Ikuti Blog ini

PAS jangka sokongan wanita meningkat



NONEKUCHING, 6 April: “Sokongan wanita dijangka meningkat bila mana PAS dilihat berjaya meningkatkan taraf wanita dengan menurunkan calon muslimat,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli.

Menurutnya, PAS mempunyai harapan dengan menampilkan calon baru berbanding calon Barisan Nasional dilihat daripada sokongan penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum Bidayuh, Iban, Cina dan Melayu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai mengiringi calon PAS bagi Dun Tanjong Datu, Nani Sahori.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai perarakan calon PAS di Dun berkenaan yang turut disertai Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama hampir seratus penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Cuaca yang mendung dengan suasana yang tenang di hari penamaan calon juga telah memberi keselesaan kepada kedua-dua penyokong yang berada di luar Pagar Dewan Masyarakat Lundu. -Hrkh

Tengok nii..Lagi Kenyataan Polis Yang "Menyakitkan" Hati...

Penyebaran video Fitnah Anuar, yang tersiar dalam YouTube petang semalam tidak mengganggu siasatan polis..Fuhhh..

Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Ghazali Md Amin berkata,siasatan polis hanya tertumpu kepada penyebaran video tersebut yang menggelarkan diri mereka datuk "T" sahaja.
"Walaupun video tersebut telah tersebar secara meluas namun siasatan polis tidak terganggu,"jelas beliau.

"Cuma kalau ada aduan dibuat mengenai muat turu video tersebut dalam Youtube barulah kita boleh membuka kertas siasatan dan mengkaji kesalahan apa yang dilakukan,"katanya.


Juragan : Kalau video Chua Sui Lek dulu,siap warning habis..dan siapa
yang memiliki video tersebut akan ditangkap.bila bab video Anuar
"tak Nganggu siasatan"katanya..Perghh..bunyi macam tak kisah aje beb,
macam perumpamaan "ada babi hutan disebali jamban" kah3..??

Game Over: Konspirator & UMNO Bernafas Dalam Lumpur Akibat Klip Video Youtube

Youtube tonjol "Kelemahan" video aibkan Anwar

Satu Malaysia kecoh …kerana sebuah klip video kurang dua minit. Ada yang mengatakan orang itu mirip Anwar Ibrahim, tidak kurang yang sangsi. Anwar berkata beliau “tidak peduli’ kerana tahu pelaku dalam rakaman itu bukan beliau.

Tindakan oleh pihak yang memuatkan video itu jelas untuk mengaibkan lagi Anwar setelah beliau enggan tunduk kepada ugutan supaya beliau dan isterinya berundur dari politik – sesuatu yang amat dihajati oleh Umno, namun tidak kesampaian.

Walau bagaimanapun setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Kepada mereka yang mempunyai kepakaran di bidang video dan mahu menegakkan kebenaran (tanpa dipengaruhi laporan media arus perdana) rakaman pendek Youtube membolehkan mereka menguji kesahihan video Datuk “T” itu buat kali pertama dengan “barang kes itu sendiri.”

Jelas beberapa persoalan asas muncul selepas melihat klip satu minit 41 saat itu, secebis daripada rakaman 21 minit yang didalangi oleh gadingan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Sharzyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Bagi mereka yang arif dalam penerbitan video persoalan pertama adalah kenapa wajah pelaku tidak jelas?

Jawapan adalah kerana Kamera “night vision” digunakan.

Kamera ini biasa digunakan apabila keadaan sesuatu tempat adalah gelap tetapi bilik hotel yang dirakam jelas mempunyai lampu dengan pancaran bayang jelas kelihatan pada dinding bilik.

Jadi kenapa kamera night vision digunakan – jawapan paling logik adalah tindakan itu disengajakan kerana kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar.

Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku.

Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

Persoalan seterusnya ialah apa signifikannya bayang-bayang pelaku yang tertera jelas pada dinding.

Mereka yang arif dalam penerbitan video akan terus menjurus kepada bayang-bayang pelaku yang dihasilkan oleh kilauan lampu di sekitar bilik hotel berkenaan. Bilik diterangi dengan lampu, menyebabkan pantulan bayangan pada dinding dan pada tubuh ketiga-tiga pelaku setiap kali mereka melintasi lampu yang dimaksudkan.

Jika bilik diterangi sebegitu rupa, agak mustahil pelaku tidak tahu tujuannya.

Agak mustahil pelaku tidak tahu mereka sedang dirakamkan (hakikat ini akan diperkuatkan dengan hujah seterusnya).

1. Rakaman itu akan menunjukkan bahawa kedua-dua pelaku, satu berseluar dan satu bertuala begitu tekun menggunakan remote control (alat kawalan jauh) berwarna hitam yang diletakkan di atas meja di mana kamera “night vision” dipasang.

- Mungkin pihak “sebelah sana” akan mendakwa “remote contol” itu adalah untuk penghawa dingin bilik namun ini amat disangsikan kerana kedua-dua pelaku menghalakan “remote control” itu kepada apa yang ada di atas meja berkenaan.

- Fakta KEDUA-DUA pelaku lelaki mencapai dan menggunakan alat “remote control” dan mengajukannya PADA ARAH SAMA sebelum beredar adalah petanda jelas pelaku dalam video TAHU malah mendalangi rakaman itu.

- Satu kelemahan kamera “night vision” adalah ia boleh mengambil visual wajah pelaku secara samar-samar atau “soft”. Namun ia tidak dapat menyembunyi atau melunturkan imej susuk tubuh pelaku. Oleh kerana itu perut buncit dan “tetek labuh” pelaku tidak dapat dikaburkan. Ini membolehkan perbandingan jelas dibuat antara susuk tubuh Anwar dan pelaku dalam video itu.

Segala pengamatan ini diperkuatkan dengan beberapa fakta asas – video yang dinaikkan di Youtube disunting dari sudut-sudut tertentu yang pelakunya mirip iras wajah Anwar.

Kenapa agaknya pihak berkenaan tidak memuatkan keseluruhan video berkenaan di Youtube?

Jawapannya tentu kerana jika lebih banyak sudut pelaku dalam video itu ditonjolkan, risiko adalah lebih besar dan pelbagai persoalan akan ditanya oleh rakyat dan sekali gus menghakis persepsi yang cuba di tanam oleh dalang rakaman itu di minda rakyat.

Media arus perdana telah memainkan klip rakaman itu berulang kali di televisyen. Akhbar kawalan Umno turut memuatkan gambar dari klip itu di muka depan dan di muka dalam dengan mesej yang sama – tak syak lagi memang Anwar dalam rakaman video mengadakan seks dengan pelacur Cina.

Namun pengamatan yang teliti mengenai video itu oleh pakar-pakar berkaitan akan mendapati video berkenaan dihasilkan oleh seorang yang tahu menggabungkan “kuasa” kamera dengan penataan cahaya lampu’ untuk mencapai maksud yang dihajatkan oleh pihak yang mengupahnya.

Persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam rencana ini menguatkan hujah bahawa polis tidak sekadar boleh menyiasat ketulenan video itu semata-mata tetapi memperinci sama ada pelaku dalam rakaman itu benar-benar Datuk Seri Anwar Ibrahim atau tidak.

Dan, biarlah siasatan itu telus setelus-telusnya dan bukan sekadar menanam tebu di bibir. - Wira Arjuna


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN..
(Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)


Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya..
21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi
22 Feb 2011.. janggut Anwar sudah panjang..
atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari? -darisungaiderhaka



Polis bertanggungjawab bocor video fitnah- bekas Ketua Polis Daerah Baram

KUALA LUMPUR: Kegagalan Polis menjaga keselamatan video fitnah yang diserahkan oleh trio Dato T membuktikan institusi itu tidak boleh dipercayai, kata bekas Ketua Polis Daerah Baram, Sarawak Voon Lee Shan.

Menurut Voon, selain trio Dato T, hanya polis memiliki video itu sebelum ia tersebar secara meluas di internet, semalam. Tegasnya, ia menunjukan pihak polis boleh diandaikan terlibat dalam penyebaran video itu.

“Dua isu utama yang perlu diambil kira dalam hal ini. Pertama, Pegawai polis yang terlibat dalam menjaga video itu harus disiasat dan kedua, jabatan yang dipertanggungjawabkan menjaga bahan bukti itu tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu, tegas beliau, Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) perlu ditubuhkan segera kerana jelas agensi itu gagal menjaga keselamatan rakyat dan memulih imejnya yang berpihak kepada Barisan Nasional.

“Bagaimana mereka hendak menjaga keselamatan rakyat jika video seperti itu pun gagal mereka uruskan,” soal beliau yang bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Baram hampir 10 tahun.

Voon lee Shan turut menegaskan sekiranya video itu dengan mudahnya bocor di internet, ia menunjukkan bukti yang didakwa itu juga mampu direka dengan tujuan mengaibkan Anwar oleh musuh politiknya.

“Saya cukup yakin ini merupakan fitnah kali ketiga yang sengaja diwujudkan untuk membunuh kerjaya politik Anwar. Lebih-lebih lagi kewujudan video itu berkait rapat dengan musim pilihan raya di Sarawak.

“Namun berdasarkan mood rakyat dan kajian saya mendapati kes video fitnah itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Sarawak. Malah memberikan undi simpati kepada Anwar dan Pakatan Rakyat di sini,” kata beliau yang kini seorang peguam.

Video itu mula didedahkan Datuk T yang didalangi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan Dato Shuib Lazim.

Ia ditayangkan pada 21 Mac lalu di Hotel Carcosa Seri Negara kepada wartawan terpilih, pada hari sama Dewan Undangan negeri Sarawak dibubarkan. Semalam, sedutan video itu dimuatnaik ke laman You Tube oleh blogger pro- Umno- Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan pihak polis terlibat dalam penyebaran video lucah palsu itu.- keadilan daily

PRN Sarawak - Mampukah Pakatan Rakyat Menang ?

Oleh: Cyberboron
Tempur rasmi gelanggang politik Sarawak bermula pagi ini, Rabu 6 April 2011 dengan proses penamaan calon di 71 kawasan DUN merangkumi keluasan 124,450 kilometer persegi Bumi Kenyalang.

Siapa yang boleh menang? Parti mana yang akan menang? PBB, PKR, SUPP, DAP, SNAP, PAS, PRS, SPDP, PERS? Gabungan mana yang akan membentuk kerajaan, BN atau PR? Jawabnya, apa pun boleh berlaku. Segalanya mungkin.

Namun secara jujur wajar diakui bahawa BN masih kelihatan mampu untuk berada di depan @ boleh menang. Pakatan Rakyat ada harapan tambah kerusi berbanding 7 yang dimiliki hasil PRN 9 (6 DAP dan 1 PKR). Angka 36 (kerusi) untuk membolehkan pembentukan kerajaan dengan majoriti mudah (36:35) masih sangat ajaib untuk diraih oleh PR walau pun tidak mustahil. Semuanya bergantung kepada seribu satu macam latar belakang dan perkembangan.

Calon-calon bebas atau yang mewakili parti bukan BN dan bukan PR juga masih ada upaya mencipta kemenangan berdasarkan rekod politik Sarawak. Kalau menang, calon bebas atau calon parti bukan BN/PR ini masih berupaya mencipta pelbagai kejutan terutamanya jika penguasaan BN-PR hampir seimbang.
Mampukah ‘isu’ mempengaruhi penentuan sikap pengundi Sarawak? Apakah rakyat Sarawak ‘peduli’?

Berkesankah pendedahan kekayaan keluarga Taib Mahmud? Mampukah video seks trio T membuahkan kebencian pengundi terhadap Anwar dan PKR? Ada banyak lagi isu yang dimainkan sejak setahun lalu. Isu tanah adat. Isu ‘al-kitab’ Bible Bahasa Melayu. Isu pengganti Taib. Isu Effendi Norwawi vs Adenan Satem. Isu bini Taib Mahmud, dulu Poland sekarang Lubnan. Isu kemudahan asas yang sangat teruk di 9/10 keluasan Bumi Kenyalang berbanding kekayaan hasil bumi yang ada. Dan macam-macam lagi.

Kaji selidik, penelitian dan pemerhatian yang dibuat oleh pelbagai pihak menunjukkan bahawa majoriti rakyat Sarawak ‘tak peduli’ terhadap isu yang melatarbelakangi persaingan antara parti-parti politik (khususnya antara BN dan PR). Mereka tak peduli sama ada keluarga Taib benar-benar kaya atau tidak. Mereka tak mahu tahu sama ada kekayaan itu hasil korupsi dan salah guna kuasa atau ia diperolehi secara halal dan bersih. Mereka tak heran pun pada kegagalan rundingan antara PKR dengan SNAP. Isu video Trio T langsung tak laku. Mereka tak berminat nak ambil tahu siapa yang akan jadi Ketua Menteri baru. Taib nak kahwin dengan spesis X dari planet Nibiru pun mereka tak peduli. Orang Beting Maro tak mahu tahu apa yang berlaku pada orang Limbang. Orang Mukah tak peduli nasib orang Belaga.

Isu ekonomi, kewangan, integriti, keperibadian pemimpin, kesaksamaan hak, korupsi, salah guna kuasa, bahaya nuclear, profesionalisme polis serta lain-lain isu nasional dan sejagat hanya boleh dihadam oleh kelompok khas dan kecil merangkumi tak lebih daripada 15 peratus pengundi Sarawak kelas menengah di kawasan bandar dan yang berdekatan dengannya. Ini adalah realiti.

Pengundi kaum Tionghua (Cina) boleh berdiskusi tentang politik yang menyangkut aktiviti kehidupan mereka terutama isu peluang dan kemudahan berkaitan ekonomi. Pengundi beragama Kristian yang ada latar belakang pendidikan boleh diajak berbincang tentang double standard BN dalam isu Kalimah Allah dan Bible Melayu. Hanya tak lebih daripada sepuluh peratus orang Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan lain-lain peribumi Sarawak yang mahu berbincang tentang hak-hak mereka khususnya berkaitan tanah adat. Orang Melayu dan Melanau pun masih rendah tahap minat mereka untuk terlibat dengan diskusi politik.

Persoalan tahap ‘celik’ dan ‘peduli’ politik ini merupakan sudut penting yang sepatutnya diambil kira oleh parti politik dan mana-mana pihak yang mahu membina, mengukuh atau merobah kesedaran politik Bumi Kenyalang. Seterusnya rumusan daripada fakta berkaitan kecelikan dan kepedulian ini hendaklah dijadikan asas bagi penetapan langkah dan strategi. Hanya kaedah ini yang mampu menghasilkan pendekatan yang berkesan dan boleh diukur pencapaiannya. Tetapi ini cerita kerja dan langkah jangka panjang. Kalau hari ini belum wujud strategi berasaskan perkiraan ‘tahap peduli’ ini maka ia tak akan sempat di’set-up’ untuk memenangi pertempuran 16 April 2011. Carilah kaedah lain.

Untuk tempoh 10 hari menjelang pengundian pada 16 April ini, BN memiliki kelebihan dalam segala hal yang bersangkutan dengan peluang mempengaruhi kecenderungan pengundi. Mereka ada segala-galanya. Salah guna jentera kerajaan (pusat dan negeri). Penguasaan media elektronik dan cetak. Rasuah pengundi empat lima puluh ringgit. Rasuah ketua kelompok masyarakat empat lima ratus ringgit. Ugut pengundi. Kalau tak sokong BN, nanti tak dapat itu ini. Tarik balik itu ini. Putar belit segala macam. PR parti penjajah semenanjung. PBB kepunyaan orang Sarawak. Anwar nak kaut kekayaan Sarawak untuk dibawa ke semenanjung.

BN ada rangkaian kempen yang lengkap strukturnya hingga ke segenap pelusuk dan ceruk Sarawak sama ada melalui unit-unit organisasi parti (negeri – bahagian – cawangan) atau melalui unit-unit pentadbiran kerajaan (jabatan peringkat negeri – bahagian – daerah – daerah kecil – kampung). Dalam konteks Sarawak, tak ramai anak kampung yang berani menyanggah ketua kampung masing-masing.

Seterusnya, ketua kampung akur kepada arahan atau permintaan pegawai kerajaan yang mentadbir mereka di peringkat Daerah Kecil. Aliran kepatuhan ini membawa ke peringkat Daerah, Bahagian dan kemuncaknya di peringkat Negeri. Akur dan patuh melalui aliran pentadbiran kerajaan ini bukan saja dalam urusan ‘pentadbiran’ malah telah dimanupulasi dengan jayanya untuk maksud politik BN sejak sekian lama. Beginilah Sarawak dan politik Sarawak setakat hari ini. inilah realiti Sarawak.


Maka apa ruang yang ada untuk Pakatan Rakyat dan apakah ada peluang untuk menang? Jawabnya, ada peluang tetapi tipis. Bukan mustahil menumbangkan BN tetapi memerlukan keajaiban. Rukun utamanya ialah melangkah berasaskan realiti. Berdiri di atas fakta. Be real. Mensasarkan senjata tepat ke sasaran. Jangan tipu diri sendiri.

Berceramahlah dalam keadaan sedar bahawa ribuan kajian profesional membuktikan bahawa hasil ceramah sebenarnya sangat sedikit. Mainkanlah isu asalkan jangan hanya syok sendiri. Diraikan tidak semestinya bermaksud disukai. Gah penampilan dengan pengiring berbondong-bondong sebenarnya merimaskan dan menakutkan pengundi.

Logiknya PR masih mampu buat kejutan. Ramai pemimpin dan petugas PR dari luar Sarawak telah berkampung di kawasan DUN tanggungjawab masing-masing. Sekiranya semua petugas benar-benar ‘turun padang’ bertemu pengundi secara peribadi dengan pendekatan santai yang menyentuh hati, perbincangan ‘tak memaksa’ yang mampu menggetarkan minda, pertemuan eksklusif tertutup yang tak disedari oleh lawan dan kawan ‘si dia’ yang dikunjungi serta penghujahan secara tidak ‘membodohkan’ sasaran, insyaallah akan ada hasil yang memberangsangkan.

Secara kasar bolehlah dikatakan purata pengundi bagi satu kawasan DUN ialah 10,000. Peratus keluar mengundi paling tinggi ialah sekitar 80% atau 8000 pengundi. Kalau dapat lebih sedikit daripada 4000 undi dah boleh menang. Kalau ada 30 petugas di satu kawasan DUN, setiap seorang perlu mengunjungi tak kurang daripada 133 pengundi untuk mendapatkan angka 4000 ++. Masa ada 10 hari. Tolak 2 hari yang terakhir untuk susulan dan langkah khas, maka hanya ada 8 hari untuk berkunjung. Seorang petugas perlu bertemu tak kurang daripada 17 pengundi dalam satu hari untuk mencapai sasaran. 8 hari darab 17 pengundi = 136. Hasilnya, 30 petugas darab 136 pengundi = 4080 pengundi. Zon menang boleh dicapai.

Mampukah seorang petugas mengunjungi 17 pengundi sehari? Kalau masa yang diperlukan untuk menyempurnakan maksud satu kunjungan ialah 1 jam, maka 17 pengundi memerlukan 17 jam. Tak cukup masa. Tetapi, berdasarkan purata 25% pengundi adalah yang berumur di bawah 35 tahun, maka bolehlah dikatakan ¾ daripada jumlah pengundi adalah pasangan suami isteri. ¾ daripada 17 ialah 12.75 atau sekurang-kurangnya 6 pasangan suami isteri. Ini bermakna jumlah kunjungan yang perlu dibuat ialah 11 kunjungan (6 pasangan + 5 pengundi belum berkahwin). Sebahagian daripada 5 pengundi yang belum berkahwin itu pula mungkin merupakan anak kepada 6 pasangan suami isteri tersebut. Jika demikian, jumlah kunjungan semakin kurang. Ringkasnya, bolehlah dikatakan seorang petugas hanya perlu membuat 9 kunjungan sehari. 9 kunjungan, 9 jam.

Rumusannya, misi ini mampu dilaksanakan. Namun begitu ia tidaklah semudah ayat matematik yang dihuraikan. Beberapa perkara dan persediaan asas perlu dibuat untuk menghasilkan rangka kerja yang mampu dilaksanakan dan boleh mencapai objektif.

Lontaran buah fikir dalam tulisan ini hanya satu daripada entah berapa ratus idea yang boleh dilaksanakan untuk mencapai kemenangan. Struktur idea dan angka-angka yang dikemukakan adalah sekadar contoh untuk menerangkan konsep dan logik di sebalik idea. Wallahu a’lam. Masa yang ada hanyalah sepuluh hari. (sumber-MalaysiaTimes)

(*) Ciberboron - Beliau salah seorang daripada 5 bloggers PAS/Pakatan Rakyat yang dipilih dalam misi tajaan rakyat maya ke Sarawak.

PRN Sarawak Ala P'raya Hosni Mubarak



KUCHING 5 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pilihanraya negeri Sarawak Ke-10 yang dijadual berlangsung pada 16 April ini sebagai pilihan raya ala Hosni Mubarak.

Katanya, ini kerana sistem pilihan raya di bawah pemerintahan diktator bekas Presiden Mesir itu tidak ada bezanya dengan apa yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada SPR untuk dilaksanakan bagi menegakkan keadilan dan ketelusan dalam pengurusan pilihan raya namun ia tidak dipedulikan.

"Umumnya media di Malaysia menganggap pilihanraya ini suatu yang sah, bebas dan telus,"katanya.

"Dalam mesyuarat bulan lalu juga Pakatan Rakyat telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya menuntut pilihanraya bebas dan adil dengan memastikan senarai pengundi yang sah, cara pengundian, pengiraan undi yang telus, pengawasan yang teliti, dan tempoh kempen yang cukup (bukan seminggu atau 10 hari),".

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Pakatan Rakyat menyatakan sekurang-kurangnya 3 minggu waktu untuk berkempen dan itu tidak dipenuhi,"

"Dan apa yang lebih parah lagi adalah kerajaan asyik mencanang pilihanraya demokrasi namun sehingga kini media masih dibelenggu kebebasan menyampaikan maklumat,".

"Itu jelas menunjukkan proses demokrasi tidak berlaku di negara ini, sama sepertimana pilihanraya ala Mubarak Mesir dimana pilihanraya di Sarawak cenderung ke arah itu yang bakal mengusir keluar perompak-perompak hasil kekayaan negeri itu, dan kita harap semangat itu kekal sehingga pilihanraya bebas sepenuhnya,"katanya.

Tegas Anwar, walaupun SPR tidak mendokong atau menutup sebelah mata terhadap semua laporan gejala rasuah semasa pilihanraya namun beliau yakin ia tidak akan mematahkan semangat rakyat untuk terus membuat perubahan.

"Kita jangan gusar, ini adalah proses yang sama berlaku di negeri-negeri Pakatan Rakyat sebelum ini kerana itu kita harus yakin kita mampu menang di Sarawak. InsyaAllah rakyat mampu menumbangkan BN,"tegas Anwar.

Sebagai contoh Anwar mendedahkan sikap SPR yang tunduk kepada tekanan Umno-Barisan Nasional apabila gagal mengambil sebarang tindakan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang secara terangan membuat kenyataan berunsur rasuah pada pilihan raya kecil Parlimen Sibu Mei tahun lalu.

2 wanita 3 lelaki dipilih PAS untuk keputusan terbaik

KUCHING, 5 April: PAS mensasarkan untuk menghantar sekurang-kurang seorang hingga tiga wakilnya ke dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri kali ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Untuk itu, katanya, PAS yakin pilihan raya negeri Sarawak kali ini adalah yang terbaik akan dicapai oleh PAS selepas dua kali menyertai pilihan raya negeri sebelum ini.

(Gambar: Abang Ahmad, Beting Maro [kiri] dan Adam Ahid, Sebuyau [kanan sedang bercakap], dua dari lima calon PAS dalam PRN Sarawak)

Sebelum ini, dalam pilihan raya negeri 2001, PAS bertanding tiga kerusi DUN namun pada tahun 2006 hanya satu kerusi sahaja. Pilihan raya kali ini, PAS bertanding lima kerusi.

Kerusi yang dipertandingkan oleh PAS dalam pilihan raya kali ini adalah Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Rakan PAS, DAP akan bertanding di 15 kerusi manakala PKR akan bertanding di 49 kerusi selepas usaha perundingannya dengan Snap gagal.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa yang menjadi pengarah pilihan raya ini berada di sini sejak beberapa hari lalu.

Dalam pilihan raya ini, PAS meletakkan dua calon wanita manakala tiga calon lelaki.

Calon-calon wanita PAS adalah Puan Hani Shafi di Tanjung Datu dan Puan Noraini Hamzah (gambar kiri) di Muara Tuang.

Tiga lagi calon PAS adalah Pesuruhjaya PAS, Adam Ahid akan bertanding di Sebuyau dalam Parlimen Batang Lupar.

Sementara itu, Abang Ahmad Kardee, seorang peguam muda anak tempatan Beting Maro akan bertanding di situ dalam pilihan raya kali ini. DUN ini juga terletak dalam Parlimen Batang Lupar di Sarawak Tengah.

Seorang lagi calonnya adalah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi yang akan bertanding di Sadong Jaya. Dalam pilihan raya umum 2008, Abang Eddy adalah calon PAS di Parlimen Batang Lupar namun tewas di tangan calon BN, Datuk Ruhani Karim.

Semalam, PAS telah memperkenalkan tiga calonnya kepada penduduk tempatan. Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memperkenalkan memperkenalkan Abang Ahmad di Beting Maro, timbalannya, Nasharudin Mat Isa memperkenalkan Adam Ahid di Sebuyau, manakala Mustafa memperkenalkan Nuraini di Muara Tuang.

Ustaz Hadi mengumumkan calon PAS Beting Maro di Kampung Beladin iaitu rumah Haji Alem Din, bekas calon PAS di situ dalam pilihan raya 2006.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan amanat kepada jentera dan penyokong PAS DUN Beting Maro.

Pada majlis tersebut beliau telah mengumumkan Abang Ahmad Kardee Bin Abang Masagus, 32 tahun sebagai calon PAS untuk menghadapi pilihanraya Sarawak pada kali ini.

Malam ini, Abdul Hadi dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan memperkenalkan Puan Hani Shafi yang akan bertanding di Tanjung Datu manakala Mustafa akan memperkenalkan Abang Eddy di Sadong Jaya. -Hrkh

UMNO tak perlu susah , polis sanggup panjat tiang turunkan bendera PKR


Sidang media oleh Yusmadi MP Balik Pulau.


Gambar di atas jelas menunjukkan polis apco baru turun dari kereta polis apco Balik Pulau duit rakyat WGR 9782 bertindak mewakili pemuda umno yang tidak ada telur untuk menurunkan bendera Keadilan di Pekan Kongsi Balik Pulau pada 2 April 2011 jam 11:12 am sebelum ketibaan rosmah najib.

Gambar ini pula bukti jelas polis apco Balik Pulau bertindak mewakili pemuda umno yang memang tidak ada telur dan yang lebih menghairankan mengapa tidak ada bendera umno yang dipasang, tak ada bajet untuk bendera umno ke?

Sepatutnya AMK Balik Pulau terus bertindak mempertahankan bendera Keadilan dari dibuang oleh polis apco. Mungkin tak cukup berani agaknya..hahahaha..

Polis apco memang telah menelefon Ketua AMK Balik Pulau untuk menurunkan bendera Keadilan yang dipasang pada Jumaat malam tetapi AMK Balik Pulau tetap bertegas tidak mahu turunkan bendera tersebut.

Akhirnya pada pagi hari Sabtu, polis apco Balik Pulau telah menjadi tunggangan umno untuk membuang bendera Keadilan.

Tempat baner ini asalnya diletakkan baner Pakatan Rakyat dan bendera Keadilan tetapi telah dibuang dan telah digantikan dengan baner rosmah najib.

Akhirnya rosmah najib terpaksa dibawa melalui jalan Pondok Upeh kerana tidak mahu rosmah najib melihat bendera Keadilan yang banyak di pasang di Pekan Kongsi. polis apco hanya buang bendera yang dipasang selepas turun dari bukit sehingga masuk jalan Pondok Upeh.

Polis apco telah menghubungi Ketua AMK Balik Pulau sdr Faizal, siapa yang ambil gambar di atas, Faizal jawab itu tak penting tetapi yang penting mengapa hangpa turunkan bendera Keadilan. Terkunci mulut polis apco nak jawab. Faizal tanya lagi, hangpa tau mana ada gambar tu, polis apco jawab dalam FB Amizudin Sharphooter....pulak dah...pantau jangan tak pantau..hahahaha..

Tanyalah pemuda umno, depa akan kata susah nak ambil balik dah P.Pinang dan akan jadi seperti negeri Kelantan. Sekali jatuh sukar nak rampas kembali kecuali jika dibuat rampasan seperti di Perak.

Kepada polis apco, ingatlah gaji hangpa, kereta yang hangpa naik, duit petrol, baju uniform yang hangpa pakai, semuanya adalah duit pembayar cukai rakyat Malaysia bukan duit umno tetapi yang pasti duit judi memang telah dicampur sekali dan tidak diasingkan seperti yang disebut oleh Pak Menteri umno apco b-end dalam Parlimen. Jadi bertindak secara profesionallah...jangan jadi kuda tunggangan umno apco.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)

Isu kehilangan video seks di youtube : Menjawab tuduhan blogger umno.


Nampaknya bloggers umno tidak berhenti memainkan sentimen fitnah dan sentimen menyakitkan ahti rakyat malaysia berhubung isu penyebaran video seks yang membabitkan anwar ibrahim [dipercayai]. Mereka telah menuduh bahawa anwar ibrahim dan penyokong pakatan rakyat telah mendelete video tersebut dari youtube.

Mungkin mereka lupa, bahawa rakyat malaysia bukan semuanya bodoh. Maka aku suka nak ingatkan di sini, kalau korang bercita-cita nak tonton video tersebut, maka korang boleh pergi ke sini. Sebab aku dah upload sendiri dalam blog ini. Bukan menerusi link youtube.

Kalau kami nak delete video tersebut di youtube, maka apa sebab kami upload di dalam blog kami? Bukan kah ini wujud percanggahan? Yang delete video itu sebenarnya adalah kamu, bloggers umno. Yang upload video itu sebenarnya juga adalah kamu, orang umno. Video itu bukan berada di tangan kami. Ia di tangan kamu. Akaun yang upload video itu bukan account pembangkang. Tapi akaun pro umno. Jadi kalau acc itu hilang [dia terminatedkan] apa kena mengena dengan pembangkang pula? Jelas di sini ialah kamu semua cuba menyembunyikan jejak dan mengelirukan rakyat dengan permainan kamu.

Biar aku tulis sedikit kronologi isu neh, agar kita sama kita faham.

1. Video tersebut muncul waktu tengahari di BLOG PRO UMNO terlebih dahulu.

2. Pada waktu petang, ada INDIVIDU UPLOAD video tersebut menerusi YOUTUBE.

3. Individu itu BERADA DI THAILAND ketika upload video tersebut.

4. TV3 buat-buat TIDAK TAHU CERITA sehinggalah ke PERTENGAHAN siaran berita mereka. KONON nya nak buat-buat macam BARU TAHU padahal MEREKA dah lama TAHU.

5. TV3 PROMOTE semua BLOG PRO-UMNO yang ada VIDEO terbabit agar rakyat yang mencari video tersebut boleh tonton di sana. KENAPA TIDAK TV3 PROMOTE LINK YOUTUBE itu? Jawapan nya MUDAH. Link itu akan HILANG. [aku dah agak ketika tgk berita tv3 malam tadi]

6. Mereka yang upload, mereka yang delete. Tapi yang dapat nama buruk ialah pembangkang? Banyak cantek mereka punya tuduhan.

7. Suka di ingatkan bahawa anwar ibrahim bukanlah "pakatan rakyat". Kalaupun dia bersalah, kami tetap berada di posisi untuk hancurkan barisan nasional. Kami bukan benci barisan nasional kerana anwar benci bn, kami benci barisan nasional kerana barisan nasional adalah barisan yang kejam. Ada atau tiada anwar, kami tetap mara ke depan.

8. Dan anwar ibrahim telah dilantik oleh kami untuk mengetuai misi kami. Kami percaya dia tidak akan sebodoh itu untuk merosakkan harapan dan cita-cita kami. Dan jika kami mempunyai bukti teknikal bahawa video itu palsu dan individu di dalam itu bukan anwar ibrahim, kami akan beri HINT kepada KERAJAAN CUKUP-CUKUP kerana mempermainkan perasaan dan sentimen kami. Jangan cakap kami tak bagi TIKET.

Jangan desak rakyat ke jalan macam neh. Jangan buat fitnah yang maha dasat. Jangan main2. Cara ini sudah cukup jijik dan kami tidak akan berdiam diri. Kesabaran kami sudah habis.

Pendirian aku menerusi isu video seks itu disini. Aku tidak mahu mengulas dari aspek teknikal sebab itu bukan kemahiran aku dan aku tidak mahu memandai-mandai atas isu yang aku tak pandai. Tapi satu perkara yang aku pasti, jika terbukti ia palsu, kerajaan dan umno akan terima akibatnya.

NOTA : Blogger umno di atas itu tahu DENGAN TEPAT WAKTU kehilangan video terbabit. Hairan. Adakah kerja dia check video itu setiap masa di youtube? Heh. sumber

Jangan terperangkap isu remeh pihak lawan

KUCHING, 5 April: Petugas PAS diingatkan agar jangan membazirkan masa untuk menjawab dan terperangkap dengan isu remeh yang dirancang oleh lawan sempena pilihan raya negeri Sarawak.

“Dalam masa yang sama, jangan sekali-kali kita membiarkan kepayahan dalam melaksanakan tugas kita mengganggu tugas dan amanah kita dalam pilihan raya kali ini,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, katanya PAS mengajak seluruh petugas, ahli dan penyokong PAS dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10 untuk memfokuskan kepada gerak kerja mendekati pengundi dan seterusnya mengajak mereka untuk membuat perubahan bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

Katanya, kepada seluruh petugas pilihan raya yang diamanahkan menjalankan tugas gerak kerja pilihan raya ini, janganlah berlengah lagi untuk turun membantu.

Ini, ujarnya kerana kerja buat dalam pilihan raya ini adalah satu jihad yang sangat besar ertinya kepada perjuangan PAS itu sendiri.

Beliau juga ingin memperingatkan kepada semua bahawa sepanjang tempoh berkempen dan pilihan raya ini sudah tentunya fokus PAS dan Pakatan Rakyat akan cuba dipesongkan menerusi provokasi, fitnah dan pembohongan yang diaturkan sebegitu rupa melalui media cetak dan televisyen sepanjang masa.

“Jangan sekali-kali kita terpedaya dengan permainan lawan kita, dan biarlah mereka pula yang mengikut rentak kita yang bersama dengan rakyat.

“Mesej yang ingin kita sampaikan kepada pengundi mestilah jelas dan mudah difahami oleh pengundi,” katanya lagi. -Hrkh

Orang ramai boleh tangkap Trio Dato T- Karpal Singh

SEGAMBUT: Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.

Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan,” ujarnya.

“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Kenyataan Media DS Wan Azizah dan Nurul Izzah

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA
5hb APRIL 2011

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak UMNO.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.
Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang UMNO-Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan UMNO-Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.
DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL Presiden Parti Keadilan Rakyat NURUL IZZAH ANWAR Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahli-ahli Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim

Video fitnah: Pendapat menarik


Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis

bagi aku kemungkinan split scene....kemungkinan DSAI betul dalam scene tu tetapi dua scene yang berbeza dan masa yang berbeza dan orang yang berbeza....reason...
1.kamera tu statik.sapa-sapa yang biasa edit video memang easy kalau buat split scene kalau kamera tu statik..iaitu dua scene di cantum bersama-sama..left and right seamlessly.
2.scene awal kononya DSAI adalah terlalu berlainan dengan DSAI keluar dari bilik air di akhir video...that the reason video dibuat dalam hitam putih supaya color seragam untuk dua-dua scene..sebab kalau scene dalam warna kita boleh lihat dengan jelas perbezaan dua-dua scene..

Jadi pandangan aku...video tersebut kemungkinan memang dirancang dibuat pertama dengan DSAI dalam scene pertama..scene kedua perempuan dan sorang lagi mirip anuar (scene keluar bilik air dan peluk perempuan)...then combine video tu jadi satu...aku ulangi..it is very easy to make the video like this..tak perlu GCI just consumer video editing biasa..wallahualam..hanya tuhan yang tahu...
Pendapatnya disambung lagi....
Mohd Faizal · Institut Teknologi Mara, Arau, Perlis
Kepada semua pembaca..apa yang aku cakap bukan satu 100% kepastian..hanya satu pandangan berdasarkan sedikit pengalaman aku edit video....but kalau nak tahu macam mana buat boleh cari di youtube. cari perkataan split screen..kita boleh tengok betapa mudahnya buat...aku kasi satu cth video ni:

Satu lagi pembaca menyatakan ...
Zul Ikhwan · Smk saujana impian,kajang
By using our head n logik, doyou all think that this is DSAI. Frankly I think is not him. Why because it dose not even look like him. Npe pol*s xnk tahan RTC sbb dedah kn video ni kpde org rmai.. nmpk sgt die nk perbodoh kn org malaysia ni dgn beri kenyataan yg die xbg kepada sesiapa pun salinan ni kecuali pol*s.. kalo pol*s xamik tndakan n x siasat dgn betol n xbg bukti dalam mase yg cepat rkyat akn pndang yg pol*s telah dedah kn video yg xbetol ni. Wahai org2 BN gune akal, perap dlm otak masing2 n pikir ape yg BN telah ajar kowg untuk hidup bawah pemeritahan mereka, lme2 nnt video lucah brleluasa la jadi nye, rasuah jd no 1 dalam malaysia, khianat fitnah jd kebiasaan... Pol*s masuk kn jela dlm lokap RTC, SEA and SL 2, nmpk sgt diowg dalang yg xbermaruah n xde otak, sbb dendam sggup bagi dosa pada rkyat untuk tonton bende2 mcm ni.. pikir2 kn la...

Sorry gambar porno itu aku tak masukkan dalam blog aku ..kalau nak tengok juga kat FB di sini
Dosa menyebarkan fitnah .. aku tak sanggup
Aku bukan gerombolan yang teguk arak warna hitam ...
Apa apa pun, video fitnah terbaru itu adalah fitnah akhir zaman yang sudah dinyatakan oleh Allah swt. Dan mereka yang mengeluar serta mengedarkan nya adalah manusia yang dipilih untuk merealisasikan tanda-tanda akhir zaman itu. Maka tanggung lah dosa dosa tersebut dan nikmati lah pembalasan yang setimpal dengannya.
Wakakak !!!Link

Suaram Gesa Polis Henti Ganggu Ceramah Pakatan

Petaling Jaya: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengecam tindakan pihak polis mengganggu beberapa siri aktiviti pakatan rakyat terutama ceramah yang melibatkan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertubuhan itu menuntut pihak polis menghentikan segala tindakan gangguan dan siasatan terhadap ahli-ahli Pakatan Rakyat termasuk Anwar dalam menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan politik dan kemasyarakatan.

Lanjutan itu, Suaram akan meneruskan usaha menuntut kerajaan melakukan penggubalan akta polis terutama Seksyen 27 yang mudah untuk disalah gunakan oleh pihak polis dan penubuhan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC).

Penyeraras Suaram, Yap Heng Lung berkata, tindakan polis mencabuli hak asasi manusia seperti yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam Artikel 10 yang berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Suaram, tambahnya yakin sekatan ke atas kebebasan yang juga terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia (1948) itu bermotifkan politik.

“Ia merupakan usaha bagi menghalang ahli PR untuk mendedahkan pelbagai isu yang melibatkan kepimpinan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terbaru, pihak polis menggangu satu majlis makan malam dan ceramah yang dihadiri oleh ketua umum PKR yang diadakan di Bentong, Sri Aman, Sarawak, semalam.

Gangguan sama dilaporkan turut berlaku di Kuching dan Satok.

Pada 25 Mac lepas, polis juga menghentikan ucapan Anwar dalam satu perhimpunan ceramah tertutup di Taman Melawati, Hulu Kelang. Tindakan polis tersebut telah mencetuskan kekecohan di antara hadirin dan pihak polis. -FMT


Polis ganggu lagi ceramah Anwar



Polis mengganggu ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kali ketiga berturut-turut - malam ini di ceramah terbesar parti itu di Betong - yang merupakan kubu kuat Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Alfred Jabu.

Majlis makan malam dan ceramah itu - yang diadakan di medan selera
terbuka di Betong, sebuah pekan kecil yang terletak 70km di utara Sri Aman - bermula dengan lancar dengan pemimpin PKR tempatan, termasuk empat calon, menyampaikan ucapan kira-kira lebih sejam tanpa sebarang gangguan.

Anwar tiba pada jam 9.30 malam dengan disambut oleh hampir 1,000 penduduk pelbagai kaum berserta laungan "Reformasi".

Bagaimanapun, apabila Anwar bercakap kira-kira 10 minit, seorang anggota polis beruniform mendekati ketua pembangkang itu dan memintanya berhentikan berucap, menyebabkan timbul ketegangan di kalangan hadirin.

Selepas rundingan ringkas, Anwar bersetuju memendekkan ucapannya.

Beliau kemudian meneruskan ucapannya selama 20 minit lagi sebelum polis mengganggunya lagi.

Malaysiakini difahamkan oleh pihak penganjur bahawa pihak polis telah mengeluarkan permit kepada PKR untuk mengadakan 'mesyuarat luar biasa' dan bukannya ceramah politik atas alasan tempoh kempen belum bermula.

Sebelum berhenti berucap, Anwar mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan jika ceramah gagal menarik ramai hadirin.

"Jika hanya ada 10 orang, polis tidak akan ganggu. Tetapi bila terdapat ramai orang seperti malam ini, mereka akan mengganggu," katanya.

Menurut timbalan ketua Wanita PKR Sarawak, Cecilia Siti Una, kehadiran malam ini adalah yang terbesar dalam sejarah Betong.

"Bukan mudah untuk meminta penduduk Betong menghadiri ceramah politik," katanya kepada Malaysiakini. -mk

Bukti kukuh fitnah zalim terhadap Anwar

KUALA LUMPUR, 5 April: “Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno, semalam.

Semalam, sebahagian daripada rakaman video tersebut juga dimuat naik ke laman YouTube.

“Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya pada sidang media di kediamannya di Segambut, sebentar tadi. Turut hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Tegasnya, setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

“Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut," ujarnya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Semalam, video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno.

Keluarga kami telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998. Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik.

Namun jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Datuk Seri Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang.

Oleh itu, kami sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah yang diangkat dan dijulang Umno Barisan Nasional. Kami menolak sekeras-kerasnya politik sebegini dan mengajak rakyat Malaysia dalam bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor. Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara.

Kami ingat firman Allah s.w.t dalam surah Al-Buruj, ayat 10: “Sesungguhnya orang-orang yang memfitnah (membuat keburukan) kepada lelaki beriman dan perempuan beriman, kemudian (daripada kedurjanaan itu) mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab neraka, dan bagi mereka azab yang membakar.”

Dalam menghadapi dugaan ini, kami yakin ada hikmah di sebaliknya. Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya. Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina.

Kami berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan Umno Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .