Ikuti Blog ini

N11 Permatang Pasir : Polis mula provoke penyokong Pakatan Rakyat




Berita mengenai YB Gobalakrishnan ditahan polis memang saheh. Benda tu berkalu masa YB Tian Chua nak bagi ucapan di depan penyokong Pakatan Rakyat yang berhimpun di depan pusat penamaan calon.

Baru ja dia mula berucap tiba-tiba berenti, orang ramai riuh rendah, macam ada sesuatu yang 'dahsyat' berlaku. Tian Chua pun turun dari pentas kecik tempat dia berdiri bagi ucapan tadi. Kami yang kat belakang ni tertanya-tanya apa yang berlaku. Mula la orang ramai buat andaian sendiri. Ramai yang kata FRU cuba tangkap Tian Chua.

Lama lepas tu baru Tian Chua sambung ucapan. Dia bagitau YB Gobalakrishnan di tahan polis, tapi dia tak bagitau pulak pasai apa.

Ikut kata YB Ust Firdaus Jaafar , Ahli Parlimen Jerai, cara polis tangkap Gobala cukup ganas. Tangan dia dikilas ke belakang sampai dia jatuh tertiarap. Lepas tu ada yang tambah kata polis siap pijak tengkuk dia. Ada pulak yang tambah kata polis tangkap Gobala lepas dia laungkan, "Undur Najib, undur Najib, undur Polis".

Pada aku tindakan polis tu takdak lain tujuan melainkan nak provoke penyokong Pakatan Rakyat. Nasib baik tak jadi 'apa-apa' yang buruk masa tu, maksud aku tak sampai jadi rusuhan.

Harap-harap tindakan tu bukan mencerminkan cara tindakan polis selepas ni. Kalau lepas ni pun polis ambik tindakan cara tu, memang kemungkinan akan berlaku perkara yang tak diingini.

Masa ucapan pendek di pentas bergerak selepas habih penamaan calon, YB Mahfuz mengingatkan kepada semua penyokong Pakatan Rakyat supaya menjaga tingkah laku semasa kempen, dia ingatkan yang "Kita nak menang dengan bergaya"

Dia jugak menggesa semua yang hadir bersurai dengan cara yang baik dan terus melapor diri untuk bertugas d UPU yang sepatutnya mengikut negeri macam yang dah di tentukan. "Jangan sampai ada yang tak menyumbang langsung."


YB Dr. Mujahid mengingatkan semua jangan "over confident"


Ketua Penerangan, Ust Idris Ahmad melaung selogan "Hidup Rakyat"



YB Khalid Samad turut hadir


Ucapan pertama calon PAS selepas proses penamaan calon berakhir

"Kita mau kemenangan bergaya"

Segak dan bergaya calon kita Ustaz Salleh Man.

Penyokong cilik comel PAS menceriakan suasana.

Sya Reformis.

Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat


Pimpinan Pakatan rakyat yang mengiringi calon PAS Ustaz Salleh Man

b-end dok jauh sangat...nape takut ke...

Bandingkan lah..Pakatan Rakyat dengan b-end. Tapi TV3 kata Pakatan Rakyat 2 ribu saja

Lim Guan Eng turut hadir

Dari kanan Shamsul Iskandar, Amer Ghazali, Latiff dan Jet Perlis.

Presiden PAS Tuan Guru YB Dato' Seri Ustaz Hadi Awang.

YB Nik Nazmi turut hadir.

Yb Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

YB Ustaz Makhtar Adun Sg Bakap pemimpin yang bermaruah. Antara jawatan dan maruah, jangan jadi manusia gila jawatan hingga sanggup gadaikan maruah. Jangan ludah lepas itu jilat semula.


Penyokong PAS kreatif.

Pentas bergerak Pakatan Rakyat.


Yb Tian Chua memberi ucapan semangat setelah YB Gobalakrisnan dipukul dan ditendang serta terus ditangkap dan di bawa ke Hospital Bukit Mertajam.




Setelah menjalani rawatan x-ray di Hospital Bukit Mertajam, Gobala kelihatan begitu lemah sekali. Akhirnya beliau dimasukkan ke wad 5 Hospital Bukit Mertajam dan masih dalam kawalan polis.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .