Ikuti Blog ini

SOLAT HAJAT & AKIM TARIK DIRI



Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu berlansung pagi ini . Bagi pihak Pakatan Rakyat perarakan ke Pusat Penamaan Calon bermula dengan solat hajat dan dianggarkan hampir 40 ribu orang menyertai perarakan Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Yb. Mohd Abdul Wahid bin Endut .

Solat hajat sememangnya telah menjadi tradisi PAS justeru Feqh Amal Islami telah mengajar kita semua bahawa kemenangan dan kejayaan adalah milik Allah swt. Maka menjadi satu kewajipan kita memohon segalanya dari Allah Azza wa Jalla .

Setelah segala upaya dan daya dikerah maksima mungkin untuk memartabatkan Islam di atas tanahair kita , Allah swt jualah tempat kita bertawakkal dan bermunajat memohon kekuatan dan petunjuk seterusnya nusrah dan mau'nah , agar cita - cita suci perjuangan ini berhasil dan mencapai kejayaan dengan gemilang .

Turut menggemparkan pagi ini dan mungkin ia adalah isyarat awal turunnya pertolongan Allah swt apabila AKIM yang pada mulanya dijangka turut bertanding dalam pilihanraya kecil ini telah menarik diri dari pencalonan . Lebih menarik apabila calon AKIM Harun @ Abdul Rahman Mohamad sebaik mengumumkan penarikan dirinya , telah menyeru agar semua pengundi memberi sokongan dan mengundi PAS dalam pilihanraya kecil ini .

Semoga Allah memenangkan perjuangan ini .


http://buletinonline.net/images/stories/berita/akimtarikdiri.JPG
Kuala Terengganu - Calon Akim (Angkatan Keadilan Insan Malaysia), Harun @ Abdul Rahman Mohamad hadir ke pusat penamaan calon, namun tidak menyerahkan borang pencalonannya.

Kira-kira jam 9.30 pagi, bertempat di lobi Stadium Negeri beliau telah membacakan kenyataan empat perkara dan menarik diri dari bertanding dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau berkata sebab-sebab beliau menarik diri adalah kerana hasratnya ingin melihat Islam sebagai landasan perjuangan bagi orang Melayu Islam di negeri ini.

Katanya dasar perjuangan AKIM dan PAS mempunyai persamaan justeru dengan rela hati beliau memberi keutamaan kepada calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut yang juga ADUN Wakaf Mempelam.

Katanya Mohd Abdul Wahid mempunyai ciri-ciri dan kriteria sebagaimana yang dikehendakki dan diperlukan oleh masyarakat Islam.

Dalam kenyataannya juga beliau berhasrat untuk melihat satu perpaduan terbentuk antara parti-parti politik bersatu untuk menumbangkan UMNO/BN yang dilhat sebagai tidak relevan lagi.

Justeru itu beliau menyeru semua penyokong-penyokongnya dari parti AKIM, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli serta penyokong UMNO untuk menyokong PAS dalam pilihanraya ini.

“Saya menyeru kepada semua penyokong AKIM, Keadilan dan UMNO memberi sokongan kepada PAS,”tambahnya.

Dalam mengulas penarikan diri calon AKIm tersebut Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang berkata ia adalah satu perkembangan yang baik kepada PAS.

Beliau yang ditemui di pusat pencalonan turut memberi sokongan moral dan mengiringi calon PAS bersama puluhan ribu yang lain.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .