Ikuti Blog ini

UNDIAN SMS : 96% BANTAH MBI ROBOHKAN PLAK POKOK DEMOKRASI KERAJAAN NIZAR

Undian SMS 7 Edition malam tadi menunjukkan 96% membantah langkah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)yang telah mengeluarkan notis supaya pemilik plak peringatan yang dibina di kawasan di bawah "Pokok Demokrasi" dirobohkan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu dipercayai ditampal semalam pada pokok yang berlangsung kononnya sidang tergempar Dewan Undangan Negeri yang diadakan oleh pihak pembangkang pada 3 Mac lalu.

Dengan keputusan SMS itu jelas menunjukkan langkah Majlis Bandaraya Ipoh amat tidak disenangi oleh rakyat seluruh negara ini khususnya rakyat Perak yang merupakan satu bentuk percubaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat Perak.

"Nampaknya Majlis Bandaraya Ipoh juga bersekongkol dengan pimpinan kerajaan haram UMNO-BN di Perak apabila tidak menyenangi Pokok Demokrasi yang telah menerima kunjungan para pelancong di negeri Perak," kata seorang penduduk Perak.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-Undang MBI bagi pihak Datuk Bandar Ipoh, menyebut pembinaan plak itu menyalahi Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

"Tak mengapa, tunggu kerajaan Nizar naik semula, nanti Pegawai Undang-undang dan semua mereka yang berlagak untuk menunjukkan kuasa mereka di MBI itu akan dipecat serta-merta," bentak seorang yang lain dengan nada marah kerana pada pandangannya pegawai Undang-undang itu juga sudah menjadi lembu yang ditambat hidungnya.

"Tiada justifikasi diberikan untuk menyatakan ia menghalang di tempat awam. Yang menghalang orang awam ialah sikap angkuh mereka yang baru mendapat Menteri Besar haram yang belum lagi diiktirafkan oleh mahkamah," katanya.

Plak peringatan itu didapati dipecahkan semalam oleh pihak yang tidak diketahui sementara pagi ini ia didapati turut disimbah dengan tar.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming pada satu sidang akhbar di sini, menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang memaparkan imej seorang lelaki bertukul besi sedang memecahkan plak berkenaan.

"Pemuda Sosialis DAP akan menyerahkan rakaman ini dan membuat laporan polis Isnin ini supaya tindakan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .