Ikuti Blog ini

BUKIT GANTANG : Pelbagai Taktik Kotor UMNO-BN

Semakin hampir ke tarikh pilihanraya kecil 7 April, semakin banyak terdedah politik kotor UMNO-BN yang tertekan dan terdesak untuk memenangi kerusi Bukit Gantang.

Mengizinkan tarian separa-bogel dengan penipuan di atas nama kebudayaan Cina, melemparkan tuduhan perpecahan UMNO ekoran calon yang bermasalah kepada Pakatan Rakyat, mensabotaj poster-poster PAS, menyebarkan risalah buku kecil memburukkan PAS ekoran isu Elizabeth Wong, terkini ialah percubaan mereka untuk membakar kereta polis dan kemudian melemparkan tuduhan kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Hal tersebut didedahkan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali di dalam sidang medianya di Bukit Gantang.

Mustapha mendakwa bahawa telah sampai ke pengetahuannya terdapat perancangan kotor dari pihak BN dimana pada hari di malam yang terakhir pihak BN akan kumpulkan kereta-kereta lama polis dan akan dibakar berdekatan dengan salah satu balai polis. Kemudian mereka akan memfitnah ia dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, malaysiakini telah melaporkan sebuah buku kecil mengenai kontroversi gambar intim exco kerajaan negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kini diedarkan di Bukit Gantang.

Hal ini telah kami dedahkan di dalam tulisan sebelum ini memetik tulisan chegubard yang mana pihak BN merancang menjadikan isu Elizabeth Wong sebagai bahan kempen mereka.

Dari muka pertamanya, buku itu memaparkan Elizabeth sebagai seorang wanita tidak bermoral tetapi masih menerima sokongan daripada PAS, yang meletakkan Datuk Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Buku itu mendakwa, Elizabeth tidak dianiayai tetapi dia sendiri yang menjadi puncanya dan mengadakan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Artikel kelima dan artikel yang terakhir dalam buku itu memaparkan rencana Utusan Malaysia pada 1985 yang memetik Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang sebagai berkata parti itu akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika ia berkuasa.

BN juga telah bertindak kurang ajar apabila menampal lambang dacing di atas poster-poster PAS sehingga telah melahirkan suasana tegang di Bukit Gantang.

Insiden tersebut merupakan taktik kotor UMNO-BN yang tidak dapat untuk menandingi keperibadian calon PAS, Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin sehingga terpaksa "mengakui" ia calon BN.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .