Ikuti Blog ini

Penyertaan Dato' Zahar ke dalam PAS dialukan - Mursyidul Am


KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kemasukkan Kapten(B) Dato' Zahar Hashim dalam PAS menjadikan satu tanda kehancuran Umno semakin jelas.

ImageBeliau berkata demikian ketika menyambut kedatangan pelabur dari China, Presiden Beijing Good to Great Investment Co.Ltd, Madam Qiao Li yang juga merupakan usahawan terkenal dalam bidang pertanian.


Menurut Nik Aziz, kini ramai pemimpin Umno yang berkaliber sudah terbuka hatinya dalam menilai sendiri keburukan yang berlaku dalam Umno dan mereka telah membuat pilihan tepat untuk membela agama Islam dengan menyertai PAS.

Di saat berlakunya Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Umno menerima tamparan hebat bila ada ahli Umno menyertai PAS dan sanggup turun padang menjelaskan isu semasa kepada pengundi di Kuala Terengganu nanti.


Nik Aziz juga berharap Dato' Zahar akan istiqamah dalam membantu memperjuangkan kedaulatan Islam bersama ahli PAS yang lain.

"Saya menyeru kepada pengundi di Kuala Terengganu agar mengetepikan fahaman kebangsaan yang dibawa oleh Umno/BN dan kembali kepada semangat untuk membela agama Islam, sudahlah pecah belah antara kaum masih tak selesai, sedangkan Islam adalah untuk semua kaum," ujar beliau.


"Saya syukur pada Allah S.W.T yang sudah buka hati Kapten Zahar, satu anugerah daripada Allah untuk buka pintu hati orang sebegini hebat dalam Umno dan beliau yang banyak pengalaman telah berani dedahkan kepincangan Umno dan kerajaan," katanya lagi.

Sebelum ini, Kapten(B) Dato' Zahar Hashim Ketua bahagian Petaling Jaya Selatan bersama dengan 13 AJK bahagian dan 28 ketua Umno cawangan telah menyertai PAS dan telah menyerahkan boring keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat ISa dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali.


"Umno sekarang ni banyak kepincangan, dalam saat-saat sekarang ni, Umno gantung ahli, buang ahli dan banyak masalah dalaman mereka sedangkan yang masuk Umno tak dak pun dan ini menggambarkan Umno menuju ke arah kehancuran," katanya lagi.

Menyentuh tentang isu hudud yang digemburkan kini, beliau berkata ia hanyalah mainan mereka yang tertentu sahaja.


"Dulu amat susah nak sedarkan masyarakat bahawa politik dan Islam tak dapat dipisahkan, begitu juga hudud ni, yang pentingnya kami berusaha untuk jadikan ia sebagai undang-undang dan terpulang kepada pihak hakim yang akan menentukannya," ujar beliau lagi.

Berkaitan dengan sokongan kaum lain terhadap PAS kini yang semakin ketara, beliau berharap kaum cina dan India di Kuala Terengganu juga menyedari perkembangan ini dan seterusnya memberi sokongan kepada calon PAS nanti.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .