Despite going through deadly Israeli attack and being in detention for more than 28 hours by the Zionist-regime, this did not deter Astro Awani journalist Ashwad Ismail from going to blockaded Gaza Strip again. - FMT
Ikuti Blog ini
'I want to go to Gaza again', says journalist ,Isnin, Jun 07, 2010 at 7.6.10,
Negara Akan Bangkrap Di bawah BN, Najib Tak Perlu Berdalih. , at 7.6.10,
Bila menteri kata negara akan bankrap - ABDUL AZIZ BARI
Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala (gambar), 27 Mei lalu berkata, negara akan bankrap pada 2019 jika subsidi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir.
Saya tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby.
Apa yang berlaku itu meletakkan pentadbiran sekarang muram. Tidak cukup dengan itu hujung minggu kumpulan pemikir yang dibentuk Perkasa menyelar Model Ekonomi Baru yang diketengahkan oleh pentadbiran yang sekarang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Berbalik kepada kenyataan Idris tadi Najib berkata, ia sekadar jangkaan; Kabinet belum buat keputusan apa-apa. Pada saya komen Najib kepada kenyataan menteri di atas kapasiti Ketua Pemandu itu – badan yang memantau prestasi dan pengurusan kerajaan – sebenarnya tidak perlu atau mengelirukan.
Mengapa saya berkata begitu? Idris adalah anggota Kabinet dan setiap anggota Kabinet terikat dan perlu bertanggung jawab dengan segala sikap dan kenyataan yang diambil baik oleh Perdana Menteri atau menteri-menteri lain. Prinsip tanggung jawab bersama atau collective responsibility ini adalah konvensyen di United Kingdom yang dimasukkan dalam perlembagaan, khususnya Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Di bawah prinsip itu Kabinet mesti sekata dalam hal yang pokok dan kritikal seumpama pemotongan subsidi yang disebut Idris tadi. Sebab itu saya setuju cadangan Charles Santiago.
Sudahlah ia gagal mengurus ekonomi ia enggan pula mengakui apa yang berlaku. Sekiranya Najib tidak setuju apa yang dikatakan Idris, beliau boleh memecat bekas CEO Syarikat Penerbangan Malaysia itu dari Kabinet atau sekiranya menteri berkenaan tetap tegas mempertahankan apa yang dikatakannya maka perlulah Idris meletakkan jawatan dan meninggalkan Kabinet. Jika Najib dan Idris tidak berbuat apa-apa rakyat tentunya keliru: mana atau siapa yang betul, Najib atau Idris?
Apakah sesi taklimat yang diberi Idris itu di luar pengetahuan Najib? Ini tidak penting. Sama ada tahu atau tidak apa yang penting ialah Kabinet perlu ada sikap. Baik yang dikatakan oleh Najib yang bermaksud Kabinet tidak kisah negara akan bankrap atau sebaliknya atau mengambil pendirian sebagaimana yang disebut oleh Idris. Menteri tidak boleh membuat kenyataan yang sedemikian penting tanpa pengetahuan atau komitmen rakan-rakan Kabinet yang lain.
Mungkin ada yang berkata Idris masih baru dan bukan ahli politik pula. Saya tidak fikir begitu. Ini kerana sebelum ini pun ada kalangan ahli politik yang veteran melakukan hal yang sama. Kita tentu masih ingat sikap dan kedegilan Tan Sri Bernard Dompok dalam isu negara Islam beberapa tahun lalu. Begitu juga dengan perbezaan pendapat antara Tun Dr Lim Kheng Yaik dengan Tan Sri Annuar Musa dalam Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1997.
Apa yang disebut Charles Santiago itu penting kerana Kabinet mesti mempunyai dan menunjukkan sikap yang jelas. Ia tidak boleh berdolak-dalik. -SH
Anwar Bakal Diheret Ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Esok Gara-Gara Isu Apco !! , at 7.6.10,
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen pada jam 11.30 pagi esok, seperti yang dirancang. Menurut setiausaha akhbarnya, Eekmal Ahmad, ini kerana ucapannya berhubung kontroversi penyerahan dua kawasan yang kaya dengan minyak yang dikenali sebagai blok L & M kepada Brunei telah ditunda ke jam 4.30 petang esok.Anwar akan dikehendaki menjelaskan kenyataanya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel kepada jawatankuasa itu yang dianggotai sebahagian besarnya oleh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional itu. Dalam dakwaanya itu, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel. Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong kenyataannya itu.
[Isu yang agak pelik dan menghairankan kita. Anwar siap kemukakan bukti berserta dengan perjanjian kerajaan BN dengan APCO, soalnya kenapa mereka tidak mahu menjawab isu ini secara jujur di parlimen?. Malah, jika benar 1Malaysia itu dicipta oleh Najib Razak maka kenapa pula wujud 1Indonesi yang "designnya" sama dengan 1Malaysia?.
Kerajaan Malaysia wajar menyaman kerajaan Indonesia atas perkara ini. Kenapa mereka tidak mahu melakukan apa-apa tindakan? Sebaliknya ingin menghukum pula Anwar dek kerana mendedahkan perkara ini kepada umum. Soalnya, siapakah yang memberi maklumat tepat itu kepada Anwar jika bukan orang UMNO BN sendiri. Oleh itu wajarlah mereka takut dengan isu ini]. -Pahang Daily
PAS cadang wujud tentera OIC kawal misi kemanusiaan , at 7.6.10,
KUALA LUMPUR, 7 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.
Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.
Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun, mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang.
"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.
Tindakan Israel itu juga, katanya aalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi. -Hrkh
Gambar-gambar Wira Malaysia , at 7.6.10,


Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos on its way to Gaza, pray upon arrival at Kuala Lumpur International Airport in Sepang on 6 June, 2010. Twelve Malaysian volunteers onboard the aid ship returned home.

Pro-Palestinian activist Syed Muhammad Haleem Syed Hassan (C) is greeted by family members on his arrival at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang June 6, 2010. Haleem and other Malaysian volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a rousing welcome.

Pro-Palestinian activist Jamuliddin Elias is greeted by family members and friends on his arrival at the Kuala Lumpur International Airport in Sepang June 6, 2010. Jamuliddin and other Malaysian volunteers who were onboard a Gaza-bound flotilla carrying humanitarian aid but was stormed by the Israeli marines, arrived home on Sunday to a rousing welcome.

Malaysian volunteers who were onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, return from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine passengers dead.

Mustafa Mansor, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010. Israeli commandos rappelled down to the aid flotilla sailing to thwart a Gaza blockade on Monday, clashing with pro-Palestinian activists in a botched raid that left at least nine passengers dead.

Noorazman Mohd Samsuddin, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, kisses his daughter after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.

Mohd Arba Ai Shawal, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted by his family members after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.

Selamat Aliman, right, a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos while on its way to blockaded Gaza, is greeted after returning from Istanbul at Kuala Lumpur International Airport in Sepang, Malaysia, Sunday, June 6, 2010.

Doctor Syed Muhammad Haleem (R) a Malaysian volunteer who was onboard a humanitarian aid ship attacked by Israeli commandos on its way to Gaza, arrives at Kuala Lumpur International Airport in Sepang on 6 June, 2010. Twelve Malaysian volunteers onboard the aid ship returned home.
Siapakah Agen Yahudi Yang Sebenar? , at 7.6.10,
Rakyat Tolak Sikap Hipokrit Umno-BN Bersekongkol Dengan Pro Zionis ApcoSHAH ALAM 6 Jun - Demonstrasi anti Zionis-Israel yang dianjurkan Pemuda Umno di Masjid Negara tidak mendapat sambutan sekaligus menunjukkan rakyat sedar bahawa Umno-Barisan sebenarnya hipokrit kerana bersekongkol serta mengupah firma pro-Zionis untuk menasihati kerajaan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kehadiran rakyat begitu ramai di Kampung Baru semasa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar IBrahim bersama pemimpin kanan Pakatan Rakyat tanpa mengira kaum dan agama menunjukkan Pakatan Rakyat bersama menentang kekejaman rejim zionis itu.
"Serangan bertalu-talu pemimpin Umno-Barisan Nasional kononnya Pakatan Rakyat telah retak telah dinafikan dengan sokongan puluhan ribu rakyat yang hadir itu.
"Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Maslan Ahmad yang tidak mahu bersama dengan alasan kononnya sudah terlambat dalam persidangan meja bulat yang diadakan di Kampung Baru menunjukkan ketidakmatangan mereka berpolitik.
Menurut Shamsul, pemimpin di negara lain tidak kira pembangkang dan penyokong kerajaan bersatu dalam isu ini tetapi keadaan yang berbeza berlaku di negara ini.
"Kita bersatu dalam isu melibatkan kepentingan bersama, contoh kita lihat dalam isu kepala babi yang diletakkan di dalam masjid, kita tidak menolak ajakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdemonstrasi bersama-sama.
"Kita lihat dalam isu kekejaman tentera rejim Zionis ini, pemimpin Umno-BN tidak menyokong mendesak Amerika Syarikat kerana mempunyai kepentingan dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional.
"Najib sepatutnya memutuskan hubungan dagangan yang mempunyai kaitan Amerika Syarikat dan Israel serta menamatkan kontrak yang dmeterai dengan Apco dengan segera.
Tambahnya, kerajaan sepatutnya bersama-sama negara lain mengutuk kekejaman rejim Zionis-Israel ini dan menunjukkan kematangan mereka berpolitik dalam isu yang melibatkan kepentingan bersama.Umno yang sering melaungkan perjuangan demi agama, bangsa dan negara hanya mampu menarik kira-kira 200 orang hadir, kebanyakannya ahli Pemuda Umno dalam perhimpunan anti-Israel di Masjid Negara yang diadakan selepas solat Jumaat.
Berbeza dengan perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang dihadiri ribuan penyokong dan berarak dari masjid Jamek Kampung Baru sehingga Kedurtaan Amerika Syarikat, ia hanya berlangsung selama 30 minit dan diisi dengan ucapan pemimpin Pemuda Umno-BN dan wakil NGO tapa sebarang wakil parti komponen BN yang lain.
Ternyata kini, siapakah AGEN YAHUDI yang sebenar.
Jikasebelum ini, UMNO mengembar-gemburkan DSAI sebagai agen yahudi, tetapi pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International, yang menyifatkan diri mereka jagoan Yahudi sejagat, mengisytiharkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ancaman kepada kaum Yahudi.
Kini UMNO dengan APCO berpisah tiada, UMNO belum mahu memutuskan hubungannya dengan agen Yahudi itu, jelasnya, Presiden UMNO adalah agen Yahudi sebenar. Sebab itu tindak-tanduknya begitu menyimpang jauh dari kehendak agama contoh paling jelas ialah meluluskan lesen judi. -GB


