![](http://prkt.pas.org.my/images/rsgallery/display/DSC05645.JPG.jpg)
Program yang berlangsung bermula jam 8.30 pagi itu berjaya menarik hati ramai penduduk daripada peringkat kanak-kanak sehingga warga emas. Ramai yang hadir menyatakan sokongan padu mereka kepada calon pakatan rakyat, Abdul Wahid Endut yang hadir sama menyampaikan ceramah kempennya.
Program yang berlangsung meriah ini menyajikan pelbagai acara menarik seperti pertandingan gubahan tuala, klim karipap, boling padang, pertandingan mewarna kanak-kanak, rebut kerusi kanak-kanak, ceramah motivasi dan pertandingan kupas bawang untuk peserta lelaki.
Program kemasyarakatan itu juga turut menghadirkan doktor-doktor dalam pemeriksaan kesihatan percuma, kemudahan seperti semakan daftar pemilih juga disediakan kepada penduduk.
![](http://prkt.pas.org.my/images/rsgallery/display/DSC05637.JPG.jpg)
"Dulu bila sebut sahaja PAS, orang Cina sudah naik gerun. Mereka digambarkan olen BN bahawa PAS ganas, suka buat kacau. Tetapi, Alhamdulillah, selepas kita selalu turun berjumpa dengan mereka, mereka sudah mendapat persepsi baru tentang PAS," cerita beliau.
"Sekarang orang Cina pun kenal sama saya, sampai ada yang kata muka saya pun serupa macam orang Cina," ujarnya berseloroh dengan hadirin.
"Apa yang dapat saya simpulkan melalui permerhatian, orang-orang Cina sekarang lebih faham perjuangan PAS yang memperjuangkan keadilan buat rakyat berbanding ahli BN yang sendiri tidak sekata dengan calon pilihan partinya,
"Sehingga kini dilihat masyakat Cina di Kampung Cina, Kampung Tiong sudah boleh menerima kita dengan baik" tambahnya.
Mengulas pertanyaan wartawan mengenai pertandingan tiga penjuru, beliau menganggap bahawa ia adalah amalan biasa dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.
Beliau juga berjanji akan menambahkan suara pakatan rakyat di parlimen setelah memenangi pilihan raya tersebut. Dalam pada itu, beliau juga enggan mengulas mengenai calon lain.