Ikuti Blog ini

SPR Jadi Alat UMNO, Kuat kuasa Had Penyokong, Larang Berkempen Di Penanti

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilihat sebagai menjadi alat kepada parti UMNO-BN apabila bertindak untuk menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti Isnin ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, "penyokong yang ramai dan masih ada yang berkempen pada hari mengundi kadang-kadang boleh cetuskan pergaduhan antara parti-parti yang bertanding."

Beliau memberitahu, amalan kehadiran penyokong yang ramai untuk berkempen pada hari pengundian dan ketika pengumuman boleh cetuskan perkara buruk dan menyukarkan petugas.

Oleh itu, katanya, SPR ingin mengelakkan kehadiran jumlah penyokong yang ramai sebagai budaya baru semasa pilihan raya.

"Sekarang kehadiran ramai penyokong sudah jadi budaya hingga mengganggau perjalanan pilihan raya... jadi kita hendak membetulkan budaya ini," kata beliau sebelum mesyuarat dengan komponen Barisan Nasional (BN) di Ibi Pejabat SPR pagi ini.

Mesyuarat seumpama itu turut diadakan dengan parti-parti Pakatan Rakyat - PKR, PAS dan DAP mulai 2.30 petang ini.

Jelas beliau, mesyuarat hari ini juga bertujuan untuk berbincang dengan parti-parti politik mengenai jumlah kehadiran penyokong.

Bagaimanapun katanya, SPR akan mendapatkan nasihat polis untuk menentukan jumlah penyokong bagi sesuatu kawasan.

"SPR akan mendapatkan nasihat polis kerana kita tidak boleh nak tentukan secara tetap.

"Faktor kawasan akan diambil kira dalam menentukan jumlah... kalau kawasan kecil, sikitlah jumlah yang boleh datang, tapi jika kawasan besar, mungkin boleh ramai," katanya.

Sementara itu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) memberi amaran kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz bahawa kedudukannya akan tergugat jika beliau terus bertindak sebagai agen Barisan Nasional (BN).

BERSIH mengingatkan Abdul Aziz bahawa beliau adalah bertanggungjwab untuk melakukan kerja mengikut peraturan perlembaaan bagi mempastikan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih, tugasnya bukan untuk mengawal pilihanraya atau pilihanraya kecilterutama apabila dilihat BN tidak boleh mencapai kemenangan. - GB










Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .