Ikuti Blog ini

NAJIB ATAU BERJAYA YANG BERBOHONG...?



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika beliau tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan.


Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong. Pada notis kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, BERJAYA berkata: 'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'



Sesalinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini. Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Lesen judi sukan: Akar umbi Umno mulai gelisah

Bibit-bibit protes mula kedengaran hari ini daripada kem penyokong kerajaan berhubung isu pemberian lesen judi sukan.

Tentangan tersebut mula dikesan pada satu sidang mesyuarat cawangan Umno di Teluk Intan yang mengusulkan supaya kerajaan menarik balik pemberian lesen tersebut.

Usul tersebut dikemukakan oleh seorang pemimpin akar umbi, Yuzaile Yusof ketika mesyuarat Umno Cawangan Lorong Masjid, Teluk Intan pada 22 Mei lalu.

Yuzaile berkata, pergerakan pemuda Umno sebelum ini tidak mampu untuk menepis isu judi kerana ia sememangnya memberi kelebihan kepada golongan yang bukan penyokong BN.

"Ke
adaan begini memberi ruang kepada (pro-Pakatan Rakyat) untuk bersuara.Jadi pemuda Umno tidak boleh menepis isu ini, sebab judi sememangnya haram walaupun lesen itu sah atau tidak," katanya.

“(Jadi) kami menggesa agar kerajaan menarik balik lesen judi bola sepak," kata Yuzaile yang juga ketua pemuda bahagian Teluk Intan.

Katanya lagi, selain isu judi, mesyuarat cawangan kali ini dilihat tidak mengandungi banyak perkara berbangkit untuk diutarakan.

Ini disebabkan, cawangan-cawangan lain masih tidak menyerahkan usulnya ke mesyuarat negeri, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mesyuarat tahunan peringkat cawangan itu bermula Sabtu lalu di seluruh negara hingga 15 Jun depan.

Ini akan diikuti dengan persidangan perwakilan bahagian serta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam tempoh bermula 16 Jun dan berakhir 16 Julai sebelum perhimpunan agung dari 28 hingga 30 Oktober depan.

JK hak, kebebasan: Apco diarah beri keterangan

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen yang sepatutnya mendengar Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel terpaksa ditangguhkan.

Penangguhan itu kerana jawatankuasa berkenaan menolak permintaan Anwar supaya ahli parlimen dibenarkan hadir sebagai pemerhati, manakala peguamnya walaupun dibenarkan mengikuti prosiding itu tetapi kuasanya tidak jelas.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata Anwar akan dipanggil semula pada tarikh yang ditentukan kemudian.

Mesyuarat jawatankuasa itu hari ini juga mengambil keputusan untuk mengarahkan firma perhubungan awam, Apco Worldwide untuk tampil memberi keterangan esok.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menganggotai jawatankuasa itu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan R Sivarasa (PRK-Subang) memaklumkan wartawan berhubung keputusan penolakan itu.

"Anwar dinafikan haknya untuk hadir bersama seorang peguam, keputusan itu dibuat oleh jawatankuasa berkenaan. Saya dan Sivarasa menentangnya tetapi empat yang lain tidak mahu berganjak,” katanya.

Menurut Karpal, di bawah Peraturan Dewan 83 (7)(a) jawatankuasa hak dan kebebasan mempunyai hak membenarkan peguam kepada sesiapa yang dihadapkan kepadanya.

Anwar hari ini tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.

Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.

Beberapa ahli parlimen - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.

"Ia

adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya,” kata Gobind.

Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam Anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel. -M'kini

4 wakil Hamas sertai Muktamar PAS

KOTA BHARU, 8 Jun: Empat wakil Hamas bakal hadir ke Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bakal berlangsung pada 10 hingga 13 Jun ini di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini.

Juga dijangka akan hadir ialah tetamu jemputan dari Maldives dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) serta beberapa tokoh Islam dari luar negara.

Pengarah Muktamar PAS ke-56, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata kehadiran tetamu luar amat dialu-alukan terutama dalam isu Palestin yang kini hangat diperkatakan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan perjalanan muktamar yang bakal berlangsung dua hari lagi.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu satu usul tergempar berhubung sokongan PAS terhadap pergerakan Palestin akan dikemukakan.

Menyentuh tentang perjalanan muktamar, katanya ianya akan dimulai oleh muktamar dewan-dewan bermula pada 10 Jun ini.

“Muktamar Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan berlangsung di tiga kawasan berasingan, iaitu di Kompleks Madu Machang, Kelantan Trade Centre (KTC) dan Perdana Resort.

“Bagaimanapun, majlis perasmiannya akan bermula serentak pada 9 Jun di Putik iaitu malam esok kira-kira pukul 9.00 malam,” ujarnya.

Jelasnya, perubahan buat julung kali diadakan itu dengan harapan ketiga-tiga dewan terbabit akan mendapat maklumat terus dari pimpinan secara serentak.

Sementara itu, bandar Kota Bharu hari ini mula dikunjungi para pelancong termasuk para pemerhati muktamar menyebabkan jalan-jalan utama mulai sesak.

Takiyuddin ketika mengulas perkara itu, berkata hotel-hotel dan rumah tumpangan yang telah ditempah sejak April dan Mei lalu oleh perwakilan dan pemerhati sudah mula diisi oleh tetamu muktamar itu.

Persiapan muktamar, katanya kini hampir siap 100 peratus termasuk khemah pameran, ekspo, ruang makan, bilik media dan berbagai lagi.

Difahamkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sekali lagi akan melakukan lawatan ke Putik petang ini untuk meninjau perkembangan persiapan terakhir muktamar.

Semalam juga, rakan-rakan media turut dijemput meninjau bilik khas untuk mereka di samping mendengar taklimat khas dari pengarah muktamar. -Hrkh

‘Jangan lupa agama apabila bersukan’



SINTOK – Sukan baik untuk kesihatan. Namun, dalam bersukan jangan sekali-kali lupa kepada amalan agama.

Demikian nasihat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan kepada atlet Kedah yang terlibat pada kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke 13 di Melaka.

“Setelah kita berusaha, jangan lupa untuk minta pertolongan pada Allah, di samping kita bersukan, jangan lupa amalan agama,” ujar beliau pada majlis penyerahan bendera Kedah kepada kontinjen Sukma Negeri Kedah di Universiti Utara Malaysia, di sini.

Beliau turut menasihati para atlet agar mempamerkan disiplin yang baik sebagai cermin kepada keperibadian mulia.

“Perkara yang harus jadi pegangan para atlet adalah disiplin yang tinggi, ini bagi menjamin mutu persembahan dan kekalkan stamina yang baik,” ujar beliau.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizin turut mengumumkan kenaikan ganjaran kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas di kejohanan Sukma ke 13.

“Hadiah-hadiah ini sebagai perangsang dan tanda penghargaan kerajaan negeri pada atlet yang berjuang habisan-habisan di Sukma nanti,” katanya.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pengurus-pengurus pasukan serta atlet pada Sukma ke 12, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM220,250.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Dato’ Dr Abd Isa Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan serta Kebudayaan, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, Dato’ Bandar Alor Setar, Dato’ Khazali Din, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Dato’ Haji Noh Haji Dahya dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin. -KedahLanie

Kenyataan Bercanggah !!


Pakatan Rakyat yakin kerajaan Umno-BN takut dengan momentum bantahan yang ditunjukkan orang-ramai segenap lapisan masyarakat terhadap judi sukan.

Kementerian Kewangan dalam jawapan kepada soalan Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat mengatakan bahawa lesen konsesi judi kepada syarikat Ascot Sports Sdn Bhd belum diserahkan menanti maklum-balas orang-ramai.

Jawapan bertulis itu dikeluarkan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Parlimen Rasah Loke Siew Fook.

Tian Chua berkata kenyataan dari Kementerian Kewangan itu bercanggah dengan reaksi pemerintah sebulan lalu yang menggambarkan seolah-olah perbincangan antara kerajaan Umno-BN dan hartawan Tan Sri Vincent Tan sudah selesai.

Malahan wakil rakyat dan pimpinan Umno juga dilihat bersungguh-sungguh membela skim judi sukan ini dengan alasan mengekang sindiket judi haram.

“ saya agak kerana mungkin kerana kerajaan takut respon yang sangat negatif dari masyarakat sekrang mereka tiba-tiba berubah dalam pendirian, kerajaan yang sebenarnya memang sudah luluskan lesen kepada vincent tan mungkin kerana pakatan dan masyarakat menentang sekarang dalam jawapan rasmi ini kerajaan cuba melegakan bangkangan kita la” Tian berkata.

Tian berkata, jawapan yang diberi hari ini nampak mencurigakan walhal hartawan terbabit telah membuat persiapan rapi termasuk kesanggupan mendermakan RM525 juta untuk kebajikan.

“ tiba-tiba kerajaan kata belum diputuskan, so ini satu gambaran satu contrudicsy yang samaada menteri kewangan tidak bercakap benar dalam jawapannya atau vincent tan membuat andaian beliau akan dapat lesen itu sungguhpun beliau belum dapat lesen secara sah”akhirinya. -tvs
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .