Satu Majlis Makan Malam bersama masyarakat Cina telah diadakan di Dun Bandar.Restoran Ocean telah dipilih dan menyaksikan terhimpunya lebih dari 3ribu orang memenuhi ruang kecil ini...Rakyat dari serata K.Terengganu dan dari pelbagai Bangsa berkumpul bersama-sama untuk mendengar Amanat dari Pimpinan-Pimpinan Atasan Pakatan Rakyat.
Antara yang hadir ialah Dato Seri Anwar Ibrahim,Dato Husam Musa,YB Tian Chua,YB Saifuddin Nasution dan YB Azmin Ali serta ramai lagi.Kehadiran wakil dari Pakatan Rakyat yang mana ketika ini isu Perkauman bagi memecahkan Gabungan Pakatan Rakyat dilihat tidak memeberi kesan kepada Pimpinan dan Rakyat.
Antara isi ucapan dari Dato Seri Anwar dan Dato Husam menarik perhatian dikalangan mereka yang hadir.Isu semasa yang melibatkan ekonomi dan Janji UMNO/BN diperkatakan dan dilihat berasas kepada Rakyat.
Dato Seri Anwar dan Dato Husam bergegas pulang awal bagi memenuhi jadual mereka dibeberapa tempat yang melihatkan RAKYAT melaut memenuhi semua tempat ceramah.Tidak mengira dimana sahaja pasti Rakyat akan hadir.Ini menunjukan KEKUATAN dan PENGARUH PAKATAN RAKYAT itu masih ada.