Ikuti Blog ini

Calon BN sombong, Umno tak reti pilih calon - Tun

KT: Imej Sombong Wan Farid

Gaya 1: Tangan sentiasa dalam poket.

Gaya 2: Jika tidak dalam poket, gaya memeluk tubuh


Gaya 3: Tanpa mendengar butir percakapan, gaya sahaja sudah dapat meneka apakah nada yang digunakan.

Gaya 4: Tangan disembunyikan di belakang. Seolah-olah rileks sahaja. Dengar macam acuh tak acuh pula.

Gaya 5: Masih begini sifatnya Wan Farid.

Buruk sangatkah imej dan perlakuan Wan Farid sehinggakan Pak Lah sendiri terpaksa membela Wan Farid dari imej sombong? Sebelum ini Najib juga telah ke depan membela Wan Farid apabila Dr M mengatakan Wan Farid adalah proksi kepada Pak Lah. MB Terengganu, Ahmad Said sendiri mengakui belum berpuas hati dengan imej Wan Farid setakat ini. Apakah Wan Farid adalah "teruk dan teramat buruk" seperti yang dikatakan tersebut?

Secara peribadi aku tidak kenal siapa Wan Farid. Walaupun tahu Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, namun disebabkan tiada apa yang menarik untuk diteliti tentang dirinya menyebabkan tiada perasaan mahu ambil tahu sehinggalah Wan Farid dilihat beria-ria mahu menjadi calon UMNO bagi kerusi P036 Kuala Terengganu.

Ketika itu imej Wan Farid sudah diperkatakan sebagai sombong, elit dan sebagainya. Ditambah dengan mempunyai pertalian dengan Wan Hisham (abang), imej Wan Farid sudah diletakkan sebagai tercalar sebelum dicalonkan lagi. Namun, kerana kedudukan dan sedikit 'keakraban' dengan Pak Lah mungkin menjadi penyebab kepada kerusi terbabit dicaloninya.

Imej Wan Farid bertambah buruk bilamana PAS meletakkan Hj Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon. Sifat semulajadi peramah dan mudah mesra Hj Wahid telah meletakkan saham Wan Farid merudum lagi. Perbezaan sikap dan kemesraan antara keduanya menyebabkan imej Wan Farid dikatakan terpaksa diperbaiki dan dimolekkan. Maka muncullah pelbagai billboard yang cuba menceritakan Wan Farid adalah comel-comel sahaja layaknya.

Dalam mendengar cakap-cakap awam tentang Wan Farid yang ego, sombong dan elit, aku akhirnya terpaksa akur dan mengakui bahawa cakap-cakap itu ada asas dan kebenarannya. Aku sempat melayari laman web UMNO Kuala Terengganu dan menjumpai gambar-gambar anak bangsawan tersebut. Patutlah dia dikatakan ego, sombong dan elit.




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .