Ikuti Blog ini

PRK BUKIT GANTANG BN TERDESAK

BN benar-benar berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan padu daripada ahli dan penyokongnya. Semalam Umno/BN tersentak kerana hanya kira-kira 4,000 penyokongnya sahaja yang sudi untuk mengiringi calonnya Ismail Safian di pusat penamaan calon.

Ini merupakan suatu perkara yang tidak masuk akal kerana pada pilihanraya-pilihanraya kecil sebelum ini jumlah penyokong Umno yang hadir pada hari penamaan calon sentiasa melebihi 10,000 orang.

Apa punca fenomena ini? Bagi saya ada beberapa sebab :-

1) Ahli dan penyokong Umno tidak suka dan meluat dengan kepimpinan Umno yang baru dilantik kerana gagal menyelesaikan is rasuah malah mereka sendiri yang menjadi Raja Rasuah.

2) Ahli dan penyokong Umno akar umbi sebenarnya menolak pemilihan Ismail sebagai calon BN sedangkan Ismail adalah pemimpin Umno yang telah ditolak oleh Ali Umno akar umbi pada pemilihan Umno Bahagian tahun lepas

3) Ahli dan penyokong Umno sebenarnya terus memberikan sokongan kepada Nizar kerana ternyata mereka menyenangi kepimpinan Nizar sebagai Menteri Besar yan berkarisma, erakhlaq, berilmu agama dan dunia serta mesra rayat. Rata-rata Imam-imam masjid, Ketua-ketua kampung, ahli-ahli JKKK dan lain-lain, walaupun mereka masih ahli Umno tetapi memberikan sokongan kepada Nizar.

4) Pemimpin Umno Bukit Gantang terdiri dari Ketua, Timbalan, Naib Ketua Bahagian sudah tentu tidak akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Ismail kerana mereka tahu kedudukan mereka akan terancam dengan kemenangan Ismail nanti.

Saya yakin keadaaan ini akan berkekalan dan Nizar akan memenangi PRK Bukit Gantang pada 7 April ini.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .