Ikuti Blog ini

Apa Sudah Jadi: Isu Rasuah Bekas ADUN Penanti, Dulu SPRM Mendakwa Adanya Bukti Untuk Cuba Mensabitkan Fairus Tapi Kini Lain Pula Jadinya !!

PULAU PINANG - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendakwa namanya telah dibersihkan daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Ahli politik dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa telah dimaklumkan oleh pegawai SPRM berhubung perkara itu petang tadi. "Saya dimaklumkan bahawa nama saya telah dibersihkan dan kes ini telah pun selesai. Saya bersyukur bahawa akhirnya kebenaran berpihak kepada saya," katanya.


Mohamad Fairus, 33, yang dikaitkan dengan siasatan rasuah membabitkabn projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan Ketua Menteri 1 pada 8 April lalu. Beliau juga melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 16 April lepas atas alasan ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca ijazah. Mohamad Fairuz berkata, berkat kesabarannya mengharungi saat getir dikaitkan dengan isu rasuah kuari, akhirnya membuahkan hasil apabila kebenaran berpihak kepadanya.


Beliau yang mendapat anak lelaki semalam menganggap berita baik ini sebagai kegembiraan berganda buat dirinya. "Inilah berkat kesabaran kita berjuang kerana agama dan bangsa, Alhamdulillah," kata Mohamad Fairus. Bagaimanapun, pegawai SPRM itu tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan dakwaan tersebut.


[Hairan dan pelik kerja-kerja pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini. Mereka belum menyiasat tetapi sudah mendakwa bermacam-macam, kononnya ada bukti kukuh dan sebagainya. Tetapi kini tiba-tiba pula bertukar dan lain pula jadinya. Apakah ini kerana ada kaitan dengan pilihanraya kecil Penanti agaknya. Atas arahan pihak atasan, Fairus dibebaskan dari tuduhan.


Secara tidak langsung ini menggambarkan bahawa Fairus membuat satu kesilapan besar kerana meletakkan jawatan sebagai ADUN yang membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Sebelum ini, Fairus dianggap bertanggungjawab bila sanggup melepaskan jawatan itu setelah beliau disiasat pihak berkenaan. Ini bagi tidak mencalarkan imej PKR itu sendiri. Namun kini tiba-tiba pula beliau dibersihkan sebelum pendakwaan di mahkamah. Mudah benar permainan politik ini berlaku.


SPRM juga diseru berhati-hati dalam menjalankan tugas. Jangan buat kenyataan awal jika belum jalankan siasatan. Inilah yang berlaku kepada MB Selangor dulu berkaitan isu lembu dan kereta Lexus beliau. Akhirnya senyap sunyi kes itu. Begitu juga kes yang melibatkan dua ADUN dan Exco PKR Perak. Selepas mereka menyokong UMNO dan BN kes itu terus senyap sunyi tanpa berita. Apakah ini bermakna, bila sokong UMNO dan BN individu terbabit akan selamat dari pertuduhan?].




Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .