Ikuti Blog ini

ANUGERAH PENYAPU PANASKAN SIDANG DUN SELANGOR

Anugerah PENYAPU seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan, digunakan untuk kerja "kotor" UMNO/BN, dinyahkan (dipindahkan/ ditahan pangkat/ dikotakkatikkan pada bila-bila masa sahaja.














Isu Anugerah Penyapu kembali hangat

SHAH ALAM : Isu anugerah penyapu kepada kakitangan kerajaan negeri oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kembali ‘bergegar’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Semuanya bermula selepas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Mohd Hassan Mohamed Ali melabelkan tindakan Dr. Khir itu sebagai tidak boleh diterima akal.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam juga berkata, anugerah tersebut seolah-olah menjadikan kakitangan awam sebagai 'alat' yang boleh dimanipulasikan.

Beliau berkata, perkara itu turut diakui Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang menyifatkan tindakan itu antara punca kakitangan awam menolak kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.

“Inilah punca YB (Dr Khir) berada di tempat sekarang (pembangkang),” katanya pada sesi perbahasan Bajet 2009, semalam.

Mohd Hassan bangkit membuat penjelasan selepas Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia) mencelah membangkitkan isu anugerah penyapu kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, ketika Dr Khir membahaskan bajet tersebut.

Mohd Hassan (Pas-Gombak Setia) turut mendakwa kerajaan negeri BN telah melantik syarikat kontraktor yang dimiliki penyokong kuat UMNO untuk mengendalikan pembersihan sampah di hampir semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kerana itulah mutu khidmat kontraktor ini begitu jelak. Mengapa orang politik diberi kontrak ini,” katanya yang mengaku mempunyai senarai nama kontraktor itu tetapi enggan mendedahkannya dengan alasan mahu menjaga maruah individu terbabit.

Mohd Hassan berkata, kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan kontraktor yang diberi kontrak pembersihan pada masa akan datang diwajibkan mendaftar menerusi Sistem Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) selain bukan di kalangan orang politik.

“Kita akan pastikan syarikat kontraktor yang mempunyai hubungan secara langsung atau ada kaitan dengan orang politik tidak diberi kontrak pembersihan,” katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .