Ikuti Blog ini

Suhakam, MCA dan Gerakan mahu Dun Perak segera dibubar! Najib gagal rebut "political mileage"...



SEKALIPUN BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin lumpuh. Najib telah kehilangan peluang keemasan untuk muncul mendapat political mileage dari keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu.

Ketika menegaskan perkara ini, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyifatkan beban ke atas Najib semakin berat dan empat kenyataan penting yang dilapotrkan media 12 Mei lalu, dengan lantang meminta pilihan raya semula di Perak.

Desakan itu datangnya dari Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Osman; Timbalan Presiden MCA, Dato' Dr Chua Soi Lek, Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow dan AJK Kerja Gerakan, Hsu Dar Ren.

Pengerusi Suhakam berkata; "Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia."

Abu Talib berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," kata beliau.

Beliau, yakin tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak itu.

Timbalan Presiden MCA, Setiausaha Agung Gerakan dan AJK Kerja Gerakan juga membuat kenyataan yang sama.

Menurut Husam, kalau sekutu Umno sendiri sudah bersuara dari dalam kelambu BN, menunjukkan mereka bukan sahaja mempunyai mimpi yang berbeza dalam isu ini, malah mungkin tilam yang juga berbeza.

Beliau menegaskan, keputusan Mahkamah Rayuan ini tidak dapat membeli keyakinan anggota BN sendiri, apatah lagi membeli keyakinan rakyat. MCA dan Gerakan lebih jujur mengenai ketakutan mereka terhadap hukuman rakyat yang sangat dahsyat dari tingkah laku Umno di Perak.

Husam mendakwa, jika sikap keras kepala Umno berterusan, bermakna pilihanraya umum akan datang adalah masa gelap bagi BN.

"Namun, Umno masih dilamun mimpi. Jalan undang-undang yang menjerut diri walaupun kehilangan rasa hormat rakyat kepada mereka masih pilihan mereka. Keutamaan Najib bukan lagi masa depan Umno dan BN tetapi memilih untuk melayari tempoh 'honeymoon' sebagai PM baru dengan agendanya sendiri tanpa menoleh kepada realiti yang berlaku," ujar beliau.

Kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan itu lagi, gesaan Soi Lek, Chang Yeow dan Dar Ren untuk Najib bersetuju dengan pembubaran patut disuarakan dalam forum BN yang lebih efektif.

"Sudah sampai masanya juga untuk Tun M mengetuk Najib dengan tukul besinya. Muhyiddin, sebagai Timbalan Presiden Umno patut mengambil pendirian yang berbeza dari Najib dan jangan sesekali berada dalam bakul kemusnahan yang sama. Kenyataan Suhakam dan tiga pimpinan komponen BN itu sudah cukup untuk memukul Umno," tegas Husam yang juga Adun Salor, Kelantan.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .