Ikuti Blog ini

Himpunan Hijau berbeza dengan Gelombang Biru


Himpunan hijau anjuran PAS adalah siri ijtimak yang diadakan sejak lebih tiga puluh tahun di peringkat nasional, negeri dan kawasan.  Di peringkat nasional dianjurkan tidak secara tahunan, tetapi mengikut masa yang dikira sesuai bagi mengumpulkan ahli di seluruh negara.

Setiap himpunan mempunyai tema bagi memperkasakan aqidah perjuangan PAS dan membangkitkan semangat ahli serta penyokong.

PAS tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan pihak lain, termasuk yang menganjurkan beberapa himpunan gelombang biru yang dikatakan menghimpun berjuta peserta.

Bahkan ternyata perbezaan yang jauh laksana langit dan bumi, seperti berbezanya warna hijau dan biru itu. Aturcara dan pengisiannya juga sangat tidak sama.

Ahli dan penyokong PAS sahaja dikerah datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka datang mengikut arahan pemimpin dengan kenderaan dan cara masing-masing dengan duit sendiri.

Mereka yang datang menyertai gelombang biru lain caranya. Kalau tidak ada habuan yang nampak dimata dan seronok didengar, mereka tidak bersedia pun untuk datang.

Himpunan hijau dihitung sendiri oleh mereka yang datang dan menyaksikannya. Gelombang biru memerlukan tambah nilai dengan berbagai cara penggambaran melalui sudut yang ramai peserta, bukannya semua sudut dan disolek melalui penyiaran  melalui media yang dikuasai sepenuhnya.

Setiap ahli dan penyokong PAS yang datang ke himpunan hijau mengharapkan pahala daripada Allah. Duit dan tenaga terpaksa dikorbankan kerana yakin adanya pahala, walau apapun orang mengata.

Mereka yang menyertai gelombang biru sila nyatakan, adakah mereka juga mahukan pahala?

Himpunan hijau didahulukan dengan pesanan supaya para pimpinan disemua peringkat supaya berjuang dengan sifat taqwa dan ikhlas menegakkan Islam tepat dengan petunjuk Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. dengan akhlak yang mulia dan hanya percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Kalau ditunjuk-tunjuk zahir sahaja tiada fadilatnya dan cabut lari, tanpa  dilihat habuannya dengan mata kasar dan tidak diketahui bila masa mencapainya, sehingga ternganga, tiba-tiba diminta menghulurkan derma pula, tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah.

Gelombang biru dipenuhi ucapan janji kebendaan dan kemewahan melempah ruah. Diminta menunggu bila hendak ditaburkan. Akan diberi apabila ditadah tangan, disuap sebaik sahaja dinganga dan ada yang datang dijemput untuk mengambil atau dibawa bergolek datang ke rumah  atau menadah poket untuk diisi. Semuanya sudah siap dengan angka berbilion ringgit.



Kemuncak himpunan hijau dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjamaah, sembahayang hajat secara bermunajat mengadu dan merayu kepada Allah dan sembahayang isya berjamaah.
Selepasnya mendengar ceramah para pemimpin PAS dan tokoh masyarakat daripada berbagai bidang yang baru menyertai PAS. Diselangi pula dengan laungan takbir, sama ada menyubur semangat atau dibenci syaitan yang tidak suka dengan laungan takbir. Seterusnya diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Mursyid Am.

Ada pun kemuncah gelombang biru ialah pesta hiburan oleh kumpulan K- pop atau sewaktu dengannya. Walau pun melangkah waktu sembahayang fardu, kerana agama hak masing-masing tidak bercampur dengan politik.  Diikuti pula nyanyian bergema bersama sorak surai terlalu gembira, disertakan dengan tari-menari kerana terlalu gembira.

PAS mengerahkan ahli bagi himpunan hijau supaya bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, walau pun belum diumumkan. Kerja pilihanraya mesti dilakukan daripada sekarang. Bersiap sedia menghadapi piliharaya dengan cabaran banyak penipuan yang nyata dan tersembunyi.
Gelombang biru dianjurkan untuk menabur umpan terlebih dahulu secara janji kalau menang dan  sewaktu pilihanraya juga sudah dapat upah.
Para pemimpin dalam keadaan teragak-agak menentukan tarikh pilihanraya kerana mereka yang datang belum tentu mengundi Barisan Nasiaonal.

Penganjur tetap dibayangi kebimbangan  gelombang berlalu dengan meninggalkan mata kail sahaja dan umpannya hilang entah ke mana.

Demikianlah perbezaan mukadimah dan pengisian diantara Himpunan Hijau anjuran PAS dan gelombang Biru anjuran Umno.

Himpunan hijau membuktikan bahawa hampir sejuta ahli PAS sedia mengikut arahan para pemimpinnya diseluruh negara, bukan sahaja berhimpun, bahkan bekerja dengan pendekatan terkini bersama Pakatan Rakyat.

Kerahan dibuat hanya kepada ahli-ahli Pas sahaja, kerana kita tidak mahu diramaikan oleh bukan ahli PAS, termasuk kalangan parti-parti pakatan rakyat. Sekurang-kurangnya menyatakan PAS boleh ganti Umno dan Gagasan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional.

Maka PAS menyeru secara khusus kepada umat Islam, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu, bahawa parti kebangsaan Melayu yang bernama Umno sudah habis tempoh tugasnya dan perlu direhatkan, seperti parti–parti lain diseluruh dunia yang mengamalkan demokrasi.

Bukan sahaja telah berlalu lebih lima puluh tahun sejak merdeka menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi menjadi parti yang leka dan melekakan rakyat dengan hiburan dan janji kemewahan demi terus menang walau pun menipu rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang telah berlalu.



Dihinggapi pula masalah baru dan masalah yang akan datang. Walau pun sudah ada kalangan pemimpinnya yang berani berkata :”Melayu Mudah Lupa!”.

Himpunan hijau menghimpunkan ahli dan penyokong Pas daripada berbagai bangsa yang menganut Islam dan kalangan bukan Islam yang mendukung perjuangan politik Islam melalui Dewan Himpunan, dengan Islam memimpin umat manusia majmuk menegalkan keadilan kepada semua.

Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk kalangan bukan Islam dan bukan Melayu tetap menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk  berpaksikan resolusi bersama bertunjangkan apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Islam Agama Persekutuan dan hak yang adil kepada berbagai agama yang dianut oleh rakyat.

Hak istimewa bumiputera dan layanan adil terhadap pelbagai kaum yang juga menjadi rakyat.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi dan mengiktiraf adanya bahasa ibunda masing-masing.

Raja berperlembagaan yang berhak juga memerhati sekiranya ada kesilapan bukannya simbol tanpa kuasa.

Pendekatan yang menyatukan rakyat melalui asas tersebut dengan betul dan seksama dan bukannya mengapikan semangat fanatik perkauman, apatah lagi dijadikan senjata untuk melagakan rakyat bagi mengekalkan kuasa secara zalim.

PAS  mendukung konsep negara berkebajikan yang diterapkan dalam buku jingga. Berhasrat melahirkan kepimpinan negara yang menunaikan amanah, bukannya mendapat kuasa yang menjadi peluang kepada segelintir manusia dan menghiburkan rakyat supaya leka mudah ditipu.

Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada rakyat menjadi hakim yang adil pada setiap pilihanraya yang benar-benar menjadi hak rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat boleh diturunkan kalau bersalah bukannya secara menipu.

Himpunan hijau adalah latihan kepada ahli Pas bahawa mereka datang berhimpun tanpa paksaan dan habuan. mereka datang sebagai rakyat yang memahami haknya yang sebenar, bukan rakyat yang diajar sentiasa berbohong dengan mengampu para pemimpin yang sentiasa menyuap umpan yang mengenyangkan perut  dan membodohkan akal.

Himpunan hijau adalah menyatakan perjuangan Pas untuk semua rakyat, kerana Islam itu adalah rahmat Allah kepada seluruh alam.

Penulis adalah PRESIDEN PAS

Amangate: Lagi dokumen bocor di Internet


Lagi dokumen dipaparkan di laman pembocor maklumat Sarawak Report berkaitan dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Dokumen berupa kenyataan bank dan kenyataan atas sumpah yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes sivil yang difailkan pengusaha balak terhadap Bank UBS AG di Singapura.

NONEPembalak itu, yang tidak didedahkan indentitinya oleh laman itu, merupakan pemilik berdaftar akaun bank yang didakwa digunakan untuk mencuci bayaran secara tidak sah oleh syarikat pembalakan kepada Musa.

Menurut laman itu, peniaga itu mendakwa dia diabaikan secara tidak sah apabila UBS mematuhi arahan untuk mengosongkan akaun dan memindahkan wang secara langsung ke akaun lain atas nama Yap Loo Mien.

Yap merupakan isteri kepada Michael Chia, yang dihuraikan sebagai penama dan pengantara antara Musa dan pembalak. -M'kini

Gambar DS Nizar menunggu giliran jumpa Ketua A.D.O ,ini yang UMNO takut.





 DS Nizar sedang menyemak dokumen permasalahan penduduk sebelum bertemu Tn Haji  Md Shafie Hj Muda[KPPD(T)].DS Nizar duduk bersama penduduk yang ingin berjumpa A.D.0
Sambil menunggu untuk bertemu A.D.0 seorang pelanggan Pejabat Tanah  meminta pandangan DS Nizar.

Akhirnya dengan giliran nombor 13 DS Nizar bertemu dengan  Hj Shafie Hj Muda KPPD(T)

Akhbar Umno bebas, Nizar jadi kambing hitam?


IPOH: Pemuda Umno dan media Umno perlu jangan pilih kasih dalam isu WWW 1 kerana pihak yang paling awal mempermainkan isu ini adalah akhbar milik Umno iaitu Kosmo.


(Himpunan di perkarangan Istana Pasir Pelangi, Johor)

Ini kerana, akhbar Umno itu sudah memulakan kempen isu plat www 1 ini sejak 8 April 2012 lagi melalui laporannya di bawah ini.



Pada 25 Mei, sekali lagi berita ini di sensasikan dengan laporan muka depannya melalui berita di bawah.




Pada 28 Mei sekali lagi Kosmo memainkan isu ini bahkan cara serangan yang dibuatnya sama sahaja dengan apa yang di tweet oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin melalui kartun yang disiarkannya.

Berikut adalah kartun yang disiarkan Kosmo dan Tweet yang dibuat oleh Nizar.






Apabila media menyiarkan plat WWW 1 ini diletakkan di kereta Satria Neo sekali lagi Kosmo mempermainkan isu ini sebagaimana kartun di bawah.

Nizar juga membuat satu tweet berkaitan dengannya.








Persoalannya adalah kenapa demo yang dibuat Pemuda Umno semalam semacam  ditujukan kepada Nizar sahaja tetapi tidak kepada pengarang akhbar mereka sendiri, Kosmo?

Ramai percaya, Nizar hanya dijadikan kambing hitam oleh seteru politik dalaman Umno untuk menyekat tindakan sesetengah pihak dalam Umno yang mahu menyerang pihak tertentu di Johor.

Ini kerana pilihan raya semakin hampir dan usaha dibuat untuk merenggankan hubungan Menteri Besar Johor yang ada dengan pihak Istana.

Usaha ini tentu dibuat oleh pihak yang berkepentingan.


Nizar hanya salah seorang pemimpin PAS sahaja dan telah dinyatakan oleh PAS sebelum ini, kenyataan Nizar hanya pandangan peribadi beliau sahaja dan tidak membayangkan pandangan PAS.

Kosmo adalah akhbar Umno, adakah ia pandangan peribadi pengarang akhbar ini atau pandangan kumpulan tertentu dalam Umno yang sedang berebut sekarang. -Hrkh

[BONGKAR] Akta Kesalahan Pilihanraya Dipinda Untuk Lindungi Penipuan SPR



Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

Pada 2002 dalam kes Likas di Sabah, di mana hakim membatalkan keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Likas dengan alasan daftar pengundi SPR didapati penuh dengan penipuan.

“Hakim mendapati SPR gagal menyelesaikan isu daftar pemilih dan menganggap SPR cuai dalam menjalankan perkerjaan mereka.

“Selepas itulah kerajaan BN membuat pindaan undang-undang Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya daftar pengundi tidak boleh dicabar.


“Kita memang tak boleh terima undang-undang ini kerana mana boleh undang-undang digunakan untuk melindungi penyelewengan seperti mana dalam daftar pemilih SPR itu,” ujar beliau yang juga seorang pengamal undang-undang.

Ketika menyentuh ruang tindakan yang ada bagi samada bagi Kerajaan Selangor, parti politik atau orang awam terhadap penipuan dalam daftar pemilih SPR, beliau berkata ruang untuk berbuat demikian masih ada dengan membuat kajian lebih mendalam.

Sivarasa turut menolak pandangan bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh mengambil tindakan saman terhadap SPR dan Kerajaan Pusat.

“Dalam isu sekiranya daftar pemilih SPR terbukti tidak bersih, pengundi dan parti politik lebih baik kemukakan saman, tetapi Kerajaan Selangor juga boleh sebab ia berbeza dengan prinsip saman fitnah.

“Kalau dalam saman fitnah memang badan kerajaan tidak boleh kemukakan saman fitnah kepada individu, pengamal media atau mana-mana pihak yang mengkritik badan awam itu,” katanya lagi. -selangorkini

Seperti yang GB ulas sebelum ini, kita sudah tiada pilihan lain.

Sekarang ini mari sama-sama kita berdoa agar Allah menurunkan pengajarannya kepada SPR, JPN, SPRM, PDRM, JPM dan lain-lain yang melakukan kerja-kerja khianat untuk memenangkan UMNO BN di dalam pilihanraya akan datang.

Setelah tuntutan kita supaya daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat task-force pemberian Mykad kepada warga asing tidak diindahkan, maka tiada pilihan lain, selain mengadu kepada Allah swt supaya semua perancangan mereka digagalkan dan mereka diberikan pengajaran sewajarnya untuk tidak berlaku khianat kepada rakyat. -GB

113 soalan jawab lisan Dewan Rakyat hari ini


KUALA LUMPUR: Sebanyak 113 soalan bagi jawab lisan dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) di Dewan Rakyat, hari ini.
Persidangan Dewan Rakyat yang bermula hari ini dijadualkan selama dua minggu hingga hingga 28 Jun.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Parlimen daripada PAS hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang [Marang] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah telah dijalankan kajian menyeluruh di peringkat nasional tentang beban tugas para guru, dan jika ada apakah dapatan-dapatan daripada kajian tersebut.


Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan kejayaan dan kesan yang dicapai dalam program pertukaran pelajar antarabangsa.

Mohd. Abdul Wahid Endut [Kuala Terengganu] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan setiap tahun untuk menganjurkan Piala Monsun di Terengganu dan adakah kontrak penganjuran Piala Monsun akan dilanjutkan.


Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [Kota Raja] minta PERDANA MENTERI menyatakan fungsi dan peranan Akademi Undang-undang yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa banyakkah jumlah "exposure" Kerajaan di dalam MAS dan Penerbangan Malaysia.

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK-9 lagi.

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah dari tuntutan oleh JK Pilihan Khas (PSC) Penambahbaikan Pilihan Raya dan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang akan dilaksanakan oleh SPR dalam PRU ke-13 nanti.

Datuk Mahfuz Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membenarkan PALAPES dijadikan satu lokaliti pengundi yang tidak perlu hadir.

Mohd Firdaus Jaafar [Jerai] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah di seluruh Negara untuk kesemua kategori (mengikut negeri) bagi tempoh Jan 2008 - Mei 2012 serta nyatakan jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan masih tertangguh sehingga kini.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos perbelanjaan setiap lawatan rasmi YAB. Perdana Menteri ke negeri Kelantan sejak memegang jawatan.

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Tun Hanif Omar dipilih sebagai Pengerusi Jawatan kuasa penyiasat BERSIH 3.0 sedangkan beliau jelas berpihak dalam isu ini.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membuat apa-apa pindaan kepada peraturan pilihan raya khususnya berkaitan peraturan pengundi pos bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk mengundi secara pos. (Sekarang ini hanya pegawai konsulat, pelajar sepenuh masa dan isteri/suami kepada pelajar itu sahaja yang boleh mengundi secara pos).

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah penduduk Bukit Gantang yang terlibat dengan Projek Lebuh Raya Pantai Changkat Jering-Klang, serta berapakah anggaran ganti rugi yang akan dibayar.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [Baling] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah kuota haji setiap tahun mulai 2008 hingga 2012.

Datuk Dr. Mohd Hayati Othman [Pendang] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan mengikut negeri yang masuk ke dalam negara sepanjang tahun 2011 dan Q1 tahun 2012 dan senaraikan negara-negara yang melabur serta jumlah pelaburan masing-masing.

Nasharudin Mat Isa [Bachok] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang melibatkan pelajar- pelajar sekolah.

Che Uda Che Nik [Sik] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan Peruntukan Khas untuk program J-Qaf telah tidak lagi diberi sejak tahun kebelakangan ini. Keadaan ini menyebabkan program ini terpaksa bergantung kepada peruntukan asas per kapita yang sedia terhad itu. Apakah langkah Kerajaan untuk mengatasi perkara ini. -Hrkh

Seluar Muhyiddin Terlondeh, Lupa Siapa Bayar Sewa Rumahnya Semasa Jadi Menteri



Kajang: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia, saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya.

Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi.

Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat.

Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat.

Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. -HD


Bijak Sifir -112,635 Peneroka Dapat 2.5%, 23, 000 Kakitangan Dapat 2.5%

 
Ahmad Maslan, Menteri Felda berkata kakitangan layak menerima 2.5 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) manakala peneroka juga layak mendapat 2.5 peratus.

“Kakitangan dan peneroka Felda masing-masing menerima saham sebanyak 2.5 peratus, namun disebabkan bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.

“Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang,” katanya kepada pemberita

Peneroka akan menerima 800 unit saham FGVH yang bernilai RM4.55 seunit dan bayangkan berapa yang diperolehi kakitangan Felda.

Ini bijak sifir yang dibuat oleh Ahmad Maslan dan Isa Samad dan sekutu mereka. Isa samad tentunya mendapat laba yang lebih besar.

Ahmad Maslan juga berkata peneroka mempunyai banyak kelebihan lain berbanding kakitangan Felda antaranya mereka akan memperoleh dividen setiap tahun daripada Tabung Amanah Felda yang memiliki 20 peratus ekuiti FGVH.

Agak-agaknya berapa sen yang peneroka dapat melalui dividen sekiranya banya yang tak betul dari yang betul tentang penyenaraian saham ini. Lebih-lebih lagi puak-puak ini yang menguruskannya.
Itu pun kalau ada untung!!

Isu DERHAKA : Fakta dan sejarah



Krisis Perlembagaan 1990-1993

Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.

Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

Ahli MT Umno, Ibrahim Ali mengetuai demonstrasi dihadapan Bangunan Umno Kelantan membantah kekalahan Umno. Antara sepanduk yang dijulang ketika demonstrasi itu tertulis kata-kata penghinaan “Hei Smail (Sultan Ismail Petra) kalu berani masuklah politik…, Anis (Raja Perempuan) diatas Smail dibawah.)"

  Dalam Perhimpunan agung Umno, dato Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan) melafazkan ungkapan “Raja Adil Raja Disembah, raja Zalim raja Disanggah) sebagai amaran kepada Sultan Kelantan agar jangan mencampuri urusan politik.

Media kawalan Umno menyiarkan berita bergambar tentang tindakan Sultan Kelantan melarikan kereta Lamborghini Diablomilik baginda dari stor simpanan kastam.Peristiwa ini berlaku ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja Melayu.

Seterusnya, Umno menggerakkan usaha besar-besaran menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu dengan tujuan mendapatkan sokongan orang ramai bagi meminda perlembagaan persekutuan dan negeri-negeri dalam hal berkaitan dengan keistimewaan tertentu Raja-Raja.

Umno Selangor pimpinan Muhamad Mohd Taib telah menetapkan resolusi empat perkara untuk dikemukakan dalam Perhimpunan agung Umno 1991.

Pertama:

Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja sama ada secara langsung atau melalui “Kapitan Cina”.

Kedua:

Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli Exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka sedangkan mereka terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan sendiri.

Ketiga:

Meminda perlembagaan supaya kuasa mutlak melantik Menteri Besar, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri adalah dalam bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah, bukan dalam bidang kuasa Raja-Raja.

Keempat:

Memberi mandat dan sokongan penuh kepada Presiden Umno dalam menghadapi dan mengetuai isu Raja-Raja Melayu secara umumnya, sama ada menerusi pindaan perlembagaan atau apa juga langkah yang perlu.

Pada 18 Januari 1993, Umno membentangkan Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang bertujuan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu.

Berikut adalah petikan sebahagian daripada butiran ucapan Perdana Menteri (Umno) ketika membentangkan Rang Undang-Undang tersebut.

Perenggan 3. “…semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa ditangan raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar kacir. Negeri-Negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri dibawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. akhirnya, semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui Perjanjian diantara Raja-Raja memerintah dengan pihak Kerajaan British.”

Perenggan 7, “…Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.”

Perenggan 21,”…sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66/4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatanganai oleh Yang Dipertuan Agong.

Untuk seterusnya baca di MediaPerak.com

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh.

Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani.

Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Berikut adalah butiran biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.

# Bersekolah di Sekolah Inggeris Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.

Boleh tengok video ceramah kat bawah ni yang diambil dari salah satu kuliah beliau, Ustaz Azhar Idrus cerita sendiri sejarah dan riwayat hidupnya:




Lampiran:







S: Saya masih muda, mana patut saya pilih dulu, haji atau kahwin?
Ust:Kalo kamu tengok tiang lampu nampak macam awek, wajib kahwen dulu.

S: Selepas dengar ceramah ustaz malam ini apa patut dibuat?
Ust: Balik rumah makan nasi la, tanya aku plak, mana aku tau.

S: Ular dan Kala jengking sunat dibunuh, boleh ustaz terangkan tentang haiwan ini?
Ust: Buka channel Astro "Animal Planet". Aku bukan pakar hewan.

S: Apa hukum besarkan payudara?
Ust: Adoi macam-macam, guna bahan kekal seperti silikon haram, tp dgn cara bersenam, nak besar mana pon boleh..

S: Bolehkah bergambar bersama dengan makwe?
Ust: Boleh jika bertiga, dan bapak makwe tu duduk ditengah-tengah.

S: Apa hukum asyik teringat kekasih lama?
Ust: Ini soal hati, x berdosa,sedangkan selipar jepun yang hilang pon kita teringat2

S: Ketika berwudhu' saya selalu terasa nak terkentut,Tolong saya ust..
Ust: Nak kentut pon mintak tolong aku..Kentut kena tahan sendirilah.

S: Betul ke ustaz kata pakai tudung tu xwajib?
Ust: Betul, boleh tutup rambut pakai baldi asalkan x nampak..tapi tebuk sikit lubang untuk mata..

S: Dimana ustaz beli kopiah?
Ust: Mentang2 boleh tanya soalan, itupon tanya, nasib baik xtanya kat mana aku beli underware..

Semakin buruk: JPJ beri WWW15 secara percuma – BN mahu sembunyi lagi?

Dalam apa yang nampaknya seperti percubaan menutup kesalahan yang terbaru, timbalan presiden MCA, Liow Tiong Lai sekarang mengaku pula bahawa nombor pendaftaran plat kereta WWW 15 yang telah dibidanya sebenarnya diberi secara percuma.

“Saya telah menerima notis rasmi daripada jabatan itu bahawa nombor plat itu adalah percuma. Tiada sebarang pembayaran dilakukan. Jika ada sebarang pertanyaan, harus dimajukan kepada JPJ. TQ,” kata Liow dalam mesej twitternya.

Nombor pendaftaran itu telah dijual pada harga RM24,200 pada laman web JPJ. Berita bahawa Liow, yang juga merupakan menteri kesihatan telah berjaya membida nombor tersebut menimbulkan banyak persoalan terutamanya bagaimana dia mampu membelinya jika dibandingkan dengan gaji yang diperolehinya sebagai menteri.

Apabila diasak pertanyaan, Liow berkeras bahawa dia bahkan Kementeriaan Kesihatan tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut dan sebaliknya telah mendapatnya secara percuma.

Kesemua menteri boleh mendapatkan satu nombor; saya tidak pernah menggunakan keistimewaan itu sebelum ini. Nombor ini tidak penting bagi saya. Apa yang penting adalah khidmat kepada rakyat,” kata Liow kepada pemberita.

“Liow si penipu” kembali lagi


Akan tetapi, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa seorang pegawai JPJ memberitahu plat nombor itu dibeli diatas nama Liow sendiri, jadi, yang membayarnya tentulah tuan empunya nama.

Pegawai tersebut memberitahu akhbar itu bahawa kesemua nombor pendaftaran WWW ditawarkan melalui tender terbuka dan JPJ tidak meletakkan sebarang tempahan atas nama menteri kecuali jika diarahkan begitu.

Skandal terbaru itu bukan berita baik bagi Liow, seperti di perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9, 2011 di mana dia telah mempertahankan polis, menegaskan bahawa mereka tidak melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin. Ini ternyata tidak benar, ini menjadikan orang nombor dua MCA ini popular dengan nama samaran ' Liar Liow’ (Si penipu Liow).

Pada tahun 2009, Liow telah didakwa menerima kereta percuma, sebuah Toyota Alphard yang bernilai RM 574,884.10 daripada Axis Construction Sdn Bhd. Kereta Alphard itu mempunyai nombor pendaftaran WSB 15.

Liow menyangkal dakwaan tersebut dan dia berserta isterinya akhirnya dibebaskan dari dakwaan itu oleh SPRM.

Nizar dituduh menghasut

Selain Liow, Sultan Johor juga telah mendapat kecaman kerana membelanjakan kerana membelanjakan RM520,000 untuk nombor pendaftaran WWW1.

Apabila pemimpin PAS, Nizam Jamaluddin memberi komen bahawa wang itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat di Johor, dia pula disiasat atas tuduhan menghasut.

Umno dan MCA dikatakan memutarbelit kenyataan Nizar untuk menjatuhkannya dan pemimpin Pakatan Rakyat pada mata rakyat Johor terutamanya komuniti Melayu untuk menyekat kemaraan pembangkang di bahagian selatan.

Malaysia Chronicle

WWW1- ini adalah satu fakta

 

 Ini adalah satu fakta berdasar kepada gambar diatas 
Kereta rm 50,000k no plat rm 520,000k..... 
Nombor plat termahal itu akhirnya dipasang pada sebuah kereta buatan 
kebangaan Malaysia, Proton Satria Neo.

Himpun dan Ingat; Peringatan Kepada Rakyat Supaya Menolak Umno/BN Dalam PRU-13


KUALA NERUS – PAS menyifatkan Kejadian bangunan dan binaan runtuh yang berlaku di negeri Terengganu adalah peringatan yang ditunjukkan oleh Allah kepada rakyat negeri Terengganu, ekoran tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) merobohkan institusi pendidikan dan masjid yang dibina oleh rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pada tahun 1991 kerajaan Umno/BN telah merobohkan Institut Berakan, sebuah sekolah swasta Islam yang mendidik pelajar tercicir.

“Allah nak tunjuk depan mata kita pasal apa, ia bermula pada tahun 1991 zaman Tan Sri Wan Mokhtar, dia (Umno/BN) runtuhkan Institut Berakan,

“sekolah kita dan rakan-rakan tubuhkan untuk membantu melahirkan (mencapai kejayaan) anak-anak muda anak-anak Terengganu yang tercicir dari sekolah biasa,”ujarnya.

Selepas itu kata beliau, sewaktu Dato’ Ahmad Said menjadi Exco di Kemaman pada tahun 2005, beliau telah meruntuhkan masjid Bujal di Kijal.

“Kita kata masjid, dia kata markaz, Umno tidak kenal antara masjid dan markaz, tempat kita sembahayang tempat kita kita mengaajar, dia buat pelbagai alas an (untuk) dia peruntuh masjid hasil sumbangan orang ramai,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan 5,000 orang khalayak yang hadir pada program ‘Himpun dan Ingat’ yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Ging Badak dekat sini pada Jumaat 8hb Jun

Menurutnya, program ‘Himpun dan Ingat’ akan diteruskan bagi memberi peringatan kepada rakyat Terengganu tentang  tindakan pembaziran, rasuah, salah guna kuasa dan kerakusan pemimpin Umno negeri Terengganu.

Beliau menyebut senarai panjang, selain stadium tersebut yang runtuh bumbungnya pada tahun 2009, terdapat lebih enam bangunan dan binaan yang runtuh dan punah serta rosak sejak Umno mengambil alih pemerintahan kerajaan daripada PAS pada tahun 2004.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu Dr Alias Razak menegaskan kejadian yang menimpa stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah satu sejarah pembaziran Umno/BN yang nyata.

Menurutnya, stadium yang yang dbina dengan belanja sebanyak RM300 juta itu hanya dapat digunakan selama setahun sahaja.

Katanya dengan wang sebanyak itu, kerajaan boleh memberikan biasiswa kepada 15,000 orang mahasiswa anak Terengganu sehingga tamat peringkat ijazah pertama.

“buat stadium RM300 juta, setahun pakai (digunakan) habis runtuh, tahu tak banyak mana RM300 juta? (Wang sebanyak) RM300 juta boleh beri biasiswa kepada 15,000 orang anak Terengganu boleh belajar (secara) percuma untuk dapat ijazah (pertama),”ujarnya.

Beliau menyifatkan Umno/BN tidak lagi boleh diberi kepercayaan kerana telah ‘nyanyuk’,  setelah memerintah negara terlalu lama.

Justeru beliau mengajak seluruh rakyat menolak Umno/BN pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Turut menyampaikan ucapan dalam Perhimpunan aman ‘Himpun dan Ingat’ adalah Ahli Jawtankuasa PAS Pusat Dato’ ustaz Abu Bakar Chik, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Dr. Khairuddin Aman Razali, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Zakaria Dagang, Ketua Pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengarah Perhimpunan Ustaz Ridhuan Hashim

Tetamu kehormat program tersebut, Sasterawan Negara Datuk A.Samad said telah mendeklamasikan puisi khas ‘Luka Riaadah’, sebuah sajak kritis mengenai kejadian runtuhnya bumbung Stadium yang tidak diperbaiki sejak tiga tahun yang lalu. -BO











MB Rakyat!!

Banyak desas desus mengatakan bahawa dia tak boleh menang kalau bertanding di tempat lama iaitu DUN Pasir Panjang. 
Namun... itu cuma andaian orang, tetapi kita tak tahu ketentuan Allah SWT. Berserah dan bertawakkal.
Apa-apa pun, dia kata... dia tetap setia pada rakyat DUN Pasir Panjang dan akan terus berkhidmat untuk mereka. 
For better or for worse... Nizar Jamaluddin MB Rakyat Perak akan tetap bertanding di DUN Pasir panjang, insyaAllah...

PRU13: Nizar kekal di Pasir Panjang
SITI SAFA MOHD NOR
9 Jun 2012
Mohammad Nizar membonceng motosikal salah seorang penduduk untuk menuju ke pekan Bota Kanan bagi mengedar risalah.
 
BOTA - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau akan tetap bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Panjang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, kawasan itu sudah diwakili sejak empat tahun lalu dan tidak akan meninggalkan kawasan itu.
“Saya sudah empat tahun di sana dan situlah tempat saya berkempen bagi pilihan raya akan datang.

“Khabar angin saya akan bertanding di tempat lain memang banyak. Ada kata saya akan bertanding di Selangor, di Kelantan dan sebagainya tetapi itu hanya sekadar khabar angin sahaja,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Pas Kawasan Parit di sini, hari ini.


Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Parit, Muhammad Ismi Mat Taib.


Dalam program itu Mohammad Nizar bersama ahli Pas mengedarkan risalah kepada penduduk di Pekan Bota Kanan dan selepas itu menjala ikan di Sungai Perak.


Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan senarai calon bagi PRU-13, beliau berkata, calon Pas sudah dimuktamadkan 100 peratus.


“Bagi calon Pakatan Rakyat (PR) pula sudah 95 peratus siap dan Pas akan meletakkan dua calon wanita nanti.


“DAP dan PKR pula akan meletakkan lebih calon wanita berbanding Pas,” jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat PR Negeri.


Ketika ditanya sama ada Dun Jelapang mahu diberikan kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM), beliau berkata, sehingga kini tidak ada sebarang keputusan mengenainya kerana kawasan itu akan ditandingi oleh DAP.-SH

54 ahli Umno di kawasan Idris Jusoh sertai PAS

BESUT: PAS kawasan Besut berjaya menembusi kubu Umno di Jertih yang kini diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga mantan Menteri Besar Terengganu.

Seramai 54 orang bekas ahli Umno turut menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datouk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan itu, PAS Besut berjaya menambah sebuah lagi cawangan barunya dengan menjadikan PAS cawangan Kampung Bukit Yong dalam jajahan Besut sebagai cawangan parti yang ke-101.

Ahli baru, Mohd Rahimi Mat Nazir, 34, dari Kampung Lak-Lok, Jertih berkata penyertaannya dalam PAS setelah melihat kebenaran perjuangan parti itu.

Menurutnya, jika mana-mana pihak yang mengkaji Islam serta mempelajari ilmu agama akan dapat melihat kebenaran perjuangan parti PAS.

Justeru, beliau bertekad bersama rakan-rakan yang baru menyertai PAS akan berjuang demi kedaulatan Islam.

“Sebelum ini, saya berkhidmat bersama dengan Umno dan pimpinan Umno yang berjawatan tinggi dalam parti hari ini.

“Setelah usia saya semakin meningkat dan mempelajari ilum-ilmu agama. Saya dapat lihat kebenaran antara parti Umno dengan PAS.

“Sebab itu, saya dan rakan-rakan lain ambil keputusan untuk bersama dengan PAS, berjuang dalam PAS dan meninggalkan Umno-Barisan Nasional, Insya’Allah,” jelasnya kepada Harakah selepas Majlis Ceramah Umum “Selamat Tinggal Umno” di Kampung Bukit Yong, Jertih, semalam.

Pada majlis tersebut wakil penajanya, Mohd Sharif Abdul Majid menyerahkan borang keahlian PAS serta menerima baju ‘PAS Ganti Umno’ sebagai simboliknya.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd. Ghani dan Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .