Ikuti Blog ini

Anwar, Lim Kit Siang Naik Motor ke tempat Ceramah.

Ni yang gua respek ni. Boleh dapat ke pimpinan Umngok naik motor?
Bukan motor, kereta buruk pun jangan harap la. Paling cikai pun Perdana.
Malikul Sembab siap kereta Roll Royce lagi!


alt
YB Lim Kit Siang sampai di tempat ceramah menaiki motosikal

alt
Dato Seri Anwar pun sampai naik motor gak.


Memang berjiwa rakyat la pimpinan pakatan. Tahniah~

Mesej Zaid kepada pengundi

HULU SELANGOR : Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Esok, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Esok, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim

Penyokong BN buat kecoh di Felda Sungai Tengi

HULU SELANGOR : Hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan satu lagi kekecohan berlaku membabitkan penyokong BN dan Pakatan Rakyat.

Ianya berlaku kira-kira jam 5.45 petang tadi di jalan berhadapan Dataran Felda Sungai Tengi, iaitu tempat berlangsungnya Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali ke-2.

Insiden tercetus apabila sekumpulan 20 pasukan konvoi bermotosikal Barisan Nasional melalui jalan tersebut dengan membuat provokasi dengan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengganggu majlis himpunan yang diadakan.

Ianya menimbulkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat dan peserta himpunan yang pada waktu itu sedang mendengar pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung hak pemilikan tanah peneroka.

Ekoran itu, ada di antara mereka mendekati pemuda BN tersebut dan mengarahkan mereka beredar dengan segera bagi mengelakkan kekecohan.

Namun seperti ada yang tidak berpuas hati dengan arahan itu, berlaku sedikit pertengkaran antara kedua-dua pihak sehingga menimbulkan suasana kelam kabut.

Sekurang-kurangnya dua buah motosikal yang dinaiki mereka dilihat terbalik dan sedikit pergaduhan kecil juga berlaku.

Insiden lebih kurang lima minit itu bagaimanapun disuraikan orang ramai sebelum kehadiran pihak polis tidak lama kemudian.

Kejadian itu berlaku pada kali keenam kumpulan motosikal tersebut yang berulang alik melalui jalan yang sama. - Hrkh

Countdown dari P094

Penyokong PR di Stadium Mini KKB

Update 10 pm - Gambaran perubahan rakyat, yang digeruni BN.



Update 9.50pm
Anggaran penyokong PR memenuhi padang hampir 20 ribu orang. Padang padat.

Special Appearence utk malam keramat di KKB..

Update 8.45pm
Coverage maxis broadband yg baik mengizinkan wak melakukan LIVE, langsung terus dari Mini Stadium Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Foto akan diuploadkan terus disini. Salam Perjuangan dari wak Kuala Kubu Selangor.

PRK Hulu Selangor : Kotaknya dah tersedia..!!! Selamat mengundi dari Muslimeen United


Suruhanjaya Pilihanraya sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya kecil P.094 Hulu Selangor dengan penyediaan peti-peti undi setiap DUN bagi Parlimen Hulu Selangor di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, hari ini. -Foto BERNAMA


Masyarakat India Kalumpang Sambut Zaid


Ratusan masyarakat india Kalumpang hari ini menyambut dan meraikan Calon Pakatan Rakyat, Dato' Zaid Ibrahim sebagai tanda sokongan.

TG Nik Aziz: ‘Undi Zaid, orang Kelantan tahu halal haram’


BATANG KALI, 24 April — Tinggal kurang enam jam sebelum kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor berakhir, Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pengundi kawasan ini termasuk 300 warga Kelantan mengundi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, esok.

Kata TG Nik Aziz, pengundi-pengundi wajar memberikan sokongan Zaid kerana yakin terhadap kepimpinannya sebagai seorang yang berprinsip.

“Beliau seorang yang sanggup meletakkan jawatan kerana prinsip... mana ada menteri yang sanggup meletakkan jawatan,” kata Menteri Besar Kelantan ini ketika berucap di hadapan penyokong PAS di Batang Kali, petang ini.

Majlis ini diadakan untuk pengundi-pengundi dari Kelantan.

Bagaimanapun hampir 3,000 orang termasuk pengundi tempatan hadir untuk mendengar ucapan TG Nik Aziz — persinggahan kedua terakhir hari ini. Malam ini beliau akan berucap di stadium mini Kuala Kubu Baru bersama Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TG Nik Aziz memberitahu, beliau juga yakin dengan kepimpinan Zaid kerana bekas Ahli Parlimen Kota Baru itu adalah kelahiran Kelantan yang tahu “soal halal haram.”

“Dulu dia minum arak masa dalam Umno, bila rapat dengan PAS sudah tak minum arak,” kata beliau.

Zaid menyertai PKR awal tahun lalu selepas dipecat Umno akhir 2008.

Zaid yang diturunkan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor berhadapan dengan serangan peribadi beliau seorang kaki sosial termasuk minum arak.

Umno-BN menggunakan isu itu sebagai bahan kempen.

Awal minggu ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

Dalam ucapannya beliau juga menyentuh soal mengapa PAS harus menjalin kerjasama bersama DAP dan PKR dalam membentuk Pakatan Rakyat.

Sebab itu kata TG Nik Aziz, beliau banyak kali menolak kerajaan perpaduan antara PAS-Umno termasuk ketika Muktamar PAS 2008 dan 2009.

“Dulu (1960-an) dia letih (BN dalam suasana sukar) panggil kita, tetapi selepas itu ketepikan kita.

“Sekarang dia letih balik, hilang beberapa negeri, dia (BN) panggil kita balik, mana boleh? Tidak!” katanya.

Dato' Zaid Dilantik Ketua Petugas Penyelesaian Tanah Felda


Hulu Selangor - Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan calon pakatan rakyat Dato’ Zaid Ibrahim sebagai ketua psasukan petugas penyelesaian pemilikan tanah-tanah Felda di negeri Selangor

Manakala masalah penempatan dan perumahan generasi kedua Felda di negeri Selangor akan di laksanakan di bawah perbandanan kemajuan negeri Selangor

Tan Sri Khalid memaklumkan keputusan tersebut kepada org ramai ketika merasmikan penutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali kedua yang berlangsug di Felda Kg. Sungai Tengi, di sini petang tadi, 23 April 2010.

Beliau dalam ucapannya berkata Felda telah terbagi kepada dua golongan, ‘Felda Peneroka’ dan ‘Felda Koporat’.

“Selepas berpuluh-puluh tahun dua rupa bentuk timbul dalam Felda golongan felda peneroka dan felda koporat”,

“Felda peneroka masih miskin tapi felda koporat memakai Tie(tali leher) dan mempunyai kuasa untuk menjual harta benda felda dengan mendapat keuntungan berjuta ringgit”, ujarnya .

Justeru itu beliau sedar golongan Felda Peneroka perlu dibela kerana menurutnya, walaupun Felda Koporat mengusahakan tanah, mereka tidak mendapat pembalasan yang setimpal.

Sedangkan kata beliau felda koporat memperolehi pendapatan lumayan bermula dari kerja keras golongan Felda Penerok.-BO

P94 Hulu Selangor : Program bangkel " Safety Riding " di Felda Soeharto dan Program Hi Tea di Kg Padang




Group Solidariti Anak Muda Malaysia yang di ketuai oleh Chegu Bard bekerja keras untuk menjayaka program
ANAK Felda sedang menunggu untuk menukar minyak motor

YB Amiruddin ( ADUN Bt Caves) bersama Sdr Yasir Said dan Din Binjai ( sharpshooter)

Program Hi Tea di Kg Padang
DSAI di sambut oleh YB Nurul Izah
Berjumpa dengan penduduk tempatan
Turut Hadir YB Azmin Ali dan Yb Amiruddin
Sempat bergurau dengan kartunis Zunar
Ketua Kg Padang memberi ucapan pembukaan dengan penuh semangat
antara penduduk yang hadir

DSAI sedang memberi amanat kepada pengundi dari Kg Padang

YB Nurul Izah sedang memberikan penerangan tentang isu-isu yang di mainkan oleh UBN
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

Macamana PR nak menang jika begini keadaannya?

Laporan berita TV3 dan RTM termasuk akhbar pro Umno-BN telah menyebut sambutan dingin pengundi kawasan Hulu Selangor terhadap program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.


(Tak ramai ke tu?Kalau camnilah kehadiran program PR,
alamatnya kalahlah kot. Ehe... -foto Dagengster Taz)


Konon bagi mereka dalam laporan berat sebelah itu, hadirin yang datang ke program penerangan Pakatan Rakyat kurang mendapat sambutan. Kehadiran kurang memberangsangkan petanda pengundi kawasan itu menolak Pakatan Rakyat.

(Lautan manusia yang hadir ke program penerangan PR dikatakan tidak mendapat sambutan dingin oleh TV3 suku. -foto Dagengster Taz)


Mungkin puak-puak Umno yang berada di luar kawasan Hulu Selangor boleh diperbodohkan oleh media-media pro Umno-BN tu. Ada segelintir yang percaya dengan berita itu. Mungkin yang hanya mendapat info daripada berita TV3 suku atau RTM yang sudah pun diupah tuannya (Umno-BN).

Tetapi, jika dilihat kepada realiti terhadap program yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Bukit Sentosa yang dihadiri Dato` Seri Tuan Guru Haji Hadi, Dato` Seri Anwar Ibrahim, Sdr Tian Chua. Kehadiran cukup-cukup memberangsangkan. Para penduduk kawasan Hulu Selangor boleh menyaksikan sendiri suasana itu.

(PRESIDEN PAS, Dato` Seri Tuan Guru Haji Hadi sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin yang hadir -foto Dagengster Taz)


Walhal, penyokong Umno-BN yang berada di kawasan itu pun boleh menyaksikannya sendiri kehadiran penduduk Hulu Selangor ke program PR. Penyokong BN mungkin merasa malu dengan laporan TV3 suku dan RTM itu kerana situasi program yang tidak mendapat sambutan penduduk Hulu Selangor bukanlah di pihak Pakatan Rakyat tetapi ianya berlaku di pihak kem Barisan Nasional (BN).

(KETUA UMUM PKR, Dato` Seri Anwar turut memberi ucapan -foto Dagengster Taz)


Tidak hairan, jika TV3, RTM dan akhbar arus perdana pro Umno-BN melaporkan berita berat sebelah atau berita memualkan itu kerana memang sudah menjadi lumrah, mereka ini akan bekerja untuk tuan-tuan mereka (Umno-BN). Jika tidak, terjadilah seperti penerbit NTV7 yang meletak jawatan kerana desakan orang atasan yang tidak senang beliau menjemput panelis PR untuk programnya.-Warkah Daily
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .