalipun, beliau digodam sebagai "penderhaka Sultan", degil dan keras sikapnya.
8 Februari sekali lagi, kediaman rasmi ini diziarahi puluan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Kali ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw dan Nizar sendiri berucap. Tanda-tanda sokongan rakyat reda, tidak kelihatan melainkan ia terus marak dan sarat dengan simpati. Rakyat Perak makin berang, dan jika dibubarkan Dun, pastinya Pakatan akan menang besar membenamkan BN.
Beratus-ratus penyokong Pakatan Rakyat berkampung di kediaman rasmi Menteri Besar Perak itu sejak diberitakan tiga Adun Pakatan Rakayat melompat parti. Sementara menunggu Nizar pulang dari aktiviti luar, beberapa vcd diputarkan, bagi memberikan gambaran tentang isu yang sedang berlaku.
Kediaman rasmi itu dikawal sepenuh masa oleh anggota Unit Amal Malaysia. Anak-anak muda ini datangnya dari pelbagai negeri, seluruh Malaysia bertugas mempastikan keselamatan dan kententeraman wujud di perkarangan rumah Menteri Besar itu.
Saya bersama Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman serta wartawan, Johari Jaafar meninjau pandangan orang ramai yang berkumpul sejak petang di bawah khemah yang disediakan. Jurugambar, Munizam Zamri terus mencuri aksi-aksi menarik sekitar lokasi.
Semuanya berasa sedih, hiba dan sebak apabila mengetahui Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dijatuhkan secara tidak bermoral oleh BN melalui gerak saraf Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri.
Rata-rata mahukan pilihan raya diadakan semula bagi mengembalikan hak rakyat dalam menentukan kerajaan. Mereka mahu Tuanku Sultan membubarkan Dun dan langkah itu dilihat lebih tepat dalam mengaplikasikan keadilan untuk semua rakyat.
Sehari sebelum itu, 6 Februari puluhan ribu memenuhi padang kediaman rasmi ini untuk mendengar amanat pemimpin Pakatan Rakyat. Esoknya, angkat sumpah Menteri Besar BN yang baru, Dato' Dr. Zamry Abdul Kader disimbah dengan "api kebangkitan rakyat" yang tidak diduga sesiapapun termasuk pihak istana.
"Saya tetap dengan pendirian bersama. Tidak akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak," tegas Nizar ketika memberikan ceramah ringkas kepada hadirin yang menunggu di kediaman itu. Laungan takbir, memecah kesunyian malam diselang-seli dengan tepukan gemuruh rakan-rakan bukan Melayu berbangsa Cina dan India.
"Saya boleh meletakkan jawatan melalui tiga cara. Satu secara sukarela. Dua dengan diadakan sidang Dun dan diusulkan undi tidak percaya kepada MB. Dan ketiga melalui pembubaran Dun dan diadakan pilihan raya semula," tegas beliau. Inilah jalan keluar yang ada dan disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Gaya ceramah Nizar cukup menarik. Mudah difahami dan jelas maksud kata-katanya. Sebelum muncul ke khemah untuk berceramah, beliau baru saja pulang dari menziarahi kematian anak pemandu peribadinya yang lemas. Tiba kira-kira jam 10.45 malam dan terus menyapa hadirin, lalu memberikan sedikit motivasi kepada penyokong yang hiba dan begitu sedih.
Tiada yang berganjak. Bait kata-katanya diperhalusi. Ketegasannya dalam mempertahankan pendirian Pakatan Rakyat dalam isu ini, cukup menerujakan. Sekalipun, beliau digodam sebagai "penderhaka Sultan", degil dan keras sikapnya.
8 Februari sekali lagi, kediaman rasmi ini diziarahi puluan ribu penyokong Pakatan Rakyat. Kali ini, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Tan Seng Giaw dan Nizar sendiri berucap. Tanda-tanda sokongan rakyat reda, tidak kelihatan melainkan ia terus marak dan sarat dengan simpati. Rakyat Perak makin berang, dan jika dibubarkan Dun, pastinya Pakatan akan menang besar membenamkan BN.
Tok Guru setuju tindakan Nizar. , at 10.2.09,
IPOH, 10 Feb :- Setelah balik dari pergi ke Pejabat nya pagi tadi sekitar jam 11.45 pagi YAM Menteri Besar menerima panggilan talipon dari Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat.Ir. Nizar memaklumkan kepada saya bahawa Tok Guru sangat setuju dengan tindakan yang dilakukan tadi dan bertanya apakah yang akan dilakukan lagi esok.
Demikianlah sokongan yang diperolehi oleh Nizar dari rakyat biasa sehinggalah kepada pemimpin tertinggi PAS sendiri.Sokongan dari pegawai-pegawai kerajaan saya yakini masih kuat tetapi mereka terpaksa berada dalam tidak dapat menunjukkan secara langsung.


Waran Tangkap Untuk ‘Pengkhianat’ Mohd Osman Jailu , at 10.2.09,
Mahkamah Majisteret Ipoh hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengkhianat Osman Jailu yang gagal menhadirkan diri ke mahkamah untuk perbicaraan kes rasuah pagi ini.
Adik perempuannya di laporkan berkata, Mohd Jailu telah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung namun gagal untuk mndapat ‘surat sakit’.
Pengkhianat kedua Jamaludin Mohd Radzi juga gagal menghadirkan diri ke mahkamah, tetapi peguamnya telah berjaya membawa dokumen yang membuktikan bahawa dia tidal sihat.
Kes rasuah yang melibatkan RM 180 juta projek perumahan Sri Iskandar di Perak Tengah telah didengar di mahkamah mahkamah majisteret hari ini kerana hakim-hakim mahkamah Sesyen tidak ada.
Kedua-dua pengkhianat yang melompat dari PKR kepada UMNO minggu lalu menyebabkan krisis politik dan perlembagaan di negeri Perak berlarutan sehingga kini.
DS Nizar di depan SUK pagi ni , at 10.2.09,
(UPDATE 11.45)
11.45 pagi.
Info terbaru dari Chor di Kuala Kangsar.
“Depan taman naik ke Bukit Chandan, Trak FRU 6, landrover 2. Teman sampai sekolah Mazuin kena tahan polis. Deme mintak tolong beli ayor. Polis Teluk Intan. tak sempat minum pagi dah kena datang ke Kuale. “Keme tengah kebulo” kata deme.
Sapa kata orang Pakatan Rakyat anti polis? Tolong beli ayor lagi kat deme. Kesiaaan polis.
11.35 pagi.
Sekarang sidang media dirumah Menteri Besar.
11.25. Nizar sampai di Kediaman Menteri Besar. Senyum walaupun tak boleh masuk kedalam SUK.
11.20 pagi. Konvoi MB dan EXCO bertolak balik ke Kediaman MB.
11.17 pagi.
MB Nizar tidak dibenarkan masuk dan ketika ini sedang memberikan sidang media didepan pintu SUK.
10.55 pagi
MB Nizar dan EXCO bergerak ke SUK. Semua EXCO masih menggunakan kereta Camry.
10.10pagi.
Wakakaka…. Jamal dan Osman tak hadir dimahkamah. Hakim memerintahkan waran tangkap dikeluarkan.. ha..ha.
Dulu Jamal dan Osman pergi Court diiringi dua orang polis. Lepas ni, depa akan diiringi dua trak FRU.
9.55 pagi.
Didepan Mahkamah Tinggi, Ipoh. Sekumpulan 30-40 geng Umno sedang berdemo, dibawah jagaan polis, sementara menanti ketibaan Jamal dan Osman dimahkamah. Orang lain masuk SUK, depa masuk mahkamah.
Dari Chor di Kuala Kangsar.
Sepanjang jalan dipenuhi polis. Hampir disetiap tiang lampu ada polis. trak FRU ada 15 biji untuk mengawal keselamatan 15 bas penyokong Najib yang nak berdemo di Kuala Kangsar.
Orang balik sembahyang, depa sembur gas pemedih mata, Umno nak berdemo, polis jaga keselamatan mereka. Baguih punya polis!!.
8.50 pagi.
Sya-reformis melaporkan dari Bangunan SUK Ipoh.
Bangunan SUK Ipoh sekarang dikepung oleh FRU. Jalan Panglima Gantang Wahab ditutup kepada lalulintas dan orang awam dilarang daripada menghampiri bangunan SUK.
Terdapat 3 trak FRU beserta satu water-canon sedang bersiap sedia, Mungkin untuk menghalang Menteri Besar Yang Sah daripada memasuki pejabat dan untuk memberi laluan kepada Menteri Besar Kerajaan haram memasuki pejabat.
berbaju hitam - Demokrasi terkubur !!!
Takbir !!!
Ribuan manusia menghadiri Pengebumian MP Bukit Gantang. , at 10.2.09,
Sejarah pernah melakarkan ramainya orang yang hadir dalam majlis pengebumian Almarhum Ust.Fadzil Nor di Muasasah Darul Ulum Poko Sena suatu masa dulu. Kebetulan saya hadir sama dalam majlis itu. Lautan manusia dari seluruh negara menyaksikan seorang tokoh pemimpim Islam dipanggil kembali ke Rahmatullah.Ramainya orang yang menziarahi, sembahyang dan pengebumian Almarhum Hj.Roslan Sharum pada petang kelmarin saya rasakan. Walaupun tidak seramai pada haripengebumian Ust. Fadzil, namun kehadiran yang saya anggarkan menghampiri 10,000 orang itu menggambarkan betapa jasa dan pemergiannya di kenang. Saya sempat mengumpulkan koleksi gambar untuk tatapan dan kenangan pengunjung blog cina islam.






Bukit Gantang:Penebus maruah rakyat
Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.
Detik "bersejarah", 2 pilihan raya kecil bulan depan? , at 10.2.09,
KOSONG... Kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah dan Parlimen Bukit Gantang, Perak kini kosong ekoran keputusan ADUN V. Arumugam meletakkan jawatan manakala Roslan Shaharum pula meninggal dunia semalam. SPR dijangka bermesyuarat minggu ini untuk mengatur pilihan raya kecil.[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat meninggal dunia manakala seorang lagi meletakkan jawatan secara mengejut.
Kedua-dua peristiwa itu terjadi dalam tempoh 12 jam semalam, sekali gus perkembangan tersebut - sesuatu di luar jangkaan - memberi ruang untuk diadakan pilihan raya kecil.
Kedua-dua peristiwa itu juga melibatkan negeri jiran - Perak dan Kedah.
Malah, sebab bagi kedua-dua pilihan raya kecil kali ini dilihat sebagai "sesuatu yang bersejarah" dalam sistem pilihan raya negara ini.
Sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, dua pilihan raya kecil sudah ada diadakan iaitu kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Kedua-duanya dimenangi oleh wakil Pakatan Rakyat.
Sambil mengakui kematian Ahli Parlimen dan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meletakkan jawatan semalam sebagai sesuatu yang jarang berlaku secara serentak, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat secepat yang mungkin untuk mengambil tindakan susulan termasuk pilihan raya kecil.
Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak sudah pasti berlangsung dan ia akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas wujudnya kekosongan.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf ketika dihubungi malam tadi berkata, pihaknya akan meneliti segala dokumen sebelum menentukan tarikh pilihan raya.
Apabila ditanya sama ada akan mengadakan dua pilihan raya kecil serentak, beliau berkata: "Kami juga kena melihat Perlembagaan Negeri Kedah sebaik sahaja menerima notis kekosongan."
Beliau tidak menyatakan dengan lanjut.
Bagaimanapun difahamkan tindakan meneliti segala dokumen kemungkinan berkaitan dengan perkembangan membabitkan kerusi Changkat Jering dan Behrang di Perak minggu lalu.
Changkat Jering merupakan salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Bukit Gantang.
SPR tidak mengadakan pilihan raya kecil selepas mendapati ada keraguan dalam dokumen peletakan jawatan membabitkan kedua-dua ADUN kerusi terbabit dan notis makluman yang dikemukakan oleh Speaker.
Ketika ditanya sama ada SPR akan mengadakan pilihan raya kecil serantak, Wan Ahmad yang dihubungi menjelaskan, "banyak aspek dan perkara perlu dipertimbangkan."
Apabila ditanya bila kemungkinan kedua-dua pilihan raya kecil akan diadakan, Wan Ahmad menjelaskan, terlalu awal untuk diperkatakan.
"Lagi pun ia perlu dibincang bersama melibatkan tujuh anggota panel SPR," katanya lewat malam tadi, yang turut terkejut apabila dimaklumkan sama ada suruhanjaya akan mengadakan dua pilihan raya kecil.
P59 - BUKIT GANTANG : Jumlah Pemilih (55,471)
M. Morgan (Bebas) 872
Roslan Shaharum (PAS) 20,015
Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449
Majoriti: 1,566
N13 - KUALA SAPETANG : Jumlah Pemilih (19,699)
Tai Sing Ng (PKR) 7,285
See Tean Seng (BN) 6,721
Majoriti: 564
N14 - CHANGKAT JERING : Jumlah Pemilih (24,864)
Mat Isa Ismail (BN) 8,309
Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) 9,411
Majoriti: 1,102
N15 - TRONG : Jumlah Pemilih (10,908)
Norazli Musa (PAS) 3,296
Rosli Husin (BN) 4,212
Majoriti: 916
FRU dah standby di SUK Perak , at 10.2.09,
Adalah dengan ini, 2 MB akan mula bertugas hari ini. Di katakan seorang dari MB akan di halau. Siapakah dia? Satu soalan bodoh yang saja wak nak tanya korang. !!!
Wartawan pun sudah siap sedia berada di depan bangunan tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)









