Ikuti Blog ini

Tok Mun akhirnya insaf?

MAIMUM Yusof menunjukkan sumbangan yang diterima ketika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Siapa tidak kenal Tok Mun KT bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang menjadi selebriti segera pada pilihan raya umum lepas. Nenek Maimun Yusof, 89, hari ini pula mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Alasan Nenek Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ni ikut loghat Terengganu "Dok payoh jumpa lagilah, tok tak mboh tanding doh. Takdok pitih ... dok buleh buat apa doh... Nok kumpul duit pun dah dok dang" . Dalam pada itu Tok Mun mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan membina laman blog bagi mengutip dana kononnya untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu namun mengikut Tok Mun kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Sehingga ke hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti siapa yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut. Bila ditanya adakah Tok Mun akan menyertai semula Pilihanraya pada masa akan datang?, dengan bangga dan penuh semangat beliau berharap masa itu akan tiba dan beliau dapat menjadi calon lagi. Jadi kesimpulan nya belum insaf lagi la..

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.


Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada lama blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.


"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .