Ikuti Blog ini

Menanti Penanti

Hari ini pilihanraya kecil atau PRK amat menggerunkan UMNO. Badi PRK Permatang Pauh yang tidak menyebelahi UMNO terus menghantui UMNO. Hantu Altantuya telah bersama membantu PR membunuh kerjaya pembunuhnya. Dalam keluh resah mententeramkan jiwa, datang pula PRK Kuala Terengganu. UMNO mula mengukir senyum yakin akan menang di KT. Tetapi UMNO kalah lagi. Kekalahan ini lebih pahit untuk ditelan kerana KT asalnya kepunyaan UMNO.

Ketika PR sedang riang ria meraikan kejayaan dua PRK, bumi Perak dinodai oleh helah UMNO. Tindakan ADUN Bota berpura-pura hijrah ke PKR telah mempercepatkan tumbangnya kerajaan PR di Perak. SPR telah mencipta rekod menidakkan keputusan speaker. Speaker telah memaklumkan secara bertulis bahawa tiga ADUN PR telah mengosongkan kerusi berdasarkan aku janji di istana. SPR menidakkannya. SPR tidak akan berani menongkah arus jikalau tidak ada pengaruh UMNO dibelakangnya. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa di Perak. Merampas secara betina. UMNO telah hilang kejantanannya.

Allah Maha Besar. Arwah Roslan Shaharum meninggalkan kita. SPR tidak mampu untuk beralasan menidakkan PRK di Bukit Gantang. Namun begitu SPR masih berhelah. SPR masih mahu mencipta rekod dan sejarah baru. Untuk pertama kalinya PRK diadakan setelah 59 hari daripada tarikh speaker mengumumkan kekosongan. Mengundi pula pada hari bekerja. SPR bukan lagi memudahkan, tetapi telah menyusahkan rakyat. SPR tidak lagi menghormati kesucian demokrasi. Alhamdulillah, PR terus menang di semenanjung. UMNO terus merana walaupun cuba menumpang kejayaan komponennya di Batang Ai.

Dalam suasana politik Perak yang masih tidak menentu, ADUN Penanti pula meletakkan jawatan. SPR masih dengan helahnya. Helah untuk mencipta satu lagi sejarah. SPR mengambil masa lebih seminggu untuk mengumumkan keputusan mesyuarat SPR tentang status YB Fairus. SPR seolah-olah menanti restu dan perkenan UMNO untuk mengumumkan kesudahan cerita Penanti. Jikalau diadakan PRK, UMNO dijangka akan kalah dengan majoriti yang lebih besar. Untuk UMNO lebih selamat, biarkan Penanti terus menanti PRK. Lagipun tindakan SPR untuk tidak mengadakan PRK, bukanlah sesuatu yang baru. Ini kerana sebelum ini SPR pernah menolak pengistiharan oleh speaker Perak. Sekiranya ada bantahan daripada speaker, tentu mahkamah akan membuat keputusan yang menyebelahi SPR.

Pelik SPR ini. Hari Rabu mesyuarat, hari Isnin minggu berikutnya baru diumumkan keputusan. Kepada UMNO, teruskanlah berhelah. Jangan percaya akan hukum dunia yang menyatakan bahawa helah yang sama juga yang akan memerangkap UMNO.

Nun di Kepala Batas, Tun Abdullah amat gembira melihat kesengsaraan Najib mengemudi Satu Malaysia. UMNO di Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Terengganu sedang berantakkan sesama sendiri. Di Perak pula, sultannya telah mula menyindir. MB DPulau bersama barisan exconya telah mula beremosi mentadbir negeri. Melelong Camry lebih penting daripada menyediakan alas perut untuk rakyat. Dan lebih melucukan apabila MB DPulau sendiri meragui akan keesahannya sebagai MB Perak. MB DPulau telah memfailkan kepada mahkamah supaya mengistiharkan bahawa beliau adalah MB Perak yang sah.

Di peringkat Satu Malaysia pula, ucapan dan kata-kata Najib tidak seyakin dahulu lagi. Najib terus diganggu oleh bayangan Altantuya. Najib juga terus diperasap oleh penasihatnya Tun Madey. Bertambah berpeluh Najib sekiranya Tun Abdullah mengosongkan Kepala Batas.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .