Ikuti Blog ini

Bekas pelumba motorsikal negara bantu kempen calon PAS di KT

KUALA TERENGGANU - Bekas juara lumba motorsikal berkuasa kecil Malaysia, Mohd Yasser Said menyertai jentera PAS bagi kempen pilihan raya di Kuala Terengganu.


ImageBeliau yang datang bersama empat rakannya telah mengadakan demonstrasi 'menunggang motor cara selamat' di Pasar Borong Gong Pauh dekat sini sebentar tadi.


Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut sempat beramah mesra dengan Yasser serta rakannya dalam program tersebut yang dianjurkan Nisa Terengganu.

Image

Yasser yang ditemui selepas membuat pertunjukan tersebut menyatakan sokongan penuh kepada calon PAS untuk menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.


Ujarnya, calon dan kepimpinan PAS tidak kira bagi pilihan raya kecil ini mahupun dalam apa juga keadaan memahami kehendak orang muda.


Baginya, pengundi muda di sini akan memberi undi kepada Wahid yang baginya sangat prihatin kepada golongan muda.


"Sangat penting bagi golongan muda untuk memberikan peluang kepada PAS untuk membuktikan bahawa pemimpin PAS memperjuangkan hak yang menepati citarasa golongan muda," ujarnya.

Image

Yasser adalah salah seorang anggota jawatankuasa Lajnah Kebudayaan dan Kesenian Pemuda PAS Pusat yang telah banyak membuat program bersama penunggang muda.


Beliau (Yasser) akan berada di Kuala Terengganu bersama jentera pilihan raya PAS beberapa hari sehingga proses pembuangan undi pada 17 Januari ini.






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .