Mula dulu, hanya tiga Adun Perak sahaja yang hilang... tetapi pagi tadi, plak dan tiang-tiangnya sekali turut hilang! Angkara siapa semua tentu maklum. Apa yang perlu Umno /BN ketahui ialah, bahawa pengaruh mereka juga semakin hilang di bumi Perak ini.
Pagi ini, sewaktu melintasi tempat tersebut, kelihatan berduyun-duyun manusia yang prihatin tentang suasana disitu mengkerumuni pokok tersebut dan mengambil gambar.
Masing-masing menanam dendam untuk dibuktikan apabila musim pilihanraya yang akan datang tiba. Bukannya lama sangat.....Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'Pokok Demokrasi' yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.