Ikuti Blog ini

Kerajaan BN Perak Dapatkan Panduan Peguam




PETALING JAYA [Terkini] - Menteri Besar HARAM Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (foto) dan enam Exconya yang digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) antara 12 dan 18 bulan, mahu mendapatkan panduan Peguam Diraja berhubung krisis perlembagaan Perak. Sehubungan itu, beberapa anggota pasukan peguam mereka dijadual berlepas ke London hari ini. Turut bersama mereka ialah salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terbabit.


"Pasukan ini terdiri daripada peguam kanan dan muda, dengan salah seorang daripada mereka pernah terlibat dalam kes membabitkan Ketua Menteri Sabah pada 1986," kata satu sumber hari ini. Menurut sumber itu, mereka akan mendapatkan pandangan kedua berhubung tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung mereka dan juga tindakan perundangan yang diambil oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Kata sumber itu, pasukan tersebut ke London bagi pihak Zambry dan enam Exco berkenaan.


Ketika ditanya sama ada Peguam Diraja akan mewakili mereka di mahkamah, sumber itu berkata: "Tidak. Selain mendapatkan pandangan kedua, mereka juga mahukan pandangan berhubung kedudukan bidang kuasa Komanwel yang lain, selain kes-kes di Sabah dan Sarawak di sini.


[Anehnya dalam hal ini, ketika ingin merampas kuasa mereka terlupa pula untuk mendapatkan khidmat peguam diraja. Kini bila sudah tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab akibat tekanan yang ada, barulah terkial-kial untuk mendapatkan pandangan peguam terkemuka itu. Inilah masalah yang ada dalam UMNO sebenanrnya. Bukankah UMNO itu sendiri mempunya panel penasihat undang-undang dan peguam mereka sendiri?].




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .