Ikuti Blog ini
Warga Bagan Datoh terpegun kehadiran Nizar ,Khamis, Februari 19, 2009 at 19.2.09,
WALAUPUN Bagan Datoh dikenali sebagai sebagai kubu terkuat BN ekoran adanya seorang menteri kabinet bernama Ahmad Zahid Hamidi, namun ia langsung tidak mematahkan semangat Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam rangka lawatan dan ramah mesra dengan rakyat kawasan itu petang semalam. Paling mengejutkan sambutan diberikan oleh setiap lapisan masyarakat disitu kepada Nizar dan rombongannya cukup memberangsangkan apatah lagi mengetahui jawatan menteri besar yang disandang dikatakan 'tergantung' angkara rampasan kuasa BN.
Bermula dari program majlis Hi-Tea di Parit 1 diikuti ramah mesra dengan penduduk Bagan Sungai Tiang kemudian menyusul lawatan mengejut ke pasar malam Batu 20 dan diakhiri bersama penduduk di Bagan Hutan Melintang memperlihatkan rata-rata ditemui cukup terpegun dengan kehadiran Adun Pasir Panjang itu.
Bahkan sambutan diberi masyarakat Cina di Bagan Sungai Tiang juga tidak kurang meriahnya. Ini merupakan program kedua diadakan oleh Nizar selepas berkunjung ke kawasan yang diwakili sebelum ini.
Jika dia tidak memiliki nilai-nilai kepemimpinan waja dan gentar dengan cabaran mendatang, Nizar tentunya sukar untuk tampil berdepan dengan rakyat ketika jawatan dipegangnya menerusi mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke-12 tiba-tiba hilang.
Semuanya ini adalah berpunca tindak-tanduk pemimpin tidak bertanggungjawab mencetuskan gerombolan 'rampasan kuasa' yang sehingga kini belum menemui noktah akhir. Kepada Nizar, teruskan perjuangan berbakti kepada negeri dan rakyat Perak yang disayangi.