Ipoh : Sambutan Hari Raya yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam, anjuran bersama JKKK Kg Sungai Rokam, Pejabat Agama Islam Daerah Ipoh dan Parlimen Gopeng telah berjaya menarik kehadiran lebih dua ribu masyarakat tempatan berbilang kaum untuk berkumpul dan bermesra bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tersebut.
Majlis yang dihadiri oleh YAB Menteri Besar Perak bersama isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye , turut di hadiri sama oleh beberapa pimpinan yang lain.
Kelihatan dalam majlis tersebut diantaranya ialah, YB Bukit Gantang, Roslan Shahrom, YB Encik Chan Ming Kai , YB Encik Chang Lih Kang , juga Setiausaha Bandaraya Ipoh Dato Rahim Mat Ariff , Kaunseler Dr Khairuddin Dato Abd Malik dan Kaunseller Encik Radhi Zainon.
Majlis kelihatan meriah dan mesra kerana golungan masyarakat tempatan biasa yang hadir dapat bersama pemimpin yang mereka kasihi. Para pemimpin telah bersalaman dan bertanyakan khabar mereka.
yang kurang bernasib baik
Selain ucapan dari dua pemimpin Pakatan Rakyat , Ir Nizar dan Dr Lee Boon Chye, sumbangan kepada mangsa banjir dan bantuan kepada golungan miskin juga telah disampaikan oleh Ir Nizar.
Seramai 24 orang telah menerima bantuan kewangan sumbangan daripada Baitul Mal dan juga Kerajaan Negeri. Mereka juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh Dr Lee Boon Chye dan Chan Ming Kai.