Ikuti Blog ini

Pembaziran Kerajaan Haram UMNO BN Perak - Camry Exco Di Lelong

Kerajaan haram BN Perak pimpinan Zambry Abdul Kadir mula menampakkan "gelagat angkuh dan bodoh" serta melakukan pembaziran yang tiada tara di dalam sejarah pentadbiran negeri perak apabila mengambil keputusan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco pakatan rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Bernama melaporkan menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

Ramai penganalisis ekonomi dan politik berpendapat tindakan Zambry berkenaan adalah tidak wajar kerana kerajaannya belum lagi diputuskan oleh mahkamah samada sah atau tidak tetapi beliau telah dengan sombong dan angkuh melakukan tindakan-tindakan "pembersihan" Pakatan Rakyat dari kerajaan negeri Perak.

"Bagaimana jika mahkamah menetapkan rampasan kuasa itu tidak sah dan mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri besar Perak semula?" tanya seorang penganalisis politik yang enggan namannya disiarkan.

"Zambry wajar ditangkap dan didakwa kerana melakukan pembaziran terhadap wang rakyat Perak dan Jawatankuasa Akauntabiliti Awam (PAC) perlu bertindak segera untuk mempastikan kerajaan negeri Perak tidak senang-wenangnya bertindak melakukn pembaziran dengan melelong kenderaan kerajaan yang baru dibeli dan diguna tidak sampai 2 bulan," tegas seorang pakar ekonomi di sebuah universiti tempatan.

"Di saat negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi, kerajaan BN Perak mengambil sikap untuk melalukan pembaziran. Kerajaan UMNO-BN dari pusat sampai ke negeri sebenarnya bersikap cakap tak serupa bikin. Di satu pihak dikatanya pilihanraya kecil Penanti adalah pembaziran tetapi di Perak anak buah kesayangan mereka membazirkan wang kerajaan dengan melelong kenderaan kerajaan semata-mata kebencian mereka kepada Pakatan Rakyat. Rakyat perlu mengajar BN nanti," tegasnya.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .