Ikuti Blog ini

Kontroversi: Timbulkan Isu Blog Hina Nabi, Satu Strategi UMNO Untuk Menagih Simpati Pengundi Melayu Dalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu

IPOH - Polis semalam melaporkan mereka mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog. Timbalan Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara. “Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini. Sabtu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu. Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya.

[Nampak sangat isu blog hina Nabi ini adalah satu "bom jangka" yang dicipta oleh kerajaan bagi menimbulkan isu baru disaat cerita tentang "Hudud" sedang hangat diperkatakan sekarang. Semua ini dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat supaya menolak PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sandiwara seperti ini sebenarnya sudah basi dan tidak boleh dipakai sama sekali. Memang semua orang tahu kebanyakan penulis blog menggunakan server luar negara untuk beroperasi. Soalnya, mengapakah blog yang baru dibina itu tiba-tiba dikatakan menghina Nabi? Sedangkan blog yang tidak popular dan baru biasanya tidak ramai pengunjung yang tahu. Ini bermakna, isu ini telah dirancang oleh mereka. Hanya rakyat yang "bangang macam puak-puak UMNO sahaja boleh ditipu. Tetapi bagi rakyat yang bijak, mereka sebenarnya lebih tahu strategi licik yang dibuat-buat oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri untuk menarik undi orang Melayu di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu sebenarnya].



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .