Ikuti Blog ini

Bekas ARC Cup Prix bersama di 'Riang-ria Motor'


KUALA TERENGGANU, 11 JAN - Remaja HALWA negeri Terengganu dengan kerjasama DACS (Department of Arts, Culture and Sports) salah satu jabatan di bawah Dewan Pemuda PAS negeri telah menganjurkan program ’Riang Ria Motor’ bersama golongan muda.
Program yang dijayakan sama oleh ahli-ahli dari Alternative Riding Club (ARC) yang dipengerusikan sendiri oleh Saudara Mohd Yasser Said, bekas juara Cup Prix Marlboro bagi dua tahun berturut-turut.

Beliau yang juga merupakan salah seorang anggota jawatankuasa Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pemuda Pas Pusat bersama bersama empat lagi rakannya telah mengadakan demonstrasi 'menunggang motor cara selamat' di Pasar Borong Gong Pauh dekat sini petang semalam.


Ketibaan Calon PAS, Abdul Wahid Endut yang diiringi ahli-ahli ARC yang menaiki motorsikal berkuasa tinggi ini telah menggamatkan suasana walaupun dalam keadaan cuaca hujan renyai-renyai.


Abdul Wahid, dalam ucapannya berkata ”Saya telah melalui usia muda dan saya sangat memahami kehendak jiwa muda baik lelaki, mahupun perempuan. Islam mahukan umatnya sentiasa aktif, cergas serta progresif”.


Bekas pelumba motorsikal negara ini menyarankan agar golongan muda membina kekuatan mental, fizikal dan spiritual bagi menghadapi cabaran semasa. Dalam pada itu, beliau sempat melayan keluhan rakyat berkenaan isu pencerobohan tanah oleh kerajaan BN.


Turut yang mengulang kata Yasser, beliau menyatakan bahawa sangat penting bagi golongan muda untuk memberikan peluang kepada Pas untuk membuktikan bahawa pemimpin Pas memperjuangkan hak yang menepati citarasa golongan muda," ujarnya.


Aksi dan demonstrasi menunggang motorsikal dengan selamat oleh Yasser dan pertandingan menunggang motorsikal lambat oleh para peserta berjaya menarik minat kira-kira 200 pengunjung untuk menunggu sehingga program berakhir.


Saran Yasser, selaku orang yang berpengalaman dan berkemahiran dalam menunggang motor serta aktif dalam ceramah ”Safety Riding” agar wanita memakai jaket bagi mengelakkan tudung daripada menutupi muka ketika menunggang motor untuk mencegah berlakunya kejadian yang tidak diingini ketika.


Aktiviti itu juga berselang-seli dengan ucapan pimpinan yang hadir. Penyampaian cabutan bertuah berupa hadiah barangan dan servis enjin motor secara percuma kepada 30 peserta yang terlibat.


Baginya, melihat suasana di sini, kelebihan pengundi muda akan memberi undi kepada Wahid sangat tinggi memandangkan calon yang baginya sangat prihatin kepada golongan muda itu memahami kehendak orang muda dalam apa juga keadaan.


Dimaklumkan juga, beliau (Yasser) akan berada di Kuala Terengganu bersama jentera pilihan raya PAS beberapa hari sehingga proses pembuangan undi pada 17 Januari ini.


Program yang julung kali diadakan ini bermula jam 2.30 petang ini selesai hingga lewat petang semalam.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .