| |
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said menyatakan Kerajaan negeri Terengganu meluluskan peruntukan RM46.594 juta sebagai bantuan kepada golongan yang memerlukan sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Ahmad berkata, bantuan hari raya tersebut adalah untuk 153,201 penduduk terdiri daripada golongan miskin yang berpendapatan bawah RM1,500, warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal. Menurutnya, bantuan berupa wang tunai itu adalah dari wang royalti minyak yang dikenali sebagai Dana Khas Kerajaan Persekutuan bagi meringankan beban golongan tersebut membuat persiapan bagi menyambut hari kebesaran umat Islam itu. Beliau yang ditemui baru-baru ini mendakwa tidak menerima sebarang bantuan dana khas raya kecuali ketika pemerintahan kerajaan PAS Terengganu sebelum tahun 2004. “Bantuan dana khas saya sudah ‘dipotong’ tetapi orang lain yang lebih senang dan berkemampuan terus dapat duit raya atau zakat,” jelasnya. Beliau yang juga tergolong di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana masalah penglihatan masih menanggung persekolahan dua anak perempuan di peringkat menengah. Walaupun begitu, beliau yakin bahawa rezeki adalah dari Allah SWT namun tangan-tangan manusia yang diberi amanah gagal untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil. |