Ikuti Blog ini

Tindakan perlu tegas bagi menangani anasir Zionis Israel


Ipoh : Hampir 4 ribu rakyat Perak bersama-sama menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin pada Malam Solidariti Kemanusiaan Untuk Palestin di Stadium Indra Mulia Perak yang di adakan semalam.

Majlis anjuran bersama kerajaan Negeri Perak dan pertubuhan JAMA'iY telah berjaya menarik orang ramai ke majlis tersebut walaupun dalam keadaan hebahan yang agak suntuk.

YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohamad Nizar telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.Beberapa pimpinan polititik tempatan telah turut sama menyampaikan ucapan mengecam dan mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel keatas rakyat Palestin.

Beberapa wakil NGO seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan TERAS Pengupayaan Melayu) turut sama dalam majlis tersebut dan menyampaikan ucapan tanda sokongan dan simpati terhadap perjuangan rakyat Palestin.Begitu juga dengan perwakilan daripada Mahasiswa yang turut menyatakan sokongan dan bantahan mereka dalam isu serangan Israel keatas Ghaza, Palestin.

Kemuncak acara majlis tersebut ialah pelancaran Dana RM1 Juta Untuk Palestin oleh MB Nizar dimana beliau telah mengisytiharkan Kerajaan Negeri Perak menghulurkan derma sejumlah RM50 ribu kepada tabung tersebut.

Replika cek RM50 ribu tersebut telah diserahkan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri , Dato Dr Abdul Rahman Hashim.

Beberapa syarikat swasta , pertubuhan politik , orang perseorangan telah turut menyampaikan derma masing-masing.Pihak penganjur telah menerima beberapa 'pledge' daripada beberapa syarikat dan orang perseorangan untuk menjayakan program kutipan dana tersebut.


MB Nizar , sewaktu sidang media diadakan diakhir majlis tersebut menyatakan bahawa kutipan dana untuk rakyat Palestin RM 1 juta itu akan terus dilaksanakan dari masa ke masa dan tidak terhenti dengan berakhirnya majlis malam tadi; walaupun jumlah satu juta itu dapat dikutip , keperluan untuk rakyat Palestin tentu bertambah dari masa ke masa.

Cikgu Azmi Hamid (TERAS) berharap agar tindakan tegas diambil bagi menangani isu Palestine tersebut.

"Tidak ada genjatan senjata ; Israel mesti keluar daripada Palestine!" katanya dengan tegas.

Beliau juga berharap agar negeri Perak sanggup menjadi negeri Islam pertama menerima anak-anak Palestine menjadi anak angkat.

"Sehingga kini, tidak ada sebuah negeri daripada kalangan negara pakatan Islam OIC sanggup menerima pelarian anak-anak Palestine," terang Cikgu Azmi.

Pada sidang yang sama, Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujjahid Yussof Rawa memberitahu bahawa Parlimen akan membahaskan isu Palestin pada persidangan yang akan datang.

"Parlimen akan membuat lawatan ke negara-negara Arab OIC meminta mereka supaya benar-benar bertegas dalam menangani isu tersebut." kata Mujahid.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .