Ikuti Blog ini

BUKIT GANTANG : Gagal Bebaskan Tahanan ISA. Hamid dan Musa Perlu Dipecat.

Najib Razak, PM yang baru semalam telah memulakan lembaran pentadbirannya dengan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), serta mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversi.

Tetapi malang, ia dicacatkan dengan kelembapan pihak berkuasa polis yang tidak membebaskan tahanan ISA yang dimaksudkan itu serta-merta tetapi menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyatakan kesemua tahanan itu akan keluar dari Pusat Tahanan Perlindungan Kamunting dekat sini, esok

Persis di sini seolah Musa Hassan telah bertindak sebagai PM, bukan Najib.



hindraf kamunting prayer 161207 entranceSekalipun Musa menyatakan kesemua mereka akan dibebaskan sejurus selepas semua proses dokumentasi mengenai kes dan pembebasan mereka disiapkan, namun yang nyata Musa bertindak tidak profesyenal dengan melengah-lengahkan untuk mematuhi pengumuman yang telah dibuat oleh seorang perdana menteri.

Beberapa ahli keluarga tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) yang menunggu sejak awal pagi di Kem Tahanan Kamunting kelihatan kecewa dan merasakan tertipu apabila tidak seorang pun tahanan di kem itu dibebaskan hari ini.



bm lima tahanan hindrafKira-kira 20 ahli keluarga dan penyokong, kebanyakannya kaum India yang berkumpul di hadapan pintu utama kem tersebut, beransur-ansur beredar dari situ apabila diberitahu bahawa kem tersebut belum mendapat arahan bertulis untuk pembebasan tersebut.

Justeru itu banyak pihak meminta Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara dipecat dari jawatan mereka lantaran kegagalan untuk mematuhi pengumuman yang telah dibuat oleh Najib selaku Perdana Menteri.

"Mereka bertindak seperti lebih sudu dari kuah, soal administrative tu hal mereka, mereka kena pertingkatkan professionalisme dan efficiency. Yang perlu ialah mematuhi arahan dari superior mereka. Kenapa bila masa menahan dan menangkap, mereka tak sabar-sabar menangkap tetapi bila masa membebaskan pelbagai alasan diberikan?" bentak seorang ahli keluarga tahanan yang datang dari jauh untuk menyambut bapanya.

"Kalau surat belum tiba, they are supposed to get it from the the prime minister, mereka ingat mereka siapa sampai kena tunggu Perdana Menteri sendiri datang bawa surat kepada mereka?" tambahnya lagi.


Dr Low Cheng Kim, seorang pakar Pengurusan Organisasi menyifatkan tahap pengurusan Kementerian Dalam Negeri dan PDRM berada di tahap kritikal lantaran tidak berkeupayaan untuk mematuhi arahan dari pegawai atasan mereka dengan effisyien dan effektif sekalipun kita sekarang berda di zaman digital dan k-government.

"Terlalu banyak rep-tape dan bikrokrasi yang melemahkan jentera pengurusan dan pentadbiran kerajaan untuk bertindak dengan cekap dan berkesan," tambahnya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .