Saya yakin tentu ada sebab mengapa begitu ramai pengundi keluar mengundi pada PRK Manek Urai hari ini. Memang diluar jangkaan semua pihak bahawa lebih dari 86 % pengundi keluar mengundi sedangkan ianya dijalankan pada hari bekerja. Kebiasaannya pilihanraya kecil akan menyaksikan jumlah peratusan undi yang kurang dari 80 % lebih-lebih jika ia diadakan pada hari bekerja.
Malah SPR sendiri menjangkakan peratus undi hanyalah sekitar 85 % sahaja.
Apa yang bermain dalam fikiran saya hanya satu sebab mengapa peratusan pengundian meningkat. Tidak lain tidak bukan ialah kerana pengundi Manek Urai marahkan Taukeh Jambatan dan BN yang menghina mereka dan Tok Guru Nik Aziz dengan janji jambatan dan projek mee segera yang melampau.
Selain itu pengundi Manek Urai juga marah kepada BN kerana menempatkan begitu ramai Polis ke Manek Urai sedangkan suasana di sana aman dan damai kecuali sedikit kekecohan pada hari pengundian.
Semua ini menjadikan semangat mereka untuk mengajar BN membuak-buak dan sanggup balik mengundi walau dengan apa cara sekalipun.
Syabas rakyat Kelantan dan Manek Urai.