Ikuti Blog ini

BN Kena bina jambatan kerana mereka menang di peti undi MU – Husam


Penyokong PAS di luar pusat pengiraan undi ketika sedang menanti berita gembira.


Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Di sebabkan RM19,500 hinggit.... umno KALAH... ha..ha...ha.... 65 orang/undi jer... bawak beg besar-besar belaka...., itulah kenapa tak belajar kira-kira dengan Khir Toyo... tengok... akibat tak cukup duit, 65 orang sudah lari.....

Wang... besar...wang... besar.... cakap juta-juta (jambatan je... 7 juta) RM19,500 pun tak dapat di adakan... piiirahhhhh mabukkkk. Memang patut pun kalah... kalau menang sekalipun Jambatan 7 juta pun entah kemana gamaknya...

Isa: Kencing berterabur.... lepas ni nak kencing kat mana pulak yeaaaa... nak tanya Najib atau Muhyiddin? soalan cepumas ni...
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .