Ikuti Blog ini

Sasterawan Negara Bersama Rakyat Perak Mahu DUN Dibubarkan



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEheM_ztdE7Y-lSL7Yy59wOQypU602Bwo9A0ei3ImFBCGpCHkDYuk96P-TBapbyJhGFz8z5zWTc1m0Q6NXiTJt3ZSwGSn4_FdeqLG6ISW8BmWkeNdFokGEx9_5u_DZKNsU224m1OESCNP8U/s1600/10052009763.jpg

Isu Kerajaan Nizar – Sasterawan Negara Setuju DUN Dibubarkan



Pak Samad Said turut hadir dalam program penjelasan isu PPSMI dan isu Sidang DUN Perak yang diadakan malam tadi di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang. Beliau antara pejuang bahasa yang menentang PPSMI.


Dalam ceramahnya malam tadi, beliau menyelar pemimpin UMNO BN terdahulu yang tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara dengan memperkenalkan PPSMI di sekolah-sekolah. Beliau turut menyelar pemimpin BN sekarang yang masih mempertahankannya. Beliau sanggup diperalatkan bagi manfaat rakyat dalam usaha memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan menghapuskan PPSMI.


Beliau juga turut bersama rakyat Perak menuntut DUN Perak dibubarkan, dan menyifatkan kekecohan yang berlaku dalam sidang DUN perlukan penyelesaian melalui pembubaran DUN.


Program malam tadi dihadiri oleh Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin, Tn Hj Azmi Abd. Hamid, Presiden Teras, YB Chan Lee Kang, Adun Teja dan Dinsman. Kesemua mereka turut menyampaikan ucapan. Kesemua pemidato bersetuju PPSMI dihapuskan kerana tidak mengungtungkan orang Melayu. Isu Sidang DUN Perak 7 Mei antara yang banyak dikupas dan diulas oleh mereka. Dinsman turut menyumbangkan sajak yang cukup menyentuh hati dan nurani setiap pendengar.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .