Ikuti Blog ini

Nizar, 6 MP digantung sidang parlimen



Tujuh ahli parlimen Pakatan Rakyat , termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan mereka meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Jumlah tersebut disahkan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat sebentar tadi.

Mereka juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena),Dr. Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai)dan Dr. Zulkifli Ahmad (PAS-Kuala Selangor).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.


YB.Mahfoz, Dr Hatta, Ust.Taib, YB Gobala dan YB.Zailah bergambar di luar dewan dengan memakai lilitan kepala Bubar Dun.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .