Ikuti Blog ini

Minyak Turun Lagi, Anwar Akhirnya Menang. Shabery Perlu Letak Jawatan Segera !!

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini mengambil keputusan untuk menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa hari ini. "Oleh kerana harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk sekali lagi mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam. Beliau berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan daripada RM2.00 seliter kepada RM1.90 seliter dan petrol RON92 akan diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. Harga diesel akan dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter, kata beliau. Ini merupakan kali keenam kerajaan menurunkan harga minyak sejak Ogos. Kali terakhir harga minyak diturunkan ialah pada 18 November.

[Dalam isu minyak turun ini, kita ucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan. Namun, harus diingat bahawa inilah jasa Pakatan Rakyat terutamanya Anwar kepada rakyat. Kekuatan pembangkang di parlimen ditambah lagi dengan perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang jelas sekali membuka mata kerajaan agar melihat masalah dan menjaga kebajikan rakyat. Kini terbukti, Anwar pemenang dalam debatnya dengan Shabery Cheek. Maka seharusnya Menteri Penerangan itu "meletakkan jawatannya" sekarang. Jelas sekali apa yang dipertahankan itu kini tidak menjadi kenyataan. Malahan, 110% apa yang dihujahkan oleh Anwar kini sudah terbukti, terutamanya perihal turunkan minyak sehingga RM2.00 jika Pakatan Rakyat memerintah. Harus dingat juga, minyak mula diturunkan tatkala menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh lalu. Rakyat harus sedar bahawa, penangan Anwar dalam isu minyak ini tampak nyata sekarang. Akhirnya rakyat terbela biarpun Pakatan Rakyat belum membentuk kerajaan lagi. Jika ini senarionya, apatah lagi kelak jika kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Nescaya rakyat akan menikmati berbagai lagi insentif dan keistimewaan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah negara nanti].


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .