Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar
dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam
semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu
adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.
"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan
raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan
kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira
kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam
sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,"
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan
terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan
undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat
tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang
ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah
terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak
matang.
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang
SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut
SOP SPR," katanya.
Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat
berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata
fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.
"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan
polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika
lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis,
tetapi tidak.
"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet'
mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab,
kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita,
Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak
ada apa-apa," katanya.
Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang
dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat
hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.
Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang (baca di
SINI ) dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim (lihat di
SINI ).. Ini pula dalihnya...
Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan
Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata..
“Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya.
Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah
yang mungkin terjadi.
“Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk
kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan
bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian
‘lampu padam’ di Parlimen Kulim Bandar Baharu,
Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis
bagi menyiasat perkara itu.
“Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia
untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada
26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian
tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah
berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian.
“Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas
hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga
Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima.
“Kalau bukan pada sumber ini, kepada siapa kita mahu percaya. Jadi bila ada laporan polis kita minta polis siasat,” katanya ~ Sinar Harian..
Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh...
Letak jawatan adalah cara paling baik..