KOTA BHARU - YAB Menteri Besar Kelantan Dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan beberapa kenyataan dan nasihat kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung dengan kemenangan Dato' Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin di Makamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz "Setelah kita menang di Perak kini Perak telah bertukar menjadi Emas buat Pakatan Rakyat, Kejahatan telah terbukti dan kebenaran telah menjelma. Saya menasihati agar yang beragama Islam untuk puasa sunat esok hari serta sembahyang Sunat Syukur 2 rakaat. Jangan terlalu gopoh dengan kemenangan ini" katanya. Menurut sumber setelah Tuan Guru Nik Aziz menerima berita ini beliau telah solat sunat dan disusuli dengan sujud syukur.
[Sejuk hati bila mendengar nasihat daripada Tuan Guru Nik Aziz. Inilah caranya bagi orang Islam meraikan kemenangan dalam perjuangan. Ia berbeza dengan kemenangan yang diperolehi oleh puak-puak UMNO, mereka pasti akan menyajikan berbagai bentuk hiburan yang melalaikan untuk tujuan itu.
Semoga segala yang berlaku ini dapat dijadikan ikhtibar kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional agar mendengar suara rakyat. Apakah Nizar akan bertindak bijak dengan memohon perkenanan Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak selepas ini?. Jika ini berlaku makanya satu pilihanraya kecil negeri Perak akan diadakan dalam masa terdekat ini. Tidak sabar rasanya untuk mendengar ulasan dan melihat wajah-wajah PM Najib Razak, MB HARAM Zambry Kadir dan semua petualang rakyat tiga ADUN bebas yang empunya angkara semua ini dulu].