Ikuti Blog ini

PRK KUALA TERENGGANU : HAJAT BN PECAHBELAHKAN PR TERNYATA MELESET





Hajat BN untuk memporak-perandakan PR tidak kesampaian apabila pemimpin-pemimpin DAP turut sama berarak pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu pagi tadi.

Antara pemimpin DAP yang kelihatan ialah Pengerusinya, YB Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dan lain-lain. Ternyata BN dan media mengampu gagal mencapai matlamatnya hendak mengeruhkan hubungan PAS-DAP.

Sementara itu ribuan ahli Kelab Penyokong PAS terdiri dari kaum India dan Cina turut sama mewarnai perarakan calon PR pagi tadi. Penyokong-penyokong Kaum India memakai T-Shirt tradisi mereka berwarna merah dengan gah dan bersemangat mengiringi calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS.



Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu

Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad.


Sebelum menjadi setiausaha politik kepada wan Mokhtar, Ayah beliau, Adam Taib merupakan pengarah pelajaran negeri Terengganu.

Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.


Adam Taib menjadi SUP MB sehingga tahun 1999 dan kemudian kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada PAS.


Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.


U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.


Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .