Ikuti Blog ini

Pemimpin Umno bertaruh RM2 juta?


KUALA TERENGGANU - Maklumat terbaru yang diterima satu 'team' yang dinamakan 'Kumpulan 14' dianggotai oleh pemimpin Umno Terengganu dari kelompok bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh akan 'mensabotaj' calon Barisan Nasional (BN) Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan memasang kain rentang di seluruh kawasan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu yang memburuk-burukkan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri itu dalam waktu terdekat.

Sumber tidak menyebut 'wording' kain pemidang berkenaan tetapi menjelaskan alat kempen berkenaan sudah siap dibuat hanya menunggu masa untuk dipasang di tempat-tempat strategi dalam pilihanraya berkenaan. Ini menunjukkan bahawa perbalahan dalam Umno tidak pernah reda sehingga ini.

Sumber juga memberitahu dalam keadaan BN terdesak untuk mencapai kemenangan, ada kumpulan tertentu yang pro BN diupah dan bergiat aktif memasang 'billboard' termasuk karektor Anwar menunggang keldai kepala dua yang diturunkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) beberapa hari lalu.Ia bertujuan untuk menimbulkan provokasi di kalangan petugas-petugas pilihanraya supaya berlaku sedikit kekecohan.

Bagaimanapun ia dapat diredakan dengan kerjasama polis dan Penguatkuasa MBKT sebagaimana berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub bergegas ke tempat insiden berkenaan dan menyaksikan billboard itu diturunkan pihak MBKT.

Mereka mengharapkan petugas Pakatan Rakyat menjalankan tugas mengikut undang-undang pilihanraya dan melarang membuat sesuatu tindakan di luar dari batasan undang-undang tersebut.

Sementara itu, jangan terkejut dengan dakwaan ada pemimpin Umno tertentu berjudi dengan mempertaruhkan wang berjumlah RM2 juta jika keputusan berlaku sama ada Calon PAS Haji Mohd Abdul Wahid Endut menang kira-kira 6,000 undi atau jika Wan Farid menang walaupun majoriti 1 undi.

Ia menggambarkan seolah-olah ramai di kalangan pemimpin Umno termasuk pemimpin tertinggi mereka percaya calon BN dalam pilihanraya tersebut akan kalah tidak melebihi 5,000 undi dan jika lebih dari itu mereka bertaruh RM2 juta.

Sementara satu kumpulan lagi bertaruh RM2 juta juga jika Wan Farid menang dengan majoriti walaupun 1 undi. Kumpulan pemimpin Umno tersebut mempunyai sistem kerja mereka sendiri dan tidak terikat dengan bilik gerakan BN dalam pilihanraya kecil ini dan dikatakan mempunyai bilik gerakan sendiri yang dirahsiakan tempatnya.

Sumber itu juga menyebut kedudukan kemenangan calon PAS sehingga hari ini masih ditahap 60 peartus mendahului manakala 40 peratus pula dipelopori oleh calon BN.

Bagaimanapun petugas-petugas Pakatan Rakyat disaran supaya tidak terlalu berpuas hati dengan laporan itu kerana taktik dan muslihat akhir yang akan digunakan Umno di saat akhir untuk mempastikan sedaya upaya calon BN menang dalam pilihanraya kecil ini.

"Petugas Pakatan Rakyat perlu berwaspada dan mengikut arahan pemimpin," kata Ustaz Nasaruddin yang juga Pengarah Pilihanraya P036 Kuala Terengganu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .